• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog



Bila jadi surirumah ni memang hari-hari nak kena fikir masak apa , tekak ni terasa pulak nak makan udang masak tempoyak tanpa santan, korang pernah tak cuba? Sedap juga tau korang, seriously kena cuba. Sebenarnya santan tiba-tiba habis kat rumah jadi haaa kita masak je lah udang tempoyak ni tanpa guna santan 

Respi ni memang resepi paling mudah, bagi penggemar tempoyak sememangnya sangat sesuai dengan hidupan laut seperti udang, nak lagi sedap korang boleh tambah petai juga. Fuhh bila makan udang masak tempoyak ni memang tak pandang kiri kanan dah. Jom qaseh kongsikan resepi mudah ni


Udang masak tempoyak

Resepi Udang Masak Tempoyak Tanpa Santan

Bahan-bahan yang di perlukan :

  • 7 ekor udang galah atau udang biasa pun boleh
  • 2 helai daun kunyit 
  • 3 batang serai 
  • 5 sudu tempoyak 
  • Cili api (suka pedas letakla banyak2 )
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Kunyit

Bahan Untuk Dikisar :

  • Cili api
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia 
  • Kunyit

Cara - cara membuatnya :

  • Bersihkan udang , buang kepala, kulit dan tahi udang.  
  • Tumis bahan-bahan yang telah di kisar (bawang merah, bawang putih, halia dan kunyit) sehingga harum 
  • Masukkan tempoyak , kacau dengan api yang kecil , jika terlalu pekat tambahkan sedikit air 
  • Kemudian, masukkan udang , daun kunyit dan juga serai 
  • Biarkan ia mendidih , perasakan dengan gula dan juga garam 
  • Siap !
Baca juga : Resepi donut mudah dan gebu {alertInfo}

Jangan biarkan udang mendidih lama sangat ya, nanti hilang rasa udang tu. Sekejap sahaja sebab udang cepat masak. Nah dah siap ! Simple dan gerenti sedap. Kalau korang sukakan santan, tambah je santan macam biasa. 



Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates