JIU XIANG SCIENIC REGION | Tempat Menarik Di KUNMING , YUNNAN CHINA

Assalamualaikum

Jiu Xiang Scienic Region | Masih lagi hari ke dua di Kunming China , selepas menjejaki Stone Forest -klik  , kami di bawa ke sebuah tempat yang bernama Jiu Xiang Scienic Region oleh travel guide kami  , dalam hati tertanya-tanya tempat apakah yang akan membawa kami semua selepas melihat keunikan batu-batuan di Stone Forest sebelumnya dan perasaan teruja itu tak pernah hilang dari diri qaseh , biasalah first time datang ke sini .. hari pertama lagi sudah terpikat dengan keindahan Kunming , China

terletak 90 km dari Kunming , apa yang menarik kat sini ? keunikannya terdapat air terjun suami isteri (air terjun berkembar ) , air sungai , lembah , gua yang indah dan di kenali sebagai Home Gua Kars dan terbesar antara gua yang lain .. haaa tu dia , dan satu lagi kalau korang tak larat nak naik tangga , dah semput tak sampai separuh jalan , dalam gua ni ada perkhidmatan angkut orang , lebih kurang macam angkat raja zaman2 dulu kala .. 

Travel Tips

    Kemasukan Tiket: 120 Yuan
    Melawat masa: 2-3 jam
    Lokasi: Jiuxiang Kawasan Indah, Yiliang County, Wilayah Yunnan

langit yang sentiasa biru , 
tips : di Jiu Xiang korang kena siap sedia stamina korang , pastikan sihat tubuh badan dan kaki yang kuat untuk menaiki tangga-tangga yang berada di dalam gua ni , qaseh pun memang tak larat sangat dah naik turun tangga , semput juga tapi berbaloi -baloi bila melihat keindahan Jiu Xiang ni , tak percaya ? moh tengok ..

 yeahhh here i come , ondeway masuk ke dalam gua .. btw kat sini juga penuh dengan keindahan adat dan budaya , dan suhu di sini sama sahaja di Kunming.


 terpaku melihat air sungai dalam gua ni , dan bunyi air terjun yang terdapat di Jiu Xiang .. cantik kan ?rasa nak berenang-renang je walaupun xpndai berenang ..





Menurut Tour Guide kami , dulu nya gua ni berada di dalam air , haaaa subhanallah hebat ciptaan Allah , dan Jiu Xiang ni wujud sejak 600 juta tahun lagi , fuhh panjang umur gua ni , hinggakan menjadi salah satu tarikan pelancong di serata dunia .. di sebabkan tempoh masa yang lama tu la terjadi nya pergerakan kerak bumi hingga membentuk segala bentuk yang unik .. haa dah masuk bab sains , dan kesemuanya jarang di temui di China ..




Air Terjun Twin
Inilah yang di katakan sebagai air terjun suami isteri , isk iskkk ibarat bercinta pulak ye , tapi itulah yang selalu di perkatakan di sini , yang membuatkan orang percaya bahawa air terjun ini adalah pencinta yang mendalam , dan juga di gelar sebagai Ci Xiong Fe Pu .. lebih kurang air terjun wanita dan juga lelaki .. hebat betul ~ so qaseh pun tilik la lama-lama air terjun ni kot-kot nampak something .. eh ! kita tinggalkan air terjun jom tengok gua yang berwarna warni pulak



The Fairy Palace 
Di Jiu Xiang ni terdapat juga tempat ala-ala kayangan , mana taknya dengan keindahan stalaktik dan stalakmit yang cantik .. memang cantik dan unik sangat gua Jiu Xiang ni , alhamdulillah dapat meneroka separuh dari nya .. masa tak mengizinkan ... kat sini jugak korang boleh naik bot menyusuri sungai2 yang berdindingkan tebing-tebing tinggi ..





Akhirnya semua dah kepenatan , masa untuk pulang .. agak lenguh jugak kaki ni naik turun tangga , nasib baik masa nak balik tak perlu turun tangga dah tapi kena naik kabel car la pulak , hurmm memang best naik kabel car ni , memang aku tak pandang bawah la !!! eeee takut banget tapi kalau tak naik takkan nak turun tangga huwaaaa sabar je la .. hehe sebab kdg2 ada penyakit gayat , tiba2 je ia datang ... hihi tapi pengalaman yang sangat best !!! 


 wuhoooooooo macam tu je kabel carnyaa , memang syok naik gigi2 nak terkucil haha lepastu suka fikir bukan-bukan , sabar je la nak ~ 

akhirnya sampai ke bawah dan jumpa bunga cantik .. then kami pergi cari makan , dan balik hotel 
esoknya ke Shunchen Mosque ! 

Lokasi: Jiuxiang, Yiliang County, 90 kilometer dari Kunming. 
Tel: 0871-7511998 
Waktu dibuka: 8: 30-17: 30 
Pengangkutan: Ambil bas dari Yiliang untuk Jiuxiang. 
Yuran Kemasukan: CNY 90 untuk orang dewasa dan CNY 60 untuk kanak-kanak dan pelajar. 

Tips: 
pakai kasut sukan
bawak air mineral 

Thanx AIRASIA for sponsortrip



4 Ulasan

TQ FOR COMMENT

  1. Hari tu kita pg Chengdu pun ada sungai yang cantik macam ni. China ni geografi dan bentuk muka bumi dia memang cantik dan unik. Subhanallah!

    BalasPadam
  2. Best nya!!!!!!!!!!!!!!
    Cantik... Seriously scary gila kot tengok cable car tu..

    BalasPadam
  3. pernah dulu viral cable car macam ni.. ada lagi rupenyee.. serammm...

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama