• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog


Jika saya mempunyai 10 tempat duduk percuma Air Asia , saya akan ke SABAH dan akan membawa bersama 9 ahli keluarga saya yang lain , dan semestinya lah mak ayah saya yang selama ni banyak berjasa , walaupun dengan hadiah ini takkan mampu membalas jasa mak ayah kita tapi sekurangnya hadiah ini dapat memberi senyuman kebahagiaan kepada mereka , bercuti bersama-sama ke destinasi pilihan saya dan yang pasti ia akan menjadi kenangan terindah dalam hidup mereka lebih-lebih lagi mak ayah saya tak pernah menaiki kapal terbang .. teringin juga merealisasikan impian mereka . 

Oh ye kenapa saya memilih Sabah ? bukan luar negara seperti yang orang lain harapkan , sebab pertama saya tak habis lagi menjelajah negara sendiri , banyak tempat-tempat yang sangat menarik , dan yang sangat menarik perhatian saya untuk ke Sabah adalah terpikat dengan keindahan  Pulau Mabul , tengok gambar je dah cukup mengkhayalkan fikiran saya , lebih-lebih lagi bercuti bersama keluarga tercinta .. indah bukan ? sudah tentu segala tekanan dan masalah hilang bila melihat keindahan Pulau Mabul .

indah kan tempat ni ? bayangkan bercuti bersama keluarga , bergurau senda , diving sama-sama , kuak lentang pun sama-sama .. tidur sama-sama .. perghhhhh harap ia jadi kenyataan ~ 



haaa banyak tempat menarik ni ! mesti mak ayah qaseh akan sayang qaseh lebih lah haha , tq www.airasia.com , semoga berjaya dapatkan free seat ! wehuuuuuu 


Sedapnya steambot di Picc tadi , masih kekenyangan lagi ni haaa , alkisahnya tadi menghadiri Majlis Penyampaian Hadiah bagi pemenang cabutan bertuah Buffet Ramadhan di PICC, qaseh sebagai wakil #kelabbloggerBenAshaari gitu , tapi serius masih terasa kekenyangan dengan steambot tadi , banyak pilihan .. nak rasa ? tunggu ~ belum di launching kan lagi... 



Jadi siapakah pemenang-pemenang bertuah tadi ? hadiah - hadiah yang mereka dapat bukan hadiah biasa-biasa jer okeyh ! hadiah utama rm3000 , cash lagi ! memang gigit jari je yang tak berapa nak bertuah tu hehe , seramai 13 orang pengunjung yang bertuah di raikan tadi , mereka ni lah yang telah menikmati buffet ramadhan bertemakan ''Hidangan Tradisi Warisan Budaya'' pada ramadhan tempoh hari 

Encik Badlishah Hj Ahmad Ketua Eksekutif PICC - asalnya kami bercadang untuk mengumumkan pemenang di dalam bulan syawal di tambah dengan kemeriahan aidilfitri tapi bagi menghormati kepulangan jenazah MH17 baru2 ini , ia di tunda pada hari ini 29 Ogos .

Merekalah juara ~ 
Hadiah utama = duit raya RM3000 - Shantini Devi 
Tempat pertama = telefon pintar Samsung S5 - Mohd Hashim Mussatu 
Tempat Kedua = Smart LED TV 42 inci - Siti Lydia Suraya Miasin
Tempat Ketiga = Telefon Pintar Samsung Note 3 - Syed Mohammad Al-Hafiz Bin Syed Kamaruddin
Tempat Keempat = Baucer Tunai AEON BIG RM300 - Shariffa Noraini
Tempat Kelima = Elba Multi Cooker - Nor Azzuana Ali Zubir 
Tempat Keenam =Panasonic Blender & Dry Mill - Roszita binti Mohd Nalif 

Hadiah Saguhati
Nor Azni Aziz
Ahmad Farehan
Mohd Hafizee Bin Razak 
Megat Muhammad Ismail bin Faisal 
Nor Azizah Abd Ghani
Muzanira Bt Ab Razak 

Tahniah korang semua , beraya sakan naaa

Bagi yang ingin mendapatkan maklumat mengenai acara yang akan datang atau pakej-pakej yang di tawarkan bolehlah menggunakan saluran media sosial rasmi FACEBOOK PICC di www.facebok.com/piccmalaysia atau TWITTER PICC @piccmalaysia 

maklumat lanjut korporat PICC boleh hubungi CIK KUMARI NAHU di talian 0388876000 atau emel kumari.nahu@picc.com.my 







Bulan lepas bertungkus lumus Qaseh menjoinkan diri dalam sesi ujibakat secara online utk drama bersiri SELUDUP ! dan ramai lagi yg join ,sape taknak 15 ribu oii , tapi sedih takde rezeki maybe Qaseh terlampau berbakat sgt tu yang tak menang , haha takut cantas artis2 yang dah lama kot, alamak poyo la pulak , so siapakah pemenang yang bertuah tu ? ini lah dia 2 pemenang bertuah ..


