Resepi Kuih Keria Viral

Assalamualaikum ~ 

Tajuk kemain kan , orang lain dah lama dah buat kuih keria ni , aku je ketinggalan zaman hihi baru nak buat la korang ~ biasanya kalau nak buat pape , kuih ke apa .. kena tunggu laki iols cuti dulu ..sebab apa ? sebab dia kata tak puas hati makan lepastu pergi kerja ..( takut bini dia habiskan lettew) haha sebenarnya nak buat sama-sama .. kebiasaannya macam tu lah ... so lets start ! 


Haritu aku pegi Melaka tapi lupa dengan kewujudan kuih keria yang di viral-viralkan sangat tu , sedap ke uols ? by the way sedap bagi korang mungkin tak sedap bagi sesetengah dan juga mungkin biasa-biasa bagi segelintir orang .. tapi nak cakap kat sini , viral ke tak ke , dah Allah bagi kan rezeki yang melimpah ruah kat dia , alhamdulillah ..

Bahan-bahan Kuih

-Ubi Keledek , tak kisah lah oren ke putih ke , ikut citarasa korang masing-masing
-Tepung Gandum

Cara-cara
-Rebus ubi keledek hingga empuk
-Lenyek-lenyekkan dia
-Masukkan gandum , dan gaul menjadi seperti adunan
-Buat bentuk macam donut
-Goreng dengan minyak yang banyak

Bahan sira
-2 cawan air
-3 keping gula melaka
-1 satu sudu gula putih

Cara-cara
Masukkan kesemua bahan sira , kacau hingga berbuih ..lepastu masukkan kuih keria yang telah di goreng tadi .. siap !

Aku guna ubi keledek oren , potong je kecik-kecik bagi cepat empuk gitu  
Bila dah empuk , angkat dan toskan .. siap sedia untuk di lenyek  
Masukkan tepung gandum , lepastu gaul semua sekali bagi sebati .. kalau rasa melekit sangat tambah gandum sikit-sikit dan tambah sedikit minyak bagi tak melekit di tangan korang  
Gaul - gaul sampai dah tak nampak gandum putih-putih tu okey ..
Buat  bentuk macam donut , ahaha first time try agak comot kuihku .. tapi takpe , perut sendiri nak makan 
Gorengkan iyeee !  
Rupa selepas di goreng haaa , jangan terlajak goreng nanti hangit pulak
Sediakan sira , lepastu masukkan keria yang dah di goreng tadi ke dalam sira , kacau-kacau hingga sira tu kering dan berkerak sikit .. then angkat ! siap untuk di makan yang tak sampai satu saat ! makan memang laju je haa
Yeah siap jugak buat entry ni ! haha selamat mencuba uols ~ 

1 Ulasan

TQ FOR COMMENT

Terbaru Lebih lama