• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

Assalamualaikum ..
selamat malam semua , kan best malam - malam macam ni lepak kat pantai sorang2 sambil dengar lagu ulek mayang di ulek ! mau meremang bulu ketiak .. hik3x.. tah lah rasa nak cari ketenangan pulak ..

benda yang paling aku suka tengok ialah laut .. sebab laut paling menenangkan .
''kalau kita berada di laut , kita akan lihat antara pertemuan langit dan bumi , kita akan nampak tiada perbezaan antara langit dan bumi kerana ia umpama bersatu di tengah2 garisan''

tapi manusia sering kali menggunakan pepatah pipit dengan enggang , antara langit dan bumi , ibarat semua tu tak boleh bersama dan bersatu .. ibarat aku ni berus gigi dan engkau pulak berus jamban .. tak kisahlah kadang- kadang kita masih dalam satu bilik air .. apa bezanya ? ya mungkin aku 'berus gigi' lebih atas dari kau 'berus jamban' padahal dalam satu bilik kita tetap mampu bersama ..

sudahlah , semua pepatah tu hanya tinggal pepatah , usahlah merosakkan kebahgiaan atas dsar darjat , yang tiada beza di sisi Allah .. andai kebahagiaan itu sudah tercipta pasti ia akan ada walau pedang di hunus dari seribu sudut ..''memang pipit tidak boleh terbang dengan enggang tapi hakikatnya dua - dua terbang di udara , kadang - kadang terbang di tempat yang sama, so tak ada bezanya kan ? '' jangan jadi kolot kerana perbezaan yang sedikit sahaja , kerna mata dan hati sudah bahagia ~

hati berbicara :
andai dapat pahami apa ertinya , fahami lah dengan sebaiknya ..
jika tidak ada noda dan dosa bila bergandingan dan Allah pun meredhaiNya kenapa kita manusia seringkali ingin menghalangNya melebihi kuasa Allah ? 
kebahagiaan bukan terletak pada beza 'berus gigi' atau beza 'berus jamban'
tapi lihat adakah perbezaan bila ia di letakkan bersama di tempat yang sama ?
jika kita dah minta petunjuk ilahi dan seakan kita merasa senang teruskanlah inyaAllah segalanya akan di permudahkan .. insyaAllah 




Assalamualaikum .. ganung nelang agy hahaha , opss ok sory , yahooo
maaf blog , qaseh sibuk sikit ukur jalan putrajaya ~ sape2 rindu boleh lah col , no fon kat page about me , tu pun kalu jumpa ..


cinta ni kadang - kadang gurauan dalan kehidupan , gurauan melampau buat sakit hati , gurauan sedih menangis lah , gurauan lucu , happy je memanjang ! semua bagi rasa .. manis , tapi bila dah terleih manis mula dapat penyakit kencing manis !cinta jugak macam hantu , semua orang percaya tapi tak jumpa kan ?

kalau pasangan kita tinggalkan kita , sibuk je nak marah , nak sakit hati ~ padahal kita lupa yang cinta tu tak semestinya memiliki , kadang - kadang kita lupa setiap orang ada pilihan , kalau dia tak pilih kita takkan nak paksa ? maybe ada orang lain yang akan pilih kita ..kalau aku cintakan dia biar dia sendiri yang rasa , bukan sebab kata cinta aku tapi sebab rasa cinta yang hadir dalam diri dia ..

atau best hidup dalam penipuan ? kadang - kadang penipuan tu lebih manis dari kebenaran kan tapi kita kena ingat penipuan buat kita lupa pada sebuah kebenaran ! last2 bila dah dapat tahu kebenaran baru nak sedar penipuan tu sebenarnya sangat pahit , heh !

Allah saja ada hak atas kita , bukan gua dan bukan jugak lu .. ~ tidak di namakan hidup jika tiada kesedihan dan kekecewaan , rilex lah , apa yang berlaku kat atas dunia ni bukannya satu kebetulan tapi dah suratan , walau sepayah mana pun kaki tetap harus melangkah .. akhirnya jumpa juga apa yang kita tak jangka akan dapat , senyumlah nanti cepat tua kerepot .. =)

hati berbicara :
sedih lah sekejap cuma , agar hilangkan rasa gembira .. 
bila dah rasa sedih kembalilah senyum kerna senyuman tu pasti lebih bermakna , sehari dua tidak merasa , tapi masa yang beredar meninggalkan kita memberi erti yang kita sendiri tidak sedar .. 
kamu akan tahu apa erti itu jika kamu tahu apa erti sabar ..
sakit kan kalah dalam hidup ? hurmm tapi jika kita gagal sebelum kita berjuang untuk hidup , kesakitannya lebih terasa tapi kalau kita dah berjuang dan tak menang itulah takdir , redha .. prancangan Allah tu sangat hebat bukan ?
-motivasi untuk diri sendiri - qaseh tengah sedih ada yang nak pinjam kan bahu tak ? nak sapu hingus kaw2x punya, kalau boleh bahu yang tegap2 sikit sebab biasanya tertido nanti !

ganung 2 - selangor 0 
nok berkata2 gop dakpe kang ?
nok wat guane semalang ganung nelang agy .. 
anyonyonyo selangor sory to say bubyee ~ keh3x..
peteh ganung peteh !

sakit ngat idung siksa wase nak korek idung ada ketumbuhan jerawat hok bakal naik ! dop pasal naik tah idung ..grrrr

peteh tu macam sepak gak la .. 
dakpe = takpe 
nelang = kuat dan bertenaga [minumlah tongkat ali ]
nok wat guane = nak buat macamana 
semalang = semalam 

qaseh dalia = cantik .. okbye .. kih3x

Assalamualaikum..

Bila izrail datang memanggil terkubur jasad di pembaringan , seluruh tubuh akan menggigil terbujur badan dan kedinginan , ~ saat ini aku biarkan lagu ni berkumandang di telefon , supaya aku dapat sabarkan diri melihat video budak yang digilis berulang2 kali , melihat manusia yang bangsat yang tidak mempedulikan budak yang sedang kesakitan ! 

fikiran menerewang memikirkan bayi-bayi yang di dera oleh manusia bertopengkan binatang , bayi yang dibuang , bayi yang di liwat , bayi yang di kelar leher , bayi yang tidak berdosa di ibaratkan patung tempat melampiaskan segala nafsu dan amarah , di saat tu aku berfikir di mana letaknya perikemanusiaan manusia ? yang patut di letakkan di akal , hati , jiwa dan perasaan telah tertukar tempat hanya di bontot ! 

aku sabarkan hati untuk mendoakan kesejahteraan semua umat manusia tapi aku tak mampu hingga aku mendoakan manusia yang bertopengkan binatang takkan mampu tenteram di dunia mahupun akhirat , aku doakan bayi-bayi menghantui sehingga manusia binatang itu jadi gila dan mati dengan penuh siksaan , tapi jahatkah aku ya Allah mendoakan hamba2 Mu sebegitu .. aku cuba sabarkan mulut  untuk tidak berikan hadiah sumpah seranah , tapi hati tidak mampu !!

hati berbicara :

aku hanya mampu doakan segala taubat kau di terima ,dan Allah itu maha adil .. !
jangan pernah putus perikemanusiaan di hati mu sayang ~ kerna bila ia putus kau bisa jadi manusia yang paling kejam !

Assalamualaikum ..

Pehhh kalu dengor ade perlawanang bola ganung lawang kelatang , tolok nasi ayam ,kefsi sume2 .. sedak duk ngadap depang tb , nop g stadium pung xdop orang nok ajop , kalu ade orang ajok sedak doh wase .. pape hal pung perlawanang malam ni hebat .. walaupun seri malam ni , dakpe ganung tetap menang .. sory lah red warriors demo xde luck malam nih , dakpe2 jangan duk sedih lagu tu lah deh . 

hok nop suke nye , mat yo ganah kali nop cekik tekok , lek r boh .. 
so keputusan-keputusan  nya ..


Keputusan Semasa Setakat ini
Kelantan (3) 2|2 (5) Terengganu
T-Team (4) 2|0 (1)
SabahPerak (1) 0|1 (4) Selangor
N.Sembilan (1) 1|1 (1) Felda Untd

so pasni teganung lawang ngan T-Team , so org ganung pakat2 keloh kat stadium shah alam deh... yahooooo hope ganung menang lagi .. !

hati berbicara :
dop caye ase ambe update pasal bola , rupa2nya ambe dalam hati ada bola ..kah3x


Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates