• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

Assalamualaikum 

Pagi semalam husband balik kerja macam biasa , toktoktok aku pun pergi bukak pintu then dia suruh ambik barang-barang dapur yang ada di tangan sebab nak pergi bawah katanya .. tak sempat tanya buat apa turun bawah balik .. huh 

Lepastu dia naik balik , pastu ajak Rayyan keluar .. eh belum mandi apa semua nak pergi mana ? " adalaaaaaa " katanya .. lepastu terus keluar , eh dua beranak ni something betul .. malas nak fikir haha 

Lepastu beberapa minit kemudian , dua beranak tu setel dah dating senyap-senyap .. aku tanya lagi pergi mana , tak jawab ! Eh eh eh geramnya .. tak perasan pulak Rayyan masa tu sebab tak tengok dia lagi .. baru nak tanya Rayyan pergi mana dengan abah , terus menjerit tengok rambut baru dia ! Haha cishkek betol .. pergi gunting rambut rupanya .. 

Sebenarnya lama dah nak gunting rambut dia tapi asyik tangguh-tangguh je dan risau jugak kot laaa dia mengamok rimas .. hahah , gunting bawah rumah je kedai aney .. kena testing dulu kalau dia mengamok tak rugi lebur 5 hinggit je kahkah nanti kita g saloon ye sayang.


Behave ke tidok ? Haha nasib baik husband cakap Rayyan behave je .. anak Umi kan mestilah behave macam Umi ahaks .. cuma mulut potpetpotpet , setiap kali aney berhenti dia cakap habisssss habissss habisss dahhh ?? 


Rambut dia ni jenis nipis halus je .. adohaaa bila nak lebat xtau , haaa ni rambut sebelum .. hahah nerd sangat , kalau berpeluh sikit huh nampak nau rambut tu macam takde mak nak jaga kan .. kikiki so lepas gunting amacam hensem tak Rayyan ? Baru nampak hensem sikit :p
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Fresh dari ladang ~ sebelum mandi amik gambar luuuu .. susah betul nak ambil gambar dia , sekarang dah tak berapa gemor orang ambil gambar dia , huh .

Lepas siap mandi , fuyoo kalau rambut Rayyan tebal lagi smart kot :p



Upah behave petang semalam keluar bawak dia pergi taman dan pekena cendol .. balik terbungkang tidur penat sangat main bola kat padang haha .. bila potong rambut nampak besar dah anak Umi .
Ermmm love u sayang , jadi lah anak yang berguna dunia dan akhirat .

Assalamualaikum , baru - baru ni ambo kelik Jerteh kampung ambo , pahtu doh aley-aley kelik tu sero nok makey roti titab di Koto Bharu .. hukaloh takdok tepak lain doh kalu g koto bharu gak , sebab sedap telajok sungguh eh roti titab sini , dop nawok sikek abuk pun hahaha pehey ke dok ? mugo duk koto bharu keno kecek kelate kikiki


Mukadimmah yang semua orang tak berapa nak faham kan , haha meh aku translate balik .. hari tu balik kampung so alang-alang balik memang berhajat nak jalan-jalan Kota Bharu , sebenarnya banyak gila tempat nak pergi tapi tak sempat cuma tempat wajib aku pergi di Kopitiam Kita .. aku suka gila makan roti titab kat sini weh , sumpah sedap ! Roti dia pun tebal dan lembut lepas tu makan pulak dengan telur goyang dan kaya ~ fuhhh .. 

Kalau orang tanya mana tempat best nak sarapan di Kelantan / Kota Bharu memang Kopitiam Kita ni aku akan suggest dulu kat korang semua .. kiranya ni ke dua kali aku singgah makan kat sini , dan aku akan makan roti titab je padahal banyak lagi makanan-makanan terkenal dan tradisional kelantan yang ada di sini .. cuma tu lah kalau aku dah suka pada makanan tu , memang tu je lah yang aku pilih hehehe 

Ramai jugak lah orang-orang kenamaan mahupun artis yang datang sini , nampak tak poster belakang tu .. Datok Siti pun pernah singgah sini haaa

Minum kopi dalam cawan besar , cawan antik lagi tu .. lawa kan ? Bila tengok cawan-cawan lama dan antik terus teringat Pakcik Mat Gebu hehehe minat sangat dia kat barangan antik oiiii .. tapi memang lawa pun kan cawan tu seperti orang yang tengah memegangnya kakakaka mohon muntah 


Yeah my roti titab kegemaran aku dah sampai , mula-mula aku datang makan kat sini (tak pernah pun sebenarnya makan roti macam ni ) so aku tak pandai nak makan then laki aku ajar cara dia pecahkan telur tu then campur sekali dengan kaya tu dan makan dengan roti .. fuhhh sedap oiiii makan satu pun dah kenyang , kombinasi rasa kaya dan telur tu memang masukkk lahh , harga dia tak ingat la pulak dalam RM5.00 je tak silap heee 



Kalau korang tak minat makan roti untuk sarapan atau nak makan menu-menu lain , jangan risau ada belaka kat sini macam Nasi Dingin , Nasi Tumpang , Nasi Kak Wok , Nasi Lemak , Telur Separuh masak dan banyak lagi lah , kuih muih semua ada .. Kelantan ni memang banyak makanan-makanan sedap dan murah , nanti nak buat sesi jalan-jalan cari makan lah .. cuma hari tu tak sempat oihh ~ 

Rayyan pun suka jugak makan kat sini ~ 

Alamat : Jalan Sri Cemerlang , Taman Desa Jaya , 15400 ,
Kota Bharu , Kelantan 
Waktu Operasa : 7.00 A.M - 1.30 P.M


BR1M | Bantuan Rakyat 1 Malaysia , bagi yang tak tahu dan belum daftar atau kemas kini lagi BR1M , boleh lah hadir ke mana-mana cawangan LHDN / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM atau oleh di buat melalui portal rasmi BR1M



Pelaksaan BR1M 

  • Kategori Isi Rumah ( di bawah RM1000)   = RM1,200
  • Kategori Isi Rumah ( RM3,001-RM4000) = RM900
  • Kategori Individu (RM2,000 kebawah )     = RM450 

Permohonan Baru 
  • Mereka yang belum pernah memohon 
  • Pasangan kepada penerima BR1M 2017 yang telah meninggal dunia / bercerai
  • Pemohon yang gagal / tidak layak dalam permohonan BR1M sebelum ini 

Kemaskini Maklumat
  • Sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh (3) tahun permohonan 
  • Terdapat perubahan maklumat peribadi seperti kematian pasangan / tanggungan . Perubahan status perkahwinan , perubahan alamat / nombor telefon dan perubahan waris 

Maklumat Penting Yang Perlu Di kemaskini

  1. Status perkahwinan - kahwin , cerai atau kematian pasangan (nyatakan tarikh perceraian/kematian pasangan )
  2. Alamat surat menyurat terkini dan email
  3. Nombor telefon bimbit dan rumah 
  4. Maklumat akaun bank (persendirian sahaja)
  5. Maklumat pasangan dan tanggungan (pastikan ic berdasarkan mykad /mykid/ pasport / visa di isi dengan betul dan jelas)
  6. Maklumat waris -waris asal yang telah di namakan meninggal dunia , bagi memboleh kan waris membuat tuntutan SKK dan baki BR1M
Dokumen Sokongan Penting 
  • SSM - Bagi pemohon /pasangan yang mempunyai pendaftaran perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia anda perlu kemukakan salinan :
  1. Penyata pendapatan perniagaan tahun 2017 atau 
  2. Penyata akaun bank perniagaan / persendirian (akaun semasa / simpanan ) bagi 3 bulan terkini tahun 2017 , atau 
  3. Pengesahan penamatan / pembubaran perniagaan yang di keluarkan oelh SSM mulai 1 oktober 2017
  • Kewarganegaraan -  MyPR / MyKAS / Sijil Lahir yang di keluarkan oleh JPN atau dokumen perjalanan spt pasport dan Visa bagi pasangan / tanggungan bukan kewarganegaraan Malaysia
  • Kematian / Perceraian - Salinan sijil perceraian / kematian pasangan yang di keluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri atau JPN bagi permohon berstatus ibu bapa tunggal / balu / janda / duda 

Sebab-sebab Permohonan BR1M Gagal 
  1. Tanggungan - maklumat tanggungan tidak tepat 
  2. Maklumat pasangan - tiada maklumat pasangan bagi pemohon berstatus kahwin 
  3. Jumlah permohonan - memohon lebih dari 1 kali (suami & isteri membuat permohonan berasingan)
  4. Dokumen peribadi - tidak menyertakan dokumen pengesahan status perceraian / kematian pasangan 
  5. Menerima kad debit diskaun siswa 1 Malaysia - pelajar yang layak menerima kad debit diskaun siswa 1Malaysia bagi sesi 2017 / 2018 
  6. Maklumat pendapatan - tidak melaporkan pendapatan bagi yang bekerja sendiri dan yang makan gaji 
  7. Berada di luasr negara - pemohon yang menetap / bekerja / belajar di luar negara 
  8. Kemaskini permohonan - Penerima BR1M sejak tahun 2015 tidak mengemaskini permohonan dalam tempoh tiga tahun 
  9. Maklumat Peribadi - maklumat peribadi tidak tepat seperti nama dan nombor i.c dan status perkahwinan 

SKK - Skim Khairat Kematian 

Penerima di bawah 
  1. Isi Rumah 
  2. Warga Emas ( 60 tahun ke atas)
Jumlah bantuan 
RM1000 +  baki BR1M yang belum di tuntut 

Info Penting 
  1. SKK untuk waris yang di namakan sahaja 
  2. Kematian dalam tempoh 1 Januari hingga 31 Disember 2018
  3. Waris terdiri daripada pasangan / ibu bapa / anak / adik beradik / cucu sahaja
  4. Penerima untuk kategori individu tidak layan untuk SKK 

Prosedur Tuntutan SKK 
  1. Sekiranya berlaku kematian penerima BR1M dalam tempoh BR1M 2018 (1 Jan - 31 Dis ) , waris yang di namakan boleh menuntut di SKK
  2. Tuntutan boleh di buat di mana-mana cawangan BSN 
  3. Waris perlu membawa dokumen :
  • Sijil kematian asal / slainan drpd JPN
  • Kad pengenalan asal waris 
  • Dokumen pembuktian pertalian antara penerima dan waris
     4. Pembayaran akan di buat oleh BSN selepas maklumat di sahkan lengkap dan padat 


Jadual Pembayaran BR1M 2018
  • Kategori 1 - Februari - RM450
  • Kategori 2 - Februari - RM300 , Jun - RM300 , Ogos - RM300
  • Kategori 3 - Februari - RM400 , Jun - RM400 , Ogos - RM400


Assalamualaikum ~ 

Serabut pulak bila iklan KFC lalu lalang di tv , asal iklan je nampak KFC asal KFC nampak iklan .. sebab tu kena dapatkan jugak haha sebab setiap kali iklan duk asyik fikir sedap ke menu baru KFC Chizza ni .. kebiasaannya iklan over dari rasa , over jugak dari segi saiz nya haha always tertipu tapi pada masa yang sama beli jugak hahah 


Jadi semalam aku order jugak Chizza ni secara online je , by the way lama dah jugak tak makan kfc sebab dah boring tak tahu nak makan apa ~ dan semalam husband takde jadi sifat malas menguasai diri untuk tidak memasak heheh .. so order set Chizza , set burger , dan ala - carte yang lain untuk Rayyan .. dia suka yang cheese bulat-bulat tu padahal agak masin jugak lah 


Sedap ke Chizza ?

Bila dah sampai order terus terkam Chizza ni dulu , pertama kali rasa Chizza ni rasa dia macam Hawaian Pizza sebab ada kombinasi dengan nenas , so rasa juicy masam manis macam tu ..cuma yang ada hanya sekeping ayam lepas tu letak cheese dan sos , macam spaghetti sos pun ada hahaha so sedap ke idok ? nak kata tak sedap langsung tu tak jugak , bagi aku biasa-biasa je rasa dia .. takdelah ''WOW''  sangat cuma bolehlah lain dari yang lain  tekak boleh terima.

Lidah aku okay , kau kata tak sedap tapi lidah aku tak rasa apa .. haha so try lah jugak kot kempunan ..boleh lah kalau dah takde benda nak makan ..asyik ayam je boring jugak .. tapi takdelah rasa tahap menyesal bila makan Chizza ni , ia mengenyangkan jugak cuma kalau letak cheeze dan sos banyak sikit mungkin lagi sedap hohoho .. ai bagi 3.5/5 bintang sebab size dia tak besar sangat dan cheese sikit.




Korang kalau nak try , try je tak payah ikut cakap orang haha , aku try je sebab aku nak rasa sendiri .. lain lidah lain rasanya .. kalau pergi KFC lagi aku akan order lagi ke tak ? bila tengok menu-menu yang ada di KFC yang lain macam dah biasa sangat so why not !  heheh  aku sekarang pantang nampak makanan weh hahaha okey adios ! Harga Chizza ni ala carte di jual dengan harga RM7.90 je so beraloi lah dengan rasa tu .

Assalamualaikum , alhamdulillah dapat jugak balik kampung bulan ni .. sebenarnya tak jadi sebab banjir teruk hari tu , banyak jugak jalan tutup then plan ke Melaka review homestay .. tup tup banjir dah okay , mak ayah pulak tak berapa sihat .. akhirnya balik ke plan asal , ke pangkuan mak ayah jugak yeahh .. 

Tapi kalau balik kampung memang tak sah tak pergi cari makan , ajak mak kuar jugak tamo xlarat then decide nak g Cendol Zam .. by the way kali ke dua la aku datang ke sini 


Suka datang kedai Cendol Zam ni sebab konsep dia lepas makan boleh tambah percuma tapi tak semua la .. yang boleh tambah cendol (rm2) , laksa , nasi goreng , teh o , pasembur .. 


Menu Baru - Udang 30 - 45 ekor = Rm10

Yang bestnya kali ni datang ada menu baru iaitu udang 30-45 ekor hanya RM10 .. apo lagi ! Terus cuba .. not bad weh jenuh gak nak habiskan haha siap bungkus bawak balik rumah lagi RM10 .


So tadi makan rojak buah (Rm4) cendol dua (Rm4) tambah percuma sampai boroi hahah .. murah-murah je kan .. memang berbaloi datang makan kat sini kalau balik kg , murah pun ye sedap pun ye ..


Tadi pos kat facebook , ramai pulak tanya lokasi kedai ni kat mana .. sorry orang Key El lokasi nya jauh dari suasana hiruk pikuk bandar haha .. mesti terliur tengok udang tu kan .. haaaa 

Lokasi : Depan Masjib Ibu Abbas , 22200 , Kampung Pengkalan Nyireh , Terengganu 

Facebook : Cendol Zam

Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates