• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

Assalamualaikum ..
selamat malam semua , ada orang rindu qaseh tak ? ok jangan cakap kat sini , jadikan tu satu rahsia .. sebab tak mahu terima hakikat takdop orang rindu kita pun .. sob3x , heee never mind.. 

di bawah lembayung sinar bulan tetiba rindu time berblog dulu kala , dulu setiap hari mesti post walaupun entry jiwang nak lentok ! emm tapi skang nampak sangat entry pun macam takde jiwa , sebab tu malas nak taip entry baru sebab jiwa dan feel tu takde masa nak menaip .. memang takleh blah kalau jiwa tu hilang .. rasa macam buat sesuatu tanpa perasaan nanti kan entry tu korang baca rasa kosong pulak .. tu yang paling tak best ! 

dan rindu jugak nak berblogwalking kat blog korang , baca entry2 best korang , suka duka korang .. kisah hidup gembira ,sedih ,share pendapat .. sorry sangat kawan2x , kalau dulu aku ni jenis suka membaca ! kalau dah masuk blog someone yang aku suka ,mesti aku belek2 balik entry2 lama .. walaupun dah ketinggalan zaman sebab tu lah blogwalking lembap je ! hihi .. 

maaf sangat ye bukan sebab qaseh sombong , tapi qaseh tak berkesempatan lagi .. laptop pun hak milik 'ABANG IPAR' kalau aku amek alih , kompom2 lah xdapek dia nak kumpul chip poker hehe , biasalah kita hanya manusia biasa kan , adakala terlalu sibuk dengan urusan dunia , terkadang pula lalai urusan akhirat .. andainya ruang ini masih ada , biarkan ku guna untuk tebusi segala kesalahan dunia agar dapat ku lindungi diri di akhirat kelak , insyaAllah .. 

BUAT ANONYMOS :
-QASEH BELUM KAWEN LAGI ~ huhu SEKIAN TQ
Assalamualaikum sayang2 semua , semoga sentiasa di bawah payung rahmatNYA ...
sorry sebab qaseh dah jarang blogwalking , ada yg sempat baca tapi tak tinggalkan komen , maaf..

 
[credits ; foto] 
''rama2 itu ibarat wanita ,Biar menjadi rama-rama dengan sayapnya yg terang dan indah daripada sang kelkatu yg menerjah api ''
 
wahai wanita kita ibarat rama-rama , yang memberi keindahan pada sang bunga , terkadang dunia ni akan sunyi jika rama-rama hilang dari pandangan alam ... tapi apakah kita rama-rama yang pandai menjaga sayap , atau pun rama-rama yang  mudah hilang keindahannya bila keindahan itu mula di sentuh ..
 
terkadang ramai wanita bangga bila hadirnya di gilai ramai lelaki tapi wanita jangan lupa sayap itu pasti kian luntur bila mula di sentuh lalu terlekat di jari2 lelaki .. seperti sayap rama-rama yang beralih coraknya bila ia di sentuh .. lantas apa di fikiran mu ? apa guna di gilai ramai lelaki jika suatu saat sayapmu sudah tidak berguna lagi ~ di mana nilai kamu bila sayapmu sudah tiada ..

hati berbicara :
 
 ''Biar hidup sendiri dan selesa membina pahala daripada hidup berdua tetapi menjadi pencetus dosa ke neraka. Biar hidup seorang dan berenang menuju TUHAN dengan selesa dan bahagia, daripada hidup berdua dan merasakan diri masih menggoda untuk semua. Biar hidup sendiri dan masih kekal serinya daripada dikelilingi lelaki tetapi telah hilang maruah diri. Biar lambat bertemu jodoh tetapi tinggi peribadi daripada cepat jodohnya tetapi tidak lama ditinggalkan pergi.''


Subuhnya
di mana aku berada
masih enak dalam kelambu rindu
sambil berpoya-poya dengan waktu
masa bagaikan menderu
langkah tiada arah tuju
fikiran terus bercelaru
terlupa aku semakin dihujung waktu
siapa aku di depan Tuhan ku.

Zohornya
aku lebih memikirkan kelaparan
kehausan dan rehatku
aku lebih mementingkan tuntutan jawatanku
aku bertolak ansur dengan waktu
aku gembira membilang keuntungan
aku terlupa betapa besar kerugian
jika aku mengadaikan sebuah ketaatan
siapa aku di depan Tuhan ku.



[kredit : foto ]

Asarnya
aku lupa warna masa
cepat berubah bagaikan ditolak-tolak
aku masih dengan secawan kopiku
terlupa panas tidak dihujung kepala
aku masih bercerita
tentang si Tuah yang setia dan si Jebat yang derhaka
siapa aku di depan Tuhan ku

Maghribnya
aku melihat warna malam
tetapi aku masih berligar di sebalik tabirnya
mencari sisa-sisa keseronokan
tidak terasa ruang masa yang singkat
jalan yang bertongkat-tongkat
ruginya bertingkat-tingkat
siapa aku di depan Tuhan ku.

Isyaknya
kerana masanya yang panjang
aku membiarkan penat menghimpit dadaku
aku membiarkan kelesuan mengangguku
aku rela terlena sambil menarik selimut biru
bercumbu-cumbu dengan waktuku
siapa aku di depan Tuhan ku.

kini aku menjadi tertanya-tanya
sampai bila aku akan melambatkan sujudku apabila azan
berkumandang lagi
aku tidak akan membiarkan Masjid menjadi sepi kerana
di hujung hidup ada mati
bagaimana jenazah akan dibawa sembahyang di sini jika
ruangku dibiarkan kosong
jika wajahku menjadi asing pada mentari dan juga
bintang-bintang.


p/s : bukan idea qaseh , just sharing ...
Assalamualaikum ...

Dulu2 kan masa qaseh budak hingusan lagi n waktu tu maybe baru lepas frust bercinta , selalu je tertanya2 apa sebenarnya lelaki nak dari seorang perempuan ... ? kadang2 heran sangat apa yang sebenarnya lelaki nak ?
[hensem tak pakwe saye ~ lalala] [foto]
apa yang kau inginkan lelaki , andainya ku punya banyak kelemahan tutupilah dengan kelebihan yang kau ada , jika kau terlalu yakin kau sudah cukup sempurna


1)KEBAHAGIAAN 
semua orang nak kan kebahagiaan right , tapi adakalanya dah dapat bahagia bertahun2 tetiba terjumpa perempuan lain , mula lah cakap ''saya tak bahagia dengan awak'' sedangkan dulu kau jugak cakap , siap canang dengan orang lain yang ''aku bahagia gila dengan awek aku''  .. tapi kenapa kau still curang andainya kau dah dapat kebahagiaan tu ! 

2)KECANTIKAN 
adakah lelaki sukakan kecantikan ? adakah hanya kecantikan dapat memberi kamu bahagia dan gembira ? betulkah hanya dengan muka cantik , body mantap .. kamu akan setia ? tapi kenapa terkadang dah dapat awek cantik dan hot ditinggal2kan pulak ! bukan tu yang kau nak ? alih2 kau cari jugak orang lain ... 

3)BODY 
atau lelaki memang suka wanita yang ada body cantik ? nakkan 'body' dan sanggup mempertaruhkan keikhlasan yang hanya palsu pada seorang perempuan yang sangat memerlukan tulang rusuknya , bukan kah lelaki yang perlu memimpin perempuan bukan hanya memusnahkan ...

4)BERPEGANG PADA AGAMA 
seringkali lelaki mendambakan wanita yang solehah , semuanya hanya inginkan yang solehah .. tapi ada jugak yang dah dapat solehah tergoda dengan perempuan yang hot , bila dah kehilangan baru lah menyesal .. baru kenal mana kaca dan mana satu permata .. peluang kadang2 hanya datang sekali ! kalau lah dapat yang bukan solehah bimbinglah dia .. ajari dia , kelak nanti kamu punya tempat di syurga ~

hati berbicara :
[foto]
hai lelaki , jangan lah permainkan hati perempuan , ibarat duri menusuk hati , pedih seakan terhiris ... jangan penuh kan rasa sayang dalam hati mereka jika benar kamu tidak ikhlas .. kita semua hanya merancang tapi rancang lah yang terbaik bukan hanya merancang untuk memusnahkan hati2 yang mendambakan kasih syg dr tulang rusuknya ... jangan terlalu mengejar kesempurnaan , kelak nanti mata kita sudah buta untuk menilai permata =)
JUJUR SAMA AKU , APA YANG KAU INGINKAN ~ 
Assalamualaikum ,
apa khabar ye korang2 semua , best nya boleh selalu update blog macam korang kan , first nak minta maaf sebab qaseh dah jarang update blog ..sory kalau dah bosankan korang ye =) rindu korang ...

''oh mengapa kau putuskan sengsara , kau biarkan diriku meronta-ronta ~ lantas kau alihkan cintaku padanya , sebak rasa ku menahan derita .. pilu hati mengenangkan cinta yang kecundang ''
-sweetchild-tinggal syg tinggal pujaan-

kadang2 bila mendengar luahan orang yang frust bercinta , sebak rasa di dada kerna pernah mengalami sakitnya , kadang2 kita boleh memberi nasihat kepada mereka2 tapi kenapa diri kita sendiri terkadang tewas dalam segala nasihat yang kita berikan , maybe kerana manusia memang saling memerlukan .. di saat kita sedih kita perlukan juga seseorang yang mampu menenangkan kita walaupun kita seorang pakar motivasi .. pelik bukan ? 

lumrah kehidupan , bila someone yang kita sudah anggap sebati dalam hidup kita hilang , seakan diri sendiri hanyut dalam dunia yang kita ciptakan .. separuh jiwa melayang2 , otak kosong umpama otak di kongsikan untuk berdua , masalah kian menimbun tanpa satu penyelesaian , kau pergi aku yang hilang ~ kejamnya membiarkan aku seorang diri , kejam nya engkau meninggalkan aku tanpa satu alasan yang kukuh .. benar kata orang terkadang kita hanya boleh menyayangi seseorang itu separuh bukan sepenuhnya kerna bila kehilangan separuh lagi boleh jadi pengubat ~ .......

hati berbicara :
manusia punya berbagai watak ~ andainya hari ini aku hilang watak kamu , masih banyak watak yang mahu mendampingi dan menerima aku seadanya , dan itulah watak yang benar2 sesuai denganku .. biarlah segala kelukaan itu hilang bersama2 dirimu .. cuma aku tidak mahu kehilangan DIA , kerna aku tak sanggup dan takkan mampu hidup lagi jika aku benar2 kehilangan DIA yang esa ~ 
with lot of love from qaseh dalia ~ 







Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates