Bila Blog Kena Virus Malware ! Moh Tukar Baju Raya Blog

Assalamualaikum

Sedang syok paksa member  masuk blog HAHA kena paksa gitu, tiber bampih cakap blog aku kena Covid, haaa sudah ni yang malas nak menggodek ni, ikutkan hati malas betul nak godek-godek sebab memang ambil masa yang lama kalau nak cari tang mana nak kena buang. 

Tak tau laa apa function gambar ni, boleh la dikatakan [gambar sekadar hiasan]


Ingat nak biar dulu, tapi stress pulak rasa selagi tak fix isu ni, dulu pernah jugak lah kena, aku tak tahu apa kesan dia pada blog tapi semak lah, bila masuk je dia terus link ke web-web lain. Dulu, bila kena je malware ni, aku terus buang segala apa yang ada di sidebar, kebiasaannya dari bloglist or html code.

Tapi disebabkan malas nak buang satu-satu, terus aku tukar satu template ni haa alang-alang nak beraya ni, kita pun tukar lah jugak baju raya untuk blog, bagus jugak lah tiber virus ni masuk sebab macam dah lama abaikan perasaan blog sendiri, kalau blog ni manusia dah lama merajuk membawa diri :p 

Dari perasaan malas sebenarnya lagi mengambil masa yang lama bila tukar template baru sebab macam-macam nak kena setting balik. Ahhh lantaklah ~ aku syayanggg blog aku ni okie. 


So kebiasaannya, bila nak cari template baru ni memang sangat bermasalah lah bagi aku, sebelum ni template warna pinky-pinky gitu. Simple tapi teratur dan sedap mata memandang, tapi dah boring kan, kita cari template yang lebih pastel, lebih soft macam tuan dia kikiki

Website yang aku suka cari template (di baca : beli template) adalah di website Etsy. Nak yang free pun banyak tapi kebanyakannya tak memuaskan hati, warna tak ngam aaa dengan jiwa. So di Etsy ni, macam-macam jenis adooo, dan harga template kat Etsy ni takdelah mahal sangat, sebab boleh cari yang murah. 

Template sebelum ni pun aku beli di Etsy jugak, agak pricey yang tu, tapi untuk template ni murah je, dalam RM30 lebih macam tu, lagipun senang je nak install dan ada instruction  lengkap lagi, kalau tak faham boleh chat seller walaupun dari oversea, peramah okay. Seller mestilah peramah khennn!! 

Search je template blogspot, banyak boleh pilih


So tadaaaa, ini lah dia template baru www.qasehdalia.com, awww so comel macam tuannya haha alah jangan lah nak annoying sangat, banyak benda lagi nak kena setting balik, bloglist dengan page aaa paling penat, tapi takpe aku cuba letak slow-slow okay, wajib letak sebab depa letak blog aku dalam blog depa walaupun tengok pun tak kakaka

Ni template yang aku pilih, jangan nak tiru eh

Tapi aku dah ubah ikut citarasa aku sendiri, boleh nak edit balik. Yang senang-senang je la mampu ubah, bab coding memang maleh nak godek haaa, tukar bab warna je la pandai hee, macam yang sedia ada tu, background dia warna putih, tapi aku tukar pink pastel sikit. Gituuu

okay so setakat tu saja lah coretan kali ni. Eh okay ke tu beraya tak balik kampung ? Haa padan muka kita semua, ni si Covid punya pasal eeeee. Adios! 


9 Ulasan

TQ FOR COMMENT

  1. Benda ni yang paling den tak suka...malware..virus...

    BalasPadam
  2. Canteknya blog qaseh. Serius suka jugak warnanya...nak tukar template jugak la macam tu. Tapi ada kaco adsense x?

    BalasPadam
  3. Tq share website. Tengah nk tuko baju jugak. Kesian lama tak tuko dia hehehe

    BalasPadam
  4. Nasib awk pandai godek2.. Kalau kita. Haishh

    BalasPadam
  5. Cantik baju raya blog dia tahun 2020 ni..

    BalasPadam
  6. Still it is not bad that you are able to change the colour.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama