Daguan Park | Tempat Menarik di Kunming Yunnan China

Destinasi seterusnya selepas membekukan badan di Dongchuan Red Land yang super sejuk dan cantik tu , travel tour membawa kami ke Daguan Park .. Apa yang menarik kat sini ?





Daguan Park adalah sebuah taman tasik yang terletak di pinggir barat daya Kunming , kat sini ramai penduduk tempatan datang lepak-lepak , minum teh , main layang-layang dan banyak lagi aktiviti diorang , tumpuan kat sini adalah Daguan Ge iaitu sebuah pavilion tiga tingkay yang di bina untuk memeriahkan lagi kenangan Maharaja Kangxi dan kini merupakan sebuah gudang kaligrafi.




Patutlah kat sini jadi tumpuan ramai , sebab Daguan Park ni sangat cantik , selain dari tasik , banyak burung-burung yang berhijrah di sini , dan sambil-sambil tu korang boleh beri makanan kepada burung-burung yang ada .. yang minat dengan budaya , bangunan-bangunan yang cantik memang akan menarik perhatian korang.








Orang kata di Kunming ni sedap sate kambing , kat sini pun ada jual tapi qaseh tak sempat merasa sebab tour guide kami , Judy buat muka garang haha dia tak bagi kami beli ~ sobss tak dapat nak merasa , katanya makanan kat sini kurang bersih , tapi Aida Sue sempat jugak beli hak hak ! 

Dah puas meronda hingga ke petang , aktiviti kami seterusnya adalah menonton teater ! kagum gila qaseh dengan cara penyampaian mereka , terpegun tengok dengan segala aksi pementasan , yang pasti semua sado-sado hahah .. wei sempat lagi kan ! dah lah hensem nak mampoih .. tapi macam biasa bila dalam teater mana boleh snap gambar , jadi kenangan dalam hati hingga ke mati .. best moment ! 

Dynamic Yunnan Teater 

Dynamic Yunnan, juga dikenali sebagai Yunnan Impression Show, adalah lagu dan tarian yang luar biasa dan asli yang dianjurkan oleh penari terkenal China, Ms. Yang Liping. Dalam pameran itu, pelbagai jenis tarian dilakukan untuk menunjukkan ciri-ciri pelbagai puak minoriti di wilayah Yunnan. Dengan pencahayaan cahaya berwarna-warni di panggung, pertunjukan besar sangat terang dan cantik dengan penari-penari yang penuh semangat melakukan jenis tarian tradisional mereka.



Lokasi: 
Teater Seni Yunnan, No.132-134, Dongfeng West Road, Daerah Wuhua, Bandar Kunming, Wilayah Yunnan

Bagaimana untuk sampai ke sana? 
Pengunjung boleh mengambil bas 5, 10, 62, 66, 98, 26 ke perhimpunan Perhimpunan Kunming.

Harga Tiket: 
180Yuan / Orang

Waktu pembukaan: 
20:00 hingga 21:40 dari Isnin hingga Sabtu

Tamat aktiviti untuk hari ke empat di Kunming China , kami pun balik ke hotel dan rehat secukupnya sebab esoknya kami mendaki banyak tangga tapi berbaloi dengan keindahan yang sangat menarik ~ stay tune untuk hari ke lima .. ~ 

2 Ulasan

TQ FOR COMMENT

  1. Seronok beejalan di negara org. Luas pengalaman kan. Doakan sy dpt pergi juga

    BalasPadam
  2. Syok yer holiday sponsor !
    Blogwalking here =)
    Jemput singgah >> www.ceritahuda.com

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama