• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

Sujud sahwi adalah cara Allah SWT memberi peluang kepada kita untuk memperbetulkan kesilapan kita dalam solat. Betapa sayangnya Allah SWT kepada hamba-hambaNYA. Setiap detik dalam solat adalah detik yang penting kerana itu lah cara kita berkomunikasi dengan Allah tapi sebagai manusia yang tak sempurna kadang-kadang kita melakukan kesilapan dalam solat. 

$ads={1}

Sujud sahwi

$ads={1}

Ramai yang masih belum tahu jika kita terlupa rakaat atau terlupa baca doa qunut, kita masih boleh membetulkan solat. Perkongsian kali ini adalah bagaimana cara sujud sahwi dengan betul,hukum sujud sahwi, bila perlunya kita melakukan sujud sahwi dan semoga perkongsian dapat menambah ilmu sebagai umat islam

Apa itu Sujud Sahwi ?

Sujud sahwi adalah sujud yang dilakukan bila kita terlupa dan meninggalkan sesuatu dengan tidak sengaja. Sujud sahwi adalah bertujuan untuk memperbetulkan kesilapan kita dalam solat yang di lakukan tanpa sengaja. Dua sujud tambahan ini dilakukan di akhir solat selepas tahiyat akhir dan sebelum salam

Dari Abu Sa‘id al-Khudri Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda:

 

إذَا شَكَّ أحَدُكُمْ فِي صَلاَتِهِ فَلْيُلْقِ الشَّكَ وَلْيَبْنِ عَلَى الْيَقِينِ، فَإذَا اسْتَيْقَنَ التَّمَامَ سَجَدَ سَجْدَتَيْنِ، فَإِنْ كَانَتْ صَلاَتُهُ تَامَّةً كَانَتِ الرَّكْعَةُ نَافِلَةً وَالسَّجْدَتَانِ، وَإنْ كَانَتْ نَاقِصَة ًكَانَتِ الرَّكْعَةُ تَمَاماً لِصَلاَتِهِ وَكَانَتِ السَّجْدَتَانِ تَرْغِيمَتَىِ الشَّيْطَانِ.                       

 (رواه أبو داود)

 

Maksudnya: "Jika seseorang daripada kamu ragu-ragu dalam sembahyangnya, maka hendaklah membuang dan meninggalkan keraguan tersebut dan tetapkanlah bilangan raka‘at yang diyakini (yang paling sedikit). Maka apabila dia telah yakin akan kesempurnaan sembahyangnya itu, hendaklah dia melakukan dua kali sujud (sujud sahwi). Jika ternyata  sembahyangnya adalah sempurna (empat raka‘at), maka raka‘at tambahan (yang kelima) dan sujud sahwi tersebut adalah sebagai nafilah (amalan sunat). Dan jika ternyata  sembahyangnya kurang, maka raka‘at keempat itu adalah sebagai pelengkap sembahyangnya, dan dua sujud sahwi pula sebagai pengajaran (tamparan) bagi syaitan".

(Hadits riwayat Imam Abu Daud) 


$ads={2}

Hukum Sujud Sahwi

Banyak pendapat hukum sujud sahwi mengikut mazhab, tapi sebagai pengikut mazhab Shafi’e hukum sujud sahwi adalah sunat muakkad, sunat yang dituntut untuk melakukannya.

Hukum Sujud Sahwi dalam Solat Berjemaah

Jika imam melakukan sujud sahwi maka makmum wajib mengikutinya. Jika makmum tidak buat maka solatnya terbatal. 

Jika makmum mengetahui imam melakukan kesilapan tapi imam tidak melakukan sujud sahwi, makmum tidak boleh melakukan sujud sahwi

Jika makmum melakukan kesilapan, makmum tidak boleh melakukan sujud sahwi kerana mengikut imam adalah wajib

Bagi imam, hukum sujud sahwi adalah sunat ab’ad. Jika imam tidak melalukan sujud sahwi, solat berjemaah itu tetap sah.

Baca juga : Sedekah Subuh {alertInfo}

Cara Sujud Sahwi Dengan Betul dan Lengkap Dalam Jawi dan Rumi

Sujud sahwi dilakukan pada akhir solat, selepas tahiyat akhir sebelum memberi salam. Sujud sahwi perlu dilakukan 2 kali.

“beliau (Nabi) sujud dua kali. Ketika itu beliau bertakbir pada setiap akan sujud dalam posisi duduk.” (HR. Bukhari Muslim)
Sujud sahwi

$ads={1}

1. Niat (sewaktu duduk antara dua sujud). Boleh niat dalam bahasa rumi kerana tiada niat khas untuk sujud sahwi : “Sahaja aku sujud sahwi’’ dan lafazkan di dalam hati.

2. Sujud pertama : Selepas niat terus sujud dan baca bacaan di bawah sebanyak 3 kali :

سُبْحَانَ مَنْ لاَ يَنَامُ وَلاَيَسْهُوْ


Subhana Man Laa Yanaamu Walaa YasHuu


Maksudnya : Maha Suci Engkau Ya Allah, Rabb kami, dengan segala pujian kepada-Mu, ampunilah dosa-dosaku


3. Kembali pada kedudukan duduk antara dua sujud, waktu ni kita boleh diam sekejap atau pun boleh baca bacaan duduk antara dua sujud seperi dalam solat fardhu


4.  Sujud kedua : Kemudian sujud sahwi yang kedua dengan bacaan seperti sujud sahwi pertama tadi.


5. Kembali pada kedudukan duduk antara dua sujud seperti kita melakukan tahiyat akhir dan sudahi dengan salam


Sujud sahwi

$ads={1}

Bila Perlu Melakukan Sujud Sahwi ?

  • Terlupa atau ragu-ragu pada bilangan rakaat
  • Terlupa tahiyat awal
  • Terlupa membaca qunut
  • Melakukan perbuatan yang dilarang dalam solat
  • Melakukan rukun bukan pada tempatnya
  • Tertinggal rukun solat kecuali niat dan takbiratulihram
  • Meninggalkan sunat Ab’adh

Contoh :

  1. Kita tidak ingat rakaat berapa kita sedang solat, contohnya rakaat kedua atau ketiga. Maka tetapkan ia sebagai rakaat kedua dan teruskan solat sehingga selesai dan tutup solat tersebut dengan sujud sahwi. (Jika terlupa rakaat lebih selamat untuk memilih rakaat yang terdahulu atau yang sedikit)
  2. Jika ketika sujud, ada rasa was-was dan tidak ingat sudah melakukan rukuk atau tidak, wajib ulangi semula rakaat tersebut dan teruskan solat hingga selesai dan tutup ia dengan sujud sahwi
  3. Membaca Al-Fatihah bukan pada tempatnya kerana tidak khusyuk atau berkhayal , jika masih dalam keadaan berdiri, ulanglah bacaan Al-Fatihah itu dan teruslah solat seperti biasa dan tutup ia dengan sujud sahwi
  4. Jika bergerak lebih dari 3 kali atau melafazakan sesuatu yang bukan bacaan solat juga boleh tutup solat dengan sujud sahwi

$ads={2}

Ada 3 Jenis Sujud 

  • Sujud sahwi
  • Sujud tilawah
  • Sujud syukur

Perbezaan antara Sujud Sahwi, Sujud Tilawah dan Sujud Syukur 

Sujud sahwi jika berlaku kesilapan dalam solat 

Sujud tilawah berlaku ketika kita membaca ayat-ayat tertentu dalam Al-Quran, tanda penghormatan terhadap kandungan suci Al-Quran. Ada beberapa ayat yang bila kita membacanya kita perlu membuat sujud tilawah setelah bacaan ayat itu selesai

Sujud syukur dilakukan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah atas nikmat atau hal-hal yang baik dalam hidup kita. Boleh dilakukan di dalam dan luar solat

Hikmah dan Kelebihan Sujud Sahwi 

Setiap amalan atau perkara yang Allah berikan pasti ada hikmah yang besar buat kita. Sujud sahwi adalah sujud tambahan yang diberikan sebagai peluang untuk kita perbaiki diri yang selalu leka 

Sesungguhnya Allah itu sangat penyayang, walaupun hamba-hambaNya masih leka dalam solat DIA tetap memberi peluang untuk memperbaiki ibadahNya 

Kita sebagai hambaNYA selalu lah memohon kemaafan kerana hanya Allah tempat kita bersujud dan memohon taubat. 
Dalam dunia yang semakin moden, terdapat satu kaedah perubatan yang masih di amalkan dan masih lagi bertahan sehingga sekarang iaitu bekam. Bekam juga dikenali sebagai ‘hijamah’ atau ‘ventosa’. Pernah tak korang atau ahli keluarga korang membuat rawatan bekam ? Bekam adalah kaedah perubatan tradisional atau alternatif melibatkan penggunaan cawan untuk membuang darah kotor dari badan.

Bekam

$ads={1}

Apa Itu Bekam ?

Bekam ialah satu rawatan dalam bentuk perubatan alternatif di mana ia melibatkan cawan atau cup pada kulit untuk membuat sedutan. Ia merupakah satu kaedah membuang toksin dengan mengeluarkan darah kotor dari permukaan kulit. Bekam sudah lama wujud berabad-abad tahun dulu sepertimana yang diamalkan oleh Rasullullah SAW dan para sahabat dan ia diperkuatkan lagi dengan beberapa hadis sah : 

Rasulullah S.A.W bersabda:
عليكم بالحجامه في جوزة القمحدوة فإنه دواء من اثنتين و سبعين داء
“hendaklah kalian semua melakukan perubatan dengan bekam di tengah tengkuk, kerana sesungguhnya hal itu, merupakan ubat tujuh puluh dua penyakit” (Hadis riwayat At Thabrani)
$ads={1}

Hukum Berbekam Dalam Islam 

Terdapat sebahagian para ulama’ mengatakan bahawa ia adalah sunnah secaea mutlak. Iaitu sesiapa sahaja yang melakukan akan mendapat ganjaran samada ia berhajat padanya ataupun tidak. Namun begitu, Dr. ijaj al-Khatib berpendapat bahawa berbekam adalah satu tuntutan terhadap sesiapa yang memerlukannya dan Nabi SAW juga telah mengatakan sedemikian


Jenis-Jenis Bekam dan Cara Rawatan Bekam 

Ada beberapa jenis dan rawatan yang selalu di amalkan oleh mereka-mereka yang ingin merawat permasalahan yang mereka hadapi 

Bekam Angin atau Bekam Kering

Bekam angin atau bekam kering ini sesuai bagi mereka yang takut pada suntikan jarum atau mereka yang tidak boleh melihat darah. 

Cara rawatan bekam kering  adalah hanya dengan menekap cawan atau cup pada kulit tanpa mengeluarkan darah toksik. Kesannya kulit meninggalkan kesan merah kehitaman dan akan hilang dalam masa 3 hari.
Bekam

$ads={1}

Bekam Basah atau Bekam Darah

Bekam basah melibatkan rawatan mengeluarkan darah toksik dari badan. Masa yang diambil untuk rawatan bekam darah ini dalam 3-5 minit dan tidak melebihi 9 minit. Penyedutan darah boleh dilakukan maksimum sebanyak 7 kali sahaja dan tidak boleh selalu dilakukan. Jarak waktu yang dianjurkan adalah selama 3 minggu sekali sahaja. 

Cara rawatan bekam basah dengan melalui bekam kering dahulu kemudian permukaan kulit yang dibekam dilukai dengan jarum yang disterilkan kemudian disedut menggunakan set bekam tangan dan pam tangan untuk mengeluarkan darah. Darah toksik yang dikeluarkan akan kelihatan merah kehitaman dan berbuih.

Pantang larang : Selepas berbekam tidak boleh terkena air dalam masa 1 jam selepas berbekam.

Bekam

$ads={2}

Bekam Api 

Bekam sebegini menggunakan api yang sederhana sebagai bahan untuk membuat hampa pada alat penyedut. 

Cara rawatan bekam api dilakukan dengan menggunakan gelas khusus untuk membuat hampagas pada kawasan bekam. Udara dalam gelas akan dibakar dengan menggunakan kertas atau kapas, kemudian gelas tersebut di letakkan ke permukaan kulit.

Pantang Larang Sebelum dan Selepas Berbekam 

Sebelum berbekam

  • Niat berbekam dengan niat yang baik-baik, mengikut sunnah Nabi
  • Seeloknya kosongkan perut 2 3 jam sebelum berbekam, lagi bagus jika berpuasa, berbekam tidak membatalkan puasa 
  • Pastikan diri tiada penyakit yang kritikal

Selepas Berbekam

  • Tidak boleh melakukan kerja-kerja berat 6 jam selepas berbekam
  • Jangan mandi terus selepas berbekam, sebaiknya mandi selepas 1-2 jam dengan air suam 
  • Jangan makan makanan berat dan seafood selepas berbekam bagi mengelakkan alahan gatal-gatal dan sewaktu dengannya 
  • Jangan minum air sejuk dan berais 
  • Ikuti arahan pakar bekam

$ads={2}

Waktu Yang Bagus Untuk Berbekam

Mengikut kajian para ulama seperti Ibnu Sina, berbekam paling baik di lakukan ketikan pertengahan bulan Hijiriah kerana waktu ini darah toksik berhimpun di dalam badan. Bagaimana pun ia juga sesuai di lakukan pada bila-bila masa 

Dari Abu Hurairah radhiallaahu ‘anhu, Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijriyah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit.”
(Shahih Sunan Abu Dawud - II/732, karya Imam al-Albani)

$ads={1}

$ads={2} 

Kelebihan dan Manfaat Berbekam pada Kesihatan Badan dan Mental 

Sebenarnya banyak kelebihan rawatan berbekam ni, bagi yang sudah perngelaman dan pernah membuat rawatan berbekam pasti dapat merasai perbezaan sebelum dan selepas berbekam tapi ini hanyalah satu rawatan alternatif dan bergantung pada individu. Ianya salah satu usaha dan selebihnya Allah jua yang menyembuhkan

Kelebihan berbekam pada kesihatan fizikal :

  1. Meningkatkan peredaran darah : meransang peredarah darah di bawah kulit, membantu membekalkan oksigen dan nutrien ke sel-sel tubuh dengan lebih baik
  2. Melegakan kesan keradangan : ia boleh melegakan ketegangan otot dan kekejangan, ia juga membantu meregangkan tisu ikat yang terjejas dan rasa sakit 
  3. Mengurangkan rasa sakit : boleh membantu merangsang pengeluaran endorphin, yang merupakan hormon alami yang membantu mengurangkan rasa sakit dan memberikan perasaan kesejahteraan.
  4. Mempercepatkan Pemulihan Cedera: rawatan berbekam dalam proses pemulihan kerana  cedera sukan atau kecederaan lain boleh membantu mempercepatkan proses penyembuhan dengan menggalakkan aliran darah ke kawasan yang cedera.
  5. Melegakan Masalah Pernafasan: berbekam di kawasan punggung boleh membantu mengurangkan kesesakan di paru-paru dan menggalakkan peredaran udara yang lebih baik.

Kelebihan berbekam pada kesihatan mental :

  1. Relaks dan Mengurangkan Stres: Proses berbekam boleh memberikan rasa relaks dan kesejahteraan secara keseluruhan. Sentuhan lembut dan suhu bekas yang digunakan dapat membantu mengurangkan tekanan dan stres.
  2. Meningkatkan Kualiti Tidur: dapat membantu melancarkan aliran darah danmemberikan rasa kesejahteraan, yang pada gilirannya boleh membantu meningkatkan kualiti tidur.
  3. Merangsang Tenaga Positif: Pengalaman berbekam boleh membantu merangsang tenaga positif dan membantu menghilangkan tenaga negatif dalam tubuh. Ini boleh memberikan kesan psikologikal yang positif.
  4. Kesedaran Diri: Melalui proses berbekam, seseorang dapat mengamalkan kesedaran diri dan menghubungi tubuh mereka. Ini boleh membantu meningkatkan kesedaran terhadap kesihatan diri dan menggalakkan perasaan perhatian diri.
  5. Merangsang Pemulihan Mental: Pengalaman berbekam dapat membantu individu merasa dijaga dan diuruskan, yang boleh memberikan sokongan emosi dan membantu dalam pemulihan mental.

Berbekam Membantu Merawat Masalah

  • Masalah migrain
  • Masalah susah tidur
  • Masalah sakit belakang / pinggan
  • Masalah gout
  • Masalah asma
  • Masalah depresi
  • Masalah rabun 
  • Masalah kesuburan
  • Masalah kekejangan 

Siapa Yang Tidak Boleh Membuat Rawatan Bekam

  1. Ada masalah pendarahan dan gangguan pembekuan darah
  2. Orang yang sedang hamil
  3. Orang yang mempunyai masalah kulit kulit serius atau luka yang terbuka di kawasan bekam
  4. Orang yang mempunyai masalah sakit jantung, tekanan darah tinggi atau masalah kesihatan yang kronik
Bekam

$ads={1}

Bolehkah Wanita Berbekam ?

Jawapannya boleh. Bekam boleh dilakukan kepada dua-dua jantina, baik lelaki mahupun wanita. Mengikut islam, sebaiknya juru bekam untuk wanita juga adalah wanita. Selalunya wanita berkait rapat dengan masalah kesuburan, masalah kulit dan juga masalah dalaman. Kebiasaanya bekam muka sangat popular dalam kalangan wanita untuk menaikkan seri wajah.

Baca juga : Laser Jeragat {alertSuccess}

 

Bekam Muka Untuk Wanita

Pernah tak korang melihat wanita ada kesan bekam di muka, haaa qaseh pernah nampak. Katanya untuk merawat masalah jerawat yang teruk. Tahukah korang, bekam juga boleh di lakukan di muka untuk orang yang ada masalah kulit, jerawat, kusam dan ada manfaatnya bila bekam di muka 

Sedutan bekam menarik darah ke bawah cawan. Darah segar menepuk tisu di sekeliling, merangsang pembentukan saluran darah baru. Proses ini memisahkan lapisan tisu, mencipta trauma mikro dan koyakan kecil. Ini memicu tindak balas keradangan, mengundang sel darah putih, platelet, dan faktor penyembuhan ke kawasan tersebut.


Kelebihan Bekam Muka

  • Mengurangkan cela dan parut jerawat
  • Melicinkan kulit wajah
  • Mengurangkan masalah kulit berminyak
  • Menghilangkan jerawat
  • Menambah seri awet muda
  • Membaiki penampilan kulit
  • Meransang pemulihan kulit
Diingatkan ini hanyalah rawatan alternatif, sila rujuk doktor atau dapatkan nasihat terlebih dahulu dari pakar kesihatan, rawatan alternatif kadang bergantung dan menerima kesan yang berbeza pada setiap individu {alertInfo}

Kesan Sampingan Bekam

Setiap perubatan alternatif ada kesan sampingan tapi bergantung juga kepada individu, ini antara kesan sampingan berbekam :
  • Pening kerana kehilangan darah biasanya terjadi pada orang yang darah rendah
  • Mengantuk akibat kehilangan darah
  • Gatal-gatal 
  • Blister atau bengkak air kecil, terjadi bila kulit sensitif 
  • Demam
Bekam

Perbezaan antara Bekam dan Derma Darah 

Bekam adalah rawatan membuang darah kotor ataupun toksin yang berada di bawah permukaan kulit dan ia tidak diperlukan oleh badan kerana darah tersebut tidak mengandungi oksigen, zat dan nutrien 

Derma darah pula proses mengeluarkan darah dari pembuluh darah termasuk darah yang diperlukan oleh tubuh badan. Sewaktu menderma, darah yang dikeluarkan mengandungi zat, nutrien, LDL yang diperlukan oleh badan.

Alat Yang digunakan Dalam Rawatan Berbekam

  • Bekas bekam atau cupping cup
  • Alah penyedut (suction device)
  • Pam Bekam
  • Alkohol atau api untuk bekam api
  • Minyak
  • Jarum
  • Peralatan kebersihan
Bekam

Kesimpulan

Kesimpulannya tiada masalah kita mencuba rawatan-rawatan alternatif seperti bekam, ia juga satu usaha untuk kesihatan yang dah lama di amalkan bukan hanya di Malaysia tapi juga negara barat.Amalan bekam dah lama berakar dalam perubatan islam. Namun, sebelum menjalani rawatan bekam, penting untuk kita dapatkan nasihat dari pakar bertauliah dan hati-hati dalam memilih pusat rawatan bekam

Pastikan pengamal perubatan alternatif bekam ini memang bertauliah dan betul-betul menjaga kebersihan supaya kita tidak dapat masalah penyakit lain. Jangan lupa juga untuk memahami warisan perubatan dan memberi peluang kepada rawatan tradisional seperti bekam untuk terus berkembang dalam perubatan moden.  





















Jika anda pencinta makanan Jepun atau ingin mencuba sesuatu yang baru, korang wajib cuba makan di Suki-ya Eat All You Can Sukiyaki and Shabu-Shabu. Qaseh memang pencinta steambot, so makanan macam ni memang pilihan qaseh, dia ala-ala steamboat juga tapi versi Jepun dari segi sup, rasa, sos dan bahan yang berbeza

Su-kiya

$ads={1}

Hari ni qaseh nak kongsi tips atau cara makan di Suki-ya, sup apa yang korang perlu pilih dan cara buat sos yang sedap di Su-kiya

Apa itu Suki-ya Eat All You Can Sukiyaki & Shabu-Shabu

Su-kiya Shabu-Shabu adalah makanan gaya Jepun di mana kita boleh menyediakan hidangan sendiri dengan memasak sendiri daging dan bahan-bahan lain yang ada di Suki-ya dalam periuk air yang bersuhu tinggi. Shabu-shabu berasal daripada bunyi yang dihasilkan sewaktu daging dan sayur-sayuran di masak 

Su-kiya

$ads={1}

Apa Yang Korang perlu Tahu Bila Makan di Suki-ya 

  • Sekali bayar sahaja dan boleh makan sepuas hati tapi jangan membazir
  • Unlimited tapi untuk 2 jam sahaja
  • Semua daging lembu, kambing, ayam dan bahan-bahan yang ada adalah FREE FLOW so boleh tambah sesuka hati, memang unlimited hingga 2 jam (jangan risau korang akan kenyang sebelum 2 jam :p)
  • Air yang free flow hanyalah air green tea, air lain korang perlu bayar asing lah
  • Ada 4 jenis sup yang korang boleh pilih 
  • Masak sendiri nohhhh 
  • Jangan lupa cuba ice cream
  • Jangan lupa makan cheese tofu ! Yihh sedapppp
$ads={1}

$ads={1}

Baca juga : Resepi Sup Tulang {alertInfo}

Jenis Sup Yang Sedap di Suki-ya - 4 jenis sup 

1.Shabu-Shabu - low calories and light palate

2.Sukiyaki - ada rasa manis-manis kicap, memang kegemaran ramai

3.Miso Soup - diperbuat dari kacang soya yang difermentasi

4. Kimuchi - sup sedikit pedas dengan bahan kimchi, spicy miso dan pelbagai rasa sayuran

Yang ada rasa pedas sikit adalah sup Kimuchi tapi tak pedas sangat pun. Budak pun boleh makan. 2 sup sahaja yang korang boleh pilih. 

Recommended sup yang korang patut cuba : Sukiyaki dan Kimuchi {alertInfo}

Sup su-kiya

$ads={1}
$ads={1}

Menu Su-Kiya

Menu utama kat sini daging, dan bahan-bahan untuk steambot - ada cheese tofu, aneka sayuran, cendawan, bebola, aneka mee, free flow sushi, ada juga nasi dan lain-lain 

Menu di su-kiya

$ads={1}

Cara Makan di Suki-ya All You Can Eat 

Maaf cakap Suki-ya memang tengah viral so faham-faham lah bab beratur panjang ye. Hari tu qaseh pergi pun beratur tapi nasib baik pergi awal jadi takde lah terlalu lama menunggu.  Tengah beratur pun staff bagi menu untuk pilih siap - siap, entah siapa yang salah ~ korang lah suka menviralkan tempat-tempat best ni 

Nak makan kat sini mudah je, disebabkan pertama kali nak cuba jadi macam rusa masuk kampung sekejap, haha so nah cara nak makan di Suki-ya.

Su-kiya all you can eat sukiyaki & shabu-shabu

$ads={1}

1. Pilih Sup - Kemudian staff akan bagi meja untuk korang, pertama sekali korang perlu pilih sup. 2 sup sahaja. 

2. Pilih Daging -Staff akan tanya nak daging apa, ada lembu, kambing dan ayam. Qaseh pilih je semua sebab kita bayar kan mestilah nak semua haha takdelah qaseh tak pilih ayam, pilih beef dan lamb je lagi berbaloi. Untuk daging memang kena minta dengan staff je sebab takde di ruangan terbuka, jika nak tambah minta je lagi dengan staff ye. Jangan nak malu-malu pulak.

3. Pilih Bahan di Healthy Bar - Boleh pergi di bahagian steamboat dan pilihlah bahan-bahan yang korang nak letak, better jangan ambil banyak sangat takut cepat kenyang, lebih baik ambil daging je banyak haha paling bijak sebab daging paling mahal.

Bila dah dapat sup, korang boleh lah letak sayur-sayur, bila bergabung dengan sup tu akan ada perisa yang lagi sedap.  

4. Masak Daging - Cara nak masak daging pula- ada yang suka celup satu-satu siap buat pusing-pusing lagi. Pun boleh ! Nak cepat masukkan je semua tapi bila dah bertukar warna dan masak, boleh angkat terus, kalau lama-lama dalam sup nanti terlebih masak pula. 

5. Buat Dipping Sos -  Cicah sos ! Boleh tengok resepi sos yang sedap kat bawah ni. Nak tambah kesedapan makan di Su-kiya ni bergantung juga pada sos yang kita buat 

Korang boleh letak mee udon dan aneka mee yang ada, sayur-sayuran so bila sup bergabung dengan bahan-bahan lain lagi memberi rasa pada sup tu, perghhh tetiba lapar balik, bila dah cuba sekali tentu nak lagi 

Viral style : Celup daging dengan chopstick sekejap, dip / rendam dalam telur mentah dan cicah sos, aaaaa makan ! Jangan risau telur di Su-kiya di pasteur kan, so ianya selamat. Kalau tak suka makan macam tu, tak payah dip dalam telur tu pun sedap ! {alertInfo}

Su-kiya

$ads={1}

Resepi Dipping Sos Su-Kiya Viral dan Sedap

  • 1ts cili padi 
  • 1ts garlic
  • 1ts onion
  • 1ts daun ketumbar
  • 1ts goma dressing
  • 1ts ponzu
  • 1ts sichuan sos
  • 1tbs misotare 
  • 2bs gomatare 
Tips : guna mangkuk ais krim untuk letak sos, mangkuk sos terlalu kecil untuk saya yang kuat mencicah{alertInfo}

Harga Su-kiya All You Can Eat Sukiyaki and Shabu-Shabu 

Lunch Hour Weekday & Weekend

Weekday 

Adult : Rm39.80 ++ (Rm46.15 nett)

Child : 50% Off Buffet Price

Weekend

Adult : Rm43.80 ++ (Rm50.80 nett)

Child : 50% Off Buffet Price {codeBox}

Dinner Hour Weekday & Weekend

Weekday 

Adult : Rm48.80 ++ (Rm56.60 nett)

Child : 50% Off Buffet Price

Weekend

Adult : Rm52.80 ++ (Rm61.25 nett)

Child : 50% Off Buffet Price

Harga bertambah kerana service charge {codeBox}

Cawangan Su-kiya All You Can Eat Sukiyaki & Shabu-Shabu

  • Suki-ya @ My Town
  • Suki-ya @ Pavilion KL
  • Suki-ya @ Paradigm Mall
  • Suki-ya @ IPC Damansara 
  • Suki-ya @ Damen
  • Suki-ya @ 1 Mont Kiara
  • Suki-ya @ Setapak Central
  • Suki-Ya @ KL East Mall
  • Sukiya-ya @ IOI City Mall

Honest Review  Makan di Suki-ya Eat All You Can Sukiyaki & Shabu-Shabu

Harga su-kiya

$ads={1}

Bagi qaseh seriously qaseh akan repeat lagi, ni pun tengah craving nak makan Suki-ya lagi, sedap dan harga dia berbaloi dengan apa yang kita makan. Sup Sukiyaki yang rasa dia macam manis masin kicap tu memang ngam dengan tekak, nak pedas memang sup Kimuchi jadi pilihan. Maybe next time qaseh nak cuba sup miso pula. 

Oh ya, jika korang suka makan steambot atau hot pot yang ada grill, korang boleh cuba BBQ TOWN. Ia sebenarnya sama company dengan Suki-ya ni, qaseh dah pergi juga, nanti qaseh review dalam blog. Ia lebih kurang sama tapi ada port untuk grill-grill, dan ada cerombong untuk sedut asap macam dalam k-drama tu haaa. Boleh lah feeling-feeling makan di Korea ! 

Su-kiya review

$ads={1}

More Info : https://www.suki-ya.com/


Amalan minum satu sudu minyak zaitun setiap pagi di waktu perut kosong memberi manfaat yang ramai orang tidak mengetahuinya. Qaseh faham ramai yang tidak suka mengamalkannya kerana rasa dan tekstur minyak tapi sangat rugi jika tidak mengamalkannya, Disebabkan itu kita perlu memilih minyak zaitun yang berkualiti tinggi seperti minyak zaitun Al’Ard Premium Organic First Harvest.


$ads={1}

Kenapa kita perlu memilih minyak zaitun yang berkualiti dan kenapa minyak zaitun Al’Ard ni sangat bagus ? Haaa kalau korang tengah mencari minyak zaitun yang bagus, memang entry ni khas untuk korang. Qaseh nak kongsikan kelebihan, cara menggunakan minyak zaitun dengan betul, pengalaman sendiri dan kenapa korang kena amalkan minyak zaitun Al’ard ni

Diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a, Rasulullah SAW pernah bersabda : ‘Minumlah minyak zaitun dan berminyak dengannya kerana sesungguhnya ia adalah dari pohon yang diberkahi’ (HR Al-Baihaqi & Ibnu Majah)

 

Sebenarnya qaseh pernah menggunakan olive oil atau minyak zaitun ni dahulu tapi mungkin qaseh salah pilih minyak dan mungkin ianya tidak berkualiti kerana banyak produk minyak zaitun di pasaran yang tidak berkualiti malah ada yang tidak asli. Pengalaman qaseh bau dan rasa dia agak ‘tengik’. Itulah kan main beli ajerrrr tanpa memastikan ianya adalah original. 

Apa itu minyak zaitun

Minyak zaitun atau olive oil adalah lemak yang diperoleh hasil dari perahan buah zaitun yang banyak terdapat di rantau Mediterranean seperti di Turki, Sepanyol, Itali, Tunisia dan Morocco. Banyak kelebihannya jadi ia digunakan secara meluas untuk kesihatan, kecantikan dan masakan.

Minyak zaitun

Untungnya berada dalam kalangan orang yang suka kongsi ilmu dalam bab kesihatan, dari situ qaseh tahu tentang minyak zaitun Al’Ard ni, tengok botol pun dah tahu ianya premium dan berkualiti tinggi. Pastikan untuk memilih minyak zaitun, ianya dalam botol kaca yang gelap

Minyak Zaitun Al’Ard Premium Organic Extra Virgin Limited Edition (First Harvest)

Minyak zaitun Al’Ard Premium Organic Extra Virgin (first harvest) adalah minyak zaitun premium organic yang terbaik yang pernah dihasilkan. Ia juga adalah minyak zaitun First Harvest dari Palestine yang pertama di dunia. 

Ia dihasilkan daripada buah zaitun tuaian hari pertama. Buah zaitun pula adalah dari ladang-ladang terbaik di Palestine di proses pada hari yang sama bagi menghasilkan minyak zaitun yang berkualiti tinggi 

Minyak zaitun al ard

$ads={1}

Kalau korang nak cuba yang limited edition ni kena cepat sebab untuk first harvest ni, jumlah yang dihasilkan adalah bergantung pada jumlah buah yang dituai pada hari pertama musim tuaian 2022/2023, so hasilnya sebanyak 9999 botol sahaja. 

Minyak zaitun al ard

By the way, kalau kita tengok di pasaran memang banyak jenis kan, ada yang untuk goreng, untuk minum, untuk rambut dan macam-macam lagi, tapi minyak zaitun Al’Ard ni korang boleh guna untuk semua  dan sebenarnya minyak zaitun tidak sesuai untuk ‘deep fry’ lagi-lagi jika masak melebihi suhu 190ºC ia akan mengurangkan khasiat minyak zaitun, so nak guna better bawah dari 190ºC okay !

Kelebihan Minyak Zaitun Al’Ard Premium Organic Extra Virgin (First Harvest)

  • Mengandungi 25 jenis khasiat Polyphenols, Antioksidan, Vitamin dan Mineral yang jauh lebih tinggi kerana di pengaruhi oleh pelbagai faktor :
  • Hasil dari pokok zaitun asli di Palestine jenis Nabali, Roomi dan Suori
  • Hasil dari ladang-ladang di kawasan tanah tinggi sekitar Nablus, tebing barat Palestine yang dimiliki oleh 2000 keluarga Palestine
  • Hasil perahan pertama yang menggunakan mesin berteknologi tinggi
  • Hasil dari buah zaitun hijau yang terbaik yang dipetik setiap biji dengan tangan (kajian dari pakar, buah zaitun yang dipetik dengan tangan akan mengekalkan kandungan khasiat 100% kerana ia tidak akan rosak dan teroksida)
  • Buah dari pokok zaitun yang tua yang melebihi 500 tahun di Palestine ini mengandungi pelbagai khasiat akntioksidan, vitamin & mineral yang jauh lebih tinggi dari pokok zaitun muda di ladang zaitun negara lain


Pengalaman Menggunakan Minyak Zaitun Al’Ard Premium Extra Virgin 

Qaseh dah seminggu amalkan minyak zaitun Al’ard ni korang, nak kata perubahan besar tu mungkin secara dalaman tak nampak tapi ramai cakap bila kita amalkan minyak zaitun ni bagus untuk kolestrol jahat.

Minyak zaitun al ard

$ads={1}

Bab rasa, ia rasa macam ada pedas-pedas sikit (btw bukan pedas tapi tajam-tajam sikit dekat lidah) tapi okay je, maybela bagi korang yang tak biasa haa mula-mula agak susah nak telan sebab ianya minyak kan tapi boleh cuba sikit-sikit nanti korang dah biasa so okay je dan tak rasa pahit. Bau dia memang bau asli minyak zaitun

For now qaseh amalkan dengan masukkan 2 sudu minyak zaitun dalam segala jenis masakan, haaa letak je macam tu, kalau korang baru nak mulakan makanan sihat, wajib lah ada minyak zaitun ni dalam carta pemakanan korang

Boleh juga masak resepi sedap Rendang Hitam 

Minyak zaitun

Paling best bila kulit rasa lebih lembut bila sapu di tempat kulit kering, tak perlu dah nak guna losyen, sapu je minyak zaitun asli ni, kulit korang akan lebih lembut. Qaseh guna juga untuk rambut anak-anak. Rambut diorang nipis so inshaAllah cuba untuk bagi rambut lebih sihat dan wangi, so memang pelbagai guna 

