Bacaan Suhu Demam Yang Betul dan Tepat

Sejak covid melanda, ramai yang mula cakna dengan kesihatan dan selalu pantau suhu badan sama ada demam atau pun tidak, tapi ada lagi antara kita yang masih tidak tahu bacaan suhu demam yang sebetulnya. Demam terjadi apabila suhu badan tiba-tiba meningkat disebabkan oleh beberapa faktor, antaranya disebabkan oleh dehidrasi, jangkitan dan strok haba. 

Bacaan suhu demam

Apa itu demam

Demam adalah reaksi normal badan terhadap jangkitan dan faktor-faktor lain, jadi demam ini bukanlah satu penyakit tapi hanyalah gejala, walaupun ianya gejala, jika ianya tidak di rawat dengan cepat, ia boleh membahayakan lebih-lebih lagi kepada baby dan anak-anak.

$ads={1}

Bacaan Suhu Demam dan Suhu Badan Normal

  • Bacaan suhu badan normal adalah 36ºC sehingga 37.4ºC
  • Bacaan suhu demam adalah 37.5ºC dan ke atas 
  • Bacaan suhu demam tinggi adalah 38.5ºC sehingga 39.9ºC
  • Bacaan suhu demam paling tinggi adalah melebihi 39.9ºC dan perlukan rawatan segera 
Anak-anak yang berumur 6 bulan - 6 tahun mempunyai risiko untuk mendapat demam kejang (FEBRILE FIT) jika dibiarkan demam yang berterusan terus meningkat, terutamanya jika suhu melebih 38.5ºC {alertWarning} 

Bacaan suhu demam

$ads={1}

Cara Tepat Check / Menyukat Suhu Badan

Suhu badan manusia berbeza-beza dalam satu hari disebabkan oleh pelbagai faktor termasuk ritma circadian serta bergantung kepada tempat suhu badan disukat. Selalu korang check suhu badan di mana? Haa selalunya aku akan check suhu badan di bawah ketiak, so betul tak cara macam ni ?

Check suhu demam


Dari sudut perubatan, suhu badan yang lebih tepat adalah dengan menggunakan termometer perubatan di bahagian badan seperti mulut, bawah ketiak dan dubur. 

Permukaan badan mempunyai permukaan badan yang berbeza dan menyebabkan suhu yang berbeza, contohnya suhu dubur adalah 0.4ºC lebih tinggi daripada suhu di mulut. Suhu bawah ketiak pula lebih rendah dari mulut dan dubur. Selalunya kalau di klinik dan hospital doktor akan check bawah ketiak.

$ads={2}

Simptom-simptom Demam

  • Suhu badan semasa demam lebih dari 37.5ºC 
  • Muka menjadi panas dan kemerahan
  • Badan semua terasa panas dan kaki terasa sejuk
  • Sakit kepala dan pening
  • Sakit-sakit badan 
  • Menggigil
  • Meragam dan menangis (kanak-kanak)
Baca juga : Ulser Mulut Bayi {alertInfo}

Cara Turunkan Suhu Demam di Rumah

  1. Berehat secukupnya di dalam bilik yang dingin dan mempunyai pengudaraan yang baik
  2. Banyakkan minum air , jus buah dan juga sup 
  3. Mandi air sejuk
  4. Tanggalkan pakaian atau selimut tebal
  5. Makan seperti biasa mengikut selera
  6. Ambil suhu badan setiap 6 jam 
  7. Makan Paracetamol 

$ads={2}

Cara Yang Tepat Merawat Anak Demam

Rawat anak demam


Selalunya mak-mak suka letak tuala basah di dahi atau di badan dan biarkan tuala basah tu kering kan, rupanya itu adalah cara yang tidak betul dalam merawat anak yang demam.


Cara yang tepat dan betul adalah selalu jerlum anak dengan air, menggunakan air suhu bilik. Basahkan tuala basah dan lap pada bahagian tangan, kaki, badan,leher dan ketiak.

Jangan biarkan kain pada badan anak kerana ia akan merangkap lebih banyak haba, angkat dan biarkan air kering di badan anak dengan sendiri, so ulang banyak kali hingga suhu makin turun. 

Bila Perlu Pergi ke Klinik Jika Demam

  • Jika suhu badan lebih dari 37.5ºC bagi orang dewasa dan kanak-kanak
  • Jika demam korang on off dan berterusan perlu jumpa doktor, biasanya akan dibuat ujian darah atau bila suhu badan terlalu tinggi dan badan tidak mampu untuk kompensasi, korang akan diberi ubat untuk menurunkan suhu badan
  • Jika korang demam ketika mengandung
  • Terus pergi ke jabatan kecemasan bila anak korang sesak nafas, demam berkait dengan ketegangan di leher dan simptom-simptom demam yang teruk

Ubat Demam Yang Berkesan

Ubat yang selalu doktor bagi adalah Paracetamol tapi jika korang ada alergi dengan paracetamol, doktor akan beri ubat dari golongan NSAID (non steroid) seperti Ibuprofen dan Voren. Fungsinya sama seperti paracetamol, kelebihan lain ubat dalam golongan ini akan menghentikan proses peradangan, selalunya kita ambil ia sebagai ubat tahan sakit

Ubat demam

$ads={1}

Pencegahan Untuk Elakkan Demam 

Orang kata lebih baik mencegah dari merawat kan ~ so untuk elakkan korang atau anak-anak selalu demam, hindarkan dari berada di tempat orang ramai supaya tidak terdedah pada wabak penyakit berjangkit 

Cegah demam

Ajar anak-anak untuk selalu jaga kebersihan diri, selalu mencuci tangan dengan betul menggunakan sabun sebelum dan selepas makan, selepas bermain dan menggunakan tandas


Kesimpulan 

Kesimpulannya korang dah tahu cara check atau menyukat suhu badan dengan betul, jadi lepas ni tiada lagi kesalahan yang sama. Takdela rasa nak marah bila jumpa doktor tapi doktor kata tak demam. Apapun jaga diri dan kesihatan dengan baik terutamanya kesihatan anak-anak.

Jangan juga biarkan demam berlarutan walaupun nampak biasa, sebab kita tak tahu dalaman macamana kan, so sebaiknya jika rasa lain macam pada badan, cepat-cepat dapatkan rawatan dari doktor.

2 Ulasan

TQ FOR COMMENT

  1. bagus perkongsian macam ni. sangat membantu untuk parents membuat bacaan yang betul.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama