• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

Assalamualaikum bloggers ,

'' kadang2 hidup kita hanya di dalam 3 hari , semalam yang sudah tinggal sejarah , hari ini apa yang sedang kita lakukan , dan hari esok yang belum pasti .. apakah ada hari esok untuk kita tebusi segala sejarah yang telah berlalu pergi ? ''

pandangan mata hanya memaparkan apa yang tersurat tapi tidak pada yang tersirat , terkadang kita menghukum orang dari pandangan mata kasar , tapi kita tidak tahu apa yang ada dalam hati kecilnya , sakit kah dia ? sukakah dia ? tersiksa kah dia ? tidak langsung kita hiraukan , yang paling kita lemparkan tohmahan dan kata cacian .. usah hidup dalam masa silam orang lain kerna kita juga punya masa silam .......

jika seseorang yang hidup dalam dunia kejian , andainya satu hari dia berubah usah lagi mengungkit dunia keji yang telah berlalu pergi .. biar lah dia hidup dalam dunia baru untuk mengejar syurga nan indah .kerana matlamat kita semua sama untuk mengejar syurga nan indah , tapi dapatkah kita kejar jika kita tidak menjaga hati sesama insan .. ! manusia yang yakin itu sanga hebat ! tapi manusia yang yakin dirinya cukup sempurna sebenarnya insan yang paling bodoh ... 

hati berbicara :
u can think what is the best for u , but u a good person when u can think what is the best for other person ~
besi itu kuat tapi api mampu meleburkannya ,
api itu kuat tapi air mampu memadamnya ,
air itu kuat tapi awan mampu menyejatnya ,
awan itu kuat tapi angin mampu menolaknya ,
angin itu kuat tapi bukit mampu menghalangnya ,
manusia itu kuat tapi nafsu mampu menunduknya ,
nafsu itu kuat tapi iman mampu mengalahkannya ......
Assalamualaikum..
lama gila gua tak hupdate kan , mesti ramai yang rindu ,pehh gila perasan bajet mcm Fatin Liyana .. hihi ,buat tajuk  main lelaki mesti dalam keyword nanti ada lah yang search ,ACI KERAT JARI AH ! ..saja je bagi tajuk macam tu nak tengok ada lah muka2 yang baca tajuk je kan , lepas tu komen ..isyy tak baekk no main lelaki ..erk !

main lelaki aka PLAYBOY , ni lah pentingnya english education kan ! boring lah berdepan dengan playboy ni , silap hari bulan boleh jadi gila meroyan gak ah ,benci gila lah orang yang suka mainkan hati pompuan yang mengharapkan kasih sayang yang ikhlas nih , last2 hampeh di kayu tiga empatkan pulak dah ! eee please lah kalau tak mampu nak bagi kasih sayang kat someone tu ! BOLEH tak ! BOLEH tak ! BOLEH tak ! jangan masuk dalam hidup someone tu ! gila hapeeeee just untuk beri kesedihan .. eee boleh blah lah ..

kalau lah ko tahu betapa sedih dan sakitnya terima kasih sayang ko yang penuh kepura-puraan tuh ,baru ko tah kan tapi  eeee tak paham lah kenapa lah kenapa nak mainkan girl , kalau sakitkan hati orang yang sabar xpelah jugak , tapi kalau sakitkan hati orang yang lemah iman silap hari bulan yang kena tu bunuh diri ke hape ke kan , mauuu meroyan hidup kau , hantu dia dok kacau2 kan ,,haaa barulah padan muka .. hihihi... 

SAPE PLAYBOY KAT SINI BAWAK2 INSAPLAH YE , PLAYGIRL PUN SAMA GAK , TOKSAH NAK JADI PLAYER SANGAT LAH ~ KAN TAK PASAL2 KAU KENA PLAY2 TANG LAIN PULAK ..DONT PLAY@ HAAAAAAAAAAAAAAA ! ''apa yang best jadi player ek ? ''


Assalamualaikum ...

sedih dan pilu di hati jika selama ni keluarga yang kita sayangi sebenarnya bukan darah daging , luruh jantung , derita di perasaan jika selama berpuluh tahun dan hari ini kita tahu kebenaran yang sebenarnya kita hanya seorang anak pungut , tidak tahu mana asal usul , tidak tahu dari rahim siapa kita lahir , alangkah kecewa tiba2 terasa batu besar menghempap seluruh tubuh , terasa diri berada di suatu tempat yang penuh kegelapan ..

tiba2 ibu yang dulu membuang hadir menjemput tanpa di undang kehadirannya , bahagia ? bahagia akhirnya ketemu dengan orang yang sebenar2nya mewujudkan kita di dunia tapi ..... adakah mampu hati ini menyayangi ? adakah mampu hati ini menerima ? adakah mampu kasih sayang yang selama ini di beri pada ibu angkat beralih kasih pada ibu kandung yang tiba2 muncul ... 

pedih , sakit , geram bagai bercampur menjadi satu dan benar kata orang ''sayang itu tak boleh di paksa'' walau dia ibu kandung tapi sayang dah lama sebati pada yang sudi memberi .. maaf , aku boleh menerimamu tapi tak mampu menyayangi sepenuh hati ku ..sama juga dalam percintaan jangan paksa seseorang itu untuk menyayangi mu jika kamu tiba2 hadir setelah hati kau lukai ..

hati berbicara :
bukan mudah untuk mengambil kasih sayang dari seseorang yang pernah kau lukai , andai pernah kau betul2 berubah tapi masih belum bisa membuat seseorang percaya kerana luka yang kau tinggalkan sangat merobekkan hati .. andai dia tidak menginginkan kamu lagi , cukuplah hadirkan diri .. pergi lah ..



Assalamualaikum ..
skang ni lambat hupdate baru tidurkan anak buah , mak ayah dia p kerja den yang jadi pengasuh jap , pehh ada ciri2 keibuan dah .. biar baru lepas melalak pun grrr

[foto]
terima kasih ubat sebab menyembuhkan aku dari sakit , terima kasih doktor atas segala2nya ..

Allah suka pada hamba-hambaNya yang berusaha rite ? tawakal .doa . dan berusaha ..kalau berdoa saja tanpa usaha tak dapat hasil jugak . kira senang je lah kan doa je dapat apa yang kita nak ! no no no no ~ tapi berusaha pun jangan sampai meminta pertolongan dari jin or setan .. 

tapi kadang2 kalau kita sakit or apa2 , kita terima kasih pada ubat , pada doktor yang merawat , yes ! kita memang perlu berterima kasih tapi jangan lupa tanpa keizinan dari DIA kita takkan sihat , xkan dapat apa yang kita inginkan so , first thing yang kita kena buat berterima kasih pd Allah , kerna dari keizinan DIA lah kita mampu dapat apa yang kita nak , dari sakit ke sihat .. dari gagal hingga berjaya .. kalau kita berusaha bagai rak sekalipun tanpa keizinan DIA kita takkan berjaya .. so jangan takbur .. always ingat dan syukur dengan nikmat Allah

hati berbicara :
[foto]
update laju2 .. 
nak tanya ibu2 yang ada anak tu , nak buat camane ek anak buah qaseh ni dah setahun lebih dah tapi susah nak berak , erkk penakut .. dia jenis tahan , memang nangis tahap gila babeng ah , ibu dia pun tak tahu dah nak buat apa .. adehhh okbye ..dah start nanges dah uwaaaaaaaaaaaa
Assalamualaikum ...

[foto]
patah tumbuh hilang berganti mengertilah ~ 
walaupun berbeza akhirnya terimalah ....

dimana kan ku cari ganti serupa denganmu ~ perit kan bila kehilangan , benar orang kata patah tumbuh hilang berganti , yang hilang pasti akan berganti dan akan terima seadanya , tapi adakalanya walaupun ada pengganti takkan sama dengan yang dulu , gelak tawa dia , senyuman dia , gurau senda dia berbeza dengan pengganti yang ada .. bahagia ~ yup bahagia dengan pengganti baru tapi perbezaan tetap di rasai .. 

walaupun kamu punya pengganti yang baru , walaupun aku telah lama kau lupakan , tapi pengganti mu takkan mampu jadi seperti ku , maybe kamu bahagia tapi kamu tetap tak mampu lupakan aku . kerna aku berbeza , takkan siapa yang sama dengan ku , dan suatu kenangan tu punya berbagai cerita , cara nya dan caraku tetap berbeza =) ... bukan ingin membuat perbandingan tapi perbezaan pasti tetap ada .. walaupun bahagia kerna kenangan sukar untuk di lupakan .. ia datang tanpa di jemput ..

hati berbicara :
[foto]
but one more thing yang kita kena tahu walau berjuta perbezaan yang ada , kadang2 pengganti tu adalah yang terbaik di antara yang terbaik , pengganti juga memberi kita satu warna yang ceria yang mengubah corak hidup kita dengan penuh kegembiraan , dan pengalaman yang dulu suatu pengajaran untuk kita melangkah dengan penuh senyuman ....
♥ it so much ..
Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates