Jom qaseh bawa korang ke Yunnan Stone Forest , dari hotel Kunming kami di bawa ke Yunnan Stone Forest oleh bas khas dari Yongpeing Road atau boleh menaiki train dari Kunming Railway Station .. sesampai nya di sana , kami di bawa dengan kereta comel , memang panjang perjalanan luas pemandangan kata orang tapi syok je dengan angin nya yang sejuk (rindu sangat)
orang kata dunia ni kecik je sebenarnya , terserempak dengan pakcik ni pelancong dari Malaysia , selamat melancong ye pakcik
one of traveller free lance from gaya travel.. slmt kenalan rehey ~ my roomate sepanjang berada di China
Dah puas berjalan-jalan akhirnya sampai ke tempat yang ingin di tuju , nak masuk Yunnan Stone Forest ni pun kena beli tiket masuk , kalau korang datang ke Kunming China , sini salah satu tempat wajib yang korang kena datang , semua batu2 yang pelbagai bentuk dan unik ni semuanya semulajadi bukannya ukiran manusia .. terletak kira-kira 78 Km dari Kunming , dan telah wujud sejak 200 tahun dahulu lagi dan di beri nama sebagai ''first wonder under the sun''
pintu masuk ke Stone Forest , ramai gila manusia-manusia lain hari tu , muka seronok je dapat jalan-jalan
tiket masuk 140 yuen
Batuan semula jadi yang unik ..
first thing apa lagi , harusla berselfie tinggal kenang kenangan di sini , di Stone Forest ni memang banyak berjalan dan mendaki , sebab kat sini pun ada puncak nya , so dari puncak baru boleh tengok pemandangan dari atas yang cantik dan lagi sejuk ... sambil-sambil tu boleh lah korang exercise !
di celah-celah batu-batuan yang tinggi mencanak , macam gua
Dalam banyak-banyak batu kat sini , yang ni paling menarik minat qaseh , nampak kan batu kat tengah-tengah tu , batu tu tak bercantum dengan mana-mana batu yang lain , ibarat dia tergolek-golek dan terus lekat di sini , kalau jatuh atas kepala memang innalillah la , hehe tapi batu tu dah lama menetap di situ .. memang tak beralih dari dulu lagi ..
pemandangan dari atas puncak , kat celah2 batu tu la kami telah tempuhi dengan tenang
Antara batu-batuan yang terdapat di sini , banyak lagi sebenarnya bentuk-bentuk yang unik dan menarik
Dah penat mendaki dan berjalan sekitar Stone Forest kami bergerak pulang mencari makanan halal , di sekitar Kunming China , apa-apapun Stone Forest memang satu tempat yang menarik untuk di lawati , jarang kita jumpa batu-batu yang unik dan pelbagai bentuk ni kan , dengan langit yang terbentang biru ,,, jangan lupa datang ke sini ok kalau anda berada di Kunming , Yunnan China .
lastly ~ photo group beramei-ramei dengan pena berkala , khai , aida sue , kak ayu dan ezzy izzudin
datang KUNMING jangan lupa STONE FOREST yawww !
Hati Berbicara :
Tuhan takkan pernah menyusun takdir yang sia-sia , setiapnya di susun penuh hikmah , jangan kita sekali-kali menyalahkan takdir yang telah di susun Tuhan , terima kasih Tuhan untuk setiap takdir yang tersusun ..
thanx AIRASIA untuk trip ni , next kami di bawa ke JIU XIANG SCIENIC REGION
Comments