Search

Qaseh Dalia's Blog

Bila Hati Berbicara

Nikmatnya Bila Jarang Dapat ~

Assalamualaikum 

Heyyo ! Benda apa ek, bukan selalu kita dapat, jarang-jarang, kadang-kadang, sekali sekala dan boleh jadi langsung tak dapat, tapi bila benda-benda yang tak selalu kita dapat ni, memang akan jadi nikmat lain macam, pheww aku tengah cerita pasal durian okay. 



Yelah, durian kan ikut musim, bila datang musim durian ni haaa penuh lah kat tepi jalan, lalu pun dah semerbak bau, tapi aku dengan durian ni, masa kecik-kecik, sekolah dulu aku agak minat jugak lah makan durian tapi takdelah dalam kategori fanatik sangat

Kemudian, nak dijadikan satu cerita, tiba-tiba aku jadi tak suka dengan raja buah ni, seingat aku masa tu aku form 6 kot, duduk asrama kan, then ada buat makan-makan kot ( aku tak berapa ingat dah) makan pulut durian, then ondaway balik asrama termuntah, perut jadi tak ngam haha lepas tu aku jadi tak berapa gemar makan durian 

Makan jugak tapi orang cakap tak berapa beria :p 

Pastu lama jugak lah lepas pregnant semua memang tak berapa ngam sangat, lepas beranak ni pulak lah rasa okay dah dengan durian, tapi jenis aku kalau ada, ada lah, kalau takde tak meminta sangat dengan laki, yang selalu aku minta dengan dia, steambot, mee celup , nasi air haha ! Mudah je nak jaga aku, cuma kalau kurang kasih sayang sikit, terus jadi biol 


Tapi laki aku memang suka lah makan durian ni, sekarang aku tengok Rayyan pun dah jadi hantu durian, minat betul dia makan wooo, aku makan kadang tak boleh banyak, sebab cepat panas. Tengok Rayyan makan risau jugak takut panas, tapi nampak okay je. Ayoyo okaylah tu, biasa benda or makanan yang berbau ni, dia agak kureng tapi terkejut jugak lah dia suka hihihi

So haritu, round-round sekitar rumah, selalu lah ada yang jual tepi jalan, mula-mula beli durian kampung pastu terbeli juga musang king, perghhh bila lama tak makan ni, betul-betul nikmat gila rasanya, nak-nak pulak dapat musang king, dia punya isi, dia punya rasa perghhhh cair dalam mulut oiiii 

Tapi silap lah hari tu, patutnya makan durian kampung dulu baru makan durian musang king hahah sebab kami dapat durian kampung yang isi dia ermmm jauhhh sangat dari rasa manis, aduhai beberapa ulas je yang okay, tapi okay je dapat merasa dua-dua, alhamdulillah.

Next day pulak, laki aku beli durian IOI pulak, aigoooo tapi kali ni aku belanja, ehek! Haritu laki yang belanja, tapi aku tak berapa suka sangat rasa durian IOI macam agak pahit walaupun isi dia lembut dan gebus gebas. Rayyan makan ajerr. Hee

Alhamdulillah dengan segala nikmat yang masih boleh dirasai heee apa kenangan korang dengan durian ? Aku tahu ramai je tak suka buah ni sebab bau dia hahaha but yaaa jangan paksa kalau tak suka, membawa bencana nanti :p okay adios ! 

Comments

umminani said…
Amboi rayyan sedapnya nampak ... betul enda yang jarang dapat, sekali dapat nikmat sangat
Tekkaus said…
Nampaknya memang sedap lar. :)
Sue Izza said…
sedak tgk org makan,kita nak makan banyak tak leh huhuu...