Cara Merawat Rambut Gugur Dengan Berkesan | Tyzara Shampoo

3 ulasan:

Orang kata mencegah itu lebih baik dari merawat , tapi dalam kes aku ni dah kena buat rawatan dah .. sebabnya aku ada masalah yang membuatkan kemahkotaan seorang wanita itu terjejas .. bunyi macam serious talk je kan , tapi memang serious talk ni ! one more thing aku rasa bukan aku seorang je ada masalah ni , rata-rata wanita memang akan bermasalah dalam penjagaan rambut .. lebih-lebih lagi yang bertudung ,  betul dak ? lagi teruk kepada wanita yang lepas bersalin ! huh masalah keguguran rambut la apa lagi kalau melibatkan mahkota wanita ni haa , stress tau .. kurang yakin sat nak buat flip hair !

kadang-kadang bila tangan dok menggatai belai-belai rambut , ada la dalam 10 - 20 helai lekat kat tangan , bajet2 macam tu la rajin pulak aku nak kira rambut hihi .. tu belum lepas mandi , mau secekak , sebab tu aku jarang basahkan rambut ..lepastu mula la buat drama kat suami ''syg sakit apa sebenarnya , tgk rambut ni makin lama makin gugur, kalau syg takde nanti jaga Rayyan baik2 ermm'' tapi huwaaa suami balas ''gila apa taktau bini aku ni'' ..tu diaa untung dapat suami solehah .. haha pernah la tu buat drama jugak kan ?

Jadi satu hari ni aku ikut la suggestion membe aku .. dia suh try Syampoo Tyzara , syampu apa la aku pun xtau xpernah dengar pun sebelum ni ..  

Shampu Tyzara ni ada botol kecik dan besar , yang aku pegang ni botol besar , cukup untuk penggunaan  dua bulan 

Lepastu aku fikir sebelum aku botak kena jugak cari rawatan untuk rambut gugur, kena jugak cari syampu terbaik antara terbaik untuk rawat rambut gugur terlalu banyak ni,so aku ikut je member suruh aku survey tentang syampu Tyzara .. tak pernah pulak aku dengar tentang syampu Tzara ni tapi cuba je la dulu kan .. bila dah dapat kat tangan ,botol dia cute je  haa ~ satu perangai aku tentang syampoo , aku akan bau dulu sebab kalau bau tengit memang aku takkan pakai , buat sakit kepala lagi ada la , tapi alhamdulillah wangi gila syampu Tyzara ni. 

Syampu ni sesuai untuk masalah rambut bagaimana ? kalau tengok label di botol syampu tu , antara kelebihan dan kegunaan syampu Tyzara untuk
  • Hair Fall Control - Rambut gugur terlalu banyak
  • Anti Dandruff - Masalah kelemumur 
  • Oilness / Dryness Control - Rambut terlalu kering / berminyak
  • Cooling & Refreshing - syampu ni mampu sejukkan dan segarkan kepala
  • Kulit kepala berkerak
  • Rambut berbau 

Lepas tu aku tengok pulak kandungan syampu Tyzara ni , kalau korang nak tahu lebih lanjut korang boleh google je maksud bahan-bahan kandungan ni , Menthol ,Glycerin ,Fragrance dan Trifolium Pretence (clover).. tapi aku nak tekankan kat sini kenapa Tyzara mampu mengatasi masalah gugur , sebab nya ada kandungan Trifolium Pretence (clover) , clover ni apa ?btw ia sejenis bunga berwarna merah yang berfungsi untuk menguatkan lagi akar rambut 

Tekstur syampu Tyzara , sebab apa warna biru .. sebab ia menyejukkan kulit kepala kita , so lepas pakai ni konfirm rasa segar.. aku suka pakai waktu malam sebab lena teruih , sejuk sampai ke kaki , kepala pun jadi rileks dan tenang je .. mau tak lena ?

Cara Penggunaan

Pertama kali aku cuba syampu Tyzara ni , aku pelik jugak kenapa la syampu ni tak berbuih banyak macam syampu biasa aku pakai , siap tiup keluar belon lagi .. ke aku pakai sikit sangat ? ermm rupa-rupanya syampu Tyzara ni memang kurang buih , so selama ni aku silap faham la yee , baru aku teringat sorang kakak ni pernah cakap , kalau nak cari pencuci muka jangan cari yang buih banyak sebab buatkan kulit muka kering , jadi sama jugak dengan syampu ~ lagi sedikit buih lagi bagus , hangpa jangan pulak nak bubuh banyak-banyak syampu Tyzara ni sebab kurang buih naa ! 

So ! cara nak pakai syampu Tyzara ni sama je macam pakai syampu lain , tuang sedikit kat tapak tangan , basahkan rambut lepas tu sapu dan ratakan ke seluruh kepala , lagi bagus kalau korang urut-urut kulit kepala sambil nyanyi lagu di bilik air tu haa .. lepas tu bilas dengan air macam biasa , korang akan rasa sejuk dan segar sangat ! inshaAllah lepas ni dan tak tersumbat saluran bilik air dek rambut gugur tu.

Kalau korang jenis rambut gugur yang sangat kronik , korang boleh guna syampu Tyzara ni dengan cara macam aku buat (hair tonic), sebab aku pun rambut  gugur terlalu banyak lebih-lebih lagi lepas bersalin , hormon pun dan berubah , segala urat-urat dah putus kan .. caranya rambut korang mestilah kering , ambil sedikit syampu lepastu urut kat kepala korang ,buat waktu malam sahaja ,biar je semalaman dan esok pagi bangun tido korang hanya bilas dengan air .. kalau tak kronik pakai macam biasa 1-2 kali penggunaan sehari tapi kalau kronik pakai setiap hari dan selang 4 malam pakai waktu malam dan bilas keesokan hari 

Testimoni aku 
So far aku dah pakai syampu Tyzara ni seminggu , perubahan bab kelemumur dan gatal kepala tu memang hilang , try la weh korang yang tak selesa bertudung bila gatal kepala tu haa , memang menjadi , bab rambut gugur tu pulak masih gugur lagi , tipu la kalau kata terus tak gugur dah kan lagi pun  baru pakai seminggu.. tapi ada nampak perubahan dan kesan cepat selama seminggu , lebih2 lagi  bila basuh rambut takde la kronik sangat bila tarik rambut .. wohaaaaa ! best gila oikk .. tunggu sebulan mesti rambut dah tak gugur dan lebat kembali .. rasanya sangat serasi dengan aku .. tq Tyzara ! 

kalau korang nak beli dan memang ada niat nak rawat rambut gugur korang sebelum makin menipis dan nak DISKAUN ! sila whatsapp no kat bawah beserta kod

TZ "qaseh"  ke 0124430338 untuk dapatkan diskaun 

Apa kata pengguna shampoo Tyzara yang lain boleh baca SINI dan SINI


INFO LANJUT

Pages FB: Rahsia Sihat Dan Cantik : http://www.facebook.com/rahsiajamu





3 ulasan:

  1. Sama laa memula pakai heran apsal tak banyak buih hehe. Tapi sukaaa sgt sebab rasa sejuk kepala

    BalasPadam
  2. Kak nina pun dah pakai shampoo Tyzara ni... bagus!

    BalasPadam

♥Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar...
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi♥

♥SEMUA CERITERA DALAM SEBUAH PELANGI♥
qaseh bukan pelangi , qaseh cuma qaseh , qaseh tak cantik macam pelangi tapi.... qaseh tetap ada di sini walau pelangi dah pergi..

@2010 | www.qasehdalia.com