Akademi Fantasia 2014 | Konsert Minggu Pertama

Pertama kali tengok AF secara live , teringin jugak nak tengok secara live ni kan , jadi nak thanx so much kepada Ben Ashaari yang tawarkan tiket free ke konsert AF10 minggu pertama , yang penaja utama nya D'HERBS terlajak laris gitu . Pengetua Af10 kali ni ialah Dato Hattan , intro tadi pun lagu rock kapak tu dari beliau ... memang terbaik , otai tuuuuuu dan tenaga pengajar yang lain untuk musim ini Fatimah Abu Bakar (guru komunikasi dan bahasa Inggeris) , Linda  Jasmine (guru tarian dan koreografi) , Marlia Marlia Musa (guru seni persembahan) dan Siti Hajar (guru vokal) 



Rakan blogger KelabBloggerBenAshaari yang lain , havoc betul depa ni , sebab tu qaseh sayang lebih
Persembahan oleh Nuha , dengan lagu pilihan nya tunggu sekejap ~ di iringi orkestra .. terbaik persembahan Nuha malam ni . Oh ye minggu pertama pelajar2 AF memilih lagu2 pilihan masing2 .

Seramai 12 pelajar Akademi Fantasia , juri pada malam tadi Tam Spider , Raja Azura , dan Ramli MS , dan pengara yang sememangnya gila-gila , Zizan Razak dan Jihan Muse , adoihhh dah macam tengok maharaja lawak pulak , memang tak salah pilih pengacara , konsert kali ni sangat meriah ..

Pelajar - pelajar kali ni ialah AZWAN SATAR , NUHA , MUNA , FIRMAN , EWAL , WAWA , FAREZ , ZAIF , ZIHA , AMAN , NINA dan ADEL , ehem yang sangat menarik perhatian qaseh jeng jeng jeng , aduh hensem sungguh beliau iaitu Azwan Satar , sebelum Azwan masuk Af2014 ni memang dah follow instagram dia , tu pun sebab tengok si faiz #villagepeople duk up pasal dia , so stalk la .. galeri dia kebanyakannya video dia menyanyi , dan lagu2 yang dia nyanyi tu atas permintaan peminat dia kat instagram , wah qaseh pun pernah req lagu ok :p pastu terkejut jugak la Azwan masuk Af2014 .. tadi dengar suara dia nyanyi live memang merdu je dan hensem sungguh .. ops tak kurang hebat si Nuha dan Ewal !

Konsert minggu pertama tiada penyingkiran , gimik terbaik lah tadi haaa siap ada beg hello kitty haha comel , syabas lah mampu menggimikkan dan mendebarkan penonton , drama sangat , part Faizal tetiba hadir tu sangat kelakar .. haishh nanti nak kena tengok live lagi ni , baru best .. last thanx again buat Ben Ashaari dan penerbit Af2014 kali ini .

AFUNDI AZWAN SATAR :p









5 Ulasan

TQ FOR COMMENT

  1. Tiba-tiba Jihan tersingkir.. Hehe..

    BalasPadam
  2. Tggu gak muka penonton af dari kbba , x nampak pulak..hurmm.

    BalasPadam
  3. kak saya pun suka azwan :) kak engku tu dia suka komen azwan from awal persembahan lagi . but komen dia bukan membina, komen dia is CONDEMN , menjatuhkan . Please.. do something. Kak engku dgn pelajar lain dia beri komen yg SUPPORT, but to Azwan ?? thanks kak !

    BalasPadam
  4. salam kak . saya peminat azwan jugak , tp sy kesian tgk azwan. every week kena komen dgn kak engku . the thing is, komen kak engku tak membina langsung, dia CONDEMN azwan. maybe dia tak perasan, but this will effect azwan. peserta lain kak engku give komen2 yang membina, yang secara tak langsung akan support mereka, but to azwan ???? thanks kak . I hope somenone will do something abt this :)

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama