Assalamualaikum 

Masih teringat waktu sekolah dulu , bila ada peperiksaan berdebar tunggu buku rekod dari guru kelas .. yang paling tak best bila dapat keputusan peperiksaan yang tak berapa gemilang dan mula lah takut nak bagitahu ibu bapa kan ~ yang lucu nya ada kawan-kawan tiru tandatangan ibu bapa sebab takut .. haha nakal kan .. tapi tu zaman aku dulu , sekarang sistem pendidikan makin maju dan canggih !


Kalau korang nak tahu apa-apa tentang sistem pendidikan masa kini boleh rujuk web http://sistemkpm.com , berbalik pada cerita di atas sekarang murid-murid dah tak boleh sorok apa pun keputusan dari ibu bapa sebab adanya SAPS Ibu Bapa .. 

Apakah itu SAPS Ibu Bapa ?

Walaupun anak aku masih lagi tak bersekolah tapi kena jugak tahu untuk persediaan nanti , SAPS atau nama kata lain Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah adalah satu sistem online yang di wujudkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menyimpan , menganalisis, dan mengumpul data keputusan murid di sekolah . 

Dengan bahasa mudahnya , ibu bapa sekarang walaupun dah takde buku rekod atau pun anak-anak sorok keputusan peperiksaan mereka , ibu bapa boleh check semua keputusan tu secara online je di SAPS , so everything tentang akademik anak-anak boleh di pantau dari jarak jauh gitu .. sistem SAPS ni boleh di akses oleh semua pihak termasuk KPM , JPN , PPD dan sekolah.

Haaa pelajar-pelajar dah tak boleh nak sorok apa-apa lagi tau dengan ibu bapa heheh , bagusnya sistem SAPS ni kan .. ibu bapa pun boleh buat persediaan awal untuk mengatasi prestasi anak-anak di sekolah. 

Bagaimana Cara Menggunakan SAPS ?

Alright , semua ibu bapa wajib tahu bagaimana cara nak guna SAPS ni , caranya sangat mudah hanya ikut step-step yang aku berikan di bawah ni okay ..

  1. Bukak laman web SAPS -------> DI SINI 

2. Bila klik laman web SAPS tu akan keluar paparan seperti di atas , dan klik di semakan ibu bapa atau ---> DI SINI .. tak perlu login sebab itu  untuk guru .. kemudian akan keluar paparan seperti di bawah 


3. Seterusnya ibu bapa boleh masukkan detail yang di minta ---> Ic Pelajar ---> Negeri ---> Nama Sekolah 
4. Tekan di pautan ''semak''
5. Seterusnya akan keluar paparan Slip Keputusan Pelajar 

Kelebihan sistem SAPS 

Dengan adanya sistem SAPS ni memang sangat membantu ibu bapa dan juga dalam memantau prestasi akademik pelajar tanpa mengira kawasan sekolah  , secara tak langsung dapat menganalisa kelemahan pelajar kerana SAPS dapat mengeluarkan data yang telah di analisis , dan guru kelas juga tidak perlu menganalisis semua data secara manual 

Sistem SAPS ni boleh menyemak keputusan pelajar sekolah rendah dari darjah satu hingga darjah enam dan sekolah menengah dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5 . Semua keputusan boleh di semak melalui SAPS kecuali peperiksaan awam seperti UPSR, PT3 dan SPM ..

Jika ibu bapa tidak dapat menyemak keputusan anak - anak sila refer cikgu kelas kemungkinan tersalah mengisi NO i/c dan sebagainya :) nah ! bagus kan sistem SAPS ni . Untuk guru - guru pula boleh ikuti step-step DI SINI

For more info tentang SAPS / Sistem pendidikan masa kini boleh layari web di bawah 

↬ http://sistemkpm.com
↬ http://sistemkpm.com/t/login-saps-ibu-bapa-dan-nkra/27

Boleh download applikasi SAPS