Tahniah buat Mohd Andika bin Abdul Halim (25) berasal dari Johor dan Nur Afeqah Zulkarnain (20 ) pula berasal dari Kuala Lumpur , bukan setakat menang 15 ribu , diorang juga berpeluang berlakon bersama artis2 yang sememangnya gah dlm dunia seni spt Tiz Zaqyah , Pekin Ibrahim, Namron , Syafie Naswip dan Raja Ilya , tu diaaaa untungla komeeee dah menang 15k , jadi pelakon lagi .. mintak sign dulu tau ! apapun syabas di ucapkan dan tahniah , dah tengok video diorang , memang diorg layak memenangi uji bakat drama siri Seludup

Apa pulak kata mereka bila menang dalam uji bakat ini ?

Mohd Andika seorang pekerja restoran berkata ‘’ saya amat berterimakasih kpd juri yang memilih saya dan saya percaya saingan adalah sgt sengit.Peluang ini akan saya gunakan dengan sepenuhnya utk mncapai impian saya menjadikan bidang lakonan sebagai kerjaya’’ 



Nur Afieqah pula seorang pelajar menyifatkan peraduan ini sebagai usaha yang sangat unik untuk mendedahkan bakat baru dengan realiti sebenar kerjaya lakonan 



Kata Jehan pula ,pncarian bakat mendapat sambutan di luar jangkaan dgn 130 penyertaan melalui video yg di muat turun di laman facebook Seludup , nak tengok video diorang ??? boleh layari di www.facebook.com/Seludup

Drama Seludup ini di lancarkan oleh Astro Malaysia dan Mastermind Group sdn bhd , drama yang sarat dengan aksi cinta ini brkisar tentang kegiatan perdagangan barangan haram spt rokok seludup , dadah , dan pemerdagangan manusia yang menjejaskan pendapatan, keselamatan dan kualiti hidup masyarakat Malaysia , haaa lokasi penggambaran di Daerah Pengkalan Balak di Masjid Tanah, Melaka .



Mengenai Mastermind Group Sdn Bhd

Pusat sehenti untuk penerbitan kandungan berkualiti tinggi bagi penonton tempatan dan antarabangsa . Portfolio perkhidmatannya merangkumi pengkosepan kreatif ke penghasilan kandungan , produksi dan pasca-produksi untuk pelbagai klien bebas , sejak 2009 Mastermind Group telah mencipta kandungan layar untuk barisan klien yang mengagumkan termasuklah Heinz, Mcdonalds, Kidzania , Canon , Tabung Haji ,Berjaya Corporation, Korea Tourism Organization , 8tv , Asian Food Chanel , Astro Malaysia , CNBC, AXN, dan diketuai oleh seorang ikon yang serba boleh dalam industry televisyen iaitu JEHAN MISKIN

Maklumat lanjut tentang Mastermind Group , layari www.mastermind Group Sdn Bhd




Assalamualaikum , salam sayang ~

Tinggal beberapa hari je lagi kita nak menyambut hari raya Aidilfitri , sumpah aku rasa tahun ni puasa paling sekejap , rasanya baru je masuk bulan ramadhan tapi dah nak meninggalkan kita , hurmm masa oh masa sekejap sangat , kadang - kadang sampai perut tak sempat rasa lapar , dah azan maghrib , kalau dulu-dulu jenuh tunggu jam tu bergerak tapi sekarang yaAllah hai awat la cepat sangat .. korang mesti rasa sama macam qaseh kan .. makin lama makin tua , makin lama makin cepat .. fikir2 takut pulak hurm 

Persiapan raya ? mood raya  agak kelaut dalam pasific , ntahla dah makin tua ni qaseh pun tak terasa nak raya sangat cuma qaseh rasa seronok sebab nak balik kg je , dah lama jugak  tak balik kg , tapi balik time raya agak tak best sebab mesti orang datang , baru je nak feeling2 tido dengan menghirup udara segar kat kg , tiba-tiba ''tok tok tok assalamualaikum ! haaa apa tunggu lagi tak sedar2 lagi nak kena buat air kat dapur , krohhhhh ~ zzzz haha nampak tak pemalas anak dara sorang ni , tapi tu lah in shaa Allah tahun ni last raya sebagai bujang .. andai di izinkan Allah , semoga Allah permudahkan urusan aku .

Tapi mood raya ke laut dalam pun tetap beli baju raya , kuwang-kuwang sebabnya ada orang tu hadiahkan  baju raya sempena besday qaseh bulan 6 hari tu , so ai is on aje , kedua belah tapak tangan den tadahkan so terima kasih sangat2 .. muahh sikit , erkkk ! so tema raya aku kali ini adalah jeng jeng jeng ~ 




tema warna nya adalah rahsia nanti tak surpriseee laaa ~ kena tunggu hari raya dulu , jubah ni beli dekat SBU BANGI , jubah by Rayyan Haya , qaseh memang suka tengok jubah2 kat situ , cantik .. boleh usha intagram depa @by_rh kalau jumpa insta ni , mesti akan tahu jubah qaseh ni warna apa , haaa teka2 , nnt qaseh bagi duit raya 10 sen tunai ! papepun selamat hari raya maaf zahir batin , maafkan semua kesilapan qaseh ye .. 

Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates