• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

Melancong dan bercuti ke Indonesia adalah salah satu impian qaseh. Indonesia sememangnya negara yang penuh dengan budaya, alam semulajadi dan keunikan tersendiri yang ramai orang akan jatuh cinta bila jejakkan kaki di sana. Mungkin korang juga sama macam qaseh dan mungkin tengah mencari tempat-tempat menarik atau pakej percutian ke Indonesia. Masa yang tepat sebab qaseh nak kongsikan pakej percutian ke Indonesia bersama Sahabat Holidays Travel & Agency 

Pakej percutian indonesia

$ads={1}

For me, bila pertama kali ingin ke sesebuah tempat semestinya qaseh lebih suka memilih travel agency yang mempunyai pakej-pakej menarik yang telah di tetapkan. So, tak perlu nak pening untuk cari hotel, tempat menarik di Indonesia, aktiviti menarik di Indonesia dan sebagainya sebab i nak pergi cuti-cuti nak enjoy, taknak ada masalah okay ! Masalah tu semua serahkan je pada travel agency hihihi.

 

Pakej Percutian ke Indonesia Bersama Sahabat Holidays 

Sahabat holidays indonesia

$ads={1}


Qaseh tertarik dengan pakej percutian ke Indonesia yang disediakan oleh Sahabat Holidays ni sebab hampir seluruh Indonesia yang mereka boleh bawa dan qaseh tertarik untuk pergi ke Wilayah Sumatra yang mana di sini banyak tempat-tempat menarik dan popular bila ingin melancong ke Indonesia. Kiranya tempat hot dan cantik sangat dan wajib masukkan Wilayah Sumatra ni dalam list tau !

 

Kenapa Perlu Memilih Sahabat Holidays Indonesia?

 

Sahabat holidays indonesia

 $ads={1}

Sahabat Holidays Indonesia adalah travel agency yang berlesen dan boleh dipercayai, berpengalaman lebih dari 7 tahun dalam bidang pelancongan dan dikendalikan oleh warga Indonesia yang berpengalaman. Pengasas Sahabat Holidays pula ialah Encik Yusuf yang berpengalaman sejak dari 2011 lagi. 

 

Dengan moto ‘Friendly & Fun’, korang akan dapat kepuasan dan pengalaman baru yang terbaik. Sahabat Holidays akan menjadi sahabat terbaik dalam meneroka alam yang indah itu haaa gituuu.  Baca ni pun dah tak sabar nak pergi bercuti kan. 

 

Untuk sekarang, Sahabat Holidays fokus kepada Inbound Tours untuk pasaran Asia seperti Malaysia, Brunei Darussalam, Thailand, Singapura dan pasaran Domestik. {alertInfo}

 

Tempat Menarik di Wilayah Samutra Indonesia yang korang perlu tahu 

Kalau korang nak tahu, Wilayah Samutra menyimpan keindahan alam dan budaya yang sangat memukau. Dari Danau Toba yang cantik dan megah hingga hutan hujan Gunung Leuser korang akan dapat pengalaman yang menakjubkan. Jom qaseh kongsikan tempat-tempat menarik yang akan dibawa oleh Sahabat Holidays 

 

Medan Indonesia

 

Pakej percutian indonesia

Banyak tarikan tersembunyi yang ada di bandar Medan ni tau dan ia merupakan bandar ketiga terbesar di Indonesia selepas Jakarta. Medan ni boleh dikatakan semua ada, makanan halal,pusat beli belah, budaya, sejarah dan alam semulajadi. Antara tempat menarik dan best di Medan Indonesia  :

 

 

  •  Danau Toba - Keindahan alam semulajadi, seriously tempat ni cantik gila !
  •  Pulau Samosir - Sejarah dan warisan suku batak
  •  Berastagi - Air Terjun 2 warna
  •  Parapat - Penghubung ke danau toba
  •  Ambarita Village
  •  Efrata Waterfall
  •  Holbung Hill
  •  Kampung Tomok
  •  Masjid besar Al-Majsun

 

Pakej percutian sahabat holidays indonesia


Klik : Pakej Percutian dan Itinerary di Medan Indonesia {alertSuccess}

 

Padang dan Bukit Tinggi Indonesia

Pakej percutian indonesia


Bagi Indonesia, Padang adalah salah satu syurga pelancongan yang menarik kerana ianya berbeza dan mempunyai keunikan tersendiri. Kat sini korang boleh cuba makanan Padang yang sedang dan panorama alam yang sangat cantik tau. Padang juga kaya dengan kebudayaan, kehebatan masakan di sini memang tiada tandingan. Antara tempat menarik yang korang akan explore bersama Sahabat Holidays :

 

 

  •  Air Terjun Lembah Anai
  •  Muzium Rumah Gadang (Rumah Minangkabau)
  •  Pandai Sikek (proses pembuatan pakaian tradisional dari Minangkabau)
  •  Lembah Harau
  •  Kelok 9
  •  Batusangkar
  •  Istana Pagaruyung
  •  Membeli-belah di Kiniko
  •  Jam Gadang Big Ben
  •  Panorama Ngarai Sianok (Lembah Sianok)
  •  Sungai Landi
  •  Tasik Maninjau
  •  Pantai Padang
  •  Jambatan Siti Nurbaya
  •  China Town 

Sahabat holidays indonesia


Klik : Pakej Percutian dan Itinerary di Padang dan Bukit Tinggi Indonesia {alertSuccess}

 

Banda Aceh, Indonesia

Pakej percutian indonesia


Pastinya semua orang tahu Banda Aceh terkenal dengan peristiwa pahit yang menggemparkan dunia iaitu Tsunami yang terjadi pada Disember,2004. Namun dari kehancuran itu, muncul semangat dan ketahanan masyarakat Acheh untuk membangunkan semula Banda Aceh. Ada monumen dan muzium untuk menghormati peristiwa ini dan sekarang Banda Aceh kembali gah dan pulih

 

Bila melancong ke sini, korang akan dapat pengajaran dari peristiwa tersebut so Banda Aceh banyak sejarah-sejarah tersendiri dan ada pantai yang cantik, Sahabat Holidays akan membawa korang di :

 

  • Tsunami Mass Grave
  • Baiturahman Mosque
  • Aceh Tsunami Museum
  • Sabang island
  • PLTD Apung
  • Pintu Khop (Khop Gate) 
  • Kapal Apung Lampulo
  • Shopping at Pasar Atjeh
  • Cut Nyak Dien House
  • Lampuuk Beach and Lhoknga Beach
  • Makam Sulthan Iskandar Muda
  • Pesantren and Rumah Yatim.  

 Sahabat holidays indonesia

 

Klik : Pakej Percutian dan Itinerary di Banda Aceh, Indonesia {alertSuccess}

 

Pekan Baru, Indonesia

Tempat menarik di indonesia


Apa yang menarik di Pekan Baru Indonesia ? Haa ia merupakan ibu kota provinsi Riau dan merupakan pusat ekonomi utama di bahagian Timur Pulau Samutera. Pekan Baru dikenali sebagai pusat ekonomi dan budaya penting dan ia juga dikenali sebagai industri minyak dan gas serta peranannya sebagai pusat perdagangan dan perindutrian. Sahabat Holidays akan membawa korang ke tempat-tempat menarik yang ada di Pekan Baru :

 

  • Riau Fantasi
  • Istana Siak Sri Indrapura
  • Candi Muara Takus
  • Rainbow Hills Rumbai
  • Masjid Agung An-Nur
  • Trans Studio Mini Pekanbaru
  • Kawah Biru
  • Taman Wisata Refi
  • Anjungan Seni Idrus Tintin


 Pakej sahabat holidays indonesia


Klik : Pakej Percutian dan Itinerary di Pekan Baru, Indonesia {alertSuccess}

 

Palembang, Indonesia

Pakej percutian ke indonesia


Palembang terletak di sepanjang Sungai Musi, dan ia juga merupakan pusat ekonomi serta perdagangan yang penting di kawasan tersebut. Ia mempunyai beberapa tarikan pelancongan, termasuklah jembatan Ampera yang terkenal dan makanan tradisional seperti pempek yang popular di seluruh Indonesia. Tempat menarik di Palembang :

 

 

  • Jembatan Ampera
  • Masjid Cheng Ho Palembang
  • Kampung Arab Al Munawar
  • Pulau Kemaro
  • Air Terjun Bidadari Palembang
  • Arung Jeram Sungai Manna
  • Gunung Dempo
  • Muzium Al Quran Palembang
  • Hutan Punti Kayu


 Pakej percutian ke indonesia


Klik : Pakej Percutian dan Itenerary di Palembang, Indonesia {alertSuccess}

Best kan korang tempat-tempat menarik di bawah tour Sahabat Holidays ni, semua tempat cantik dan qaseh rasa memang berbaloi sangat untuk korang ambil pakej percutian ke Indonesia bersama Sahabat Holidays ni. Harga pun berpatutan ye. Kalau dah cukup tabungan untuk travel tu jangan simpan lama-lama nanti habis haaaa 


Pengalaman Melancong ke Indonesia bersama Sahabat Holidays 

Seronok qaseh tengok feedback-feedback dan pengalaman yang positif dari pelancong yang dah menggunakan perkhidmatan Sahabat Holidays ni, semua nampak happy je, eh of course lah happy ! Sahabat Holidays kan ibarat sahabat terbaik di sepanjang masa korang bersama mereka. 

Sahabat holidays indonesia

Sahabat holidays indonesia

Sahabat holidays indonesia
Ni kawan qaseh sendiri dah pergi, seronoknya hampaa nohh ! 





Kelebihan Melancong dengan Travel Agency - Sahabat Holidays

  1. Kepakaran dan pengetahuan yang luas
  2. Menjimatkan masa
  3. Harga yang berbaloi
  4. Keperluan yang lengkap
  5. Membantu ketika kecemasan
  6. Fleksibiliti
  7. Keselesaan terjamin
  8. Sahabat travel terbaik 

Bagaimana nak booking pakej dengan Sahabat Holidays 

Nah lastly korang boleh booking pakej yang menarik ni dengan pihak Sahabat Holidays, qaseh jamin semuanya akan diatur beres dan korang akan gembira sepanjang perjalanan. Kalau pergi Indonesia jangan lupa ole-ole buat qaseh ! Boleh contact di info yang qaseh berikan di bawah ni okay ! Selamat bercuti ke Indonesia !

{getButton} $text={Website Sahabat Holidays} $icon={link} $color={Hex Color}

{getButton} $text={Facebook Sahabat Holidays} $icon={share} $color={#2d27cf}

{getButton} $text={Instagram Sahabat Holidays} $icon={share} $color={#4f1b24}

{getButton} $text={Whatsapp Encik Yusuf} $icon={whatsapp} $color={#1f7834}


Pertama kali jejak kan kaki di Farm In The City ni memang sangat menyeronokkan, niat asal hanya untuk menggembirakan anak-anak dan mendekatkan mereka untuk lebih mengenali spesies haiwan tapi ternyata Farm In The City ni bukan hanya untuk anak-anak sahaja tapi ia juga satu tempat yang menyeronokkan untuk semua golongan umur

Farm in the city

$ads={1}

Jika korang masih mencari-cari destinasi yang menarik, Farm In The City adalah tempat yang tepat dan sesuai. Lokasi Farm In The City ni adalah di Seri Kembangan, hanya dalam jarak 30 minit dari Kuala Lumpur

Jom Kenali Farm In The City

Kalau dahulu jika nak bawa anak-anak melihat haiwan, semestinya zoo adalah pilihan pertama, tapi selepas adanya Farm In The City ini adalah pilihan yang tepat kerana farm in the city konsepnya bukan seperti zoo yang kita boleh melihat dari luar tapi ianya petting zoo. Di sini kebanyakan haiwan akan dibiarkan bebas dalam kandang (haiwan yang tidak merbahaya). 

Farm in the city

$ads={1}

Konsep yang sebegini membuatkan anak-anak boleh mengusap, memberi makan, menyentuh dan beri satu pengalaman best lebih-lebih lagi pada anak-anak moden yang susah nak jumpa haiwan di bandar. 

Lokasi Farm In The City 

Farm In The City, Jalan Prima Tropika Barat 1, Pusat Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, Selangor Malaysia {alertSuccess}

 


$ads={1}

Tips Sebelum ke Farm In The City 

  • Tidak boleh bawa makanan dari luar
  • Elakkan pakai kasut dan pakaian putih sebab kambing dan rusa suka kejar mintak makanan :p
  • Pakai pakaian selesa untuk anak-anak
  • Pakai kasut 
  • Sediakan kipas kecil 
  • Sediakan payung atau rain coat 
  • Prepare air mineral nanti penat 
  • Jika taknak crowded jangan pergi pada public holiday / cuti sekolah :p
Baca juga : Cara Memilih Makanan Kucing {alertInfo}

Tarikan Yang Ada di Farm In The City Wajib Singgah !

Sebenarnya dah banyak kali qaseh pergi ke FITC ni, rasanya dah 4 kali kot haaa best tak best memang padu, seronok sebenarnya bila tengok anak-anak happy ni, so diorang akan letih senang lah nak tidur malam haha, jom banyak tarikan yang ada di sini dan terbahagi kepada banyak bahagian 

Pet Village

Farm in the city

$ads={2}

Ostrich Farm

Farm in the city


Turtle & Tortoise Farm

Farm in the city

Farm in the city

Reptiles Carven

Farm in the city

Farm in the city

Bird Aviary

Farm in the city

Savannah

Farm in the city


Longkang Fish

Farm in the city

Mood’s Lake

Farm in the city

Farm in the city


Feeding Fish

Farm in the city

Farm in the city

Pony Ride

Farm in the city

Racoon Feeding

Farm in the city

Rabbit Farm 

Farm in the city

Dan sebenarnya banyak lagi stesen-stesen haiwan yang ada di farm in the city ni, haaa jangan lupa exercise awal-awal takut tak larat pulak nanti. Btw, bukan haiwan sahaja ada di sini, ada juga kebun kecil, taman pertanian dan ala-ala desa macam tu. Kena lah pergi semua okay !

Jika korang jauh dari Farm In The City ni, mungkin lebih dekat dengan Bentong, Pahang. Korang boleh pergi ke The Bentong Farm yang mana ianya sama konsep dengan FITC ni kerana ianya satu company. Bestnya di The Bentong Farm lagi luas dan lebih dekat dengan alam

Jangan Buat Perkara Ini di Farm In The City 

  • Ketuk cengkerang kura-kura
  • Jangan angkat arnab dengan memegang telinganya
  • Jangan buang jaring net dan bekas di dalam longkang ikan
  • Jangan ketuk kaca gelas yang ada haiwan 
  • Jangan tuang makanan 
  • Jangan buang bekas makanan ikan di dalam tasik 
  • Jangan berlari-larian di tangga 

$ads={1}

Pertunjukan Haiwan Eksotik

Selain itu, ada show ataupun pertunjukan best yang korang boleh tengok, antaranya pertunjukan dari burung kakak tua dan banyak lagi yang dianjurkan oleh FITC

Farm in the city

Farm in the city

Jangan Lupa Beli Makanan Haiwan

Masuk-masuk je darm in the city, akan ada staf yang jual makanan untuk haiwan, ada juga makanan percuma yang disediakan dan juga korang boleh beli makanan haiwan di vending machine yang ada. Murohhh jee. 

Farm in the city


Kemudahan Yang Ada di Farm In The City

  • Tempat parking percuma disediakan 
  • Ada surau dan toilet
  • Ada sinki secara terbuka untuk basuh tangan
  • Kedai cenderamata
  • Cafe / kedai makanan
  • Peta dan panduan taman

Harga Tiket Terkini Farm In The City 

Harga tiket walk in

Warganegara :         Dewasa Rm37 , Kanak-kanak : RM32
Pelancong asing :    Dewasa RM58 , kanak-kanak : RM48 {alertInfo}

Harga Tiket Farm In The City Online : 

Tempah sini {alertInfo}

$ads={1} 

Waktu Operasi Farm In The City 

Hari Biasa                          : 10 pagi - 6 petang
Hari cuti sekolah / umum   :     9.30 pagi - 6 petang {alertInfo}


The Bentong Farm Review | Best ke datang ke The Bentong Farm ni ? Assalamualaikum & holla gais, haa hari ni qaseh nak share pengalaman qaseh ke The Bentong Farm yang terletak di eh mestilah di Bentong, Pahang. Tempat yang menyeronokkan untuk korang bawa anak-anak mengenal haiwan, beri makan dan sentuh haiwan. Mereka konfirm teruja dan letih ! Haha jom tengok apa yang menarik di The Bentong Farm ni


$ads={1}

Kalau korang pernah pergi Farm In The City, haa konsepnya sama cuma di The Bentong Farm ni lagi selesa dan luas, bila pengunjung ramai pun tak rasa lah perlu bersesak sangat, memang sangat luas ye. Oh ya, for info The Bentong Farm ni masih baru so akan ada penambahbaikan dan benda-benda lain lagi so bab tu korang kena stay tune ~ contoh dusun durian, atv dan banyak lagi haaa 

Area kaunter tiket pun banyak port ootd 

$ads={1}

Parking ? Mudah ! Parking free depan kaunter tiket, tak perlu menapak jauh dari kereta ke kaunter tiket ya. Jom qaseh tunjuk apa yang ada. Pastikan pakai pakaian yang selesa sebab faham-faham la tempat luas kena banyak berjalan, jangan cari pasal pakai heels pulak. Pakaikan topi untuk anak-anak, sediakan air mineral juga. 

$ads={1}

Harga Tiket :

Adult : RM48
Child / senior citizen : RM38 

Korang kalau nak pergi, jenguk-jenguk insta / website juga ye sebab kadang banyak promosi / diskaun


$ads={1}

Selain dari melihat haiwan, beri makan, korang boleh bercinta dengan alam. Bila dah habis melawat haiwan-haiwan yang ada, boleh jalan-jalan sekitar, ada sungai kecil, ada tasik, replika besar punya dan lain-lain. 

Moh la qaseh share yang mana sempat qaseh capture the moment, haha hujung-hujung dan penat sampai lupa dah nak snap pic, so ini antara sebahagian ye, kalau nak tahu lagi sila la pergi sendiri ke The Bentong Farm, anak-anak ku juga tak reti penat weh, banyak betul tenaga diorang tapi yang pasti mereka happy, satu kebebasan buat mereka bila datang ke sini.


$ads={1}

Masuk-masuk je, ini tempat pertama kena singgah ~ boleh beli makanan juga ye, RM10, tapi ada je makanan yang disediakan kat sini, korang boleh minta dekat staff, nanti dia bagi. So area sini, ada alpaca, haiwan come-comel, ada ular, kala jengking, tikus apa tah namanya, sis lupa ~ hihi

Exhibition Hall


$ads={1}



$ads={1}



$ads={1}

Baca juga : Jenis Bunga dan Maksudnya {alertInfo}

Tortoise Land  

Best lepak sini, seronok bagi makan dekat kura-kura ni, memang besar weh cuma untuk anak-anak jangan bagi depa bagi makan sendiri kot kena gigit heheh. Perati la anak masing-masing noh. Tengoklah anak aku ni siap nak panjat atas belakang kura-kura ~ hahahaharu biru.


$ads={1}




$ads={1}

Bird Aviary

$ads={1}

Savannah  

Area sini ada rusa, kuda, kambing lembu, burung merak dan lain-lain, Rayyan kena kejar dengan kambing hahaha so dia takmau lama kat sini, takut kena gigit padahal kambing tu nak makanan yang dia pegang hehehe

Bunny Land



Favourite port anak-anak, bagi makan rabbit ! 

Ready Untuk Tangkap Ikan !
Ini pun memang favourite port anak-anak juga, area sini dekat cafe tau so korang boleh berhenti rehat dan makan. Kemudahan semua lengkap, ada toilet yang bersih. Bagi yang ada anak kecik, better la bawak stroller juga. 

Kat sini boleh tangkap ikan ! Tapi tak boleh bawak balik lah ye, tangkap dan lepas, ikan kat sini memang fast & furious weh, laju betholll haha tapi anak-anak happy je walaupun dapat tangkap air semata :p Kalau dibiarkan tu memang masuk sekali berenang dalam air tu 


Penghujung untuk melawat kawasan haiwan tamat bila nampak replika kapal yang besar gedabak ni, ada angsa tau duk berenang-renang kat sini dan korang boleh bagi makan ikan juga disini.


Back To Nature ! 
Eh tak habis lagi ~ dah habis melawat kawasan haiwan tadi, masa untuk bercinta dengan alam. Korang bebas je nak pergi mana, tempat dia memang lawa, banyak port-port ootd. Ada sungai kecil, macam kat kampung dulu-dulu, ada tali air, replika kerbau, ada macam perkampungan orang asli. Banyak buah-buahan dan sayuran yang ditanama di area sini 


$ads={1}


$ads={1}






Sebenarnya ada banyak lagi kat atas bukit sana haha tapi kaki ku serious kejang, nampak sangat dah tua, kena datang lagi ni, ada lagi yang tak sempat explore dan kita tunggu new attraction lah, boleh naik ATV, or camping ~ haaa so banyak memori yang korang boleh cipta bersama anak-anak, bersama family, semestinya untuk yang tersayang ~ gambar ku dah tak muat nak letak semua ~ 

Jangan lupa datang ya ~ berbaloi ! 

Operation Hours 
WEEKDAYS: 10:00 am – 6:00 pm
WEEKENDS: 09:30 am – 6:00 pm

Closed on every Tuesday
Open in Public holiday & school holiday

More Info : 


THE BENTONG FARM

Lot 6239-6241, Kampung Orang Asli Sungai Lebak, Batu 3 Jalan Chamang, 28700 Bentong, Pahang

FACEBOOK
https://www.facebook.com/thebentongfarm/

INSTAGRAM
https://www.instagram.com/thebentongfarmmalaysia

CUSTOMER SERVICE
+6010 283 3655
















Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates