Review Redmi Note 4 | Kelebihan dan Spesifikasi Redmi Note 4

Assalamualaikum 

Antara benda paling bahagia dalam hidup bila kau keluar rumah dengan bateri telefon pintar penuh dan tahan lama sehingga keesokan hari tanpa perlu charge , salah satu perkara yang sangat-sangat penting buat aku ! Buat apa smartfon mahal beb tapi belum apa-apa hal bateri dah low kan ? Ini lah salah satu kelebihan Redmi Note 4 yang aku ingin kongsikan kepada korang semua ..

Kalau dulu aku ni agak perlekehkan gadjet dari China , sebab aku selalu terbaca feedback negatif tanpa aku gunakan sendiri , yaaa mungkin kesilapan kita cepat menilai atas pengalaman orang lain walhal benda tu kita sentuh pun tak kan .. atas dasar pengalaman aku sendiri yang telah mencuba dan menggunakan smartfon Redmi Note 4 ni , banyak benda aku nak share dan mentaliti aku terus berubah dari memperlekehkan , terus rasa . wow best gila smartfon ni ..



Kalau nak kata Redmi Note 4 ni sangat sempurna .. tipu lah kan , manusia pun tiada yang sempurna hehe tapi dengan harga yang bawah RM1 ribu , sangat berbaloi untuk di miliki , dengan spesifikasi nya yang best , banyak ciri-ciri yang menarik dan reka bentuk Redmi Note 4 ni sangat menawan hati , nampak elegant gitu .. Satu perkara lagi finger print yang berada di belakang sangat memudahkan aku , sebab biasa kita pegang smartfon tangan mesti kat belakang kan , so touch je ! Lebih-lebih aku yang suka selfie , touch je tak sedar beribu gambar dah.. ops !





REKABENTUK


Sentuhan dan pandangan kali pertama aku pada rekabentuk yang ada pada Redmi Note 4 ni sangat menarik perhatian , dengan lengkungan skrin (2.5D curved glass) nampak lebih elegant dengan daya ketahanan yang kuat dan hadir dengan saiz skrin 5.5 full hd display di tambah pula dengan pembuatan dari bahan logam , pendek kata sedap mata memandang dan sangat selesa bila di pegang yang dimensi nya 155mm x 76mm x 8.45mm , dan beratnya 165g , oh yee Redmi Note 4 di datangkan dengan 3 warna , black , dark grey dan gold. 


Redmi Note 4 ni juga di datangkan dengan dua versi yang kapasiti berbeza , yang aku guna ni ram 3GB / rom 32GB , manakala satu versi lagi berkapasiti RAM 4GB / ROM64GB. (4GB + 64GB variant of Redmi Note 4 will be available at a later date. More info will be announced on https://fb.com/XiaomiMalaysia)



Dengan fungsi pengimbas cap jari yang sebaris dengan kamera dan flash led , sangat memudahkan aku untuk mengaktifkan smartfon ni , dengan kelajuan 0.5s ia tak membuatkan aku menunggu lama dan tak perlu untuk menekan button power on untuk mengaktifkan , hanya dengan mengimbas jari sahaja ,  maksimum untuk imbasan adalah 5 jari , so boleh la nanti korang imbas ke lima-lima jari yang ada haha.. mudah kan ? untuk fungsi menghidupkan skrin , aku hanya double tap sahaja di skrin. 


Di bahagian bawah smartfon terletaknya ruang pembesar suara dan , dan aku sangat puas hati dengan kelantangan audio yang ada pada Redmi note 4 , ia tidak mengecewakan aku yang suka mendengar lagu dan video dari smartfon .. di antara ruang speaker , terletak ruang sambungan micro usb untuk mengecas bateri.



Di bahagian kiri , terletaknya tempat untuk simcard dan juga sdcard , dan smartfon ni menyokong kelebihan dwi sim , so korang boleh guna dua simkad tapi mungkin jadi kekurangan bila mana aku tidak dapat menggunakan dua sim jika aku ingin menggunakan sdcard kerana berkongsi tempat dengan salah satu simkad .. 

Tempat simkad , Redmi Note 4 menggunakan simkad nano dan micro , ruang untuk sd card adalah di bahagian simkad nano yang aku letakkan .. Dengan kapasiti ram3g untuk rom32gb , bagi aku space ni dah memadai , kalau korang rasa space ni tak cukup korang pilih versi 4gb ram dan 64gb rom.


Sebelah kanan terletaknya button power on / off dan juga volume , dan trick mudah untuk terus ke camera hanya klik dua kali di button volume bahagian bawah.


Bagi yang suka silent kan smartfon korang , maybe sibuk atau anak tengah tido so tak mahu mengganggu sesiaoa ,  korang boleh set kan notifikasi-notifikasi dengan led light , ada 7 warna yang terdapat dalam Redmi Note 4 so tengok je warna yang keluar pasti tahu notifikasi apa kan .. yang ni antara function yang aku suka..


Di bahagian atas , terletaknya lubang earfon jack 3.5mm , bersama-sama dengan fungsi IR blaster , apakah IR blaster ni ? Fungsinya adalah sebagai remote kawalan , dengan fungsi yang ada ni korang boleh mengawal segala barangan elektrik , contoh seperti televisyen , radio , projector dll ~ so biasanya remote selalu hilang , tapi smartfon selalu di tangan kan ? haaa boleh lah jadikan remote melalui applikasi MI remote yang tersedia di dalam Redmi Note 4 , best kan ??


SPESIFIKASI


Xiaomi masih lagi menggunakan android versi 6 Marsmallow untuk Redmi Note 4 yang tampil dengan MIUI 8 , secara jujurnya paparan launcher menu Redmi Note 4 ni agak membuat kan aku sedikit kekok kerana tiada app drawer yang mana kesemua applikasi di muka hadapan , dengan app drawer mungkin paparan lagi kemas kerana ia tersorok. Tapi itu tidak menjadi masalah besar bagi aku kerana boleh memuat turun launcher di apps store yang mempunyai fungsi app drawer.


CIRI-CIRI MENARIK

Ada beberapa ciri best yang membuatkan aku tertarik dengan Redmi Note 4 ni , yang sebelum ni memang tiada di smartfon aku yang lain , antaranya ciri-ciri second space , dual apps , remote , finger print sensor , reading mode , deep clean , child lock , quick custome dan lain - lain .

  • Second Space

Dengan ciri-ciri second space ni pun korang boleh asingkan hal kerja dan juga peribadi , aku suka features ni sebab apa ? hurmm ibarat aku menggunakan dua smartfon dalam satu , sebab ada dua space yang berbeza ..


contohnya space 1 dalam fon aku semua nya yang basic ibarat guna telefon baru , padahal di second space aku dah download segala applikasi .. dan untuk menukar space ni aku boleh lock sama ada dengan password atau pun finger print ..



  • Remote 


Seperti yang aku cakap kat atas tadi , Redmi Note 4 di datangkan dengan fungsi IR Blaster , jadi ia boleh mengawal segala perkakasan elektrik dan support beberapa brand yang selalu di gunakan , boleh jadikan remote tv , kipas , projector , dan lain-lain lagi dalam gambar di bawah dengan menggunkan applikasi yang tersedia iaitu Mi remote 

  • Apps Lock


Bagi korang yang selalu di kelilingi dengan manusia yang suka menceroboh hak milik orang tanpa segan silu haha korang boleh lock kan kesemua applikasi yang ada , so lepas ni takkan ada satu makhluk pun yang boleh menceroboh privasi korang.

  • One Handed Mode 


 Dengan ciri -ciri one handed mode ni , ia akan memudahkan korang untuk menggunakan sebelah tangan je , saiz yang adak besar memang susah jugak la kan , so dengan fungsi ni ia tidak menjadi masalah .. tapi jangan guna sewaktu driving pulak ye !

  • Dual Apps 



Ciri-ciri ni sangat best untuk korang yang menggunakan dua simkad , yang nak asingkan benda peribadi dan kerja dan sememangnya perlu dua nombor dalam satu masa .. dengan ciri-ciri dual apps ni , boleh lah guna dua whatsapp , dua facebook , dan segala applikasi lain tanpa perlu menukar-nukar account dan nombor.

Selain dari tu , terdapat features child lock , bagi yang ada anak yang sukakan membuka smartfon korang , boleh setting kan sebagai child lock . dengan fungsi ni , korang boleh setkan applikasi yang di ingini , selain tu juga ada ciri-ciri deep clean yang mana korang boleh scan virus dan meremove segala benda yang tak penting , so ia akan meringankan smartfon 

CAMERA 

Now aku nak share gambar-gambar yang di snap dari Redmi Note 4 ni , dua benda penting bagi aku bila nak beli smartfon adalah bateri dan juga kamera , cantik ke idokkk camera nya ni haa .. dengan 13 megapixel untuk camera di belakang dan 5 megapixel camera di hadapan , so far gambar dari Redmi Note 4 ni agak cantik , warna dia mungkin kekuningan dan warm sedikit tapi kalau korang pandai snap dengan angel la lawa , seriously sangat cantik gambarnya

Kalau nak di bandingkan dengan Redmi Note 3 , cameranya 16 mp , aku tak boleh nak ulas sebab aku tak pernah guna Red Mi note 3 .. tapi walaupun Redmi Note 4 lebih kecil sedikit megapixel berbanding yang terdahulu , pihak Xiaomi menyatakan bahawa ia telah menambah baikan dari segi low light  dan noise yang lebih baik ...




indoor 

 sempat snap walaupun Rayyan tengah berlari .. dengan 13mp/f 2.0 



 auto focus 

 mode tilt shift

Bagi aku , dengan gambar yang di snap oleh Redmi Note 4 ni .. aku puas hati , lagi pun sekadar untuk berblog dan bersocial media sangat-sangat memuaskan .. mungkin bagi photoghrapher ada kekurangan ,so far nak kata sempurna tu tak lah tapi dengan harga bawah seribu sangat berbaloi .. selain tu ada mode-mode yang lain seperti panorama , manual so korang boleh adjust iso , straighten , beauty , hht , scene dan juga tilt-shift.

SELFIE
Nakal betul bila nak brselfie dengan redmi note 4 ni , selalu tau buat kite perasan muda haha , sangat comel okeyh selain dari fungsi beauty , camera depan juga mampu detect umur uols .. yang pasti pandai dia memikat hati kita wakkk haha .. tapi korang boleh je off kan , sebab tak baik kalau selalu perasan haha .. 


Kelebihan Redmi Note 4

  • Harga - semestinya dengan harga antara RM750-Rm799 , sangat berbaloi untuk korang miliki smartfon ni .. tidak begitu sempurna tapi cukup dengan segalanya 
  •  Bateri - paling memuaskan hati adalah bateri 4100 mah , kalau korang memang sejenis makhluk yang selalu online pun bateri smartfon ni sangat tahan lama , esoknya baru korang akan charge , kalau korang tak selalu online ia dapat bertahan mungkin 2 hari setengah .. memang terbaik 
  •  Features - ciri-ciri yang ada dalam smartfon ni sangat menarik dan sangat memudahkan , lebih-lebih lagi ada fungsi ir blaster
  •  Speaker - speaker yang kuat dan jelas 
  •  Reka bentuk - reka bentuk sememangnya buat kan aku jatuh cinta pandang pertama , suka dengan skrin melengkung yang ada pada smartfon ni 
  •  Cip pemprosesan - setakat ni sistem smartfon ni sangat laju dan tiada masalah langsung 
  •  Fingerprint - sensor tak memberikan masalah dan memudahkan 

Kesimpulan 


Kesimpulannya setiap kelebihan pasti ada kekurangan , tapi nak di bandingkan dengan kekurangan yang sedikit tu , kelebihan tu lagi banyak haa gituh .. so dengan pengalaman yang telah aku sharekan kat korang semua , tak perlu fikir panjang betul ke Redmi Note 4 ni best ? Percayalah smartfon ni sangat best .. sangat berbaloi dengan harga RM799 ..  nak hadiahkan kepada makwe ke mak ayah or adik memang pilihan yang bijak .. 

p/s  : Rating aku untuk Redmi Note 4 bagi smartfon yang mampu milik dengan harga bawah Rm1k = 8/10



 More Info

Telegram : t.me/mimalaysia
Wechat : @MiMalaysia​



31 Ulasan

TQ FOR COMMENT

  1. Intro ko pun dah mengutuk iphone... hahahhaa... disebabkan inttro best trus aku baca sampai hbs...

    BalasPadam
  2. Autofocus dia lawa! Ada sensor print haaa kak juju suka sbb mudah capaian cpt...menarikla!

    BalasPadam
  3. harga redmi note4 memang susah smarthone lain nak beat..
    cukup complete dgn harga bawah 1k.

    BalasPadam
  4. Hmm macam menarik je. 800rm kira ok lagi tu ,2 sim... kamera pun plowesss... gitu. Hahah. Ala hp elok lagi...emmm tgk la nti kot dpt no lawa..boleh la masuk situu

    BalasPadam
  5. Hari tu kawan 1 ofis pon ada beli, lepas tu kitorang try selfie sekali keluar yang umur. kecoh kejap masing2 nak check umur. hahahaha

    tapi kamera phone xiaomi memang cantik. hehe

    BalasPadam
  6. eh.. berbaloi la dengan harga tu qaseh.. ok masuk dlm list..hehe

    BalasPadam
  7. info penuh yang menerujakan... walaupun dr China dan harga murah berbanding brand lain , kira nya not bad juga hp ni. bateri tahan lama , gambar pun ok. ya sesuai la utk skadar nk bersocial media cam blogger ...

    BalasPadam
  8. wahhhh!!! Banyaknya function best & dah ditambahbaik! Masuk dalam list jugak lah ni!

    BalasPadam
  9. wah sangat menarik :D memang tengah mencari fon baru ni

    BalasPadam
  10. cantiknya auto focus dia <3 affordable harga tu.

    BalasPadam
  11. Harga bawah 1k tapi bila tengok spesikasinya setanding dengan phone yang harga 1k keatas...bateri tahan lama tu yang penting...tak perlu nak bawa powerbank ke hulu ke hilir...hehe

    BalasPadam
  12. best . ramai jugak yang kata redmi punya phone memang bagus, kamera pun lawa

    BalasPadam
  13. cantik ni..boleh masuk dalam list telefon pilihan..hehee

    BalasPadam
  14. sama lah,user redmi note 4 gak. Redmi Note 4 Snapdragon memang terbaik. bateri tahan, powerbank ? apa tu ? hehe

    BalasPadam
  15. Saya guna Redmi Note 3. Tempoh hari ingat nak pilih Redmi Note 4 tetapi bila banding hasil gambar Redmi Note 3 lebih baik kerana warna gambar yang vibrance tidak perlu edit banyak sekadar ubah brightness sahaja.

    BalasPadam
  16. Sy guna xiaomi redmi 4A..mrmg best

    BalasPadam
  17. This is a good phone. I'm using this too..

    BalasPadam
  18. This phone is so.affordable, camera is the first thing that I'll notice and it is really good.

    BalasPadam
  19. akak. beteri dia cepat panas x? time tengah cas/main game?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak panas langsung , akak sllu main game hp ni sebab laju hihi

      Padam
  20. Aku pun guna redmi note 4. Ram 3gb/32gb room. Dah upgred Android 7.0 nougut. MIUI 9... Memang terbaik. Cuma susah nak unlock untuk root.

    BalasPadam
  21. Bagusnya banyak info. Senang nak buah keputusan. Gamba pun cantik2

    BalasPadam
  22. I love a phone with a good camera quality. The picture all looks perfect! Would love to try it out myself

    BalasPadam
  23. Baru beli benda alah ni rm555 di lazada puas hati rasa nak beli satu lgi pulak

    BalasPadam
  24. Cantikkkk giler gambar pakai phone ni. Mai pakai huawei Honor 7 je, boleh la gambar tu tp takleh lawan redmi 4 ni.

    BalasPadam
  25. best jugak eh redmi 4 ni...tergoda2 jugak ni...hihi

    BalasPadam
  26. salam sis..telefon xiaomi ni bateri boleh buang tak? ke tak boleh buka belakang dia?

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama