Hari ni terasa macam nak pengsan dengan karenah Rayyan , dah hari ni jugak aku rasa serba tak kena .. tak tahu lah kenapa tapi tu lah dalam kehidupan ni , pasti ada satu hari segala benda yang aku buat tak menjadi , pegang itu jatuh , pegang benda tu tumpah .. arghhh bila jadi benda-benda macam ni , ambil masa sekejap .. cuba tarik nafas dalam-dalam , hembus perlahan-lahan dan try to be relax .. sabar dan teruskan dengan plan yang teratur !
Bila dah rasa tenang sikit , masuk dapur pakai apron , basuh beras sebab nak buat kan bubur untuk Rayyan , dia sekarang kalau suap nasi kurang makan , tapi kalau buat bubur banyak la pulak makan .. hai lah Rayyan nak jadi baby balik la tu .. dah letak atas dapur , tup tup sekejap je tetiba gas habis ! aduhh stress betul baru je nak tenang tadi .. ada satu pilihan je masak guna periuk elektrik ~
Boleh ke masak guna periuk elektrik ?? terus post dekat facebook tanya pendapat ahahaha aku suka tanya dekat facebook sebab kawan-kawan semua membantu .. so apa lagi try je lah guna dari nanti berlapar .. nak tunggu suami balik jenuh lah tunggu dia , no telefon gas pulak hilang -_- so tak masak banyak pun tadi , jenis suami tak makan lauk banyak .. simple is nice , konon nya ahaks
Dua Resepi Mudah Untuk Berbuka Puasa Guna Periuk Elektrik :p
dalam banyak-banyak masakan aku , dia suka makan ayam masak merah simple ni .. selalu request nak makan macam ni , so aiols buat je lah
Dan sayur sawi goreng dengan carrot .. haa ni bagi Rayyan makan banyak-banyak sayur
So simple kan makanan berbuka kitorang hehe , yang pasti takde pembaziran dan habis licin makan .. ada jugak buat agar-agar milo tadi buat pemanis mulut dan jugak kurma .. yeahh alhamdulillah for today walaupun kelam kabut :') Tq kerana sudi membaca ..
Hati berbicara :
Esok macam nak buat Hati Goreng Berlada .. sekali sekala makan hati takpe tapi jangan selalu ''makanhati'' , ops ! selamat bersahur ..
Comments
Tapi at last berjaya handle semua tu.. Mmg super mommy.. Creative cari alternative masak guna periuk nasi.. bravo! 👏👏👏