Search

Qaseh Dalia's Blog

Bila Hati Berbicara

STEAMBOT BUFFET DINNER DI PICC | KELABBLOGGERBENASHAARI

Assalamualaikum
STEAMBOT BUFFET DINNER | PICC PUTRAJAYA | KELABBLOGERBENASHAARI .. semalam qaseh di pelancaran Makan Makan Bufet Stimbot di Picc Putrajaya , wahhh qaseh dahla sememangnya peminat stimbot , memang tak lepaskan peluang untuk datang dan merasai sendiri stimbot di PICC ni , tq buat Chef Anuar dan Kumari yang sudi menjemput kelabbloggerbenashaari untuk datang mencuba sendiri , apa yang best kat sini ? Teruskan mmbaca ok

Sebenarnya promosi ini telah bermula sejak OGOS 2014 bermula jam 6.00 PETANG - 10.30 MALAM dgn harga

DEWASA : RM35.00
KANAK2 : RM18.00 [5 tahun ke atas]

Bersempena perlancaran ini pihak PICC PUTRAJAYA membuat promosi hebat sebanyak 20% , harga promosi dari 25 SEPTEMBER - 31 DISEMBER 2014 

DEWASA : RM28.00KANAK2 : RM14.00 (5 tahun ke atas)

 Barisan Chef-Chef Profesional yang bertungkus lumus dalam menyediakan hidangan buffet di PICC PUTRAJAYA , semuanya hensem-hensem , dahla hensem pandai masak pulak tu , opsss sory semua dah berpunya .

Untuk hidangan bufet steambot  yang di adakan di CAFE @ PICC ini , pengunjung boleh memilih SUP AYAM dan HALIA ataupun TOMYAM untuk hidangan stimbot mereka , qaseh peminat tomyam ! So qaseh memilih tomyam , semalam pun asyik duk hirup kuah tomyam je sampai kembung , sedappp oihh

Stesen-stesen hidangan yang ada , stesen ni diasingkan untuk memudahkan para pengunjung memilih hidangan mereka , idea yang sangat menarik dan teratur kan , sangat sistematik orang kata haaa gitu !

Stesen Makanan Laut yang sangat segar , ada ayam , daging , kupang , lala , ikan , udang dan banyak lagi , nak tau apa yg best lagi tu kena datang sendiri lah ok !


Stimbot tidak ketinggalan dengan stesen hidangan sayur-sayuran , macam2 sayur ada , jadi tak perlu risau bagi pengunjung yang vegetarian atau yang tak boleh hidup tanpa sayur hihi semua ada disini .

 tetiba rasa lapar balik tengok makanan-makanan ni semua , nanti nak datang lagi bawak family , kena bawak rasa sendiri , sekali cuba mesti nak lagi !




Terdapat juga Stesen Pasta yang merangkumi Spagethi , Penne dan Fettucini dengan pilihan sos Bolognese , Carbonara dan Napolitano , wahhh nama pun havoc2 gitu



 Gelojojnya katanajeeb.blogspot.com ni , Ben Ashaari pengasas kelab blogger ben ashaari juga turut tergamam haha .


Sekarang kita berada di stesen buah - buahan dan juga Desert ! Perghhh bahagian desert ni la paling seronok , sebab suka tengok hiasan dan sudah tentu la nikmatnyaaaaaa merasa desert - desert di sini



Stesen sos , kalau nak tahu sos-sos ini sos buatan sendiri ye , bukan sos cili dalam botol tu , memang sedap , mestilah sedap kan chef - chef yang ada di sini sangat profesional , haaa jangan pandang sebelah mata


 Selain dari hidangan Stimbot yang ada , pihak PICC PUTRAJAYA juga menampilakn hidangan ala-carte , ada masakan melayu barat dan juga hidangan Fusion

Tak lupa jugak terdapat Stesen Ais Kacang dan jugak bubur , ais kacang ni pengunjung boleh layan diri nak seberapa banyak kacang , cendol dan bahan-bahan yang lain , terbaik la !





CAFE @ PICC ini dibuka kepada orang ramai untuk sarapan pagi hingga malam dan boleh memuatkan 800 pengunjung dalam satu2 masa , pihak PICC PUTRAJAYA merancang untuk menambah 'TEH TARIK CORNER' ..

Bagi qaseh , dengan harga yang sangat berpatutan di tempat sebegini yang sangat eklusif , di tambah dengan hidangan dari chef-chef yang sangat profesional dan high class , sangat berbaloi untuk korang datang merasai dan menikmati sendiri segala hidangan yang ada di CAFE @ PICC PUTRAJAYA ni , sangat berpuas hati dan berbaloi2 .. rugi kalau tak datang ditambah pula dengan promosi yang masih berlangsung ni .

Untuk maklumat lanjut boleh layari www.picc.com.my , untuk tempahan boleh hubungi 0388876162 , boleh juga layari facebook , instagram dan twitter rasmi PICC di www.facebook.com/piccmalaysia dan @piccmalaysia

Untuk maklumat korporat sila hubungi Cik Kumari Nahu di talian 03 88876000 atau emel di kumari.nahu@picc.com.my



Comments

kisah si dairy said…
sedapnya makan steambot..memadai la harganya kalau semua makanan tu sedap2 belaka..
Dkna Abza said…
jom kita p makan lagi..
Nadia Johari said…
sedapnyaaaa....banyak betul pilihan die
shazdeshoppe said…
Salam perkenalan...syok baca entry terkini dlm blog nie..jom singgah blog utk tips2 kecantikan & kesihatan. Semoga bermanfaat..tq sharing :)
yaya_flanella said…
Mantap gila gambar kat sini. Lawa lawa... Macam photographer nya juga! Hihi :*
eyriqazz said…
Fuhh,serius menyelerakan...