SENAWANG FOOD FESTIVAL 2014


SENAWANG FOOD FESTIVAL 2014 | 31 january lepas qaseh berkesempatan mengikuti acara ini yang bertempat di Dataran Letak Kereta Kip Mart Senawang Seremban selama 3 hari dua malam . Senawang Food Festival ini di anjurkan oleh My Media Event & Management dengan kerjasama Kementerian Kesenian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia , KIP MART , Tourism Malaysia dan Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan . Acara ini telah di rasmikan oleh Encik Baharudin Bin Jali , Pengurus Besar Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan. Terima kasih buat MYMEDIA atas jemputan sempena sambutan Tahun Baru Cina

Majlis Perasmian 




Penari-penari yang memeriahkan majlis perasmian dari KEMENTERIAN KESENIAN PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN MALAYSIA 


Karnival ini di meriahkan lagi dengan pameran jualan , minuman kesihatan , barangan kraftangan , dan banyak lagi , pameran jualan  ini di buka oleh peniaga-peniaga tempatan khususnya dari Persatuan Peniaga Makanan Halal , karnival yang di anjurkan oleh MY MEDIA MANAGEMENT ini sebenarnya bertujuan mengenalkan dan mempromosi jenama IKS dan HALAL FOOD kepada umum , haaa bagus kan , pemakanan kita lah yang mempengaruhi kesihatan kita , jom kita tengok apa yang ada di sepanjang karnival ini .



berkesempatan merasai makanan kesihatan ni , haaa kalau nak tahu ini sebenarnya roti gardenia yang di makan bersama dengan minyak zaiton dan rempah zaatar , boleh cuba ye .. mula-mula agak pelik rasanya tapi bila lama-lama sedap pulak ! hehe

losyen d'olive yang sangat wangi dan cepat meresap masuk ke kulit .. 

barangan kait , yang di usahakan secara berkumpulan , cantik dan kreatif ! 

Selain dari pameran - pameran jualan di sepanjang karnival , juga di adakan aktiviti pertandingan melukis kanak-kanak , cabaran fotografi , senawang food hunt , traditional lion dance , dan juga pertandingan memasak lauk tradisional Negeri Sembilan 





aktiviti membahagi buah limau kepada kanak - kanak , kemain lagi meriah kalau singa betul berani tak nak ambik ? hihi ... 

Karnival yang berlansung selama 3 hari ini menampilkan barisan artis JOEY BPR , AFEE UTOPIA , DUAN OLAN ,DAN JUGA NIZAM LAKSAMANA , perghh semua dari otai - otai rock kapak daripada industri tanah air kita , selain itu juga  diadakan  pertandingan karaoke dan program amal bersama anak yatim piatu dari PEYAKIN 







pandai abg ni posing , anak-anak yatim piatu dari PEYAKIN turut terhibur dengan gelagat abg sorg ni yang tiba-tiba buat aksi superman , hehe jangan mare ye bang , dari pihak MYMEDIA 

 Karnival di gamatkan dengan persembahan pakcik ni haaaa , main gitar katanya .. tapi pakcik ni memang superb sporting ! 

Kesimpulannya , berbanyak terima kasih kepada akak HARTINA ARSSID iaitu Pengurus Operasi dan Jualan MY MEDIA dan EVENT MANAGEMENT yang menganjurkan SENAWANG FOOD FESTIVAL 2014 dan sudi menjemput kami dari pihak blogger untuk menyertai karnival ini , dan juga dari pihak lain yang turut terlibat , syabas atas usaha kalian ...

5 Ulasan

TQ FOR COMMENT

  1. wah makan lagi, seronoknya... he he he...

    BalasPadam
  2. x dan akak nak singgah sini sebab masa tu bz with my kazen wedding

    BalasPadam
  3. perghh..meriah nye kat sna ek. km di GOGAR SEKAMPUNG pun meriah jugak..

    BalasPadam
  4. makk aiii meriah nyaaa....sedap ke roti tu....??
    http://myaleo.blogspot.com/2014/02/instagram-leomya.html

    BalasPadam
  5. Teringin hendak pergi tetapi jauhlah pula.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama