Jejakkan Kaki Di Floria 2022

Floria 2022 Putrajaya | Assalamualaikum and holla gais, fuh rasanya dah lama gila aku tak jejakkan kaki di Floria, siapa sukakan bunga, pencinta bunga dan suka bergambar memang tempat favourite lah kan, aku masuk Floria ni pun tak plan sebenarnya, dah alang-alang ada kerja di IOI Putrajaya, so why not. Baju aku pun dah tema floria dah haha


Apa yang best di Floria ? Ntahlah ~ bagi aku sama je macam tahun-tahun sebelum haha tapi tahun ni TEMA ORKID, penuh dengan bunga tapi dekorasi bunga-bunga kat sini cantik lah depa buat, aku datang pun dah hari-hari terakhir dah, bunga matahari pun dah makin kecut haha, kalau nak gambar cantik datang lah awal-awal tau, meriah la sikit awal pembukaan dengan segala acara,



Motifnya untu bawak Rayyan dan Rania datang, depa tak pernah lagi masuk Floria. Rania masih tak tahu apa-apa lagi, so dia jadi puteri dalam stroller, Rayyan la nampak seronok dapat jalan-jalan, explore sana sini while abahnya jaga Rania, so kami berdua je la have fun together-gether. Aku pun penat sebenarnya nak bergambar sangat, tak larat juga sebab baru lepas sihat 




Lagipun aku penat dan kenyang baru lepas melantak steamboat di Pak John Steamboat IOI, macam tak percaya, aku tak ambil banyak gambar kan haha tapi itulah hakikatnya, selebihnya ambil gambar Rayyan je lah, suka pulak dia nak bergambar, sedangkan selalunya susah bethol aku nak ambil gambar dia, so layan kan je lah ~ jangan jadi mat bunga sudah lah.



Dalam Floria ni ada khemah-khemah peniaga jual pokok-pokok bunga dan sebagainya, tapi ia terletak di luar lah, bahagian khas untuk pengunjung datang membeli, tandas pun ada disediakan, walaupun tandas bergerak tapi okaylah asalkan air tak slow ~ 



Floria ni memang cantik sebenarnya, lagi-lagi ada camera lawa, haaa sumpah lawa gambar-gambar korang , oh ye dalam ni ada booth-booth yang jual minuman dan makanan juga, penat meround dalam ni mesti lapar kan, boleh la duduk lepak jap, aku beli air je ~ dahaga !

So tu jelah cerita aku dengan floria 2022, dah alang-alang datang Putrajaya apa salahnya tinggalkan jejak heheh. 



Comments

Recent Post

Jangan Lupa Follow!