• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

Assalamualaikum sume ... bes tak pantun kat atas tu aka title kita pada hari ye puan2.. yes itulah pantun yang dicipta oleh qaseh dalia adelia .. caketnya ati ini bagai dipaku2..kalau nak buat irama lagu apa2 pun boleh ..suka hati orang lah ye .. huhuh pes time neh wat entry ala2 gedik .. bace elok2 tau ..bace sampai titik penamat .. janji ye baca ..janji dulu ? janji ! haa dah baca tu maknanya dah janji lah heee...



begini ceritanya .. pada suatu hari qaseh membuka akaun facebook..pastu ada lah sorang 'orang' ni .. pernah lam muncul dalm hidup ni suatu ketika dahulu .. qaseh yang add dia dulu (padan muka hang sape suruh add ) .saja je nak add nak tengok muka dia , nak tatap2 muka orang yang pernah bagi daku 'bahagia' .. lepas tu bla3x tak sangka pulak dia still kenal qaseh yang hodoh ni kan .. dia pun start lah chat ngan qaseh .. qaseh hokey je saja nak tanya khabar ..lepas tu dia mula dah bukak kenangan silam .. sila nyanyi lagu kenangan silam jam (kenangan silam engkau dan diriku lalallala) pastu dah rasa macam ada baur2 dia ingin sakitkan hati dah .. borak2 pastu ok ... qaseh kata kat hati sendiri ..takpe sabar lah qaseh ..sabarlah hati ..

pastu hari ni ..dia chat pulak .. pastu dia tanya pulak pasal kenangan silam , dia tanya tak jumpa ex qaseh ke .. maknanya ex qaseh tu ,dia ambil pastu jadi hak dia..tapi skang dah jadi ex dia .. so dia dah dengan orang lain ..pastu qaseh balas tak lah kenapa nak jumpa dia pulak ..dah tak ada kaitan dengan dia .. dia pun cakap dia ada jumpa 'ex' .. pastu qaseh tanya so ? dia kata tapi bukan 'ex' tu tapi tunang dia .. sebab nama ex dan tunang dia sama... qaseh tak tahu lah apa motif dia cakap camtu .. ada lagi yg dia cakap ..malas nak tulis dah .. biarlah ~nape lah orang ni selalu sakitkan hati kita sedangkan kita tak pernah kenal dia ..n tak pernah sakitkan hati dia ..hurmmm ... qaseh dah tak ingat dah pasal kenangan2 silam semua tu tapi dia seakan2 ingin menyakiti hati ni ..sedangkan dia yang pernah lukakan hati ni tanpa maaf apa pun .. memang qaseh ni hidup untuk di sakiti ke ? ....... hurmmm cuma satu je lah .. semoga bahagia dan jaga lah tunang kamu elok2.. agar orang lain tak kan menyakiti hatimu ..kita hidup ni sentiasa berputar dan Allah tu maha adil..cukuplah kita ingat perkara lalu .. qaseh dah buang jauh2 dah ~

hati berbicara :

maaflah kalau ada yang terasa baca entry ni .. tak mampu nak bersabar lagi .. qaseh nak lupakan segala2nya , maaf sekali agy .. semoga korang2 semua yang pernah hadir dalam hidup qaseh bahagia hingga dunia akhirat.. kita hanya merancang DIA yang berhak menentukan ..jika hari ni kita terlalu bahagia jangan lupa derita yang sentias ingin memasuki hidup kita untuk menguji ketabahan dan kesabaran kita .. dan jangan penah terlalu megah dan menyakitkan hati orang lain ..lebih2 lagi hati orang yang pernah kamu sakiti ..
-maaf kan sue...............
ye kamu sudah menang ....the end!!jgn sakiti hati saya lagi ~saya dah bahagia dengan kehidupan saya ...
encemnye pakcik ni hihi...
http://www.benashaari.com/2011/06/segmen-jom-kritik-blog-aku.html


p/s : kutuk lah kutuk kalau rasa nak penampo ...muehehe
Assalamualaikum...

sejak dua menjak ni banyak isu2 panas berlegar2 dalam dunia realiti mahupun maya .. kisah budak umur 14 tahun yang terlalu bangga dengan ketiadaan daranya .. isu artis yang terlalu ego ingin mengakui kebenaran dari kata2 bloggers hingga mengutuk bloggers2 sedangkan bloggers hanya mempertahankan benda yang betul .. qaseh heran dan pelik dengan orang sekarang ..kenapa ego tu sangat tinggi hingga batas2 agama seolah2 dipermainkan ! kita bukan malaikat yang bersayap seribu bukan juga pari2 yang berada dalam cerita2 dongeng yang punyai kuasa magika.. jika hari ni ada yang terlalu mendabik dada menyatakan dia terlalu sempurna ingin ku panah ke dahinya bersama2 nota ''kamu seorg pembohong''

hidup kita sering berputar ..dari atas ke bawah ,dari bawah ke atas .. hati2 lah bila kita membuat sesuatu perkara mahupun bila berbicara ! lebih2 lagi kita seorang retis ataupun orang yang mula naik..jangan sebab kamu tu seorang astis atau apa2 sekalipun ..jangan terlalu mendabik dada ! jangan terlalu angkuh menolak kebenaran .. kamu seorang islam ..kalau kamu islam kamu tahu batas2 islam.. islam tak pernah menghalang kemodenan tapi dalam apa jua keadaan ..batas2 tetap ada ..terkdg sedang kita di uji Allah sdg mengajarkan kita sesuatu , bila kita berada dalam kegelapan ,kita akan tahu betapa berertinya sebatang lilin..bila Allah berikan kita keresahan , kesedihan ..rasa bahagia muncul berjuta2 ..siapa yang mmpu memberi rasa selain Allah ..syukurlah padaNYA kita di beri ujian dan syukurlah padaNYA ramai yang ingin membetulkan kesilapan kita... kepada artis ''gambit saifullah'' tak perlu mengutuk pada yang ingin memberi kebenaran ...

hati berbicara :

maaf jika saya hanyalah budak kecil yang memberikan pandangan dari sudut saya sendiri .. sebab saya melihat kamu sebagai seorang yang tidak pandai berfikir , tidak tahu mematangkan diri sendiri ..silap kamu jika kamu mengutuk bloggers .. silap kamu jika kamu tidak ingin mengakui kebenaran ..silap kamu sebagai hambaNYA yang terlalu ego ..bukan terlalu ego pd diri kamu sendiri tapi ego terhadap agama kamu dan PENCIPTA kita semua .. sedarlah .. tengok balik video kamu dan nilaikan sendiri .. berjuta yg menonton ..kamu yg mungkin dapat dosa mereka .. wallahualam..hiburan juga ada batas2NYA...

Assalamualaikum....

mungkin ini catatan dari hati yang merah , jika dikelar ia pasti terluka , jika diguris akan tercalar ,jika ditoreh pasti akan berdarah ..kita semua sama !kita bukan nabi ataupun rasul yang maksum ,kita punya nyawa suatu hari nanti pasti akan mati ..jika dosa di bawa ~ malanglah hidup kita disana..kita hidup tak pernah sunyi dari kekurangan dan kesilapan , setiap perkataan adakalanya memercikkan kesalahan,ampun jika kata2 di blog ini ada yg melukakan hati ..bukan niat utk menghina atau menjatuhkan sesiapa tapi sekadar mahu berkongsi apa jua keadaan mahupun cerita..

korang semua tahu kan ..kita ada permulaan ,dilahirkan di dunia ini dengan tubuh badan dan hati yang suci ..masa tu kita semua jahil ! tak berdaya ! dan sangat lemah kurang segalanya lalu alam seakan berkata ''jika kamu ingin hidup dalam dunia ni kamu harus sabar''.. maksudnya hidup kita semua berbeza2 dengan kadar ujian ! jika berat ujian itu dia akan lebih berkualiti..inilah sunnah kehidupan ! dari situ kita diberikan masa utk mengejar mimpi,jika kita mahu mengejar mimpi yang besar maka kamu perlu berdepan  dengan ujian .."ketika ini jiwa kita di usik,hati kita dalam tekanan , fikiran kita sedang dihentak dan perasaan memberontak '' ini hanya perjalanan utk memperoleh kematangan dan ketabahan dalam hidup dan memakan masa utk mendapatkan hasil ..

kadang2 hidup kita ibarat ''satu medan peperangan'' kita sendiri yang akan memikir untuk ''berhenti'' ''berundur'' lalu tewas atau kita memilih untuk ''bertahan'' ''mara'' dan kita akan menang !!

 hati berbicara :
 dan bicara hati di blog ini terkadang ingin ku akhiri , terkadang aku ingin meletakkan titik pengakhiran  buat selamanya tapi aku ada plihan ''bertahan'' ''mara'' dan menang ! kerana nyawa ini masih belum bercerai dari badan ..mungkin suatu hari nanti ruangan ini pasti diakhirkan untuk memberi laluan pada agenda yang lain ..biar ia ternoktah sendiri dan itu pasti titik pengakhiran buat selama2nya ..'
-warkah cinta berbau syurga-



Assalamualaikum .. monink olz ..qaseh mood berblog ke laut lah g tangkap ikan ..huhuh..

"aku akan tetap mencintai mu sehingga aku mati .. walaupun kamu sudah berkahwin dan mengecapi bahagia..aku tetap akan menanti mu walau beribu tahun .. walaupun diriku sudah dimiliki.. tapi hatiku tetap mencintaimu .. coz tiada siapa mampu menandingi mu dihatiku..aku akan tetap setia ..kerna itu janji yang terlafaz ~"

korang tahu tak gila dalam setia tu apa ? macam orang gila jugak hidup dalam realiti tapi fikiran dan hati masih dalam kenangan lama.. sangkar kenangan lama ~ tak mampu untuk keluar ! dan memegang janji yang terlafaz sedangkan janji itu telah dimungkiri oleh seseorang ... ada someone sangat sayang2kan seseorang tu .. dia merana sedangkan si dia telah bahagia .. tapi dia tetap menunggu seseorang itu walaupun hatinya kini telah diberikan oleh orang lain.. dia sedang berperang dengan perasaan lamanya ... dia sedang memegang kata setianya .. "gila dalam setia'' kesetiaan yang hanya di pegang olehnya bukan oleh orang yg dia sanyangi dan cintai .. mengapa ~ susahkan ingin membuang perasaan cinta itu walaupun hidup merana ? walaupun si dia langsung tiada perasaan padamu lagi ! 

biarpun beribu orang menyatakan dia sedang gila ! gila dalam setia ~ tapi dia tetap berpegang teguh pada kata2nya .. walaupun berjuta tangan menghulur untuk dia bangkit dari sangkar itu ..dia masih duduk termangu dan terus menunggu .. menunggu hingga ajal menjemput ..memang! orang sekeliling menangis melihat penderitaan dia .. lalu mereka bertanya apa yang dapat membuat kan kamu bangkit kembali ? dia menyatakan akau ingin cintaku yang lama.. aku nak kesetiaan ku di balas oleh orang yang aku sdg setia ..hanya itu yang buat kan ku kembali bersinar.. orang sekeliling hanya dapat menangis melihatnya .. dan hanya mampu berdoa ..'ya Allah bangkitkan lah dia dari masa lalu '' aku tak ingin melihat dia menderita atas kegilaan kesetiaan yang dia pegang ! lalu mereka pergi ... sambil berkata ''tidak pernah aku jumpa org yg terlalu hanyut dalam kegilaan cinta''...


 hati berbicara :

'' qaseh percaya ..kadang2 cinta itu menimbulkan satu kekuatan ..satu semangat .. kerna orang yg jahat boleh berubah jadi baik kerana cinta .. tapi cinta juga boleh buat seseorang itu derita ..bila hilang cinta keadaan berubah .. terkadang jadi sasau .. dan bila cinta ilahi telah hilang dari hatinya .. dia akan tetap jadi gila..dan jadi hamba cinta kepada manusia ..''
manusia seringkali menyatakan .. cintai lah Allah itu lebih penting tapi seringkali meninggalkan suruhan2NYA .. cinta kanNYA hanya dimulut xkan mampu membawa apa2 erti dlm keidupan ..jika kita betul2 cintakanNYA ..dalam setiap perkara yg kita ingin lakukan pasti kita akan rasa takut akan kemurkaanNYA ..bukan selepas buat baru kita rasa takut .. 
so kepada org yg sdg hidup dlm 'gila dalam setia' bangkitlah lebih baik kamu mencari 'gila dalam setia' kepada Allah itu lebih menenangkan dan pasti tidak akan sia2.. bangkitlah sayang .. ku ingin melihat kamu bangkit kali ini saja ~
Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates