Posts with the label travel
Showing posts with label travel. Show all posts
Showing posts with label travel. Show all posts
5/20/2023
The Bentong Farm Review | Petting Zoo di Bentong
The Bentong Farm Review | Best ke datang ke The Bentong Farm ni ? Assalamualaikum & holla gais, haa hari ni qaseh nak share pengalaman qaseh ke The Bentong Farm yang terletak di eh mestilah di Bentong, Pahang. Tempat yang menyeronokkan untuk korang bawa anak-anak mengenal haiwan, beri makan dan sentuh haiwan. Mereka konfirm teruja dan letih ! Haha jom tengok apa yang menarik di The Bentong Farm ni
Kalau korang pernah pergi Farm In The City, haa konsepnya sama cuma di The Bentong Farm ni lagi selesa dan luas, bila pengunjung ramai pun tak rasa lah perlu bersesak sangat, memang sangat luas ye. Oh ya, for info The Bentong Farm ni masih baru so akan ada penambahbaikan dan benda-benda lain lagi so bab tu korang kena stay tune ~ contoh dusun durian, atv dan banyak lagi haaa
Area kaunter tiket pun banyak port ootd
Parking ? Mudah ! Parking free depan kaunter tiket, tak perlu menapak jauh dari kereta ke kaunter tiket ya. Jom qaseh tunjuk apa yang ada. Pastikan pakai pakaian yang selesa sebab faham-faham la tempat luas kena banyak berjalan, jangan cari pasal pakai heels pulak. Pakaikan topi untuk anak-anak, sediakan air mineral juga.
Harga Tiket :Adult : RM48Child / senior citizen : RM38Korang kalau nak pergi, jenguk-jenguk insta / website juga ye sebab kadang banyak promosi / diskaun
Selain dari melihat haiwan, beri makan, korang boleh bercinta dengan alam. Bila dah habis melawat haiwan-haiwan yang ada, boleh jalan-jalan sekitar, ada sungai kecil, ada tasik, replika besar punya dan lain-lain.
Moh la qaseh share yang mana sempat qaseh capture the moment, haha hujung-hujung dan penat sampai lupa dah nak snap pic, so ini antara sebahagian ye, kalau nak tahu lagi sila la pergi sendiri ke The Bentong Farm, anak-anak ku juga tak reti penat weh, banyak betul tenaga diorang tapi yang pasti mereka happy, satu kebebasan buat mereka bila datang ke sini.
Masuk-masuk je, ini tempat pertama kena singgah ~ boleh beli makanan juga ye, RM10, tapi ada je makanan yang disediakan kat sini, korang boleh minta dekat staff, nanti dia bagi. So area sini, ada alpaca, haiwan come-comel, ada ular, kala jengking, tikus apa tah namanya, sis lupa ~ hihi
Exhibition Hall

Tortoise Land
Best lepak sini, seronok bagi makan dekat kura-kura ni, memang besar weh cuma untuk anak-anak jangan bagi depa bagi makan sendiri kot kena gigit heheh. Perati la anak masing-masing noh. Tengoklah anak aku ni siap nak panjat atas belakang kura-kura ~ hahahaharu biru.
Bird Aviary
Savannah
Area sini ada rusa, kuda, kambing lembu, burung merak dan lain-lain, Rayyan kena kejar dengan kambing hahaha so dia takmau lama kat sini, takut kena gigit padahal kambing tu nak makanan yang dia pegang hehehe
Bunny Land
Favourite port anak-anak, bagi makan rabbit !
Ready Untuk Tangkap Ikan !
Ini pun memang favourite port anak-anak juga, area sini dekat cafe tau so korang boleh berhenti rehat dan makan. Kemudahan semua lengkap, ada toilet yang bersih. Bagi yang ada anak kecik, better la bawak stroller juga.
Kat sini boleh tangkap ikan ! Tapi tak boleh bawak balik lah ye, tangkap dan lepas, ikan kat sini memang fast & furious weh, laju betholll haha tapi anak-anak happy je walaupun dapat tangkap air semata :p Kalau dibiarkan tu memang masuk sekali berenang dalam air tu
Penghujung untuk melawat kawasan haiwan tamat bila nampak replika kapal yang besar gedabak ni, ada angsa tau duk berenang-renang kat sini dan korang boleh bagi makan ikan juga disini.
Back To Nature !
Eh tak habis lagi ~ dah habis melawat kawasan haiwan tadi, masa untuk bercinta dengan alam. Korang bebas je nak pergi mana, tempat dia memang lawa, banyak port-port ootd. Ada sungai kecil, macam kat kampung dulu-dulu, ada tali air, replika kerbau, ada macam perkampungan orang asli. Banyak buah-buahan dan sayuran yang ditanama di area sini
Sebenarnya ada banyak lagi kat atas bukit sana haha tapi kaki ku serious kejang, nampak sangat dah tua, kena datang lagi ni, ada lagi yang tak sempat explore dan kita tunggu new attraction lah, boleh naik ATV, or camping ~ haaa so banyak memori yang korang boleh cipta bersama anak-anak, bersama family, semestinya untuk yang tersayang ~ gambar ku dah tak muat nak letak semua ~
Jangan lupa datang ya ~ berbaloi !
Operation Hours
WEEKDAYS: 10:00 am – 6:00 pmWEEKENDS: 09:30 am – 6:00 pmClosed on every TuesdayOpen in Public holiday & school holiday
More Info :
THE BENTONG FARM
Lot 6239-6241, Kampung Orang Asli Sungai Lebak, Batu 3 Jalan Chamang, 28700 Bentong, Pahang
CUSTOMER SERVICE
+6010 283 3655
10/13/2022
Staycation di Ames Hotel Melaka | Jenis Bilik Yang Ada di Ames Hotel
Pengalaman Menginap di Ames Hotel Melaka | Baru-baru ni qaseh ada share percutian qaseh di Melaka dan kongsikan hotel yang qaseh menginap di Ayer Keroh Melaka, hari ni qaseh nak buat sambungan sikit dan nak share kepada korang yang membaca ni, jenis-jenis bilik dan kemudahan yang ada disini
Hotel ni mempunyai 298 bilik tetamu dan juga Presidential Suite dengan tawaran Merchant Lounge yang memberi faedah ekslusif seperti sarapan percuma dan minuman sepanjang hari untuk guest suite, bila qaseh masuk bilik Merchant Lounge rasa macam wow sangat tapi bila masuk Presidential Suite lagi WOW 10 kali ganda, mana taknya memang luas gila dan ada macam-macam, dah macam ada hotel di dalam hotel gitu
- Deluxe King
- Deluxe Twin
- Deluxe Garden King
- Deluxe Garden Twin
- Merchant Suit
- Presidential Suit
Hari tu qaseh dah kongsi bilik Deluxe King dan Deluxe Twin, so korang boleh baca di entry sebelum ni je lah
Jangan lupa baca sini : Review Bilik Deluxe King & DeluxeTwin
Hari ni qaseh nak share antara bilik yang termahal di Ames Hotel Melaka, wow range harga dalam Rm8,000 - RM10,000 semalam, bila tengok bilik mahal ni memang berbaloi lah dengan harga, semua cukup lengkap dan selesa.
Jom tengok !
Presidential Suit
Bilik mewah yang paling mahal di Ames Hotel Melaka, bila masuk sini rasa macam wow, besar sangat dan dipenuhi dengan segala kemudahan, pendek kata semua cukup lengkap dan tak perlu dah nak keluar kemana-mana hehe
Dalam suit ni ada kemudahan Gym, Spa, Jacuzzi, Sauna, Snooker, karaoke dan lain-lain kemudahan. Nampak tak, presidential suit ni ibarat hotel tersembunyi di dalam hotel hehe. Biar gambar berbicara ~
![]() |
Bilik tidur yang sangat luas |
![]() |
Jacuzzi in bathroom |
![]() |
Sauna time ~ |
![]() |
Bathroom pun cantik dan besar memuatkan jacuzzi dan sauna |
Bilik Pejabat , dah macam bilik menteri, eh macam tahu-tahu je bilik menteri tu macamana ye ~ tapi luas, selesa dan tenang nak buat kerja dalam bilik ni
![]() |
Bilik ofis |
![]() |
Ruang tamu |
![]() |
Ruang makan-makan |
![]() |
Private spa dalam Predential Suite |
![]() |
Ruang santai-santai tengok tv |
![]() |
Tempat buat tea and coffee, semua ada dalam tu |
![]() |
Bilik karaoke, if korang nak book untuk beberapa jam pun boleh if tak stay di suite, no problem |
Merchant Lounge
Merchant Laounge khas untuk guest yang menginap di Presidential Suite & boleh akses dari Merchant Suite. Merchant Lounge menyediakan sarapan percuma dan minuman sepanjang hari untuk tetamu suite
LSL Chamber
Merchant Suite
Kemudahan Yang Ada
Grand Ball Room
Selain kemudahan gym, swimming pool, The Munch all dining, korang juga boleh buat majlis atau meeting di Ames Hotel Melaka, kerana mereka mempunyai Grand Ball Room tanpa tiang dengan kapasiti 600 orang, kemudahan skrin led bersaiz besar dan merupakan ballroom terbesar di Melaka Ada 4 bilik lain yang sesuai untuk meeting. Sesuai sangat untuk korang buat event, press conference, mesyuarat atau persidangan di sini.
By the way, banyak sangat tempat untuk korang lepak santai dan ada beberapa tempat yang akan dibuka seperti SPA dan sebagainya, so worth to stay here ~
AMES Hotel
Untuk maklumat lanjut mengenai Hotel Ames dan tempahan, sila hubungi 06-318 3999, atau layari Website : https://www.ames-hotel.com
Facebook : https://web.facebook.com/ameshotel
Instagram : https://www.instagram.com/ameshotelmelaka
Subscribe to:
Posts (Atom)