1.
Kita hanya memohon doa kepada Allah agar dikurniakan kebaikan dan
kesejahteraan terhadap diri kita sahaja, tetapi kita di dalam doa, kita
tidak memohon agar Allah mengurniakan kebaikan dan kesejahteraan untuk
ibu-bapa kita sendiri dan juga sekelian kaum Muslimin yang lain.
2. Kita mungkin
kerapkali membaca Al Quran atau menghafal sebahagian dari ayat-ayat dan
surah-surahnya, tetapi tidak membacanya secara tertib (menjadi amalan)
sehingga seratus ayat setiap hari.
3. Kita pergi ke masjid
untuk mengerjakan solat fardhu berjemaah tanpa mengerjakan solat sunat
tahiyatul-masjid. Samalah juga sekiranya kita memasuki masjid untuk
membuat sesuatu urusan seperti nikah kahwin atau membayar zakat tetapi
solat sunat tahiyatul masjid tidak dilakukan.
4. Kita melewati
sebuah tanah perkuburan Islam, tetapi kita tidak memberikan salam kepada
para penghuni kubur tersebut dan tidak mendoakan untuk kesejahteraan
mereka yang berada di alam kubur.
5. Kita (bagi kaum lelaki)
pergi ke suatu kawasan atau tempat dan tiba pada awal pagi hari Jumaat,
tetapi tidak bersembahyang Jumaat berjemaah di situ.
6. Kita
mungkin tinggal di suatu kawasan yang ada berdekatan dengan kita seorang
alim ulama, tetapi kita tidak mempergunakan kelebihan itu untuk
menambah ilmu pengetahuan darinya.
7. Kita mungkin berjumpa
kembali dengan seorang sahabat lama, tapi kita tidak bertanyakan khabar
tentang keadaan masing-masing dan keluarganya.
8. Kita mungkin
juga pernah mengundang seseorang untuk menjadi tetamu kita, tetapi kita
tidak melayani tetamu tersebut sebaik-baiknya.
9. Kita
membiarkan zaman muda kita berlalu begitu sahaja tanpa memanfaatkan
waktu muda itu dengan menuntut ilmu dan meningkatkan budi pekerti kita.
10. Kita mungkin tidak menyedari adanya jiran kita yang merintih
lantaran dek kelaparan atau kesusahan, seddangkan kita kekenyangan di
rumah.
Semoga kita terhindar dari melakukan perkara -perkara
yang lagha atau sia-sia ini dan amalan atau ibadah kita ini diterima
oleh Allah Taala.Amin.
Peringatan yang baik.. terima kasih untuk ini..^__^
BalasPadaminsyaALLAH kita dapat elakkan perkara tu berlaku.
BalasPadamALLAHURABBI
BalasPadamthanks for reminder
mmg selalu alpa n lalai mengejar nikmat dunia