Ad code

Raya Macam Dulu-Dulu di Pusat Pakaian Hari-Hari

Korang ingat lagi tak raya macam dulu-dulu waktu kita kanak-kanak, meriah kan? Sekarang suasana tu ada tapi takkan pernah sama macam vibes dulu-dulu. Masih teringat mak ayah belikan baju raya, kenangan tu sangat melekat dan kenangan tu takkan pernah luntur. Bila dah dapat baju raya, seronok berjalan satu kampung untuk kutip duit raya pulak hehe

Dalam tak sedar, kenangan tu sangat kuat di ingatan kan? Jadi sekarang bila qaseh dah jadi ibu, qaseh pun nak jadikan kenangan cari baju raya untuk anak-anak tu akan diorang kenang sepanjang masa. Kalau dulu, teringat ye baju raya kitorang simple tapi selesa, rata-rata pakai baju kurung pesak klasik, takde bermanik labuci bagai, tapi tetap gembira.

Jadi kali ni, qaseh nak bagi vibes untuk anak-anak beraya macam dulu-dulu dengan koleksi baju raya di Pusat Pakaian Hari-Hari. Bila tengok koleksi raya tahun ni memang mengimbau kenangan bila mana design untuk perempuan macam zaman qaseh sekolah dulu, corak di baju lain, corak di kain juga lain, tapi cukup selesa. 

Raya Macam Dulu-Dulu, Hari-Hari Sentiasa di Hati 

Bila masuk je dalam Pusat Pakaian Hari-Hari ni terus rambang mata, berwarna-warni gitu sebab banyak betul warna baju raya yang ada kat sini. Paling suka boleh sedondon ibu dan anak. Koleksi untuk ibu dan anak pulak ada pelbagai design, design baju kurung kedah tapi still bergaya bila pelbagai design di tonjolkan. 


Qaseh tertarik dengan design bercorak bila mana baju dan kain berbeza corak dan design. Ada juga baju plain tapi kain bercorak. Kualiti kain pulak memang bagus dan selesa, rasa sejuk je bila pakai. Tengoklah banyak betul design yang ada, memang macam dulu-dulu 






Baju Sedondon Ibu dan Anak di Pusat Pakaian Hari-Hari





Qaseh memang suka bila baju raya siap set dengan anak perempuan sekali, so sangat-sangat memudahkan ibu-ibu untuk fikir. Tak perlu nak bersusah payah pergi kedai ke satu kedai untuk matching warna pula. Haaaa, banyak jugak size anak-anak yang ada. Alhamdulillah tepat pula saiz untuk Rania, cantik terletak, tak terlalu besar dan tak terlalu kecil, so ngam dengan badan dia untuk umur 5 tahun



Bila dah cari sedondon ibu dan anak, baru lah boleh pilih baju melayu untuk ayah dan anak lelaki pula. Jangan risau tau korang, banyak sangat pilihan warna yang boleh ‘matchy-matchy’ satu keluarga. Bagi yang tak suka pakai baju melayu, jangan risau sebab ada banyak juga pilihan kurta yang boleh sedondon satu keluarga 




Selain tu, kelengkapan raya yang lain pun ada di sini so tak perlu susah-susah untuk cari dekat lain pula. Ada sampin, songkok dan lain-lain lagi

Clearance Stok Serendah RM5



Qaseh faham bila tiba hari raya dan punya anak ramai memang banyak kos yang perlu di keluarkan, tapi dekat sini harga sangat berpatutan dan ada clearance stok tau dengan harga yang sangat murah bermula serendah RM5, RM10 dan Rm25 tapi korang kena la datang cepat-cepat ye! Kalau lambat-lambat disambar orang lain pula haaaa 


Akhirnya qaseh tertarik dengan baju plain hijau lumut dan dipadankan dengan kain bercorak, untuk Rayyan dan suami qaseh memilih kurta untuk dipadankan bersama :)

Tawaran Istimewa !!!

Bermula 21 Februari semestinya ada tawaran istimewa, untuk setiap pembelian RM120 ke atas akan dapat percuma paket raya dan untuk RM200 ke atas percuma woven bag. So, jom bawa satu keluarga ke Pusat Pakaian Hari-Hari, jom kita RAYA MACAM DULU-DULU, HARI-HARI SENTIASA DI HATI! 

Bagi yang tak sempat ke store, boleh juga shopping online di www.ehari.com.my 


Catat Ulasan

0 Ulasan

Comments