Assalamualaikum ..
Susu kambing ke susu lembu ? haruslah susu kambing sebab korang pun tahu kan susu kambing lebih banyak khasiat dan ia adalah makanan sunnah.. Tapi yang paling payah nak buat pilihan ialah nak minum susu kambing yang mana kan ? , ori ? aigooo memang takboleh telan la , dari jauh bau kambing haha
Jadi kali ni aku cuba susu kambing LAZZ dan aku ada jugak tanya di FB kebanyakan memang dah amalkan susu kambing LAZZ ni dan semua suka , lebih-lebih lagi sewaktu preggy .. yang paling banyak sambutan adalah susu kambing LAZZ KURMA .. hari ni aku nak kongsikan pengalaman aku pulak .. aku tahu ramai yang takut nak cuba susu kambing sebab rasa dia kan ?? iskk
Perlu ke aku minum susu ? lately ni memang kesihatan aku tak berapa ok sebab cepat pening macam nak pitam gituu bila bangun berdiri (tapi tak boleh pitam hero takde nak sambutkan :p ) , lepas tu penat dan mengah padahal buat kerja sikit je pun ! sental bilik air dah macam berlari dari kl ke teganu ahaks perumpaan over sangat tau tapi jawapannya yes sangat perlu lebih-lebih lagi aku masih menyusu badan ..
Yang best nya Lazz susu kambing ni tersedia dengan 'set' yang mana mengikut keadaan pengguna , seperti Set Mak Buyung , Set Sejoli , Set Ibu Gembira , dan banyak lagi lah .. nanti kalau korang nak cuba dan beli secara set korang boleh je mintak nasihat dan pandangan yang mana terbaik buat diri korang k .. dan aku cuba Set Ibu Gembira (Lazz Kurma + Lazz Choco + Lazz Cafe)
Lazz Ori
Aku cuba juga Lazz Ori ,yang ni aku boleh kongsi dengan Rayyan sebab sesuai untuk peringkat umur bermula dari 1 tahun ,dah suruh dah dia cuba minum tapi dia tolak sebab Rayyan ni susah sikit nak terima susu baru bila dah biasa dengan sesuatu tu .. ambil masa sikit , nanti Umi try lagi takpun paksa dia hahaha (gelak jahat) , kena start sekarang sebab nak mulakan misi ''putuskan susu badan'' dah nak masuk 2 tahun kan ..
Antara khasiat susu kambing untuk anak , memang banyak kelebihan berbanding susu lembu :
- Protein susu kambing lebih rendah risiko untuk alahan
- Elakkan alah pada laktosa yang mana bila minum susu lembu , anak akan mengalami cirit birit so susu kambing boleh mengelakkan ia dari berlaku
- Kandungan Vit C yang menyihatkan kulit lebih-lebih lagi yang mengalami ekzema
- Membantu kanak-kanak yang kerap mengalami asma / lelah
- Sesuai untuk anak yang memilih makan atau cerewet sebab ia dapat menambahkan selera makan
- Bagi anak yang selalu mengalami sembelit boleh cuba Lazz kurma sebab ia membantu untuk melawaskan.
Lazz Susu Kambing + Pracampuran Kurma
Antara Lazz Ori , Kurma dan Choco aku lebih suka rasa Lazz Kurma ni sebab ia ada rasa manis-manis (bukan gula ye ! ) dah biasa minum manis susah jugak ye nak tinggalkan kemanisan itu sobsss nasib baik manis kurma dan susu kambing ni beri khasiat so harap lepas ni memang aku tinggalkan lah gula tu semua .. ameen !
Lazz kurma ni aku amalkan sebelum tidur atau pun petang , sebab malam gilir-gilir jugak minum Lazz Choco |
Lazz kurma ni sesuai dengan peringkat umur juga bermula seusia 2 tahun , jadi tahun depan baru boleh kongsi dengan Rayyan eheh ! nanti semua benda nak kongsi-kongsi kan .. Kurma ni bagus sangat tau sebab antara ikhtiar untuk hamil adalah blend buah kurma dengan susu kambing , tapi tak ramai yang rajin nak buat dan amalkan setiap hari .. kan ?
Bila ada Lazz Kurma ni lagi senang , tunggu bancuh je dan minum .. tak payah nak cari kurma nak blend dengan susu kambing bagai dan semoleknya suami juga amalkanlah sama-sama sebab dua-dua buat barulah relationship goals :p always sweet semanis kurma :')
Bila ada Lazz Kurma ni lagi senang , tunggu bancuh je dan minum .. tak payah nak cari kurma nak blend dengan susu kambing bagai dan semoleknya suami juga amalkanlah sama-sama sebab dua-dua buat barulah relationship goals :p always sweet semanis kurma :')
Lazz Choco
Yang ni gabungan Goat + Malt , susu kambing pertama di Malaysia yang di gabungkan dengan Malt dan di tambah dengan ektrak kurma .. rasa dia macam milo sikit , manis lemak berkrim camtu .. yang ni sesuai untuk semua bermula dari 2 tahun ke atas .. suami aku suka perisa yang ni , baru je sampai kat rumah tak menyabo nak rasa .. iskkk sabar je lah tapi bagus jugak mungkin boleh gantikan dengan air manis yang dia pun susah nak tinggalkan ! -_- tamo beli gula kat rumah boleh tak huh..
Sebelum tidur aku minum Lazz Choco sebab ia memberi tenaga dan di perkaya dengan serat dan ianya bersifat alkali untuk kesihatan dan kecerdasan seisi keluarga .. bagi anak korang yang kurang berat badan boleh beri mereka minum Lazz Choco ni sebab ia lebih tinggi kalori , lebih bagus lagi jika di campurkan dengan Lazz Kurma untuk kesan yang lebih baik..
Kelebihan Set Ibu Gembira Untuk Ibu Menyusu
- Membekal kalsium untuk ibu , menambah susu badan dan kandungan iron semulajadi untuk kurangkan keguguran rambut
- Melawaskan sistem pencernaan untuk ibu dan juga bayi
- Susu Ibu banyak , anak pun kenyang
Lazz Cafe
Lazz Cafe ni sumpah buat aku ketagih wei , aku penggemar kopi pekat yang memang pahit + susu pekat kaw punya .. tak helok kan untuk kesihatan ? gilehh boleh kencing manis kalau hari-hari amalkan tapi bila rasa Lazz Cafe ni siyes sedap amat cuma jangan la bancuh banyak sangat air nanti hilang rasa dia , jadi aku bancuh dengan air sikit je heheh , ada tu pernah guna dua paket sekali sebab macam tak cukoppp je sepaket huwaa huwaaa huwaaaa
Bagi korang yang addicted sangat dengan kafein , marilah bertukar ke Lazz Cafe (kopi latte) nak lagi best korang boleh blend dengan Lazz Choco so jadi lah mocha tapi dalam masa yang sama berkhasiat ! |
Bagi korang yang dah mula rasa kesihatan tak stabil dan merudum tu tapi tak minum susu atau ambil vitamin apa-apa , boleh start amalkan susu kambing .. kadang-kadang kita tahu badan kita ada masalah , tapi buat tak tahu sebab yakin sihat sentiasa sedangkan macam-macam makan , penat bekerja dan tak senam semua .. lebih-lebih lagi buat ibu-ibu
Sekarang baru aku rasa sakit-sakit badan bila anak dah makin besar ni , sakit ? tak boleh ! kalau ibu sakit semua kerja tak jalan oiii , suami sakit ada isteri jagakan huhuhu ~ sebab tu kena kuat sokmo - sokmo untuk keluarga :') yang tak best bila badan penat dan kurang kalsium ni dia ganggu emosi juga hurmm bila tak boleh control kadang anak buat salah sikit pun nak di marah .. hihi mari lah jadi sihat okey !
Baru perasan kat atas kotak ni ada kod , kumpul 18 keratan ni akan dapat hadiah istimewa , jangan buang terus tau kotak tu k |
So jangan tunggu lama-lama nanti lama-lama badan yang merana ~ ehehe mana nak dapatkan LAZZ ni ?
Web : www.lazzsusukambing.com
Facebook : LAZZ Susu Kambing
Instagram : LAZZ Susu Kambing HQ
Tel : 013-3083354 | 018-2777290
Kak juju suka minum Lazz Cafe...sedap sungguh!...suami akak pun suka...masing2 bawa pi pejabat amal.
BalasPadamNak sikit, yang kurma tau qaseh...
BalasPadamKak nina dah rasa. Susu kambing Lazz. Paling suka Lazzcafe. Aduduuu... Asyik sedap rasa dia! Jatuh cinta
BalasPadamSusu kambing memang lebih baik dari susu lembu kan, tapi nak kena tau brand yg bagus macam ni baru berani nak beli.
BalasPadammenarik susu lazz ni.. sllu tgk iklan jee
BalasPadamNak sepekat, nak rasa.
BalasPadamteringin nak rasa lazz caffe tuu, nak satu sachet! heheheh
BalasPadamalamak.. x sbr giler nak rasa nih.. hmmm
BalasPadamsusu kambing +kurma mesti sedap kan bau & rasanya
BalasPadamBgusnya organikkk nak cuba lah...
BalasPadamNak cuba jugaklah Lazz ni.
BalasPadamIbu memang perlu tambah kalsium kat badan, lebih-lebih lagi kalau asyik mengandung je..
BalasPadamtak rugi try Lazz Susu Kambing ni...dah cuba sekali memang nak lagi !! berbaloi sangat dengan khaisat yang ada .
BalasPadamSusu kambing plus kurma memang sedap
BalasPadamBanyak choice ye nak beli susu Lazz ni
BalasPadamsedap sangat..fariza pun suka
BalasPadamdkna minum selang sehari sebab tengah menyusu sambil pantau anak.. susu kambing kan 'panas'.. kesian kat baby jer
BalasPadamTak sempat nak try lagi tapi ramai cakap sedap huhu kena cari ni
BalasPadamSuka juga dgn Lazz ni.. suka minum Lazzcafe tu :)
BalasPadamwaaa..ada susu kambing..bolehlah minum coffee untuk tambah kalsium..kalau minum susu plain, saya tak boleh telan..mesti muntah balik..huhu
BalasPadam