DONGCHUAN RED LAND | Tempat Menarik di YUNNAN, KUNMING CHINA

Assalamualaikum , 
sambungan dari cerita qaseh ke Kunming China by Air Asia , eh ingat kan dah habis , hehehe belum habis lagi qaseh ingin ceritakan tempat-tempat menarik di Yunnan Kunming China ni .. selepas kami dah kepenatan melawat Jinmabiji Square , kami di bawa ke satu tempat pergunungan .. yang sangat-sangat sangat sejuk iaitu Dongchuan Red Land , btw masa kami pergi tak kena sangat dengan musim so pemandangan agak kurang , tapi yg sebenarnya Dongchuan Red Land sangat cantik macam gambar kat bawah ni dan kat sini memang kegilaan photoghrapher .. memang xkan lepaskan peluang untuk dapatkan moment-moment indah kat sini 

Tips :
masa yg sesuai dna terbaik dari SEP-DIS , JAN-FEB , dan MEI-JUN
suhu : 3 darjah celcius 
wajib bawa baju tebal2 ! stoking ! sarung tangan ! sebab sangat2 sejuk...


Dan perjalanan pun bermula , qaseh ingatkan Dongchuan Red Land ni dekat-dekat je dengan Kunming tapi sebenarnya mengambil masa kira-kira 4 jam jugakla , haa sampai tertido-tido semua haha .. tapi perjalanan ke Donchuan sangat mencabar , gerun je tengok driver bas memandu dengan laluan yang sempit , lereng2 bukit .. fuh ... tanjat gigirl ! tapi tu satu pengalaman yang sangat best sebenarnya .. bravo uncle bas memandu dengan berhemah .. 

Disebabkan perjalanan yang sangat panjang , sila bawa hal-hal penting , wet tissue , mineral , atau apa2 makanan kot2 tetiba perut berbunyi .. atau boleh berhenti di stesyen minyak yang ada , kalau ada la ye .. dan toilet sangat2 teruk .. haha siap sedia bawak air , kat China ni jangan harap toilet ada air .. nanti qaseh tunjuk toilet yang paling rare ! memang daku tak masuk laa .. siap boleh jeling orang punya kat sebelah .. bluwerk ! 



Pemandangan sepanjang perjalanan , kawasan pergunungan .. dan ada juga penempatan2 di situ .

Berhenti seketika di petrol station , teringat pulak jajan jagung yang qaseh beli kat sini , sumpah sedap ! aduhhhhh masa ni jugak nak teringat kan , tapi jajan2 yang ada di sini memang xde kat Malaysia .. rugi tak bawak balik banyak , haa masa ni jugakla nak nyesal ! 



diorang pun borong banyak2 , tak sempat bawak balik umah , dah abis dalam bas ~

dan ini lah dia toilet rare tu ! ok skip ~ next !

 Btw Dongchuan Red Land terletak di bandar Xintian , 40 km sebelah barat daya Kunming , di sini memanga menarik beribu-ribu orang pelancong , mana taknya tempat ni sangat cantik dengan tanah yang berwarna merah , di tambah dengan pelbagai tanaman yang membangkitkan pelbagai warna .. Alhamdulillah dapat juga melihat keindahan ciptaanNya .. oh ye , dalam perjalanan ke Dongchuan qaseh melihat rata-rata penduduk di sini ada yang menggunakan keldai .. mungkin salah satu cara pengankutan mereka utk membawa barang-barang seperti rumput dll.

Bercerita tentang keldai , nasib kami baik bila tak ditetak oleh seorang pakcik ni , haha sangat kelakar , btw pakcik ni kat atas pokok , maybe tengah ambil makanan untuk keldai dia , dan waktu tu memang kami dengar dia dah terjerit2 , manalah nak paham kan , trjerit2 pun dalam bahasa china , waktu tu kitorang berhenti jap tgk pemandangan dan konon2 nak selfie dengan keldai tu .. rupa2nya pakcik ni marah kitorg usik keldai dia , last-last dia turun dari pokok then kejar kitorang dengan sabit ! lintang punkang lari , nasib baik sempat masuk dalam bas ! wakakaka , tour guide kami cakap kadang-kadang kat China ni apa-apapun kena mintak izin ,, heee sory laaa pakcik kami mintak maap naaa ~










Baru berhenti sekali , gambar dah seribu dalam camera , hihik .. mestilah kena tinggal kenangan , dan perjalanan di teruskan ke rumah tumpangan.. kat sini maaf ye takde hotel-hotel mewah .. yang ada homestay biasa-biasa je atau pun rumah penduduk di sini haaa , tapi dah cukup cantik dah .. kami tido semalam pun dah cukupla lebih-lebih bagi aku yang tak cukup isi ni , sampai ke tulang sum sum dia punya sejuk tu gigit , heater kat dalam bilik pun macam nak tak nak berfungsi je sebab tak mampu nak lawan kesejukan di Dongchuan Red Land ni , tapi yang best makanan kat sini sedap !!!! hehehe 

tempat kami bermalam .. di sebabkan kami smpai dah waktu senja so , tak dapat nak bersiar-siar di kawasan ni , lagi pun malam hari sangat gelap .. tambah2 sejuk nak mati ! lepak dalam bilik khai tengok movie ramai2 ~ haha .. tips tak bagi sejuk bila dah berada dlm selimut , jgn nak bergerak2 kalau tak ia bertambah sejuk ! huhuhu

ni cara depa panaskan badan ooooo tak habaq pun , ni pun kitorg sibuk merayau pastu tengok penduduk sini duk syok bakar tangan haha apa lagi , join sekaki ..

walaupun sejuk , gigih duk kat luar sebab nak upload gambar kat instagram tapi hampeh , tak dapat langsung .. memang kat sini jangan mimpi nak online sangat ye , ni lah di namakan holiday tanpa gajet , yahuuuu lepastu semua tido tak hingat donia .. keesokan hari kami bertolak pulang ke Kunming ~




yeahh im hapyy2 girl in town ! hehe

dalam perjalanan pulang , berhenti sekali lagi untuk bergambar buat terakhir kali .. dan terjumpa pakcik ni , apa lagi bergambor je la .. btw bergambor pun hulur2 lah sikit kat pakcik ni ye .. 



hehe tu je lah cerita qaseh serba sedikit berada di sini , andai datang ke Kunming jangan lupa datang di Dongchuan Red Land ye , pless datang dan nikmati sendiri udara dan keindahan alam kat sini , tak kan menyesal punya .. dan kami pulang kembali ke Kunming Hotel . next destination tunggu ~ 

Catat Ulasan

TQ FOR COMMENT

Terbaru Lebih lama