• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

Cuti sekolah tempoh hari qaseh balik kampung sebab Rayyan nak berkhatan / bersunat di kampung. Tahun ni dia dah masuk tahun 2, disclaimer ~ qaseh tak pernah memaksa Rayyan untuk bersunat awal tau, atas kemahuan dia sendiri, so bagi yang cakap kesian dekat anak ke apa, no worries tiada paksaan dari ibu bapa nya haha 


$ads={1}

Pendapat peribadi, qaseh rasa lebih mudah nak handle anak bila berkhatan dari awal, dia takde la rasa malu or segan untuk qaseh check, nak mandikan dia pun okay, nak jaga pun okay. Bayangkan bila anak dah besar, dah tahu malu haaa kesian dia haha 

Rayyan nak bersunat dekat kampung sebab nak sekali dengan sepupu-sepupunya, lagi eksited bila dia dengar bersunat sekali dengan sepupu. So 3 orang lah bersunat sekali, ikutkan nak join yang khatan perdana yang ramai-ramai tu kan, tapi tak jadi la sebab mesti panjang drag masa. Seronok memang seronok hehe tapi takpela qaseh sunatkan Rayyan di klinik sahaja

Nak dijadikan cerita, awal-awal pak saudara qaseh dah booking tapi tu lah banyak klinik dah penuh, so ada klinik 1 ni terima, qaseh risau jugak sebab klinik ni agak lama, bila tengok doktor pun dah berumur haaa mula la cuak maknya pun haha, tapi husnuzon la, lagi tua lagi berpengalaman……. 

Klinik pertama 

$ads={1}

Dah sampai dekat klinik pada hari kejadian, so 3 orang ni masukla bilik doktor untuk check, yes doktor nak check dulu samaada boleh tak mereka bersunat, i think doc ni lebih ada sifat empati, 3 3 budak ni,alat sulit diorang ni macam susah nak buat,Rayyan je namapk ok sikit  hahahaha so tiga orang kena cancel semua. I rasa macam lega sikit sebab maybe doktor pun taknak buat jugak sebab ramai haha tapi takpe

Pastu decide untuk cari klinik yang lebih okay, dan memang ada khas untuk berkhatan. So alhamdulillah ada ikut date yang qaseh nak, sebabnya laki qaseh kena balik KL so taknak lah waktu hari berkhatan Rayyan, dia takde . Dipendekkan cerita book la untuk 3 orang, that time ada Promosi Berkhatan RM120 tapi kaedah laser je 

Berkhatan/Bersunat Kaedah Laser

Qaseh dah buat research lah jugak sikit-sikit, laser ni takdelah susah sangat nak jaga berbanding berkhatan biasa,so proceed je dengan kaedah tersebut. Kaedah laser ni, dia macam besi halus yang panas (laser rod haba) kemudian dia lalukan ajer di bahagian kulit tu hingga putus. Semerbak bau bilik dengan bau hangit kulit ahahaha 

Drama Bersunat 

Of course lah ada drama dia, Rayyan pulak manjooooo, but qaseh tak suka nak bandingkan dengan anak orang lain, so takpe hadap je kenangan sekali seumur hidup ni haha, 3 orang ni pun ada la drama nya jugak, tapi of course lah sebab sakit kan & depa takut, maknya pun takut sebenarnya. 

Masing-masing main fon bagi hilang cemas ~ haha

Mula-mula dengar budak-budak lain menangis haaa masing-masing dah cuak, taknak bersunat la, tak jadi lah haha tapi misi tetap diteruskan, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan gituuu

Rayyan paling last dipanggil untuk bersunat, awal-awal masing-masing taknak jadi terawal haha so memang Rayyan last sebab dia paling kecik. Dorang nangis sebab betullah doktor cakap, kalau macam ‘takde batang’ sangat, so sakitlah sikit nak bagi ‘kepala’ keluar, tapi kena bagi keluar lah baru boleh buat 

Depa meraung part tu je lah dengan part nak bius, lah semua takut jarum dan sakit sikit la. Rayyan pulak, mulut tu tak berhenti bunyi weh, sabo je la. Dah menangis 1 hal, lepastu sibukkk nak tengok ‘anunya’ kena potong. Tapi aku rasa kan, doktor tak bagi bius habis dengan betul sangat kot, sebab masa laser tu Rayyan still rasa panas jugak. 

Proses Bersunat Kaedah Laser 


$ads={1}

Fuhhh pengalaman weh tengok sendiri proses bersunat, yeeee qaseh tengok je la untuk pengalaman, selama ni tertanya macamana proses bersunat sebab kitonya perempuan ahahahaha. Prosesnya,mula-mula part nak bagi ‘keluar kepala’ so ibu bapa rajin-rajin kan cuci atau bahasa kg ‘leceh’ supaya takdela susah sangat atau melekat, yang lagi sakit bila zakar buta, Rayyan senang sikit sebab tak tenggelam [sorry ye for educational purpose] hahah

Next baru lah doctor cuci kekotoran dan bius dekat bawah ‘anunya’ haaa dekat sini aduhh kena pegang la sikit Rayyan sebab dia dah nampak jarum so banyakla ayat dia keluar

‘Doktor jangan guna jarum ye’

‘Doktor tipu dosa tau’

‘Doktor nanti masuk api neraka ya’

Aduh geram nak plaster mulutnya, haha tak menjadi lah trick bagi fon tu. Bila dah bius, doktor mula laserkan, aku rasa gunting lagi laju kot dari laser haha tapi yang okaynya takde lah keluar darah banyak sangat, sebab bila laser dia berhentikan proses pendarahan,yess ada baca pasal ni. 

Dah habis proses laser, doktor jahit pulak, hanya 3 jahitan. Kiri kanan dan belakang. Waktu menjahit tu mulut nya tak berhenti lagi membebel tapi dah tak sakit la, cuma Rayyan ni memang agak penakut sikit & manjooo so layankan je la. 

Dah siap semua, keluar pintu semua sengih-sengih walaupun bekas air mata masih berjejehan. Haha qaseh pun tak tahu sebenarnya kenapa Rayyan nak bersunat, sebab i tak tipu ye, i terus terang cakap, bersunat ni sakit jugak dan dia akan potong sikit kulit, tapi dia cakap okay je haha alhamdulillah semua berjalan dengan lancar 

Proses Menjaga Anak Berkhatan Laser


$ads={1}
  • Untuk awal-awal ni pastikan jangan bagi luka terkena air, lap-lap je badan diorang buat sementara waktu 
  • Balutan tu better buka awal, kalau tak ia akan jadi kering melekap pada luka, so menyakitkan. Kalau dah melekap, titis air sedikit demi sedikit bagi senang tercabut.
  • Kalau macam ada air bisa, lap dengan gauze/ kapas lembut/ putik kapas, pastikan kering sentiasa
  • Nak senang, keringkan dengan kipas. Pakai kain pelikat lagi selesa.
  • Jangan bagi anak aktif bergerak sana sini, bagi je anak berbaring, minimakan pergerakan dulu
  • Kalau doctor bagi ubat, sapukan dan makan mengikut nasihat doktor
  • Pantang makan, elakkan makanan yang menyebabkan kegatalan / alergi

Part menjaga ni, awal-awal mak-mak kena struggle sikit. Anak mula rasa pedih atau sakit tapi tak sampai tahap menangislah. Doktor bagi ubat demam/tahan sakit dan antibiotik. So jangan lupa habiskan ubat antibitik tu ye.Untuk Rayyan, doktor takde pulak bagi ubat kuning tu, sepupu dia dua orang, doktor bagi, ermm sebabnya luka Rayyan tak besar 

Tapi qaseh mintak sikit ubat kuning dengan kakak ipar, walaupun doktor cakap tak payah letak pun takpe, tapi aku ketegaq letak jugak la, sebab bila tak letak macam lambat kering. Dalam 2 3 hari je qaseh titiskan, kemudian nampak okay so qaseh dah tak sapu dah. Jangan ikut saya, saya sebagai mak Rayyan sukahati saya la nak letak sikit pun :p

So far nak jaga dia takdela susah sangat cuma part tidur tu yang geram sikit, siang hari sakit-sakit tapi malam hari kemain tido buaihhhh, maknya tidur-tidur ayam sebagai langkah berjaga-jaga. Untuk proses penyembuhan, qaseh rasa ikut atas individu / budak jugak. Rayyan seminggu jugak luka dia baru nampak kuping-kuping tapi dah boleh jalan je

Part mandi, awal-awal qaseh lap-lap je badan dia dengan kain basah. Balutan boleh bukak selepas sehari atau 2 hari, tapi better buka je dalam masa 24 jam, tu pun melekat dengan isi kulit dia yang luka, so kena basahkan sikit supaya terlerai. Haaa pedih lah sikit bila kena air

Nak tunggu luka sembuh sepenuhnya tu pun lambat jugak, qaseh perasan Rayyan tak kencing, memang syak dah dia takut. Hari ke-2 or ke-3 baru dia kencing, memang pedih dan ngilu la sikit. That’s why dia takut, tapi kena biasakan, kena ajak dia pergi kencing kalau tak dia akan tahan. 

Part gelembung tu i think makan masa jugak nak surut, boleh perhatikan dari masa ke semasa as long luka dah kering, tiada nanah, tiada air bisa dan masalah lain yang anak-anak hadapi, so tunggu je gelembung di area ‘kepala’ tu surut. Qaseh baca dalam 1-3 minggu jugak. Pantau je lah, as long anak tak sakit, tak demam atau mengadu apa-apa yang berkaitan 

Qaseh stay dekat kampung dalam 2 minggu, so dalam masa 2 minggu tu dah boleh berjalan elok, mandi sendiri, cuma setiap kali selepas mandi, keringkan sekering-keringnya. Rayyan tak bagi umi dia lap sebab seriau, so halakan depan kipas bagi kering sendiri. Selepas kencing pun sama, kena basuh bagi bersih dan lap kering. Kalau asyik basah nanti lamberttt lagi luka nak elok, boleh jadi jangkitan juga kalau always basah

Barang Yang Penting Untuk Anak Bersunat 

-Seluar Sunat

-Kain Pelikat Budak tapi kalau anak korang saiz besar pakai je pelikat dewasa

Seluar sunat tu sangat membantu ye bila Rayyan dah start boleh bergerak ke sana sini, so ‘anunya’ tak bergesel pada kain or seluar, kain pelikat pulak, berguna waktu malam or selepas mandi, nak angin-anginkan bagi kering. Disebabkan di kampung so macam zaman dulu-dulu lah, ikat tali pada kayu bumbung rumah, settle ~ 

Waktu balik ke Kl pun dia pakai seluar sunat dan seluar biasa je, dah tak rasa sakit dan ngilu. Selesa untuk perjalanan jauh. Bila dah balik sini, makin hari makin okay, sekarang pun dah boleh pakai seluar biasa. Luka dah kering sepenuhnya cuma gelembung masih nampak lagi tapi Rayyan takde rasa sakit apa-apa dah. Hope dari masa ke semasa makin kecut. 

Alhamdullillah, fasa bersunat anak lelaki dan selesai. Sangatlah lega, anak Umi dah dewasa :p fuhh panjang betul karangan saya kali ni, nanti dia dah besar boleh la baca kenangan Rayyan sendiri :p




Merasai Manisnya Ramadan bersama Oligo | Alhamdulillah, berjumpa lagi Ramadan tahun ini. Saat tiba Ramadan, kerinduan terhadap ibadah teraweh, bazar Ramadan, serta hidangan dan minuman untuk berbuka puasa dan sahur selalu qaseh nantikan tapi jangan di lupa pada mereka yang sedang menderita di sana, macam yang kita sedia maklum, rakyat Gaza masih lagi dalam pergelutan peperangan dan masih lagi ditindas 


Jom Solidariti Bersama Oligo

Dan rakyat Gaza sekarang sangat-sangat memerlukan bantuan, pelbagai berita yang menyayat hati yang tak sanggup kita tengok dan baca, sedih sangat sebab kita di sini hidup dalam keadaan normal, bahagia, cukup dengan serba serbi tapi tak dapat nak buat apa-apa 


Dengan itu, qaseh menyokong solidariti bersama Oligo, sambil membeli sambil menderma, satu inisiatif yang sangat bagus untuk di lakukan. 

Yang sudah tahu, Oligo bukan hanya dalam bentuk serbuk, tapi juga ada beberapa jenis pek yang lain di pasaran seperti dalam bentuk sachet, serbuk dan juga tin yang sedia di minum. 

Beli Oligo Sambil Menderma 

Ni mungkin hanya sedikit usaha yang kita boleh membantu mereka tapi sangat mudah untuk kita menyumbang pada rakyat Gaza dengan hanya membuat pembelian produk Oligo sama ada dalam bentuk serbuk atau yang sedia di minum (tin). Marilah kita meneruskan dan mengwar-warkan solidariti bersama Oligo ini untuk menolong rakyat Gaza

Setiap pembelian Oligo serbuk, korang sudah menyumbang sebanyak RM0.50
Untuk pembelian produk sedia di minum, sebanyak RM0.10 di salurkan kepada bantuan solidariti{alertSuccess}


Power Root Serah RM250,000 untuk Tabung Palestin

Alhamdulillah tahniah di ucapkan untuk Syarikat Power Root Sdn Bhd (Power Root) yang telah menyumbang sebanyak RM250,000 kepada Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima dalam membantu misi kemanusiaan penduduk Gaza

Sumber

Pengerusi Bersama Power Root, Tengku Datuk Setia Putra Alhaj Tengku Azman Shah Alhaj, berkata bantuan tidak terhenti setakat itu sahaja, bantuan akan diteruskan dengan kempen membeli sambil menderma. Pihak Power Root sentiasa prihatin dengan nasib penduduk di Gaza dan akan menyasarkan kempen sumbangan seterusnya itu sepanjang Ramadan ini memandangkan tiada siapa tahu bila perang Israel-Hamas akan berhenti 

Sebanyak RM1.9 Juta Diserahkan melalui 3 Organisasi Amal

Pengurus Kanan Kumpulan Media Prima, Azlan Abdul Aziz berkata, setakat ini sejumlah RM1.9 juta kutipan sumbangan bagi membantu rakyat Palestin sudah diserahkan menerusi tiga organisasi amal iaitu Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (Mercy Malaysia), Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) dan Malaysian Relief Agency (MRA)


Duta Baru Oligo, Datuk Azizulhasni Awang


Wah semangat membara la bila duta baru di perkenalkan, melalui perlantikan duta baru jaguh berbasikal trek negara, semoga dapat meningkatkan inspirasi dan semangat setiap orang. Haaa Datuk Azizul yang dah bertenaga pun memilih Oligo, so bukan pilihan yang salah untuk kita membeli produk Oligo, di samping membantu kempen membeli sambil menderma.

So jom korang kita support produk yang mempunyai sifat-sifat prihatin macam ni, yang dalam masa yang sama bukan hanya mengejar untung semata tapi mempunyai sifat kemanusiaan bukan untuk rakyat Malaysia sahaja tapi mereka di Gaza yang sangat memerlukan bantuan kita. Teruskan sokong inshaAllah dalam bantuan solidariti seperti ini ada juga ‘saham’ buat kita di sana kelak. Jom minum Oligo ! 

Tahun ini, kegembiraan bertambah sebab anak Qaseh, Rayyan masih lagi dalam fasa belajar berpuasa, itu yang membuat bulan Ramadan menjadi lebih bersemangat dan penuh kebahagiaan bersama anak-anak.

Namun, yang paling penting adalah memastikan anak-anak tetap bertenaga sepanjang hari saat mereka belajar berpuasa. Kita semua tahu betapa meletihkan bila hari pertama puasa, bukan hanya bagi anak-anak, tetapi juga bagi kita sebagai orang dewasa, terutama di tengah cuaca yang panas seperti sekarang.

Haaa apa agaknya persediaan korang untuk menambah tenaga di bulan puasa ni ? 


Jom Support Lokal dengan Oligo 

Kalau korang tak tahu minuman apa yang best dan boleh membantu meningkatkan tenaga, jom cuba Oligo, dalam masa yang sama,kita boleh support produk lokal sebab Oligo 100% milik Malaysia, dan ia sudah disahkan HALAL oleh JAKIM Malaysia.

Serious sedap Oligo ni tau korang, rasa dia pekat dan sedap. Rayyan memang suka sangat la, ia bukan hanya minuman untuk melegakan tekak dan dahaga tapi Oligo mempunyai khasiat dan manfaatnya. Bahan kandungan pun di buat dari coklat Belgian yang premium bagi memberikan rasa yang lebih sedap dan rasa koko asli. Ianya tak terlalu manis tapi lemak berkrim, lagi syiok bila minum bersama ais 

Oligo Sangat Sesuai untuk Berbuka Puasa dan juga Sahur 

Oligo Kaya dengan Nutrisi dan Mineral 

Tahukah korang antara kebaikan Oligo adalah tinggi dengan nutrisi seperti OligoFruktosa. Ia mempunyai kebaikan kalsium, oligofruktosa, vitamin B6 dan B12 yang bagus untuk tumbesaran anak-anak 

Korang bukan boleh minum macam tu sahaja tapi pelbagai menu yang boleh dibuat menggunakan Oligo, memang anak-anak akan suka dengan resepi ringkas tapi sedap ni.


Antara menu sahur yang anak-anak pasti suka :




Untuk more info :

Website: https://oligo.com.my/
Facebook: https://www.facebook.com/oligomalaysia/
Instagram:  https://www.instagram.com/oligomalaysia/
Tiktok: https://www.tiktok.com/@oligomalaysia



 Utility jumpsuits may have originally been designed out of practicality, but now they're a stylish fashion staple that looks good on every body type. They come in denim, canvas, corduroy, and more. Essentially, any jumpsuit made of a heavy-duty fabric is a utility jumpsuit, and this gives them great structure and a comfortable fit.

 

You can wear utility jumpsuits casually, dressed up, or at work. Here are 7 ways to inspire you to effortlessly rock a utility jumpsuit this summer.

1) 70s Style 

 

 

If you're a hippie at heart, you'll love this flared denim utility jumpsuit. This style elongates the legs and adds flattering curves. The playful sleeveless top makes it ideal for warm weather wear and the cutout neckline adds a touch of flirty fun. This jumpsuit looks fantastic with a pair of strappy sandals and gold hoops. 


2) Canvas Material


 

This jumpsuit is as low-fuss as they come. It has a ruched empire waist and a v-neck collar which is a universally flattering shape. The material is durable and has a comfortably loose fit for a laid-back feel. Pair this with combat boots for a grungy look, or simple sandals for the beach.


3) All-Black Boilersuit


 

 

A boilersuit is a classic version of a utility jumpsuit. It's reminiscent of something a labor worker would have worn decades ago, but transformed with a modern fashionable twist. An all-black version like this one is easy to style with stilettos for a stunning contrast, or sneakers for a street-wear-ready outfit.


4) Layered with a Button Up



 

Maximalists everywhere will appreciate the details of this utility jumpsuit outfit. The wide leg fit and added pockets create drama and the metal ring belt highlights the waist. The most creative element of this outfit is layering a white button-up underneath the denim utility jumpsuit. The overall effect is a fashionista's dream. Don't forget to include a pair of pointy pumps to complete the look.


5) White Denim

 

 


 

If subtlety is more your style, a white denim jumpsuit could be the perfect new item for your closet. This light color has a summery feel and a crisp well-put-together appearance. You could wear this as a brunch outfit or even as a wedding guest outfit. Pair it with neutral accessories for a toned-down look or add a brightly colored accent-colored piece for a statement.


6) Canadian Tuxedo

 



 

The Canadian tuxedo is a famous fashion combo. It pairs a denim button-up with denim jeans, but this utility jumpsuit does it all for you. This attached set has flared bottoms and a button-up vest for an extra fun twist on this trend. Add your favorite wide-brim felt hat for a bohemian look. 


7) Slouchy and Casual

 



 

Last but not least is the most comfortable utility jumpsuit style on this list. It's made of breezy lightweight fabric and has an ultra-casual slouchy fit. Pair it with your favorite pair of white sneakers for a basic outfit combo that always looks good.

 

Utility jumpsuits are truly a trend worth investing in. You can look fashionable, modern, and enjoy being comfortable all day long. 

Sejak Rayyan dah mula bersekolah darjah 1 tahun lepas, ini tahun kedua qaseh beli kelengkapan sekolah di Pusat Pakaian Hari-Hari. So, first of all qaseh nak review pengalaman qaseh beli tahun lepas, so far set uniform dekat Hari-Hari sangatlah okay, Rayyan takde merungut pasal fabrik dia gatal atau panas , sangat berkualiti dan masih lagi okay dan boleh diguna pakai lagi 

Thats why tahun ni, Rayyan dah masuk darjah 2 masih lagi shopping kelengkapan sekolah di Pusat Pakaian Hari-Hari, tahun ni qaseh shopping awal sebab Rayyan berkhatan so kena la setel semua benda sekali, yang bestnya qaseh tak perlu fikir banyak benda sebab semua nya ada di sini, from head to toe !

Sebab Kenapa Korang Perlu Beli Kelengkapan Sekolah di Pusat Pakaian Hari-Hari 

1. One Stop Centre 

Pusat pakaian hari-hari

Macam yang qaseh cakap, semua benda ada di sini. Kelengkapan sekolah apa yang korang cari ? Baju , seluar, stocking, kasut, pakaian dalam, baju pengawas, baju sekolah agama, sampin sekolah, baju pra sekolah, baju sukan, tudung sekolah, beg sekolah, alat tulis, tali pinggang, songkok dan banyak lagi. 

Weh serious lah semua benda ada kat sini, apa lagi yang kalian yang inginkan aaa gitu. Cuma jangan cari lambat sangat takut size habis, Pphh ni memang pusat tumpuan tau, so laku keras, jangan ler nak shopping last minute sangat, mungkin ada size tapi kena tunggu stok baru lah 

2. Staff Sangat Membantu dan Friendly 

Pusat pakaian hari-hari

Macam biasa qaseh suka pergi cawangan Rawang. Yang paling qaseh suka bila masuk Pusat Pakaian Hari-Hari adalah staff di sini sangat lah membantu dan ramah je, dia takdenye nak pandang kita atas bawah atas bawah gitu ha, masuk sebelah kaki je dah di sapa dengan ramahnya, kalau masuk dua belah kaki, zup zap zup zap settle terus korang shopping haha 

Sebab qaseh paling malas nak cari size, risau takut sepahkan pakaian or baju-baju diorang dah susun, so baju-baju dekat display semua lengkap, minta je dekat staff apa yang kita perlukan, mereka sangat membantu, walaupun qaseh tak sure dengan size Rayyan, staff dah berpengalaman tau, sekilas pandang dah tau size Rayyan aaa tolong up komisen diorang please :p


3. Baju dan Seluar Sekolah Yang Berkualiti

Ada 2 brand yang korang boleh pilih di sini, brand Jony Jeny & No Problem, disebabkan Rayyan selesa dengan brand Jony Jeny so qaseh beli brand yang sama. Dari segi fabrik, tak mudah koyak dan berbulu tau, banyak kali basuh pun fabrik tetap okay dan tiada kesan gatal dan cepat kekuningan.

Macam biasa lah bab-bab baju sekolah ni, qaseh selalunya basuh pakai tangan je, walaupun berus kuat-kuat pun takde kesan berbulu . Fabrik bukan jenis yang panas, tak terlalu tebal dan nipis.




4.  Kasut Sekolah Pelbagai Design 

Kalau tahun lepas qaseh tak beli kasut sekolah, so tahun ni qaseh belikan kasut sekolah di Hari-Hari sebab berkenan dengan design dan kualiti kasut di sini, yang qaseh pilih ni sangat lah ringan, foam pun tebal dan Rayyan nampak selesa bila pakai 

Banyak design yang lawa-lawa jugak, ada yang jenis macam design kasut sukan, nampak bergaya dan selesa untuk bersukan juga, fancy design pun ada tau, jenis tali, jenis ‘tepek’ , jenis full fabrik, pvc dan banyak lagi yang korang boleh pilih. Dah pilih kasut, terus beli stoking

Pusat pakaian hari-hari

Pusat pakaian hari-hari

5. Pelbagai Pilihan Untuk Beg Sekolah 

Pusat pakaian hari-hari

Dah beli baju, kasut, mestilah korang cari beg sekolah jugak kan, cantik-cantik beg sekolah kat sini, bukan untuk budak-budak sahaja, untuk sekolah menengah pun ada. Design pulak ada yang cute dan menarik perhatian budak-budak. Biasa lah pantang nampak gambar kartun, terus nak !


Pusat pakaian hari-hari


6. Set Alat Tulis dan Botol Air 


Pusat pakaian hari-hari

Pusat pakaian hari-hari

Last sekali jangan lupa beli alatan sekolah untuk anak-anak, banyak set dan alat tulis yang boleh di beli, ada pencil box yang cukup lengkap dan menarik minat anak-anak. Nah Rayyan nampak pencil box besar punya, terus beli sebab dia suka letak pensil warna dalam pencil boxnya. Berbaloi lah beli yang besar. Tambahan pula banyak botol air yang boleh dipilih untuk bawa ke sekolah 

7. Promosi Kembali ke Sekolah dan Harga Berpatutan ~

Alhamdulillah, walaupun barang-barang di Hari-Hari ni berkualiti tapi harga pun berpatutan jugak, jimat berbelanja di sini tau. Dahla semua kelengkapan ada, harga pun berpatutan so apa lagi yang korang nak ? Haaaa lagi-lagi yang punya anak ramai, lagi lah banyak nak kena berbelanja kan ~ 



Banyak pilihan lain ~



Terlalu banyak pilihan yang ada sampaikan qaseh tak larat dah nak tulis semua, korang pergi je dan shopping okay ! Untuk anak-anak perempuan, jangan risau ada tudung sekolah, anak tudung, pakaian dalam, legging dan semua yang diperlukan memang ada. So selamat berbelanja

Boleh Tukar Saiz di Pusat Pakaian Hari-Hari 

Eh boleh ke tukar saiz ? Mestilah boleh korang tapi dalam masa 7 hari sahaja, jangan lupa simpan resit dan pastikan barang tersebut tidak di pakai lah, tukar sepertimana korang membelinya ~

Shopping di Pusat Pakaian Hari-Hari Cawangan Rawang



Macam biasa qaseh memang suka sangat shopping di cawangan Rawang sebab dah biasa dan staff kat sana memang sangat membantu dan memudahkan urusan pelanggan, so far tak pernah lagi dapat experience yang buruk, semua baik-baik sahaja. Tq so much 

Banyak lagi cawangan Pusat Pakaian Hari-Hari, korang boleh shopping di cawangan terdekat —> http://www.hari.com.my/locator/

Beli Online Barang Pusat Pakaian Hari-Hari 

Kalau korang sibuk atau tak sempat curi masa untuk beli di kedai, korang juga boleh je beli secara online, lagi mudah ! Dah biasa shopping di PPHH lagi senang sebab dah tahu size, haaaa mudah, pantas, dan jimat duit dan masa, so jangan tunggu lama-lama, jom shopping sekarang ! 

Beli online di :

Websites :  https://www.ehari.com.my/

Shopee : Shopee Hari-Hari

Lazada : https://www.lazada.com.my/shop/hari-hari/                    



Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates