• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

Assalamualaikum , sambungan dari trip qaseh ke YUNNAN CHINA , alhamdulillah baru ada kesempatan untuk sambung cerita seterusnya , hari kedua berada di Kunming China , qaseh and the geng di bawa ke satu tempat yang penuh dengan batu-batuan yang unik dan menarik dan pelbagai bentuk , laluan sempit seakan gua dan beratapkan langit biru yang sangat cantik  , yang terbentang hanya langit yang kebiruan , subhanallah , cantik sungguh ciptaanNYA , dan cuaca macam biasa sangat sejuk ..

Jom qaseh bawa korang ke Yunnan Stone Forest , dari hotel Kunming kami di bawa ke Yunnan Stone Forest oleh bas khas dari Yongpeing Road atau boleh menaiki train dari Kunming Railway Station .. sesampai nya di sana , kami di bawa dengan kereta comel , memang panjang perjalanan luas pemandangan kata orang tapi syok je dengan angin nya yang sejuk (rindu sangat)



orang kata dunia ni kecik je sebenarnya , terserempak dengan pakcik ni pelancong dari Malaysia , selamat melancong ye pakcik 

one of traveller free lance from gaya travel.. slmt kenalan rehey ~ my roomate sepanjang berada di China 


Dah puas berjalan-jalan akhirnya sampai ke tempat yang ingin di tuju , nak masuk Yunnan Stone Forest ni pun kena beli tiket masuk , kalau korang datang ke Kunming China , sini salah satu tempat wajib yang korang kena datang , semua batu2 yang pelbagai bentuk dan unik ni semuanya semulajadi bukannya ukiran manusia .. terletak kira-kira 78 Km dari Kunming , dan telah wujud sejak 200 tahun dahulu lagi dan di beri nama sebagai ''first wonder under the sun''


pintu masuk ke Stone Forest , ramai gila manusia-manusia lain hari tu , muka seronok je dapat jalan-jalan 

tiket masuk 140 yuen


Batuan semula jadi yang unik ..


first thing apa lagi , harusla berselfie tinggal kenang kenangan di sini , di Stone Forest ni memang banyak berjalan dan mendaki , sebab kat sini pun ada puncak nya , so dari puncak baru boleh tengok pemandangan dari atas yang cantik dan lagi sejuk ... sambil-sambil tu boleh lah korang exercise !









di celah-celah batu-batuan yang tinggi mencanak , macam gua 


Dalam banyak-banyak batu kat sini , yang ni paling menarik minat qaseh , nampak kan batu kat tengah-tengah tu , batu tu tak bercantum dengan mana-mana batu yang lain , ibarat dia tergolek-golek dan terus lekat di sini , kalau jatuh atas kepala memang innalillah la , hehe tapi batu tu dah lama menetap di situ .. memang tak beralih dari dulu lagi .. 

pemandangan dari atas puncak , kat celah2 batu tu la kami telah tempuhi dengan tenang 



Kat sini juga terdapat kedai2 souvenir .. boleh lah beli untuk yang tersayang




Antara batu-batuan yang terdapat di sini , banyak lagi sebenarnya bentuk-bentuk yang unik dan menarik






Dah penat mendaki dan berjalan sekitar Stone Forest kami bergerak pulang mencari makanan halal , di sekitar Kunming China , apa-apapun Stone Forest memang satu tempat yang menarik untuk di lawati , jarang kita jumpa batu-batu yang unik dan pelbagai bentuk ni kan , dengan langit yang terbentang biru ,,, jangan lupa datang ke sini ok kalau anda berada di Kunming , Yunnan China .





lastly ~ photo group beramei-ramei dengan pena berkala , khai , aida sue , kak ayu dan ezzy izzudin 
datang KUNMING jangan lupa STONE FOREST yawww ! 

Hati Berbicara :
Tuhan takkan pernah menyusun takdir yang sia-sia , setiapnya di susun penuh hikmah , jangan kita sekali-kali menyalahkan takdir yang telah di susun Tuhan , terima kasih Tuhan untuk setiap takdir yang tersusun ..

thanx AIRASIA untuk trip ni , next kami di bawa ke JIU XIANG SCIENIC REGION





Assalamualaikum ,

Hai peminat nasi kukus , meh sini nak share satu kedai nasi kukus sedap area Selayang ni , haaa nama kedai ni Azul Authentic Nasi kukus dengan tagline ''TAK PEKENA SASAU , KENA MENGIGAU'' gituuu ~


Restoran Azul Authentic ni sebenarnya berkonsepkan minimalis dan simple , makanan pula lebih kepada selera pantai timur , memandangkan qaseh berasal dari pantai timur memang ngam la dengan selera tekak sendiri , dan segala rempah ratus di import dari Kota Bharu Kelantan , hukaloh ! oree kg jah ni , hehe restoran ni terletak di No.47 jalan ps8 prima selayang km15 jalan rawang 68100 batu caves dan beroperasi dari pukul 10 pagi - 6 petang setiap isnin hingga sabtu , untuk lebih mudah korang ingin jejakkan kaki di sini , lebih mudah waze je , landmark dia berdepan dengan  UITM kampus selayang ..

Sebelum kita ke nasi kukus yang sure meletop tu , nak share sikit hasik tangan Puan Idda pemilik restoran Azul Authentic ni , bangga sangat dapat merasa air tangan beliau hari tu sebab kek-kek dan tart ni kalau korang nak korang kena tempah dulu , sebab di restoran takde semua ni , so terliur kan ? haaa jangan lupa tempah memang sedap semua nya , atau korang boleh tengok di fb untuk tempahan
FB : nin9landers
FB : everyone can tart






Mana nasi kukusnya ? eh eh sabar boleh , ni nak share tentang nasi kukus pulak , btw kat sini terdapat 3 nasi kukus yang berlainan lauk , iaitu Nasi kukus ayam berempah ,Nasi kukus daging kerutuk ,Nasi kukus ikan keli berempah ..so korang boleh pilih kesukaan korang yang mana dan menurut kata suami Puan Idda , kalau nak makan nasi kukus ni korang kena minum RUT BEER FLOAT baru lah ngam ! orang kata serasi la dengan nasi kukus tu , maveles ! baru lah tersadai kekenyangan , haa so kalau makan kat sini sila oder bersama rut beer float okey .. yang pasti penggunaan santan yg rendah kolestrol dlm setiap masakan , dan penggunaan MSG yg minima dlm sesetengah makanan sahajo.

nasi kukus ayam berempah

 Nasi kukus ikan keli 

Nasi kukus daging kerutuk 

coconut shake + rut beer float 


tak tahu nak makan yang mana , qaseh pilih nasi kukus ayam berempah , di hidang bersama acar , timun dan keropok , yummi ~ dan of course la rut beer float .. btw selain dari nasi kukus terdapat juga makanan sampingan yang lain spt rojak buah dan juga mee kari .. uniknya mee kari dengan telur separuh masak , katanya style orang perak makan mcm tu ye dak ? mee kari dia pun sedap weiii .. semua la sedak-sedak belaka haha 

mee kari ~ 

harga kat sini jangan la anda risau , mampu beli .. dan takde GST , murah gila kan ? mana nak cari murah + sedap cenggini ... 


di restoran Azul Authentic ni jugak terdapat acar buah , biskut-biskut comel dlm botol2 cute dan banyak lagi la terdpt kat sini , so kalau nak tahu dan nak rasa kesedapa nasi kukus Azul Authentic ni jangan lupa datang jalan-jalan cari makan kat sini ok , berbaloi-baloi .. nampak sedap kan ? tu baru nampak , kalau rasa hurmm memang kena la dengan tagline restoran ni tggu masa nak meracau je sebab nak makan lagi haha .. 

untuk segala tempahan dan pertanyaan boleh hubungi 
Puan Idda comel ni di talian 
019 633 9005| 018 369 8456
(khidmat delivery juga di sediakan)


Alamat :

AZUL AUTHENTIC NASI KUKUS 
No. 47, Jalan PS8, 
Prima Selayang, KM15 Jalan 
Rawang, 
68100 Batu Caves, Selangor

p/s : perlukan pekerja tambahan full time/part time 







Assalamualaikum ....

Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya juga mempunyai satu ruang makan yang penuh dengan hidangan yang menyelerakan , jadi kat sini bukan saja terdapat kemudahan-kemudahan yang cukup lengkap dan menyenangkan tapi terdapat coffe house yang memang akan memenuhi citarasa pengunjung yang datang di sini iaitu BAYOU COFFE HOUSE ..

Dihidangkan secara buffet membuatkan pengunjung menikmati hidangan hingga isi ruang dalam perut di penuhkan dengan sebaik mungkin dari pencuci mulut hinggalah hidangan yang berat-berat lg mengenyangkan..


Bayou Coffe 
ig : @bayoucyberjaya
fb : Bayoucoffehouse 
Quality local and international cuisines, a household name for good food and excellent service within the Cyberjaya vicinity.

Catering services for weddings, business meetings, seminars, product launches and annual Ramadhan Buka Puasa Buffet.




qaseh biasanya jumpa tapai time raya je , haaa kat sini tak perlu tunggu raya , ada je tapai pulut versi moden , xperlu nak bukak-bukak daun getah , deko dalam gelas cute je  dan senang nak makan ok 



ruangan yang luas dan simple .. memang selesa untuk mengisi perut 


antara hidangan untuk kelabbloggerbenashaari tempoh hari , terimakasih chef yang masak sedap-sedap untuk kami , makanan ala-ala tradisional dengan ulam-ulaman ..

segala jenis sambal , buah dan keropok 







bila tengok gambar-gambar ni balik aduhh terasa lapar la pulak , sedap memang tak tipu , kalau tak takdela menambah-nambah terutama rendang daging kat sini , lembut je daging dan rasa semua cukup , resipi please hehe , kat sini bukan hanya menyediakan catering , wedding pun hadoo , meeting , dinner dan untuk bulan puasa yang tak lama lagi akan tiba , BayouCoffe House memang menyediakan buffet ramadhan so jangan melepaskan peluang anda datang ke sini ok ..


Untuk tempahan, boleh hubungi: 
https://www.facebook.com/bayoucoffeehouse

03-83180008 / 019-3305848
Email: bayoucateringcyberjaya@gmail.com









Assalamualaikum , alhamdulillah 26 April tempoh hari segala yang di rancang KelabBloggerBenAshaari berjalan lancae dengan meriahnya , qaseh pun turut rasa happy tengok kegembiraan di wajah masing-masing , penuh dengan gelak ketawa je , sebabnya lawak betul bila blogger main game , haha rupa-rupanya pandai jugak main game eh ingat kan pandai menaip je , hihihi mestilah pandai , blogger bukan sekadar blogger kan .. so qaseh nak cerita sedikit sebanyak aktiviti2 sepanjang berada di Tasik Komuniti Taman Tasik Cyberjaya yang penuh dengan kemudahan-kemudahan yang orang kata memang terbaik la , tempat pun bersih dan tenang je ..

7.00-8.00 pagi 
Sesi pendaftaran dan sarapan pagi 

8.00-9.00 pagi 
Taklimat dan bacaan doa oleh blogger abg huszaini , dan sedikit taklimat oleh blogger abg lan careno dan selepas itu barulah aktiviti - aktiviti bermula jeng jeng jeng 


SENAM AEROBIK 
sebelum kita lakukan aktiviti berat haruslah panas kan badan dulu , senam aerobik di ketuai oleh blogger Fatin Bella , dan dayang - dayang blogger Boni Kacak dan blogger Encik ST , betapa bestnya senam aerobik hinggakan boni jatuh kat celah-celah pentas tetiba , haha nak buat havoc pun agak2 la boni , jangan sampai sakitkan diri anda sendiri ok 



