Hari kedua di AgroFarmStay Melaka | KelabBloggerBenAshaari
Assalamualaikum ,
Hari ke dua kami berada di AgroFarmStay , banyak aktiviti yang perlu di lakukan , dah baca hari pertama belum ? Sila klik older entry ok nanti tertinggal pulak cerita best kami , rugi tuuu .. hee , pagi-pagi lagi dah kena bangun pergi sarapan dulu , kenyangkan perut karang asyik lapar je , qaseh ni dahla membela cacing yang selalu lapar , lepas tu bergerak ke dewan untuk senaman 'GOYANG-GOYANG' haaa amek kauu , goyang-goyanggggg saya pecah lemakkk ... goyang-goyangg saya pecah lemak , cenggitu la lagu senaman kitorg .. sabo je la haha
Aktiviti pagi
Bergerak ke tempat aktiviti untuk bermain sukaneka , warm up dulu geng , antara sukaneka yang kitorang main , tengok gambar2 kat bawah ye
Permainan kepit buah kelapa di celah paha opss , ni Faizal Fredley , tengok sekilas sebijik macam orang atasan yang selalu makan pisang kat atas pokok tu , hihihi qaseh gagal buat benda alah ni , asal kepit je jatuh , asal jatuh je kepit , karang ade fasi yang kena kepit ni karang
Geng qaseh yang semuanya hebat dari segi gaya je haha , bolehla diorang ni , matila kena cepuk nanti , aina roseberry , yanty lee , yaya natsumi , kak sueizza dan si budak kecik uzu atau dikenali sbgai emas putih yg tak brapa nak putih . Gulp
Permainan ke dua tiup belon sampai pecah , abang zaini sekali hembus je dah pecah , haa masa ni lah perut-perut comel menunjukkan kelebihan masing-masing , opsss jangan marah
Permainan ke tiga , sambut belon air.. nasib baik qaseh duk belakang , dah tahu dah konfirm akan pecah sebelum tiba masanyaaa , so selamatlah dari ditangkap basah , tapi uzu ni baling sampai ke kerajaan langit agaknya , tak turun2 belon tu , mak tiri kat belakang dah bujet2 jd penyambut profesional , acah2 je padahal haha
Permainan ke empat , cari gula2 dalam tepung , wahhh berkissing dengan tepung ke tengah tido dalam tepung ni , patut la lamaa boleh bantai tido pulak ,
Lastly ajeeb buat show karam sign walia ... akhirnya semua aktiviti tamat dengan seronok nya , qaseh rasa mcm berada dalam lingkungan keluarga yg sgt rapat , syg depa2 ni .
Penat - penat segala , terus terjun kolam yg trdapat kat AgroFarmStay Melaka ni , sama naik dengan budak2 .. untungla yg pandai berenang tu haaa ! Jahat betul selalu tinggal qaseh kat belakang sobssss , taula kita jalan je d
lm air , alaa saje je xnak tunjuk kebolehan .
Aktiviti petang
Melawat sekitar AgroFarmStay yang berkeluasan 30 hektar , tuu diaaa yang mengambil masa 2 jam , longgar jap kepala lutut tapi best , dapat juga ilmu-ilmu pengetahuan yang selama ni tak pernah nak ambil tahu .
Pusat ternakan yang terdapat kat sini , comel gila arnab tu , arnab kacukan bulu lembut dan sangat lebat , pertama kali tengok sekilas ingatkan anjing rupa-rupanya arnab , nak je mintak bawak balik tapi konfitm tak dapat , ada kuda yg bernama BUJANG , burung merak , ayam kampung , dua jenis landak yang comel dan juga terdapat tumbuhan misai kucing di sini.
Aktiviti berkayak di Tasik Kacang , dan naik bot laju .. Qhaliff yang comel pun turut serta naik bot , qaseh tengok jee sambil layan pisang goreng kat kiosk tepi tasik .. asyik lapar je
Aktiviti Malam
Berbabeque di malam hari , ayam bakar , ikan bakar dan sotong , ada makanan2 lain , tiba2 rasa lapar balik ..
Aktiviti berkaraoke , dan surprise birthday buat uzu yang menyambut hari lahir malam tu dan buat faizal dan ajeeb , happy belated birthday , yang mengejutkan kitorang malam tu abg Ben Ashaari berkaroke perghhhh first time dengar aben nyanyi dan joget sekali .. haha memang gelak sampai nak terkucil , apa-apapun tq semua yang sgt menghiburkan
Hati berbicara : Alhamdulillah , tq so much buat Ben Ashaari yang mengaturkan semua ni dan terima kasih buat pihak AgroFarmStay Melaka , kerana sudi menerima kami semua di sini , dan layanan terbaik buat kami semua , inshaaAllah ada masa datang lagi.
Comments
hahaha..
bper tahun pulak nk tgk dia cmtu.