Search

Qaseh Dalia's Blog

Bila Hati Berbicara

Western Hills Scenic Area | Tempat Menarik di Kunming China

Rasa macam tak nak balik , cantik sangat pemandangan kat sini :) tq Air Asia bagi peluang merasai semua ni 

Dah hari ke 5 berada di Kunming , rasa sedih pulak sebab 1 hari lagi je tinggal untuk mengabadikan moment-moment indah di sini , so untuk hari ke 5 , kami di bawa ke Western Hills Scenic Area ! Cantiknya dapat melihat pemandangan dari atas puncak bukit , 19 KM dari Kunming , Western Hills sebahagian pergunungan yang indah dan terkenal dengan hutan hijau serta bunyi-bunyi burung.

Sekali lagi untuk ke sini , kami kena menaiki cable car yang seram bagi aku , sebab aku sangat takut dengan ketinggian , tips aku bila naik cable car ni memang takkan pandang bawah , so ia mengelakkan aku dari terkena sawan gayat haha tapi syukur kali ni takde lah setinggi yang pertama kali aku cuba .. fuhh ! 


Bila ke dua kali naik cable car ni baru berani nak selfie , ni pun sebab rendah je kalau tinggi memang takde maknanya nak selfie bagai , statik macam patung je tau ! haha .. scary enough ~ tapi best gila sebab pemandangan yang super cantik .

Pemandangan dari atas cable car .. luas pemandangan banyak pengalaman seluas tasik ni haaa
Sesampainya kami kat sini , kena pulak mendaki tangga untuk menuju ke puncak ~ fuh betul-betul exercise je bila datang di Kunming ni tapi its okay for me , pengalaman seumur hidup dan sangat enjoy dengan tempat-tempat menarik kat sini , ini baru travel kan ? haha so sebab tu orang-orang China semua kurus dan sihat , makanan pun banyak berasaskan sayur-sayuran tapi sedap sangat masakan diorang .. 


Jalan-jalan santai sambil tengok apa yang menarik 
By the way , laluan kat sini agak sempit , makin naik ke atas makin sempi sebab melalui jalan tebing kan , so dalam 1 atau pun dua orang je dapat lalu , sebelum sampai di puncak bukit kami juga melalui gua-gua kecil macam gambar kat bawah ni ..dan akhirnya sampai jugak di atas puncak bukit .. 



Selain dari panorama melihat pemandangan Tasik , kat sini jugak terdapat kuil tertinggi iaitu Dragon Gate .. fuh macamana lah pekerja yang membuat kuil di puncak atas ni dengan ketinggian 8000 kaki di atas paras laut .. ~ 







Ini semua apa yang kami lihat dari atas , in real lagi cantik berbanding gambar , memang pemandangan yang sangat indah so berbaloi lah naik cable car , daki tangga dengan laluan sempit tadi .. subhanallah 
Ni lah dia tour guide kami yang bernama Judy , eh susah naw nak tengok dia senyum haha kadang nak senyum tapi cover2 lah pulek , kitorang ingat dia ni dulu mesti askar kah kah ! tapi dia baik orangnya

Sebelum balik untuk destinasi seterusnya sempat lagi mencuba pakaian tradisi diorang , tapi kena bayar lah kalau nak pakai ni siap dengan pakej gambar lagi , tq so much Ka Mei dari Air Asia yang belanja kami semua , memang best lah semua benda dia nak belanja .. so sempat lah rakam kenangan cuma orang kat sini tak bagi kami nak snap gambar sendiri by fon.. huh ! 


Auch ! cantik tak me ! haha .. dah macam cek mek molek jual bunga daaa

Yeah dah cipta memori kat sini , kami pun pulang untuk destinasi seterusnya , haaa kali ni kami pergi melawat burung-burung , bagi burung makan roti tapi burung tu bagi tahi ! cisss .. terus murung yang kena haha tapi kat sini pack gila .. jommm ! Haigeng Park kami datang ~~~~~

Comments

Radhia Razali said…
gayatnye naik cable car macamtu