GOLF 
Aktiviti kedua pula , bermain game orang kaya , tu diaaa nampak senang je main game ni kan , tapi rupanya susah baq ang , kena tonggek punggung sikit opssss , pastu hayun la sekuat hati bagi bola golf tu kena pada sasaran , tapi part main golf ni memang lawak gila la , confident je hayun kayu golf tapi bola tetap di tempat yang sama , haha takpe takpe confident tu kan penting , hahaha ... papepun nasib baik gua tak pukul angin , skurangnya bergerak la jugak bola tu , kuwang-kuwang ..

jangan tertipu ini semua dusta ~ 

ini tak dusta , hebat jugak pukulan gue .. sampai tak beralih mata melihat bola itu pergi entah ke mana ~ 

BADMINTON
Aktiviti ketiga pulak badminton , alahhh game senang camni je pun semua orang boleh main kan , tapi bosan jugak kalau main sungguh-sungguh ni , so game badminton kali ni rare sikit , haaa ni idea sape la ni , tak lain tak bukan idea ahmad maselan eh eh , haha gurau je , idea kepala pengat Ben Ashaari la , so game kali ni hanya menggunakan 1 raket sahaja ye dalam satu team ye anak2 , dan satu team ada 6 orang ... so passing la raket tu sampai terjatuh ke ape ke , asalkan dapat smash bulu tangkis tu haha , enjoy je tengok diorang main sampai tergolek 



GO KART 
Aktiviti seterusnya ialah go kart , ni game yang ditunggu - tunggu oelh blogger sekalian barangkali , qaseh tak main pun sebab takut la plak tetiba walaupun teringin nak main haha , ishh nyesal gue ... papepun memang syok main go kart ni , kalau tak syok takdenya blogger-blogger laki yang kacak lg macho sanggup amek turn bini nak bergo kart lagi sekali , haha dah naik angin kata orang .... terbaikla Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya ni , macam-macam ado . 




lepas ber go kart semua , tibala masa untuk makan , rehat kan diri dan solat sebentar .. sesi mengenyangkan perut memang thorbaik di BAYOU CAFE yang terdapat di Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya ni .. haaa nanti qaseh review tentang cafe ni ok , nah belanja dlu 2 keping gambar di Bayou Cafe ,, makanan memang fulamak sedak sengoti 




PAINTBALL
Aktiviti last selepas mengenyangkan perut  , paintball .. game ni pun memang lasak dan ganas , tapi takdela sakit sangat pun kalau kena tembak , lebam sikit je .. haha gue pernah kena shoot kat kepala ok .. tu yang makin biol sikit hehehe takdela xsakit pun , ermm tak sakit .. :p , 

sedap buah ni , jumpa atas pokok .. 

semua muka gembira sebelum kena tembak , lepas kena tembak sume muka macam ada dendam tersembunyi , jaga-jaga penembak dalam diam , mungkin anda sudah di dendami ... hi hi hi hi hi 

Akhirnya semua berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah , terbaikla kelabbloggerbenashaari , inshaaAllah satu hari nanti ada lagi aktiviti-aktiviti yang lagi menarik , dan inshaaAllah akan di buka kepada umum supaya lagi meriah , yahooooo ... thanx a lot buat abg Ben Ashaari , Ajk yang terlibat , blogger2 kelabbloggerbenashaari yang sporting dan happening , keep it up ! dan of course buat penaja - penaja terutama orang kuat Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya , Cosmoderm ,



nad , orang kuat Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya 
lepas ni dia pun akan bukak blog , inshaaALLAH , blog typosampaimati.com haha

thanx a lot buat penaja-penaja kelabbloggerbenashaari , semua penaja hebat-hebat , rasa terharu sangat di bawah kelabbloggerbenashaari 

www.yeos.com
www.cosmoderm.com.my
www.crazycrunchy.com/pengedar
www.natalia.my
www.stampnprint.blogspot.com
www.cyberview.com
facebook.com/kelabkomuniticyberjaya
https://www.facebook.com/azwarkamaruzaman94
















Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates