Memanfaatkan internet untuk amal soleh ...

Assalamualaikum...
selamat pagi u olz..
tq yg sudi masuk blog ni ye..
muahhhh sikit (gurl only hehehe)
ape yg korang dpat melalui internet ni ye?
tanpa internet rase mcm tension sgt kan..
ye lah nak bukak blog tentulah xboleh..
nak ceting2..
nak cek duit nuff dah ade berape ..
hehe 
tapi betulke care memanfaatkan internet tu..
jom bace atikel ni..
juz nak share same2 ngan u olz..

Golongan yang memanfaatkan kemudahan internet untuk menyebarkan, berkongsi atau menimba ilmu dunia dan akhirat, menambahkan pendapatan kewangan, merapatkan ukhuwwah sesama insan dan sebagainya. Semua itu boleh dimasukkan ke dalam senarai amal solehnya dan dia mendapat ganjaran untuk kebaikan dunia dan akhiratnya.
Golongan yang menghabiskan masa berada depan komputer dengan bermain game, mendengar lagu, berborak kosong (chatting) dengan sesiapa sahaja, 'merayau-rayau' tanpa tujuan dan yang sewaktu dengannya. Waktunya dihabiskan berjam-jam tanpa sebarang faedah untuknya.
 Golongan yang menggunakan internet untuk memuat naik dan memuat turun gambar-gambar tidak senonoh,melawati laman-laman porno, mengumpat, menyebarkan fitnah, melaga-lagakan manusia, menghasut sehingga memutuskan hubungan silaturahim dan  memusnahkan rumahtangga, berborak menggunakan bahasa kesat dan kasar, memuat naik gambar-gambar peribadi yang mendedahkan aurat dan banyak lagi aktiviti-aktiviti di internet yang mengundang laknat dan murka Allah SWT.
 so kita dalam golongan yg mane ye..
alangkah bez nye kite dalam golongan pertama...menyebarkan info2 berguna...sambil dapat kewangan dan merapatkan tali persaudaraan antara sama lain

ataupun kita dlm golongan ke dua...iaitu golongan yg rugi...huhu 

atau golongan ke tiga...hentikan lah tebiat buruk tu ye..

hati berbicara :
same2 kite menjadi yg lebih baik dari masa ke semasa..insyaAllah kalau niat kita baik pasti akan di redhai Allah s.w.t 
sumber rujukan : http://www.iluvislam.com

3 Ulasan

TQ FOR COMMENT

  1. jadilah golongan yg pertama, tapi kadang kita terleka dan jadi golongan kedua, apa kata kita ubah golongan kedua tu jadi lebih advance apabila dia turut jadi golongan pertama

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama