• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

Assalamualaikum cantik2 , ensem2 semua ..

''dance with the dice, if u have a dream give it a chance to happen''

orang dulu-dulu selalu kata ''hidup ni ibarat roda , ada ketika jatuh ke bawah ada ketika naik ke atas '' itu dunia .. dan andainya ingin naik ke atas jangan sia2kan peluang yang ada .. usah difikirkan apa yang bakal terjadi , bahagia atau sedih ? biar saja ia diam , usah hati itu sering bertanyakan rahsiaNYA ... 

minggu depan qaseh ada interview ... dan peluang itu qaseh takkan sia-siakan .. dan doakanlah yang terbaik buat diri ni .. kadang - kadang sudah penat dengan apa yang telah berlaku .. andainya peluang itu ada rebutlah dan buat yang terbaik ,, tapi andainya peluang itu menoktah kan satu keputusan yang mengecewakan redha lah , setiap sesuatu ada hikmahnya ... hanya mampu berdoa agar Allah merancangkan yang terbaik buat diri sendiri ...

selagi kaki ini masih mampu melangkah biar lah ia terus melangkah walau dari bawah sekalipun .. cuma harap kaki ini hanya melangkah ke arah yang di redhai bukan ke arah yang menjerumuskan diri .. yaAllah Engkau maha mengetahui .. berserah dan redha dengan segala ketentuan .... thanx kerana menghadirkan insan2 yang setiasa bagi semangat dan insan2 yang tidak mendabik dada walaupun mereka sudah menggapai bintang .. =) cuma kadang2 sedih bila mengingatkan seseorang yang mula mendabik dada ... xpelah semoga berbahagia ..

hati berbicara :

hehehehehe .... dop tahu hati ni berbicara gapo ..sebab perut sudah berbunyi ..
apa2 pun doakan terbaik untuk saya ye kawan-kawan ... love u ols muahhh .. maaflah yo xdop kato2 jiwang hari ini .. buekkk
Assalamualaikum...

Masih ada kah bahagia , yg akan dtg dlm hidupku , puas sudah hatiku merintih sedih ..... Di saat kau hulurkan tgnmu mengubati luka di hatiku kau berikan aku kekuatan utk mnjalani hidup ini ....

andai kata dalam hidup kamu sudah punya seseorang yang selalu berada di sisi di saat kamu berduka , di saat kamu gembira tapi hati kamu masih belum bahagia seumpama kamu sedang menipu diri sendiri .. sedarlah kamu tak pernah menerima dirinya seadanya .. kamu tak pernah ikhlas menyintainya .. kamu tidak menerima takdir yang tuhan telah berikan untukmu .. kerana kebodohan kamu bahagia sering menjauh .. dan di hati kamu ade sedikit rasa , ada sedikit kenangan yang sentiasa mengekori .. kenangan yang telah lama mati ... 

sedetik bahagia itu ingin menghampiri hati sentiasa bermonolog sendiri , hati seakan ingin berubah .. hati tidak pernah ingin setia .. mana mungkin bahagia itu milik kamu ..~ mana mungkin bahagia itu ada dalam genggaman mu andainya kekurangan si dia juga kamu tak pernah terima ,, kenapa terima seseorang dalam hidup hanya untuk jadi mainan hati ? hanya untuk menambahkan luka .. bukan di hatimu tapi di hati dia yang ingin memelukmu .. kasihan dia bukan ? kasihan kerana hati yang sekeping itu tak mampu mendakap hati mu lagi ..

hati berbicara :
yang sudah itu biarkan lah ia mati bersama kenangan .. gantikan ia dengan bahagia yang sedang menjengah , kosongkan hatimu dengan nama yang telah mati , gantikan dengan nama yang mencintaimu sepenuh hati ... berdoa lah agar sayang itu bertukar cinta , jangan ada rasa asing bila ingin bersama selamanya , bila sudah mengikat janji .. berdoalah kepada tuhan yang satu agar apa yang terbaik saja ada bersama bahagia =)

satu hal yang membuatkan kamu tak bahagia menerima tapi tak pernah meredhai =)
tahukah sayang sesuatu yang telah di takdirkan buat kita bakal terjadi buat kita , sometimes mmg kita tak mampu untuk mengelak dari takdir itu .. tapi yakinlah Allah  tak bagi apa yang kita nak kerana Allah bagi apa yang kita perlu ...


''random question in my heart''

pernah tak korang rasa dalam hati korang rasa sakit sangat hingga kadang - kadang sabar tidak mampu jadi pelindung ? kadang - kadang zikir bertukar jadi makian bila sifat amarah mengelilingi hati yang merah .. pernah bukan ...~  lebih-lebih lagi berdepan dengan manusia2 yang punya hati yang kelam oleh sifat dengki .. ! jika hatinya kelam biarlah mereka dgn labu2nya .. cuma yang perlu kamu buat jangan biarkan hati kita kelam seperti mereka .. hiraukan agar emosi kita tidak di pancing .. ibarat pepatah lama ''selama orang yang kalah masih boleh tersenyum , maka pihak yang menang tidak akan rasa nikmat kemenangan ''

sometimes semua tu hanya ujian , belajarlah untuk sentiasa tersenyum agar hati itu bertambah putih ,, belajar untuk tidak membebankan diri sendiri dengan benda-benda yang tidak masuk akal .. senyumlah sayang walaupun di hadapan musuh , insyaAllah ia akan tewas sendiri tanpa kita berperang ... 

kasihan bukan ? kadang - kadang manusia yang kelam hatinya ialah manusia yang cacat jiwanya , dan tiada siapa yang akan menerimanya ... doakan yang terbaik untuk diri mereka agar hati yang kelam itu akan berubah warnanya di suatu hari nanti ... bila ia sedar pasti ia akan menangis kerana kelam nya hati mereka sangat meranakan diri sendiri .........

hati berbicara :
''tersenyumlah dengan senyuman yang ramah dalam menyambut kehidupan yang penuh dengan warna warni '' - adik saya ni pun turut tersenyum 

biarkan saja mulut2 busuk berbicara kerana di setiap bicaranya pahala datang berlimpah ruah terhadap kita , dan kita harus sabar agar pahala itu akan di timbang di suatu saat nanti .. sedangkan timbangan mereka dosa yang bertambah .. mulai hidup kita dengan mencintai diri sendiri dgn seadanya , dan pasti kita akan mendapat orang - orang yang terbaik....
Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates