facebook twitter tumblr instagram linkedin
  • Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Learn Blogging
  • Documentation
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Download This Template

Qaseh Dalia's Blog

GKB Eurycozin untuk kecergasan lelaki | Kenapa kesihatan lelaki sangat penting ? Bila bergelar ibu dan juga isteri, mempunyai suami dan juga anak, bukan diri sendiri je perlu dititiberatkan. Betul tak ? Kesihatan suami juga sangat perlu dijaga lebih-lebih lagi bila sudah berumahtangga.

Tapi, ada sesetengah lelaki tidak terlalu menjaga hal kesihatan dirinya, dari luar mungkin nampak sihat tapi dari dalaman ada yang lemah, opsss mungkin mereka malu atau tak tahu untuk menyelesaikan masalah. Ia bukan sekadar masalah lemah tenaga batin, tapi keletihan yang melampau juga menjadi punca kepada masalah yang besar 


Macam suami qaseh sendiri, sejak ada 2 orang anak dan lately ni dia makin banyak kerja, qaseh perasan dia macam mudah penat, balik kerja, mandi lepas tu rehat sekejap dan tidur. Mungkin untuk dapatkan balik tenaga yang dan banyak dia gunakan. Tapi, at the same time, qaseh risau jugak takut dia ada masalah lain. So bila penat melampau ni akan mengganggu kehidupan harian sebagai seorang bapa dan juga suami.

Qaseh faham so qaseh biarkan je lah, tapi rutin macam ni makin lama makin menjejaskan hubungan kekeluargaan dan rumahtangga. Anak-anak pun perlukan perhatian bapa, isteri pun perlukan belaian suami. 

Bagi Hadiah GKB Eurycozin Untuk Suami


Qaseh ada buat pembacaan tentang produk kesihatan untuk lelaki, dan jumpa produk GKB Eaurycozin ni yang sangat bagus untuk meningkatkan kesihatan lelaki, bahan kandungan pun tidak merbahaya dan ianya berasaskan tumbuhan. Banyak juga review dari pengguna yang dah  terutamanya di farmasi dan Tik Tok, so qaseh ambil pilihan yang bijak ni sebagai salah satu usaha untuk mengurangkan keletihan suami qaseh dan kembalikan suami qaseh yang dulu ahahahaha

GKB Eurycozin Halal dan Lulus KKM 



Jangan risau ya, GKB Eurycozin ni JAKIM HALAL dan dapat kelulusan dari KKM Malaysia dengan MAL18036127N. Ia memang digunakan sebagai suplemen kesihatan untuk lelaki dalam bentuk kapsul vege

Apa itu GKB Eurycozin

GKB Eurycozin adalah produk kesihatan lelaki untuk meningkatkan stamina, mencapai prestasi optimum dan memberi ransangan untuk senaman yang berkesan pada lelaki. Selalu bila bersenam akan cepat letih, bila amalkan Eurycozin, ia akan membantu senaman lebih bertenaga.


Ia memang diformulasikan khas untuk meningkatkan vitaliti lelaki. Ia mengandungi ekstrak Eurycoma Longifolia (Tongkat Ali), L-Arginin, L-Carnitine fumarate dan zink yis.Dengan kesan sinergi 4 dalam 1 yang ada dalam bahan-bahan ini 

Bahan kandungan GKB Eurycozin


Bila tengok bahan kandungan dia, semua nya memang memberi banyak manfaat kepada lelaki.

  • Tongkat Ali : Boleh meningkatkan tahap testosteron dan membaiki kesihatan seksual lelaki. Jika korang suka pergi gym, ia boleh bantu muscle development dan pembakaran lemak tapi at the same time kena la juga jaga makan. Selain tu dapat kuatkan batin, pekatkan air mani dan aktifkan pergerakan sperma 
  • L-Arginine : Boleh meningkatkan aliran darah, menyokong kesihatan jantung, meningkatkan prestasi senaman, memberi sokongan dalam pemulihan otot, membantu sistem imun dan meningkatkan kesuburan lelaki
  • L-Carnitine : Boleh membakar lemak dan asid lemak itu akan diubah sebagai tenaga, meningkatkan prestasi senaman dengan meningkatkan penggunaan lemak kepada tenaga lebih-lebih lagi dalam senaman kardiovaskular 
  • Zink Yis : Untuk meningkatkan kesuburan, meningkatkan prestasi seksual,serta menyokong sistem imun dan yis pula dapat memberi sokongan tambahan dan memberi kecergasan dengan lebih baik

Manfaat GKB Eurycozin Untuk Lelaki

Mengurangkan Keletihan 

Disebabkan suami qaseh selalu keletihan, GKB Eurycozin meningkatkan tahan daya terhadap keletihan. So ia akan membuatkan lelaki lebih bertenaga, kurang mudah penat,  membolehkan lelaki menjalani gaya hidup yang lebih produktif dan aktif

Meningkatkan Tahap Tenaga dan Prestasi 

GKB Eurycozin menyebabkan peningkatan pengeluaran hormon testosteron, so ia dapat membantu  meningkatkan tahap tenaga dan keupayaan fizikal, ketahanan, prestasi fizikal, sama ada dalam aktiviti harian dan memberi ransangan dalam senaman. Ia juga dapat memberi keseimbangan hormon lelaki.


Kesihatan Seksual Bukan Sesuatu Yang ‘Taboo’

Bila bercerita tentang kehidupan seksual pula ia bukanlah satu benda yang mengaibkan, kalau korang lelaki di luar sana yang ada masalah dalam hubungan seksual, ‘tak tahan lama’, susah untuk ‘teransang’ , ereksi yang lemah, jangan malu dan biarkan begitu sahaja 



GKB Eurycozin dapat membantu lelaki lebih ‘tahan lama’, dapat memekatkan air mani dan mengaktifkan pergerakan sperma, so ia sangat bagus bagi korang yang tengah merancang untuk mendapatkan anak, yang baru kahwin dan untuk meningkatkan performance lelaki dan juga kesuburan. Suami sihat isteri bahagia 

Siapa Yang Boleh Amalkan Eurycozin ?


  • Lelaki yang ingin kesihatan lelaki yang lebih kuat 
  • Lelaki yang memerlukan peningkatan tenaga
  • Lelaki yang mahukan prestasi senaman yang lebih baik 

Cara Pengambilan GKB Eurycozin

Ambil 2 kapsul sahaja sekali sehari selepas makan. Juga perlu minum banyak air tau !
View this post on Instagram

A post shared by Qaseh Dalia 🇲🇾 (@qasehdalia)

Pengalaman Suami Qaseh Selepas Pengambilan GKB Eurycozin

So far belum sebulan lagi suami qaseh amalkan, tapi ada jugak kesan yang dia dah rasa, macam bila bangun pagi tu tak terlalu lemau dan letih, cerdas dan aktif dan pagi-pagi tu lain macemmmm pulak rasanyaa aaaaa faham-faham je la. 




So korang yang mana ada masalah seperti yang qaseh share, korang boleh cuba untuk diri sendiri okay. Buat isteri yang rasa suami makin lama makin penat, makin tak perform atau cepat mengalah, korang boleh hadiahkan GKB Eurycozin untuk suami, so suami sihat isteri juga bahagia 

GK BIO International Trusted Company

GK Bio (GK BIO International Sdn. Bhd) telah ditubuhkan pada tahun 2018, sebuah syarikat yang ditubuhkan hasil usaha sama antara All Cosmos Bio-Tech Holding Corporation dan Grape King Bio Ltd. Objektif utama untuk mempromosikan kepentingan kesihatan dengan produk kesihatan yang berkualiti tinggi. GK Bio sudah berada di pasaran selama bertahun-tahun dan produk mereka sangat popular di farmasi dan ecommerce platform

Mana Nak Dapatkan Produk GKB Eurycozin ?


Produk GKB boleh dapat dari KPJ Hospital, IJN Hospital dan farmasi-farmasi seluruh Malaysia


Whole Malaysia: Alpro Pharmacy, Watsons 

Central: M CARE Pharmacy, Leo Pharmacy

Melaka: Farmasi Big Tree, Farmasi Limbongan, Farmasi Tanjung Minyak

Penang: MEDS & VITS Pharmacy, Pure Pharmacy, NuCare Pharmacy, Bliss Pharmacy, Guan Pharmacy, Island Retail Pharmacy

Perak: HTM Pharmacy

East Coast: Lau & Tan Pharmacy, Farmasi Nazen, Farmasi Ehsan

Southern: The One Pharmacy, You Pharmacy, AcePro Pharmacy

Sabah: LifePlus Pharmacy, Pearl Pharmacy

Sarawak: Nutrisense Pharmacy, Sing Lee Pharmacy, Kingdom Pharmacy

 

Website: https://www.mygkb.com/

Facebook : www.facebook.com/mygkb

Instagram : www.instagram.com/mygkb

TikTok : www.tiktok.com/@gkbmalaysia

小红书 ID : 1318211221 (GKB 集康宝)

YouTube : www.youtube.com/@


#gkb #gkbinternational #alpro #watsons #GKBEurycozin #NaturalPerformanceEnhancer #workout #stamina #performance








With the increasingly scorching sun during this season comes the desire to wear versatile fabrics, especially when practicing Yoga. The fine line between fashion and functionality in women's yoga wear must be drawn to identify the best balance. They go hand in hand, and at Cosmolle, we value both, creating a collection that can enhance your practice while comfortably keeping you stylish and warm.

Breathable Fabrics:

When you are performing outdoor activities under the sun's heat you need to wear outfit that allow air circulation. Search for best wireless bra made of lightweight fabrics like bamboo, organically grown cotton, or those that tend to wick moisture away from the body. More specifically, when it comes to selection, Cosmolle has an impressive variety of breathable products to help you stay dry during your practice.


Innovative Features for Enhanced Performance:


Transform your practice with yoga clothing with smart additions made to improve functionality. Search for features including compression technology for muscle recovery and better blood circulation or seams-less fabrication that provides a perfect fit and eliminates the issue of rubbing. Cosmolle incorporates all these advanced elements into our designs so that you can attend to your practice unhampered.


Versatility in Design:

From yoga class to brunch with friends, dress in comfy yoga clothing that can easily transition between activities. Choose outfits that are appropriate for athletic activities and fashionable at the same time, such as activewear leggings with discreet printing or crop tops with an elastic lining. Because all of our Cosmolle line designs are multi-functional, you can easily transition them from fashion wear to workout wear and back again.


 

Expressing Personal Style:

Your yoga wear should not just be functional but captivate the true you, the inspiration of the heart. Feel free to apply sharp prints, bright colors or exotic cuts to fully express yourself at Yoga classes. From vinyasa classes to hot to preserved, Cosmolle provides a unique collection of outfits to make a statement and allow the yogi to explore every facet of Yoga.

Environmentally Conscious Choices:

Moreover, apart from the style factor and usability factor, remember factor in the impact this yoga wear will have on the environment. Support brands such as Cosmolle that follow socially responsible business models and have a sustainable approach to production. This means that now you can feel good about the clothes and items we offer for practicing Yoga this summer, thanks to our environmentally friendly materials and responsible production.


Conclusion:


The challenge this summer to dress for women's yoga practice entails striking the right balance between style and the use of yoga activewear sets. That’s why at Cosmolle, breathe-able fabrics, the ability to mix and match, lace and utility, fun and practicality all come sustainably and thus can enhance your yoga routine along with your personality. Feel free with body and spirit while practising Yoga in the warm summer months because your outfit is stylish as well as comfortable.
Jom Jumpa Michael Owen di AEON Mall | Bersedia untuk peluang seumur hidup bertemu Michael Owen secara peribadi! Sebagai sebahagian daripada kempen Active Beat AEON yang berlangsung dari 1 Jun hingga 31 Ogos, AEON Mall dengan sukacitanya membawakan bintang bola sepak legenda ini kepada korang semua, haaa ni lah masanya untuk berjumpa Michael Owen.

Selain berpeluang bertemu Michael Owen, korang juga berpeluang menikmati makan malam eksklusif bersama


Perhatian Peminat Liverpool, Peminat Man Utd, dan Peminat England!

Cara Menyertai Kempen Active Beat AEON

1. Beli-belah di AEON Mall

Buat pembelian dari pelbagai jenama dan penyewa di AEON Mall.

2. Tebus Tempat Anda

Tunjukkan resit pembelian anda di Kaunter Maklumat AEON Mall untuk menebus pas anda untuk bertemu Michael Owen.

Sesi Meet & Greet Michael Owen

Tarikh & Lokasi:

  • 28 Jun 2024: AEON MALL Ipoh Station 18
  • 29 Jun 2024: AEON MALL Cheras Selatan
  • 30 Jun 2024: AEON MALL Bukit Indah
  • 1 Julai 2024: AEON MALL Nilai

Syarat:

  • Belanja RM300: Pemegang Kad UOB / Untuk jenama terpilih
  • Belanja RM500: Bukan Pemegang Kad UOB / Semua Jenama
  • Pembelian boleh digabungkan maksimum 3 resit pada hari yang sama.

Sesi Exclusive Dine-In Bersama Michael Owen

Tarikh & Lokasi:

  • 28 Jun 2024: AEON MALL Kinta City
  • 29 Jun 2024: AEON MALL Bukit Tinggi
  • 30 Jun 2024: AEON MALL Tebrau City
  • 1 Julai 2024: AEON MALL Shah Alam

Syarat:

  • Belanja RM600: Pemegang Kad UOB / Untuk jenama terpilih
  • Belanja RM800: Bukan Pemegang Kad UOB / Semua Jenama
  • Pembelian boleh digabungkan maksimum 3 resit pada hari yang sama.

Terma dan syarat dikenakan. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web kami.

Jangan lepaskan peluang ini untuk bertemu salah seorang pemain bola sepak terhebat sepanjang zaman. AEON Mall merealisasikan impian ini untuk korang. Jadi, tunggu apa lagi? Jom membeli-belah di AEON Mall dan pastikan korang dapatkan tiket untuk acara eksklusif ini. Peluang seperti ini jarang sekali ditawarkan tau !

Kongsikan Berita Ini!



Pastikan anda tidak ketinggalan untuk acara yang istimewa ini! Tertakluk pada terma dan syarat. Untuk maklumat lanjut, sila layari:

  • Facebook: @AEONMallMY
  • Instagram: aeonmallmalaysia
  • TikTok: aeonmall.malaysia
  • Website: www.aeonmallmy.com


Vinyl Sticker Eco Shop Review | Jom makeover meja lama jadi baru menggunakan vinyl sticker.Bila ada meja lusuh atau buruk ni sakit pula mata memandang kan, sama la meja ikea qaseh ni dah gelembung sana sini sebab kena air tapi memang dah lama guna pun meja ni,banyak berjasa heheh dan ni la meja tempat untuk qaseh blogging selama ni 


$ads={1}

Vinyl sticker ni kalau dekat Eco Shop harga dia of course lah Rm2.40 kan, tapi sebenarnya korang boleh dapat lagi murah di shopee, tak sampai Rm2.00 pun ada. Sebab qaseh beli sikit je untuk meja dan malas nak tunggu penghantaran, baik beli je dekat Eco Shop

Kalau korang nak beli banyak-banyak better beli je di shopee, sekotak ada 36pcs dan ada jugak dijual satu-satu macam tu. So far, seller yang paling murah la jual, corak kayu pun lawa-lawa, nampak real 

Korang boleh beli di seller ni —> Vinyl Sticker 1kotak 36pcs. 

Untuk loose, nah bawah RM2 gais —> Vinyl Sticker Loose

So far, vinyl sticker eco shop ni, nak kata tebal sangat pun tak, nipis sangat pun tak, tapi kalau untuk lantai dan uwanggnya nggak berapa kencang, qaseh  rasa berbaloi lah,sebab kita pijak-pijak~  untuk meja kena berhati-hati jugak sebab hari tu qaseh tertolak kerusi then terkena la vinyl ni dekat tepi-tepi meja, dah terpeleot sikit tapi tetap syantik aaa gitu 

FROM THIS


$ads={1}

TO THIS 


$ads={1}

Haaa kan lawo meja kita tu, sekarang trend kan corak-corak kayu ni, meja makan pun qaseh tampal juga tapi guna wallpaper corak kayu. Rasanya kena tukar yang vinyl sticker ni jugak baru puas hati, kalau wallpaper tu dah nampak terkopek sikit haaaa sebab nipis je. Bezanya Vinyl sticker ni tak mudah calar dan koyak bila kita heret atau gores dengan benda agak tajam


$ads={1}


$ads={1}

So total damage, 6 keping X Rm2.40. Ermm tapi qaseh tengok resit haritu macam ada diskaun lagi, ke salah tengok haha pape je la~ tetaplah murah kan ! Okie sekian sahaja perkongsian saya hari ni. 

Psst : Kalau nampak iklan lalu lalang boleh la tolong klik sekali okie, lurve ~ 







Cuti sekolah tempoh hari qaseh balik kampung sebab Rayyan nak berkhatan / bersunat di kampung. Tahun ni dia dah masuk tahun 2, disclaimer ~ qaseh tak pernah memaksa Rayyan untuk bersunat awal tau, atas kemahuan dia sendiri, so bagi yang cakap kesian dekat anak ke apa, no worries tiada paksaan dari ibu bapa nya haha 


$ads={1}

Pendapat peribadi, qaseh rasa lebih mudah nak handle anak bila berkhatan dari awal, dia takde la rasa malu or segan untuk qaseh check, nak mandikan dia pun okay, nak jaga pun okay. Bayangkan bila anak dah besar, dah tahu malu haaa kesian dia haha 

Rayyan nak bersunat dekat kampung sebab nak sekali dengan sepupu-sepupunya, lagi eksited bila dia dengar bersunat sekali dengan sepupu. So 3 orang lah bersunat sekali, ikutkan nak join yang khatan perdana yang ramai-ramai tu kan, tapi tak jadi la sebab mesti panjang drag masa. Seronok memang seronok hehe tapi takpela qaseh sunatkan Rayyan di klinik sahaja

Nak dijadikan cerita, awal-awal pak saudara qaseh dah booking tapi tu lah banyak klinik dah penuh, so ada klinik 1 ni terima, qaseh risau jugak sebab klinik ni agak lama, bila tengok doktor pun dah berumur haaa mula la cuak maknya pun haha, tapi husnuzon la, lagi tua lagi berpengalaman……. 

Klinik pertama 

$ads={1}

Dah sampai dekat klinik pada hari kejadian, so 3 orang ni masukla bilik doktor untuk check, yes doktor nak check dulu samaada boleh tak mereka bersunat, i think doc ni lebih ada sifat empati, 3 3 budak ni,alat sulit diorang ni macam susah nak buat,Rayyan je namapk ok sikit  hahahaha so tiga orang kena cancel semua. I rasa macam lega sikit sebab maybe doktor pun taknak buat jugak sebab ramai haha tapi takpe

Pastu decide untuk cari klinik yang lebih okay, dan memang ada khas untuk berkhatan. So alhamdulillah ada ikut date yang qaseh nak, sebabnya laki qaseh kena balik KL so taknak lah waktu hari berkhatan Rayyan, dia takde . Dipendekkan cerita book la untuk 3 orang, that time ada Promosi Berkhatan RM120 tapi kaedah laser je 

Berkhatan/Bersunat Kaedah Laser

Qaseh dah buat research lah jugak sikit-sikit, laser ni takdelah susah sangat nak jaga berbanding berkhatan biasa,so proceed je dengan kaedah tersebut. Kaedah laser ni, dia macam besi halus yang panas (laser rod haba) kemudian dia lalukan ajer di bahagian kulit tu hingga putus. Semerbak bau bilik dengan bau hangit kulit ahahaha 

Drama Bersunat 

Of course lah ada drama dia, Rayyan pulak manjooooo, but qaseh tak suka nak bandingkan dengan anak orang lain, so takpe hadap je kenangan sekali seumur hidup ni haha, 3 orang ni pun ada la drama nya jugak, tapi of course lah sebab sakit kan & depa takut, maknya pun takut sebenarnya. 

Masing-masing main fon bagi hilang cemas ~ haha

Mula-mula dengar budak-budak lain menangis haaa masing-masing dah cuak, taknak bersunat la, tak jadi lah haha tapi misi tetap diteruskan, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan gituuu

Rayyan paling last dipanggil untuk bersunat, awal-awal masing-masing taknak jadi terawal haha so memang Rayyan last sebab dia paling kecik. Dorang nangis sebab betullah doktor cakap, kalau macam ‘takde batang’ sangat, so sakitlah sikit nak bagi ‘kepala’ keluar, tapi kena bagi keluar lah baru boleh buat 

Depa meraung part tu je lah dengan part nak bius, lah semua takut jarum dan sakit sikit la. Rayyan pulak, mulut tu tak berhenti bunyi weh, sabo je la. Dah menangis 1 hal, lepastu sibukkk nak tengok ‘anunya’ kena potong. Tapi aku rasa kan, doktor tak bagi bius habis dengan betul sangat kot, sebab masa laser tu Rayyan still rasa panas jugak. 

Proses Bersunat Kaedah Laser 


$ads={1}

Fuhhh pengalaman weh tengok sendiri proses bersunat, yeeee qaseh tengok je la untuk pengalaman, selama ni tertanya macamana proses bersunat sebab kitonya perempuan ahahahaha. Prosesnya,mula-mula part nak bagi ‘keluar kepala’ so ibu bapa rajin-rajin kan cuci atau bahasa kg ‘leceh’ supaya takdela susah sangat atau melekat, yang lagi sakit bila zakar buta, Rayyan senang sikit sebab tak tenggelam [sorry ye for educational purpose] hahah

Next baru lah doctor cuci kekotoran dan bius dekat bawah ‘anunya’ haaa dekat sini aduhh kena pegang la sikit Rayyan sebab dia dah nampak jarum so banyakla ayat dia keluar

‘Doktor jangan guna jarum ye’

‘Doktor tipu dosa tau’

‘Doktor nanti masuk api neraka ya’

Aduh geram nak plaster mulutnya, haha tak menjadi lah trick bagi fon tu. Bila dah bius, doktor mula laserkan, aku rasa gunting lagi laju kot dari laser haha tapi yang okaynya takde lah keluar darah banyak sangat, sebab bila laser dia berhentikan proses pendarahan,yess ada baca pasal ni. 

Dah habis proses laser, doktor jahit pulak, hanya 3 jahitan. Kiri kanan dan belakang. Waktu menjahit tu mulut nya tak berhenti lagi membebel tapi dah tak sakit la, cuma Rayyan ni memang agak penakut sikit & manjooo so layankan je la. 

Dah siap semua, keluar pintu semua sengih-sengih walaupun bekas air mata masih berjejehan. Haha qaseh pun tak tahu sebenarnya kenapa Rayyan nak bersunat, sebab i tak tipu ye, i terus terang cakap, bersunat ni sakit jugak dan dia akan potong sikit kulit, tapi dia cakap okay je haha alhamdulillah semua berjalan dengan lancar 

Proses Menjaga Anak Berkhatan Laser


$ads={1}
  • Untuk awal-awal ni pastikan jangan bagi luka terkena air, lap-lap je badan diorang buat sementara waktu 
  • Balutan tu better buka awal, kalau tak ia akan jadi kering melekap pada luka, so menyakitkan. Kalau dah melekap, titis air sedikit demi sedikit bagi senang tercabut.
  • Kalau macam ada air bisa, lap dengan gauze/ kapas lembut/ putik kapas, pastikan kering sentiasa
  • Nak senang, keringkan dengan kipas. Pakai kain pelikat lagi selesa.
  • Jangan bagi anak aktif bergerak sana sini, bagi je anak berbaring, minimakan pergerakan dulu
  • Kalau doctor bagi ubat, sapukan dan makan mengikut nasihat doktor
  • Pantang makan, elakkan makanan yang menyebabkan kegatalan / alergi

Part menjaga ni, awal-awal mak-mak kena struggle sikit. Anak mula rasa pedih atau sakit tapi tak sampai tahap menangislah. Doktor bagi ubat demam/tahan sakit dan antibiotik. So jangan lupa habiskan ubat antibitik tu ye.Untuk Rayyan, doktor takde pulak bagi ubat kuning tu, sepupu dia dua orang, doktor bagi, ermm sebabnya luka Rayyan tak besar 

Tapi qaseh mintak sikit ubat kuning dengan kakak ipar, walaupun doktor cakap tak payah letak pun takpe, tapi aku ketegaq letak jugak la, sebab bila tak letak macam lambat kering. Dalam 2 3 hari je qaseh titiskan, kemudian nampak okay so qaseh dah tak sapu dah. Jangan ikut saya, saya sebagai mak Rayyan sukahati saya la nak letak sikit pun :p

So far nak jaga dia takdela susah sangat cuma part tidur tu yang geram sikit, siang hari sakit-sakit tapi malam hari kemain tido buaihhhh, maknya tidur-tidur ayam sebagai langkah berjaga-jaga. Untuk proses penyembuhan, qaseh rasa ikut atas individu / budak jugak. Rayyan seminggu jugak luka dia baru nampak kuping-kuping tapi dah boleh jalan je

Part mandi, awal-awal qaseh lap-lap je badan dia dengan kain basah. Balutan boleh bukak selepas sehari atau 2 hari, tapi better buka je dalam masa 24 jam, tu pun melekat dengan isi kulit dia yang luka, so kena basahkan sikit supaya terlerai. Haaa pedih lah sikit bila kena air

Nak tunggu luka sembuh sepenuhnya tu pun lambat jugak, qaseh perasan Rayyan tak kencing, memang syak dah dia takut. Hari ke-2 or ke-3 baru dia kencing, memang pedih dan ngilu la sikit. That’s why dia takut, tapi kena biasakan, kena ajak dia pergi kencing kalau tak dia akan tahan. 

Part gelembung tu i think makan masa jugak nak surut, boleh perhatikan dari masa ke semasa as long luka dah kering, tiada nanah, tiada air bisa dan masalah lain yang anak-anak hadapi, so tunggu je gelembung di area ‘kepala’ tu surut. Qaseh baca dalam 1-3 minggu jugak. Pantau je lah, as long anak tak sakit, tak demam atau mengadu apa-apa yang berkaitan 

Qaseh stay dekat kampung dalam 2 minggu, so dalam masa 2 minggu tu dah boleh berjalan elok, mandi sendiri, cuma setiap kali selepas mandi, keringkan sekering-keringnya. Rayyan tak bagi umi dia lap sebab seriau, so halakan depan kipas bagi kering sendiri. Selepas kencing pun sama, kena basuh bagi bersih dan lap kering. Kalau asyik basah nanti lamberttt lagi luka nak elok, boleh jadi jangkitan juga kalau always basah

Barang Yang Penting Untuk Anak Bersunat 

-Seluar Sunat

-Kain Pelikat Budak tapi kalau anak korang saiz besar pakai je pelikat dewasa

Seluar sunat tu sangat membantu ye bila Rayyan dah start boleh bergerak ke sana sini, so ‘anunya’ tak bergesel pada kain or seluar, kain pelikat pulak, berguna waktu malam or selepas mandi, nak angin-anginkan bagi kering. Disebabkan di kampung so macam zaman dulu-dulu lah, ikat tali pada kayu bumbung rumah, settle ~ 

Waktu balik ke Kl pun dia pakai seluar sunat dan seluar biasa je, dah tak rasa sakit dan ngilu. Selesa untuk perjalanan jauh. Bila dah balik sini, makin hari makin okay, sekarang pun dah boleh pakai seluar biasa. Luka dah kering sepenuhnya cuma gelembung masih nampak lagi tapi Rayyan takde rasa sakit apa-apa dah. Hope dari masa ke semasa makin kecut. 

Alhamdullillah, fasa bersunat anak lelaki dan selesai. Sangatlah lega, anak Umi dah dewasa :p fuhh panjang betul karangan saya kali ni, nanti dia dah besar boleh la baca kenangan Rayyan sendiri :p




Merasai Manisnya Ramadan bersama Oligo | Alhamdulillah, berjumpa lagi Ramadan tahun ini. Saat tiba Ramadan, kerinduan terhadap ibadah teraweh, bazar Ramadan, serta hidangan dan minuman untuk berbuka puasa dan sahur selalu qaseh nantikan tapi jangan di lupa pada mereka yang sedang menderita di sana, macam yang kita sedia maklum, rakyat Gaza masih lagi dalam pergelutan peperangan dan masih lagi ditindas 


Jom Solidariti Bersama Oligo

Dan rakyat Gaza sekarang sangat-sangat memerlukan bantuan, pelbagai berita yang menyayat hati yang tak sanggup kita tengok dan baca, sedih sangat sebab kita di sini hidup dalam keadaan normal, bahagia, cukup dengan serba serbi tapi tak dapat nak buat apa-apa 


Dengan itu, qaseh menyokong solidariti bersama Oligo, sambil membeli sambil menderma, satu inisiatif yang sangat bagus untuk di lakukan. 

Yang sudah tahu, Oligo bukan hanya dalam bentuk serbuk, tapi juga ada beberapa jenis pek yang lain di pasaran seperti dalam bentuk sachet, serbuk dan juga tin yang sedia di minum. 

