Best Western I-City Shah Alam | Masuk Percuma Ke WaterWorld I-City

8 ulasan:
Assalamualaikum

Best Western I-City Shah Alam | Cuti sekolah dah mula ni, takde plan nak bawak anak-anak atau keluarga bercuti ke ? Haa ni qaseh nak share penginapan best yang tidak akan membosankan anak-anak dan kita juga, kadang dah dewasa tapi jiwa masih kanak-kanak kan haa ngaku je lah hihi ~ Jadi, entry kali ni, qaseh nak kongsi kisah qaseh meluangkan masa bersama family di Best Western I-City Shah Alam. Wuhooo



Kadang kita cari hotel untuk relax-relax, kadang lepak santai dalam bilik yang selesa, tapi sure ke anak akan lepak santai jugak ? Memang idok lah Rayyan tu, haruslah cari sesuatu yang membuatkan dia happy, macam WATERPARK ? tapi kadang bajet kita tak cukup nak beli tiket masuk waterpark lagi~ ~ hurm ! 

Sebab tu kita kena bijak "memburu" promo-promo best ~ antara promo Best Western I-City Hotel Shah Alam ni, tak payah pening nak fikir bajet untuk tiket waterpark gais, sebab FREE OF CHARGE UNLIMITED WATERWORLD ICITY  bila korang stay disini, yuhuuuu bijak dan jimat tak cuti qaseh kali ni? Teruskan membaca k, qaseh nak share bilik dulu ~ 


Welcome Note with cute bear hihi

Sebenarnya ini kali kedua qaseh stay sini, suka sebab hotel ni sangat strategik dan tak boring. Hotel ni dalam theme park I-City Shah Alam tau, so malam-malam memang pergi lepak tengok lampu then ada game-game best jugak, best kalau stay dengan kawan-kawan yang gila-gila tu. 

Bilik yang qaseh stay ni adalah Deluxe Room with extra bed untuk Rayyan, kalau korang ada anak ramai boleh pilih connecting room, so senang nak mengintai  pantau anak-anak. Bilik ni simple je, tapi selesa, kemas dan bersih, kebersihan paling penting dan bau haruslah menyenangkan. 

Facilities : Aircond, wifi laju gila, led tv, pengering rambut, peti ais, safety box, tuala, toileteries semua cukup lengkap, paling penting Iron kan? haha Iron takde dalam bilik tapi korang boleh call cus service, cepat je dia hantar. Terbaik ! 







MY STAY IS MY WAY  (24 HOUR CHECK IN)

Okay satu benda yang kadang aku menyampah bila stay hotel, tapi memang rules hotel sebegini kan. Kadang nak check in wajib pukul 3 then checkout pulak pukul 12, rasa macam bazir masa ! hey i want 24 jam okay ! Bestnya di Best Western I-City, korang boleh checkin dan checkout sukahati korang, 24 hour !


Suka tak ? Tak perlu nak kelam kabut kan ~ pagi-pagi malas nak kemas luggage, nak golek-golek tidur sampai lunch so cara dia pun mudah je, ada charge sedikit je dari harga bilik yang korang book iaitu RM60 , minibar pack dan ada mystery gift untuk korang. Bolehlah check in dan check out suka hati heheh. 

FREE UNLIMITED ENTRANCE TO I-CITY WATER WORLD 

Haa paling best, qaseh tak pernah masuk water world / waterpark I-city ni tau, qaseh ingatkan kawasan dia kecik dan ada game untuk budak-budak je tapi rupanya kawasan waterpark ni agak luas, dan ada beberapa port untuk dewasa jugak. Ada berani ?


So korang boleh keluar masuk waterpark ni secara percuma sahaja bila stay di Best Western, takde cas tersembunyi cuma ada syarat dia jugaklah.

Baca betul-betul : Untuk free waterpark entrance ni, setiap bilik hanya untuk 2 orang dewasa FREE (PROMO sebelum ni untuk 2 dewasa dan dua kanak-kanak dah habis) So untuk anak-anak kena bayar tiket sendiri (Rm25) 
Dari hotel ke waterpark ni just jalan kaki je, alah dekat je pun. 

CARANYA : Then, bila sampai di waterpark akan ada satu kaunter tertera nama Best Western, korang kena bagi IC dan Access Kad Bilik Hotel untuk bukti lah macam tu, then staff akan key in untuk dapatkan tiket. Setiap tiket ni pulak, untuk sekali masuk, kalau korang keluar dan nak masuk balik, korang buat kaedah macam tadi lah, bagi ic dan kad bilik hotel, lepas tu dapat kan tiket baru, FREE OF CHARGE. 

Mandi lah sampai pengsan ~ Untuk loker korang boleh sewa dalam waterpark, ni tak free lah , bayor RM10 hinggit, no need to sewa pelampung, sebab dah berlambak dalam tu tapi pelampung kanak-kanak beli sendiri.







FOOD

 Okay untuk makanan, korang takkan kelaparan punyalah sebab bila stay sini termasuk dengan sarapan free , dan sekarang ada beberapa promo best setiap hari Jumaat ada promosi Barbeque All You Can Eat, buffet bbq lah macam tu , kalau korang jenis malas nak keluar bilik untuk makan, boleh order makanan melalui QR CODE dan boleh cuba Signature Go Beyond Menu, meh qaseh share satu-satu secara details.



Breakfast Start pukul 6.30 a.m - 10.30 a.m di level 5, The View Cafe, buffet breakfast so boleh makan sampai kenyang. Banyak pilihan makanan, kegemaran qaseh setiap masa bubur nasi haha wajib ada. Suka cafe ni sebab boleh lepak dalam (aircond) dan kat luar (terbuka macam taman) sangat luas, kebebasan untuk anak-anak.



SEAFOOD BBQ ALL YOU CAN EAT ( Every Friday)

Peminat seafood wajib dinner kat sini , sumpah kenyang uiii dan memang banyak lah pilihan seafood yang ada, start pukul 7 malam hingga pukul 10 di level 5 juga, The View Cafe. Untuk Seafood BBW ni hanya pada hari Jumaat sahaja tau, so better check in hari Jumaat heheh.



Promosi ni termasuk free bottle of mocktail , akan dapat 20% diskaun bagi korang yang stay di hotel, so terbuka jugak untuk orang luar yang nak berbaque seafood di sini.



Harga  : RM75 per Adult (20% diskaun for hotel guest)
           : RM52.50 per child / senior citizens (20% diskaun for hotel guest)
           : Include free Mocktail

Bukan ada seafood sahaja tau, ada dessert, ice cream, nasi, mee goreng, spaghetti dan lain-lain, memang kenyang sangat, makan sampai kenyang, then balik bilik membongkang tidur haha kenyang sampai besok.













Nanti chef akan bakarkan untuk korang semua, ambil dan letak dalam pinggan lepastu setiap meja ada pengepit nombor, just kepitkan di pinggan dan bagi kat cheff, nanti staff hantarkan pada korang bila dah siap masak.Tempat pun luas, best dan santai. Anak-anak boleh berlari-lari sebab kawasan lapang dan tak membahayakan. 








NEW SIGNATURE GO BEYOND MENU & NEW BAVERAGE MENU 

Hari kedua, qaseh lunch menu baru. Signature Go Beyond menu, by the way qaseh main order je, tak tahu nak pilih apa sebab semua menyelerakan, haha. Korang boleh lah cuba nanti, menu western tapi mengenyangkan sangat.

Untuk lunch korang perlu cuba menu-menu Go Beyond ni tau, tak rugi dan berbaloi sangat, portion pun besar, lagi-lagi spaghetty tu, paling fav ! sebab rasa dia macam ala-ala laksa 

Haa ini semua menu Signature Go Beyond, so qaseh order Tuna Miso, Coffee Lamb dan Malaysian Spaghetti Classic, nah gambar di bawah untuk preference korang heheh, tapi paling favourite qaseh Spaghetty Classic tu sebab dia tak macam spaghetty sangat kuah dia, then sambal dia paduuuuuuu. 

Tuna Miso, rasa dia rasa Tuna lah haha and ada sos sikit, sos rasa masin-masin sikit, kalau korang jenis kuat makan, tak cukup ni, kena ikat tepi lagi haha

Lamb Coffee pulak sos dia ni ada rasa coffee sikit, bau pun bau coffee, daging lembut dan sedap juga 


Spaghetty Classic, yummeh ! Teringat lagi sambal dia, fuhh sedap. Kuah dia macam laksa putih tapi unik dan sedap lagi, portion besar weh. Kenyang gila.

Ni pulak harga dan menu untuk drinks. 

Qaseh cuba Slushy Mania &  Bw Refresher 

QR CODE ORDER SYSTEM - ROOM SERVICE

Malam kedua memang penat dan agak tak larat untuk keluar pergi mana-mana apatah lagi nak keluar makan, sebab siang tu qaseh pulun mandi waterpark, free kan~ haruslah keluar masuk banyak kali haha, sampai bilik memang lentok habis, Rayyan pun tertidur terus. 

So untuk dinner, qaseh order online je hanya scan QR CODE yang ada dalam bilik, tepi meja kerja, bila scan, korang akan kena click link to website, then pilih menu yang korang nak order. Tersedia untuk breakfast hingga lah supper. 




Banyak jugaklah menu-menu yang ada, qaseh pun pening nak order apa, nafsu makan serakah tetiba muncul, so agak banyak lah qaseh order haha makan sampai muntah, lastly husband lah kena habiskan makanan isteri dia hikhik, ni antara menu yang qaseh order dan sedap. So kalau korang pening macam qaseh, boleh lah order sama :p

Tadaaa ~ happy dinner !

 Husband nak makan nasi ayam ~ sedap ! 
 Aglio Olio with prawan, udang besar gedabak dan padat, fuh wei teringat balik ! 
 Spaghetty pun not bad, portion banyak oiii 
 Burger dia yaampun, daging tebal gila, aku tak larat nak habiskan dah sebab kenyang betul, ingatkan burger kecik je, rupanya hurmm tengok lah saiz dia ! 
Ni tak silap sup ekoq ! Cicah dengan roti, terangkat-angkat sup dia. Best ~ so korang bolehlah try menu-menu ni semua. 

SUNDAY HI TEA WITH CLOWN 

Last day, sebelum checkout sempat qaseh ber Hi-Tea di sini, biasa Hi-Tea banyak dessert yang sedap-sedap kan, tapi bukan setakat dessert je ada, macam-macam pilihan makanan yang korang boleh makan di sini secara buffet. 

And also, ada fun-fun juga dengan kehadiran clown, boleh lah suruh clown buat belon banyak-banyak dan meriahkan suasana, dulu masa qaseh kecik-kecik, qaseh takut dengan clown haha tapi Rayyan okay je, dapat belon lagi.







Harga for Hi-Tea 
Per Adult only RM45 and 50% diskaun untuk kanak-kanak dan senior citizen.
FREE for 1 person for every 9 FULL PRICE paying adults. 



MORE INFO

Telefon: 03-55219000





8 ulasan:

Nadia Johari berkata...

Rasa nak stay lagi je..best sangat..hehee

Ai berkata...

Seronok jalan-jalan mandi-mandi. Seafood tu menggoda betul lah.

razzwey razz berkata...

Nak jugak stay sanaaaaa...

Aaron Aziz berkata...

Thanks share info. Nanti boleh bawa family pergi sana

diaripink berkata...

Nak stay situ lah lepas ni. Makanan banyak, tempat cantik

Fadima Mooneira berkata...

Good post! This vacation looks fun. Thank you for sharing.

Lisa Nurulain berkata...

menarik.. sampai bila ya promosi ini ?

mas saari berkata...

Memang best stay kat BW Icity ni, waterpark dia pun best!

Catatan Popular

No reproduction of the materials from this website and its accompanying associative social media channels are to be used in other third party sites without written a consent by Qaseh Dalia

All images, text and video content used must first be given permission by author.

For further inquiries, shoot an email at:
dalia_adelia@yahoo.com
@2010 | www.qasehdalia.com