Khasiat Minyak Zaitun Al’Ard Pada Kesihatan

  • Melindungi organ jantung
  • Mengatasi penyakit Alzheimer dan Diabetes
  • Mencegah strok
  • Menurunkan berat badan
  • Memiliki kadar anti radang yang tinggi
  • Mencegah keradangan pankreas
  • Mengurangi risiko depresi
  • Bersifat antibakteria
  • Tinggi antioksidan
  • Mencegah penyakit radang usu besar

Berdasarkan perpekstif islam, minyak zaitun memang banyak di sebut dalam Al-Quran bersama buah yang lain, ia memang terbukti memiliki khasiat yang hebat untuk kesihatan 

Kenapa perlu pilih Minyak Zaitun Al’Ard 

Khasiat minyak zaitun

$ads={1}

  • Syarikat pengeluar Al’ard Palestinian Agri Products di Nablus, Tebing Barat Palestine memiliki ISO-22000, FAIRTRADE & HALAL Palestine
  • Produk ini telah melalui pelbagai ujian di makmal milik Kementerian Pertanian Palestine serta mempunyai 3 sijil CoA, Certificate of Analysis dari Kementerian Pertanian Palestine, Independent Laboratory dan IOC Certified Laboratory serta sijil CoO, Certificate of Origin dari Palestine Ministry of National Economy
  • Mematuhi syarat standard dan piaiwaian badan-badan kerajaan di Palestine dan badan antarabangsa dunia seperti International Olive Council
  • Minyak zaitun first harvest Premiun Organic Extra Virgin mengandungi kandungan Acidity Oleic Asid yang rendah, kurang dari <0.5%
  • Setiap botol minyak zaitun Al’ard melalui proses pembotolan secara nitrogen injection
  • Minyak zaitun First Harvest Premium Organic Extra Virgin didatangkan dalam edisi dan kuantiti yang terhada (LIMITED EDITION) hanya ada 9999 produk sahaja. 
  • Minyak zaitun Al’Ard First Harvest adalah dari buah zaitun yang dituai pada hari pertama musim tuaian buah zaitun. (2022/2023).

Cara Penggunaan Minyak Zaitun Al’Ard Yang Betul

Minyak zaitun
Ni qaseh cuba minyak zaitun Al’ard bersama cuka kurma, aaa shedaapppp buat cicah roti

  1. Minum satu sudu makan setiap hari sebelum sarapan pagi dan satu sudu makan sebelum tidur malam ketika perut kosong. Elakkan minum air selama 3 minit selepas minum minyak zaitun
  2. Minyak zaitun juga boleh dimakan atau dicicah dengan roti, ianya boleh dicampur dengan zaatar, cuka kurma atau cuka anggur untuk penambah rasa
  3. Campurkan 2 sudu besar minyak zaitun ke dalam semua jenis masakan panas dan sejuk seperti kari, sup, masak lemak, masak kicap, sayur, pelbagai sambal, makanan berkuah dan juga nasi goreng, sayur campur stir fry, mee, meehoon, telur, ikan, ayam dan banyak lagi
  4. Sapukan pada kulit untuk hilangkan kesan parut dan kekeringan kulit, masalah ekzema, radang kulit, masalah sendi dan lutut serta melebat dan menghitamkan rambut
  5. Minyak zaitun yang telah dibuka boleh digunakan sehingga 90 hari.

Cara Memilih Minyak Zaitun Yang Baik

Cara pilih minyak zaitun

$ads={1}
  • Pilih minyak zaitun dalam botol kaca yang gelap
  • Pastikan Acidity Oleic Acid yang rendah, kurang dari 0.8%
  • Pastikan ada tarikh pengeluaran dan expired, seeloknya tak lebih 2 tahun 
  • Botol yang mempunyai proses nitrogen injection 

Minyak zaitun juga terkenal dalam membuat dressing salad, kalau kena dengan resepi memang sedap tau korang ! Meh qaseh kongsikan resepi salad yang sedap dan gunakan minyak zaitun sebagai dressing, kalau amalkan salah sihat ni memang boleh turunkan berat badan dengan cepat.

Resepi : Minyak Zaitun Sebagai Dressing Salad 

Chicken Nugget Garden Salad


Salad olive oil

Bahan-bahan :
•Butterhead, green leaf salad
•Tomato cherry
•2 biji telur
•Chicken nuggets

Salad dressing :
•Kewpie Roasted Sesame salad dressing
•Minyak zaitun Al’ard
•Mayonese

Cara-cara :
Rabuskan telur dalam periuk, setelah sejuk belah 4. Letakkan nugget ayam yang digoreng bersama salad dan tuangkan salad dressing. Siap ! 

Produk-produk lain keluaran Al’Ard

Minyak zaitun al ard

Selain dari minyak zaitun limited edition ni, banyak lagi minyak zaitun dan produk-produk lain yang korang boleh cuba seperti :

  • Palestinian Organic Extra Virgin Olive Oil (POEVOO)
  • Palestinian Virgin Blackseed Oil (Minyak Habattusauda Palestin)
  • Sabun Minyak Zaitun 100%
  • Premium Palestinian Za’atar Blend 

dan banyak lagi, korang boleh tengok di websited www.alard.my

Mana Nak Dapatkan Minyak Zaitun Al’Ard 

Minyak zaitun al ard

Korang boleh dapatkan produk-produk Al’ard dengan membuat pembelian secara terus di 

Website Al’ard 

www.alardproducts.my
www.alard.my {alertSuccess}



Setiap yang hidup pasti akan mati cuma kita tidak tahu bila masa itu tiba, saat ajal tiba kita akan dimandikan, dikafankan dan disolatkan. Solat jenazah adalah sangat penting dalam agama islam. Ajarlah anak-anak kita dari awal kerana itu lah penghormatan terakhir bila kita sudah tiada kelak

Firman Allah SWT :

Maksudnya: Dan bagi setiap umat (manusia) mempunyai ajal. Apabila sampai ajal maut seseorang maka manusia tidak berupaya menunda mahupun mempercepatkan, walau sesaat pun. – Surah al A’raf 7: 34

Maksud Solat Jenazah

Solat jenazah bermaksud solat yang dilakukan oleh orang yang masih hidup kepada orang yang dah mati. Ia memiliki makna yang mendalam bagi umat Muslim, ibadah ini merupakan bentuk doa terakhir bagi orang yang telah meninggal. Sebagai orang islam, kita kena mengucapkan syukur dan atas kurnia kehidupan dan meminta keampunan untuk orang yang telah meninggal dunia

Hukum Solat Jenazah

Mengikut mazhab Imam As Shafie, hukum solat jenazah adalah wajib (fardu kifayah.) Maksudnya jika ada beberapa orang yang telah memenuhi kewajiban solat jenazah maka kewajiban tersebut telah dipenuhi bagi umat islam disekitarnya.

Solat jenazah masih sah jika hanya seorang yang melakukan tapi lebih afdhal jika dilakukan secara berjemaah. 

$ads={1}

7 Rukun Solat Jenazah Untuk Lelaki


1.Niat Untuk Jenazah Lelaki 

أُصَلِّي عَلَى هَذَا اْلمَيِّتِ أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى

Usolli ‘ala hazihil maiyiti arba’a takbiratin fardho kifayati lillahi taala

“Aku bersolat ke atas jenazah lelaki ini empat takbir sebagai kerana Allah Taala.”

2.Berdiri dengan betul
3.Melakukan 4 kali takbir 
4.Membaca surah Al-Fatihah selepas takbir pertama 
5.Membaca selawat ke-atas Nabi Muhammad S.A.W selepas takbir ke-dua 

أَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى اَلِ إِبْرَاهِيْمَ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى اَلِ إِبْرَاهِيْمَ فِى الْعَالمَِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ.
“Ya Allah, berikanlah selawat atas Nabi dan atas Keluarganya, sebagaimana Engkau pernah memberi rahmat kepada Nabi Ibrahim dan keluarganya. Dan limpahilah berkat atas Nabi Muhammad dan para keluarganya, sebagaimana Engkau pernah memberikan berkat kepada Nabi Ibrahim dan para keluarganya, di seluruh alam ini, sesungguhnya Engkau Yang Terpuji lagi Yang Maha Mulia”

6.Membaca doa ke-atas jenazah lelaki selepas takbir ke-tiga 




“Allahummaghfirlahu warhamhu wa’afihi wa’fu’anhu”
7.Memberi salam sesudah takbir yang ke-empat
Setelah selesai, ucapkan salam ke kanan dan ke kiri seperti solat lima waktu

$ads={1}

Kedudukan Jenazah Dalam Solat 

Kedudukan jenazah lelaki 

Imam berdiri pada bahagian kepala jenazah lelaki


Kedudukan jenazah perempuan :

Imam berdiri setentang dengan pinggan jenazah perempuan

Baca juga : 
Panduan Lengkap Solat Hajat
Lafaz Azan yang betul  {alertSuccess}

Amalan Sunat Dalam Solat Jenazah 

  1. Dilakukan secara berjemaah 
  2. Mengangkat keempat-empat takbir 
  3. Meletakkan tangan di bawah dada untuk selepas mengangkat takbir
  4. Membaca Ta’awwuz
  5. Memperlahankan bacaan dalam solat
  6. Mengucapkan ‘amin’ selepas membaca Al-Fatihah
  7. Berdiri dalam 3 saf atau lebih
  8. Tahmid sebelum selawat ke atas Nabi SAW
  9. Doa ke atas muslimin dan muslimat
  10. Membaca doa selepas takbir ke empat
  11. Memberikan salam ke-dua
$ads={1}

Artikel lain : Kirim Doa Depan Kaabah {alertSuccess}

 

Perbezaan Solat Jenazah Lelaki dan Wanita

  • Niat solat
  • Kedudukan Jenazah
  • Doa 

Niat Solat Untuk Jenazah Perempuan 


أُصَلِّي عَلَى هَذِهِ اْلمَيْتَةِ أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى

Usolli ‘ala hazihil maiyitati arba’a takbiratin fardho kifayati lillahi taala

“Aku bersolat ke atas jenazah wanita ini empat takbir sebagai imam/sebagai makmum kerana Allah Taala.”

Doa Untuk Jenazah Perempuan

“Allahummaghfirlaha warhamha waa’fiha wa’fu’anha”

Maksud doa selepas takbir ketiga ini ialah:

“Wahai Allah ampunkanlah dosanya, rahmatilah dia, berilah afiat untuknya, dan lenyapkanlah dosanya.”

$ads={1}

Waktu Mengerjakan Solat Jenazah

Diharuskan solat pada semua waktu kerana solat jenazah adalah solat yang bersebab

Orang Yang Afdhal Menjadi Imam Solat Jenazah

  • Bapa
  • Datuk dan keatas
  • Anak lelaki
  • Cucu dan kebawah
  • Saudara lelaki seibu sebapa
  • Saudara lelaki sebapa
  • Anak lelaki saudara seibu sebapa
  • Anak lelaki saudara seibu
  • Seterusnya mengikut tertib asobah dalam faraid

Penutup

Baru-baru ni qaseh telah kehilangan ayah mertua, semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Sesungguhnya kematian itu mengajar kita banyak benda, takut, sedih sebuah kehilangan ~ tapi sudah tersirat dan tersurat jalan kita di dunia ini hanya lah bersifat sementara. 

Bila adanya kematian, kita akan lebih bertafakur dan jangan hanya memandang ia sebagai sebuah kesedihan dan pandangan kosong. Lihat diri kita sendiri apa amalan dunia yang kita boleh bawa ke akhirat kelak :( yaAllah sesungguhnya aku insan yang lalai, berikanlah aku penghujung dan penutup yang baik-baik sahaja. Ameen

Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada semua.
Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates