Assalamualaikum , alhamdulillah akhirnya dapat jugak update blog , kali ni qaseh nak cerita tentang pengembaraan ke KUNMING ,CHINA tempoh hari , teruja sangat - sangat , sebab seratus peratus di taja oleh AIRASIA , alhamdulillah penutup 2014 yang sangat awesome! rezeki dariNya sebelum bergelar isteri orang , bila dapat email dapat trip ke CHINA , perasaan gembira dan juga kelam kabut , terus buat pasport haa dan Visa di uruskan oleh pihak AIRASIA .. tq again tak lupa buat geng KelabBloggerBenAshaari yang bagi semangat suruh pergi haha , btw apa yang best di KUNMING CHINA ? baca sampai habis ok , tapi ni part 1 dulu lah .. panjang sangat kalau buat satu entry je konfirm korang tido !
tapi sebelum kejadian time tu lah sakit mata menyerang , dah la kelam kabut sebab tak pernah - pernah pergi oversea hik hik , jakun sangat , tapi alhamdulillah di permudah kan segala urusan. Fuhh adohaii legaa ~
Berkumpul di KLIA2 , travel buddies qaseh di sana , antara blogger yang qaseh kenal eazy , pena berkala , dan khai artzfar je , tu pun nasib baik ada yang kenal , qaseh dah cuak dah sebab pemalu sangat qaseh ni , dan akhirnya dapat kawan baru yeyyy y, selebihnya dari magazine , raihan , jj , aida , kak ayu , Ka Mei dari Air Asia .. nasib baik dorang ni sporting -sporting dan makan banyak . k. sebelum bertolak harusla makan , kan dah kata makan banyak diorang ni .. hehe
tq Ka Mei belanja kami semua , cantik je orangnya , hari tu ada lah qaseh tanya si Raihan dari GayaTravel , Ka Mei ni dah kawen ke belum , lepas tu dia jawab , ''apasal , akak nak kawen dengan dia ke'' , aku rasa nak lempang je , nasib baik baru kenal hahaha , siot ! (boleh la follow budak sengal ni kat ig @puspawhat)
Untuk pengetahuan , Malaysia ke Kunming China mengambil masa lebih kurang 4 jam , boleh tahan mengantok jugak , tu pun lepas pekena nasi ayam , tido je keje kau qaseh , bukan apa ! sedap sangat nasi ayam AirAsia ni , tu yang lena tu .. perbezaan waktu pulak , sama sahaja dengan waktu Malaysia dan Kunming China ni jadi tak perlu risau tentang waktu , jam beli di Malaysia di tangan boleh diguna pakai tanpa rasa ragu2.
Akhirnya selepas 4 jam di awangan , kami sampai di KUNMING CHINA yahooooo !!, so selfie ciked lah dengan travel buddies , oh ye yang baju merah tu lah Tour Guide kami , yang selalu cakap *something like that* ,nak je reka lagu *something like that* untuk dia , oh ye namanya JUDY , muka garang macam kakyong tapi baik sangat orangnya , english dia mak oihh power , selama 6 hari 5 malam kami di temani oleh nya , lawak jugak dia ni , yang tak boleh tahan lawak tu masa kat kedai makan , meleleh-leleh ,lawak dia hahaha ,kitorang je la dapat rasa tahap lawak tu , xpe kutuk sikit Judy tak paham melayu kalau dia baca pun .. wakakaka
Perasaan qaseh mula-mula jejak kaki kat Kunming ,mesti lah teruja dan rasa sejukkkkkkkkk , angin dia fulamakk menderau - derau menusuk kalbu , tapi masa ni bajet-bajet lagi konon boleh tahan sejuk , biasa-biasa la kononnye kan , padahal winter coat semua dalam luggage lagi haaa , sejuk dia lebih sejuk dari Genting Highland masa hujan , so power tak power cuaca sejuk tu , bulu roma mencanak-canak semua taknak turun haha , lebih kurang 8 celcius je , bagi orang kurus macam aku , 8 celcius je tu kira macam ada something gigit tulang , tapi boleh tahan lagi hingga tibanya waktu malam , jeng jeng jeng
5 Disember 2014 ,
Destinasi pertama kami sesampainya di sana , di beri penerangan oleh si Judy tadi , kami di bawa ke sebuah restoran halal , di iringi muzik ala-ala Arab membuatkan qaseh rasa nak berjoget je tapi tahan sebab dalam perut pun dah berjoget-joget jugak .. yang best nya trip ke Kunming China ni , sangat-sangat santai dan relax je , so tak payah nak kelam kabut ke apa ke .. layan je ~ dengan cuaca sejuk tapi best , view yang bersih dan cantik , makanan yang sedap , yummmy !memang tak rugi jika datang melancong di sini sambil mengenal budaya masyarakat di sini
Tentang trafik , sememangnya bandar yang sangat sibuk .. biasalah mana-mana negara pun tak kan lari dari kesesakan lalu lintas , sambil menikmati senja , seakan tak percaya dapat menjejakkan kaki di sini , alhamdulillah .. banyak pengalaman yang qaseh dapat sepanjang berada di sini .
Akhirnya sampai di restoren pertama , ini lah restorannya , untuk pengetahuan di Kunming banyak je restoran-restoran halal , jadi tentang makanan jangan risau dan makanan-makanan kat sini memang sedap , walaupun banyak berasaskan sayur tapi cara masakan dia tu buat kan kita asyik nak menambah-nambah je , terutama si Raihan haha ralit je tengok dia makan .
pssttt : saya nak sudu dan garfu , sebab kalau guna chopstick .... 2 tahun kemudian...................
selfie ciked
salah satu budaya masyarakat di sini , setiap restoren akan menghidangkan teh china ni , ia seakan tradisi wajib bila berada di meja makan , rasa nyaa ermmm bagi yang tak biasa memang tak suka kerana teh china ni tidak mengandungi gula , memang tawar .. tapi bila dah selalu minum , rasa sedap pula .. sebab tu ia di hidangkan , lagipun sebenanrnya banyak khasiat yang terdapat bila minum teh china ni
antara hidangan yang ada di restoren ni , qaseh tak tahu nama masakan ni , tapi ia berasaskan tauhu
haaa sayur memang hidangan asas mereka , sebab tu kebanyakan mereka sangat sihat dan kebanyakan nya slim-slim je

dan ini pau comel ,
ini lah sedikit sebanyak makanan yang sempat qaseh snap , memang best makanan kat sini , ada lagi makanan-makanan yang best tapi kena tunggu lah ye , sambungannya nanti .. so dah lepas melantak semua , kami bergerak ke Hotel Kunming ! jom ikut qaseh ke hotel .. waaaa malam lagi sejuk , haaa malam-malam ni dah tak boleh berlagak tak pakai winter coat ! sejuk banget , mencecah 3 4 celcius dah ..
Hotel Kunming
Jika datang ke Kunming , tak tahu nak menetap di mana , boleh lah menetap di Hotel Kunming ni ye , boleh lah , lena jugak tido , cumanya hotel ni berstyle lama dan klasik gitu , bak kata Raihan , macam dalam drama China gitu , asyik raihan je , sebab qaseh tido sebilik dengan dia yahooooo , hehehe
berselfie di lobi hotel Kunming ..
btw tq atas tajaan go pro dari Ben Ashaari , syg dia sangat , tajaan lah sangat , pinjam je yawww haha
opss kondom pun ade :p
Di China ni jangan harap lah dapat layan facebook atau pun instagram sepanjang masa , memang non hado .. hotel pun wifi nya tak berapa laju sangat .. tapi nasib baik Ka Mei bawak wifi dan sambungkan di bilik masing-masing , so baru dapat nyawa haha dapat whatsapp pun jadi laaaaaa ~
susah la nak verak , paip tak de haha , tapi 6 hari duk sini , tak boleh tahan da memulas perut , hihihi nak tahu qaseh buat camne ,, eh mana boleh cakap haha ada la taktik mencedok nye , haha mcm sengal je kan , oh ye jangan lupa bawak nye bawat wet tissue banyak2 ok , sebab nya tandas2 kat China ni memang takde air , bawak jugak botol mineral kalau rasa tak selesa ..
tapi dalam hotel ni ada lah air .. berendam dalam bath tub lagi ~ so hotttt
haaaaa begitulah cerita part 1 , qaseh di Kunming China , sesampainya kat hotel , dah takde plan dari Judy dan dia pun bagi peluang untuk kami kami rehat-rehatkan badan dulu , menikmati malam pertama di Kunming China , tapi aisshhh takkan datang jejauh nak tidur je kan ? tak jiwa travel lah macam tu kan , so kami buat plan sendiri , apakah plan tak di rancang tu .. haaa kena tunggu part two ! dan untuk pengetahuan Hotel Kunming ni berdekatan dengan bandar , jadi jalan kaki pun boleh .. cuma kalau keluar ke bandar nya kena hati-hati , lebih-lebih lagi dengan motosikal mereka ,
erm kenapa dengan motosikal mereka? tunggu lah qaseh cerita part two nanti , hehehehehe stay tune ! oh rinduuuu sangat !
hati berbicara :
tq again buat Air Asia
tq puan mieyza pinjamkan winter coat
tq Ben Ashaari pinjamkan gopro !
Comments
best juga..xsabar nk taw cita seterusnya