Must Eat Food in Penang & Where to Find them! 5 Menu Sedap Penang, Dapat Makan Memang Best Ni!


Assalamualaikum, 

Hye korang, kali ni qaseh nak share pada korang semua, makanan yang best gila dan wajib korang cuba bila bercuti di Penang ! Salah satu dunia makanan yang best-best. 


#1- Pasembur
Pasembur ini sudah menjadi makanan yang sudah menjadi satu kebiasaan dan biasa didengari setiap kali berada di Pulau Pinang.
Secara lazimnya, hidangan pasembor yang juga dikenali sebagai pasembur atau pasemboq biasanya dihidangkan bersama cucur udang yang rangup, telur, hirisan timun, sengkuang dan beberapa lagi bahan-bahan yang lain seperti sosej, sotong goreng dan ketam berempah bersama  kuah kacang.  
Antara kedai yang anda boleh dapatkan hidangan ini ialah:
Pasembur @ Famous Stall 09 Anjung Gurney
Tempat: 5, Gurney Dr, Georgetown, 10250 George Town, Penang, Malaysia
Masa: Setiap hari, 4.00 ptg - 11.30 mlm
#2-Char Kuey Teow
Char kuey teow juga merupakan makanan yang turut menjadi makanan yang paling digemari ramai. Pada umumnya, ramuan yang digunakan untuk hidangan ini hampir sama.
Namun ia hidangan ini hampir sama dengan tomyam di mana teknik memasak dan juga kuantiti bahan yang memberikan rasa yang tersendiri pada hidangan ini.
Antara kedai yang anda boleh dapatkan hidangan ini ialah:
Sani Char Koey Teow
Alamat: Lorong Mahsuri 2, Bayan Baru, 11950 Bayan Lepas, Pulau Pinang
Masa: Setiap Hari Kecuali Selasa (6.30 pm – 3.00 am) | Selasa (Tutup)
#3-Popia
Popia merupakan hidangan yang sememangnya menjadi kegemaran warga kota. Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat hidangan ini ialah tauge, sengkuang, lobak dan kacang yang kemudiannya dibalut menggunakan kulit popia yang halus dan lembut dan dan enak dinikmati dengan sos pencicah.  
Antara kedai yang anda boleh dapatkan hidangan ini ialah:
Popiah Basah Omar Taiping
Alamat:  5, Jalan Panggung Wayang, 34000 Taiping
Nombor Telefon: 0126839036
#4-Cendol
Cendol merupakan minuman yang dibuat menggunakan santan, jeli hijau, ais dan juga gula melaka. Boleh dikatakan hampir semua rakyat  Malaysia memang menggemari hidangan ini, terutama sekali pada cuaca panas.
Mudah sahaja untuk mendapatkan hidangan yang boleh menghilangkan haus ini kerana ia ia terdapat di  seluruh Malaysia terutama sekali di Pulau Pinang.
Secara umumnya, perniagaan cendol  di Pulau Pinang ini merupakan resepi secara turun temurun, jadi tidak hairanlah jika terdapat cendol yang rasa dan keistimewaannya berbeza dari cendol yang lain.
Antara kedai yang anda boleh dapatkan hidangan ini ialah:
Teochew Chendol, Penang Road
Alamat: Jalan Penang, 27 & 29, Lebuh Keng Kwee, 10450 George Town, Pulau Pinang
Masa: Isnin – Jumaat (10.30 am – 7.00 pm) | Sabtu, Ahad (10.00 am – 7.30 pm)
#5-Nasi Kandar
Nasi kandar merupakan makanan yang wajib anda masukkan dalam senarai  makanan ketika berada di Pulau Pinang.
Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa nasi kandar merupakan makanan ‘nostalgia’ bagi penduduk yang berasal dari Pulau Pinang. Terdapat banyak restoran nasi kandar yang boleh anda jumpa ketika  berada di Pulau Pinang.
Antara kedai yang anda boleh dapatkan hidangan ini ialah:
Nasi Kandar Line Clear
Alamat: Beside 161 & 177 Penang Road, 10000 George Town, Pulau Pinang
Masa:24 Jam
Rindu Pada Penang, Lagi-Lagi Makanannya
Sepanjang dalam tempoh berkurung ni, asyik rasa nak makan saja. Kadang-kadang teringat nak makan itu dan teringat nak makan ini. Begitu jugalah dengan menu makanan Penang yang dikongsikan kat sini.
Terbayang pelbagai jenis menu makanan Penang yang sedap-sedap. Tapi untuk keluar sana sini bagi membeli makanan begini memang perlu fikir berkali-kali. Tak berani rasanya untuk memberi risiko pada diri sendiri.
Lagi pula, kalau betul-betul rasa teringin sekalipun, servis food delivery Penang dari pihak Foodpanda kan ada.
Boleh terus ke website milik Foodpanda, masukkan lokasi dan pilih menu makan yang hendak dinikmati. Tak payah lagi nak buang masa untuk drive, beratur dan sebagainya. Keselamatan diri juga akan terus dapat di jaga.

1 Ulasan

TQ FOR COMMENT

Terbaru Lebih lama