Aku Berus Gigi Dan Ko Berus Jamban Masih Boleh Bersama ~

10/25/2011

Assalamualaikum ..
selamat malam semua , kan best malam - malam macam ni lepak kat pantai sorang2 sambil dengar lagu ulek mayang di ulek ! mau meremang bulu ketiak .. hik3x.. tah lah rasa nak cari ketenangan pulak ..

benda yang paling aku suka tengok ialah laut .. sebab laut paling menenangkan .
''kalau kita berada di laut , kita akan lihat antara pertemuan langit dan bumi , kita akan nampak tiada perbezaan antara langit dan bumi kerana ia umpama bersatu di tengah2 garisan''

tapi manusia sering kali menggunakan pepatah pipit dengan enggang , antara langit dan bumi , ibarat semua tu tak boleh bersama dan bersatu .. ibarat aku ni berus gigi dan engkau pulak berus jamban .. tak kisahlah kadang- kadang kita masih dalam satu bilik air .. apa bezanya ? ya mungkin aku 'berus gigi' lebih atas dari kau 'berus jamban' padahal dalam satu bilik kita tetap mampu bersama ..

sudahlah , semua pepatah tu hanya tinggal pepatah , usahlah merosakkan kebahgiaan atas dsar darjat , yang tiada beza di sisi Allah .. andai kebahagiaan itu sudah tercipta pasti ia akan ada walau pedang di hunus dari seribu sudut ..''memang pipit tidak boleh terbang dengan enggang tapi hakikatnya dua - dua terbang di udara , kadang - kadang terbang di tempat yang sama, so tak ada bezanya kan ? '' jangan jadi kolot kerana perbezaan yang sedikit sahaja , kerna mata dan hati sudah bahagia ~

hati berbicara :
andai dapat pahami apa ertinya , fahami lah dengan sebaiknya ..
jika tidak ada noda dan dosa bila bergandingan dan Allah pun meredhaiNya kenapa kita manusia seringkali ingin menghalangNya melebihi kuasa Allah ? 
kebahagiaan bukan terletak pada beza 'berus gigi' atau beza 'berus jamban'
tapi lihat adakah perbezaan bila ia di letakkan bersama di tempat yang sama ?
jika kita dah minta petunjuk ilahi dan seakan kita merasa senang teruskanlah inyaAllah segalanya akan di permudahkan .. insyaAllah 




Comments

Raden said...

bezenye adelah "benda" yg d berus...kesian la pade berus jamban

atiqsalleh said...

suka2.. tenang je.. satu lagi nak tgk hutan.. huhu waaa.. tgh serabut nie

Abu Bagi said...

betulll.. apa ada pada darjat disisiNya..

aku pun suka laut jugak...argahhhhh..

Anonymous said...

Dua-dua ada kegunaan tapi lain faedahnya.

budak penjara said...

patah yg boleh di guna pakai smpai skang..klu takut di landa ombak, jangan duduk di tepi pantai

penjajah minda said...

sungguh benar bagai dikata.

fatin said...

antara langit dan bumi itu ada satu garisan..

garisan itu yang membezakannya.

Unknown said...

aku like le

~Sal Ismail~ said...

dgn izin Allah pasti ia dipermudahkan~ =)

aindzaya said...

setuju dengan kak qaseh!
tiada makne lagi peribahasa.termasuk yg buatan kak qaseh tu..sebb manusia nie sumenya sama darjat...tiada apa yg membezakan manusia....

aindzaya said...

letak kasih dalam bloglist :)

dear anies said...

sori br sempat menjengah utk BW

lumrah manusia sebegitu..mn bleh lebih n mn bleh kurang...dia je yg betul serba serbi

MYA EL QAYREENA AZRYAN said...

laut selalu mendamaikan jiwe agar kite setenang airnye...

ghost said...

itukan cuma metaphora jer,Qaseh.

manusia suka mencipta suatu untuk dibuat perbandingan.

Unknown said...

lini pun sgt sukakan laut....duduk kt tepi laut tu bercerita sorang....luahkan pemasalahan jiwa, aper yg serabut d kepala.....laut pastinya tidak akan sesekali menceritakan rahsia kita kpd mentari langit bulan dan bintang

aamalinaazman said...

begitulah hidup dengan cinta Dia kan?
walau jauh berenang, masih dalam lautan yang sama
mungkin kau didepan
aku dibelakang
tapi masih lagi dlm lautan-Nya kan =]

amna said...

laut.. pantai...
semuanya sangat menenangkan..
bisikan, desirannya mengasyikkan..
perginya ombak membawa sama kedukaan dan sesahan di jiwa :')

cik sakdi said...

ptotnya kite la berus jamban,dia berus gigi.ekekekke

aindzaya said...

di tag di sini

http://aindzaya.blogspot.com/2011/10/soalan-cepu-mas-antara-blogger.html

adakah anda sempoi?hewhew

Ban said...

macam2 astro tollaa..haha

Mama Gee said...

cantik sgt gambar kat atas tu...rs tenang je tgk....