Mee Rebus Tulang Restoran ZZ | Tempat Makan Wajib Singgah di Johor

Assalamualaikum ,
Mana nak cari tempat makan sedap  di JOHOR ? 

Haaa hari ni nak kongsi jalan-jalan cari makan di Johor tempoh hari , kebetulan ada family day kbba9 , aku dan husband decide nak datang awal sehari . Jadi sempat lah cari tempat makan best-best yang semestinya masakan dari Johor , kalau makanan hipster kat KL pun berlambak kan ? Survey punya survey dan juga tanya kawan-kawan , ini adalah salah satu tempat yang wajib singgah dan makan iaitu Restoran Sup Tulang ZZ di Jalan Petri  , yang bestnya tulang gearbox bukan tulang biasa-biasa tu tau 

Bezanya mee rebus Johor dengan Terengganu (sebab aku orang pantai timur) memang berbeza dari rupa dan juga bahan . Jika di sebelah pantai timur mee rebus biasanya kuah yang tidak pekat tapi cair , manakala mee rebus Johor kuah yang pekat sebab menggunakan isi keledek .. So ni benda baru lah bagi aku , sedap ke tidok ? hehehe boleh tahan sedapnya . Satu kelainan sebab dah terbiasa dengan mee rebus Ganu , tapi sangat berbaloi untuk mencuba 

Lupa pulak nak ambil gambar persekitaran Mee Rebus ZZ ni , aku suka suasana tempat ni sebab ia macam sebuah perkampungan yang mana tersorok dalam hutan sedikit , dan tempat makan pula ber style kan pondok-pondok dengan atap daun nipah . Korang juga boleh pilih nak duduk di kerusi atau pun bersila , so aku memilih tempat yang boleh bersila macam kat rumah gituhhh , senang nak ngap tulang hahah 

Ini lah rupa Mee Rebus ZZ , so makanan ni adalah makanan utama kat sini . Selain tu banyak juga makanan-makanan lain yang di jual , kerang bakar , makanan-makanan ringan , mee sup biasa , mee bandung dan banyak lagi lah .. Harganya pun agak mahal tapi berbaloi sebab ada 3 ketul tulang gearbox dalam mee nih , portion pun sangat mengenyangkan 


Rasa Mee Rebus ZZ ni pekat dan boleh rasa rempah-rempah yang ada di dalam mee ni , lagi sedap bila di perah dengan limau dan di makan bersama cili yang ada , phewww tak pandang kiri kanan hahah , ngap tulang pun tak control ayu dah , dulik hape aku janji dapat makan kikiki . Bila cerita tentang tulang gearbox mestilah nak korek-korek lemak-lemak yang ada dalam tulang tu kan ? Dont worry beb ! Siap straw bagai dah haha so sedut-sedut je tau .. 

Cara sedut , cenggini stroootttttttttt nasib baik dapat hasil 

Selain tu husband order mee bandung , roti dan sup cendawan , dan juga nugget untuk Rayyan . Mee bandung dia pun not bad , husband aku cakap okay , so okay lah , cuma sup cendawan tu agak cair dan tawar , nugget pun comel sangat haaa haha tapi takpela sebab menu utama kat sini Mee Rebus kan .. Makanan lain mungkin boleh di perbaiki lagi dari masa ke semasa 


 alahai ~ comel banget yihhhhhhh 


Kalau ada yang tanya , bila datang Johor akan repeat lagi tak Mee Rebus Tulang ZZ ni ? Of course nak repeat lagi sebab sedap , patutlah sini kawasan yang femes . Bila korang search google akan ada juga restoran Mee ZZ di kawasan lain , tapi yang femes di Johor ni Mee Rebus Tulang ZZ Jalan Petri .. Hohoho jangan silap pulak , eh pilihan masing-masing lah uols .. Okaylah itu sahaja perkongsian aku , nanti aku share pulak tempat makan ke dua iaitu Kacang Pool Haji ~ 

Add : Restoren ZZ Sup Tulang 
Lot 667, JKR Daerah Jalan Petrie 
Off Jalan Mariamah 
Joho Bahru


9 Ulasan

TQ FOR COMMENT

Terbaru Lebih lama