16 Mar 2021

Projek Infaq Ramadhan 2021 Bersama Dapur Lapowey Untuk Rumah Kebajikan Dan Frontliners

Assalamualaikum 


Pejam celik pejam celik kita pun dah nak masuk bulan Ramadhan dah, sekejap nya rasa masa berlalu, rasa macam baru je masuk tahun baru. Hari ni qaseh nak kongsikan 1 inisiatif yang sangat-sangat bagus kepada korang di luar sana yang suka beramal kebajikan, suka menderma dan bersedekah. Inisiatif ini adalah dari projek Lapowey 



Projek Infaq Makanan Bersama Lapowey


Lapowey sekarang tengah adakah projek Infaq Makanan, melalui projek infaq makanan qaseh nak menyeru mana-mana badan korporat atau kepada kalian di luar sana yang berkemampuan untuk sama-sama kita menyumbang sedikit harta yang kita ada kepada golongan yang kurang berkemampuan dan dalam masa yang sama dapat menyumbang pahala untuk diri sendiri.


Hasil dari derma kalian, ia akan didermakan kepada rumah-rumah kebajikan, seperti rumah anak yatim, rumah orang-orang tua, pusat tahfiz, frontliners (bomba, polis, dan sebagainya). Best sebenarnya buat kerja-kerja amal macam ni, akan ada satu ketenangan dalam jiwa dan semoga Allah redha dan memberi rahmat atas niat kita yang mulia ini.


Qaseh suka la projek yang dijalankan oleh pihak Lapowey ni,  sangat-sangat bagus, lagi-lagi dah nak masuk bulan Ramadhan ni memang ramai yang suka membuat amal kebajikan, inshaAllah pahala besar dan berterusan buat kalian yang sentiasa bermurah hati 


Cara Untuk Infaq Makanan Melalui Lapowey 


Bagaimana nak menderma ? Okay caranya sangat-sangat mudah sebab semua akan di uruskan oleh pihak Lapowey, korang/pihak penderma hanya perlu membuat tempahan makanan kepada pihak Lapowey mengikut menu yang disediakan.  

  • Ada 6 pilihan menu yang pihak penderma boleh pilih. 
  • Minimum untuk setiap tempahan adalah 100 pax
  • Harga set bermula RM8 sahaja
  • Setiap set menu bersama dengan air mineral dan juga kurma 

Seterusnya pihak Lapowey akan memasak untuk pihak penderma yang menempah, dan juga akan membuat penghantaran secara PERCUMA ke rumah-rumah kebajikan yang terpilih atau yang dipilih oleh pihak penderma. Sangat-sangat mudah.


Untuk penghantaran PERCUMA pula hanya lah di dalam kawasan Lembah Klang tapi pihak penderma boleh jer berbincang dengan pihak pengurusan Lapowey jika kawasan tersebut di luar Lembah Klang. 


Seterusnya pihak Lapowey akan memuat naik segala bukti kepada pihak penderma dan media sosial tanpa mendedahkan maklumat penderma yang mana segala bukti itu berkaitan dengan infaq makanan yang telah selesai disampaikan bagi pihak penderma 


Menu Pilihan Untuk Infaq 



Note : Okay maybe ada soalan berkaitan untuk minimum order, contohla dalam satu masa tu 100 order tu banyak untuk sehari, para penderma boleh order 50 sehari then 50 order lagi untuk hari lain. Yang penting kena minimum 100 pax, untuk masa dan hari korang nak bagi tu boleh bincang dengan pihak Lapowey


Menu yang berkualiti dan pembungkusan yang kemas


Hehehe mesti lah nak tahu jugak kan menu-menu yang disediakan oleh pihak Lapowey ni sedap ke tak, portion banyak ke sikit kan? Alhamdulillah qaseh dah rasa 2 menu dari 6 menu pilihan. Nasi Briani dan juga Nasi gulai lemak, portion dia sangat mengenyangkan dan sesuai lah untuk seorang makan. 



Rasa pun kena dengan tekak qaseh, rasa segar dan tak lemau, nasi okay, kuah pun okay dan tak terlalu pedas. Menu macam ni memang sesuai untuk warga emas dan juga kanak-kanak. Yang pasti cukup lengkap, ada hidangan utama dan sayur-sayuran dan juga kurma sebagai pemanis mulut. 


Qaseh suka dengan pembungkusan menu dari pihak Lapowey kerana ia sangat kemas dan tak mudah tumpah, maknanya packaging sangat okay dan memudahkan penerima untuk makan dan juga boleh dipanaskan dalam microwave 




So yaaa akhir kata projek Lapowey ni sangat-sangat bagus dan pada korang diluar sana, badan-badan korporat, businessman dan terbuka kepada semua yang ingin membuat amal kebajikan, yang tidak terkesan dengan pandemik sekarang dan ingin membantu dan menceriakan golongan yang tidak berkemampuan boleh contact pihak Lapowey untuk infaq makanan. More info boleh contact info dibawah okay. 



More Info : 

Website : https://www.lapowey.com/
Facebook : Lapo Wey
Instagram : https://instagram.com/lapo_wey
Office : 03-77341278
Call/Wasap Person Incharge : 
http://www.wasap.my/60126098484/infaq (Za’ba)
http://www.wasap.my/60176762067/infaq (Fahmi)
http://www.wasap.my/60198834745/infaq (Mala)
http://www.wasap.my/60172996004/infaq (Irwan)








Mamaleesyamiro said...

Terus lapa walaupun tadi dah makan dah 😋

Mommylin said...

Insyaallah... Ada rezeki lebih boleh berinfaq bulan ramadhan nnt 🥰

Fiza Aizzawa said...

sedapnya tgk menu.. jd lapo ngk nye.. barulah penderma yakin nak infaq untuk ramadhan nie..

LM said...

Menarik menu dia. Bungkus pun kemas dlm pack mcm tu