Beli Oligo Sambil Menderma 

Ni mungkin hanya sedikit usaha yang kita boleh membantu mereka tapi sangat mudah untuk kita menyumbang pada rakyat Gaza dengan hanya membuat pembelian produk Oligo sama ada dalam bentuk serbuk atau yang sedia di minum (tin). Marilah kita meneruskan dan mengwar-warkan solidariti bersama Oligo ini untuk menolong rakyat Gaza

Setiap pembelian Oligo serbuk, korang sudah menyumbang sebanyak RM0.50
Untuk pembelian produk sedia di minum, sebanyak RM0.10 di salurkan kepada bantuan solidariti{alertSuccess}


Power Root Serah RM250,000 untuk Tabung Palestin

Alhamdulillah tahniah di ucapkan untuk Syarikat Power Root Sdn Bhd (Power Root) yang telah menyumbang sebanyak RM250,000 kepada Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima dalam membantu misi kemanusiaan penduduk Gaza

Sumber

Pengerusi Bersama Power Root, Tengku Datuk Setia Putra Alhaj Tengku Azman Shah Alhaj, berkata bantuan tidak terhenti setakat itu sahaja, bantuan akan diteruskan dengan kempen membeli sambil menderma. Pihak Power Root sentiasa prihatin dengan nasib penduduk di Gaza dan akan menyasarkan kempen sumbangan seterusnya itu sepanjang Ramadan ini memandangkan tiada siapa tahu bila perang Israel-Hamas akan berhenti 

Sebanyak RM1.9 Juta Diserahkan melalui 3 Organisasi Amal

Pengurus Kanan Kumpulan Media Prima, Azlan Abdul Aziz berkata, setakat ini sejumlah RM1.9 juta kutipan sumbangan bagi membantu rakyat Palestin sudah diserahkan menerusi tiga organisasi amal iaitu Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (Mercy Malaysia), Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) dan Malaysian Relief Agency (MRA)


Duta Baru Oligo, Datuk Azizulhasni Awang


Wah semangat membara la bila duta baru di perkenalkan, melalui perlantikan duta baru jaguh berbasikal trek negara, semoga dapat meningkatkan inspirasi dan semangat setiap orang. Haaa Datuk Azizul yang dah bertenaga pun memilih Oligo, so bukan pilihan yang salah untuk kita membeli produk Oligo, di samping membantu kempen membeli sambil menderma.

So jom korang kita support produk yang mempunyai sifat-sifat prihatin macam ni, yang dalam masa yang sama bukan hanya mengejar untung semata tapi mempunyai sifat kemanusiaan bukan untuk rakyat Malaysia sahaja tapi mereka di Gaza yang sangat memerlukan bantuan kita. Teruskan sokong inshaAllah dalam bantuan solidariti seperti ini ada juga ‘saham’ buat kita di sana kelak. Jom minum Oligo ! 

Tahun ini, kegembiraan bertambah sebab anak Qaseh, Rayyan masih lagi dalam fasa belajar berpuasa, itu yang membuat bulan Ramadan menjadi lebih bersemangat dan penuh kebahagiaan bersama anak-anak.

Namun, yang paling penting adalah memastikan anak-anak tetap bertenaga sepanjang hari saat mereka belajar berpuasa. Kita semua tahu betapa meletihkan bila hari pertama puasa, bukan hanya bagi anak-anak, tetapi juga bagi kita sebagai orang dewasa, terutama di tengah cuaca yang panas seperti sekarang.

Haaa apa agaknya persediaan korang untuk menambah tenaga di bulan puasa ni ? 


Jom Support Lokal dengan Oligo 

Kalau korang tak tahu minuman apa yang best dan boleh membantu meningkatkan tenaga, jom cuba Oligo, dalam masa yang sama,kita boleh support produk lokal sebab Oligo 100% milik Malaysia, dan ia sudah disahkan HALAL oleh JAKIM Malaysia.

Serious sedap Oligo ni tau korang, rasa dia pekat dan sedap. Rayyan memang suka sangat la, ia bukan hanya minuman untuk melegakan tekak dan dahaga tapi Oligo mempunyai khasiat dan manfaatnya. Bahan kandungan pun di buat dari coklat Belgian yang premium bagi memberikan rasa yang lebih sedap dan rasa koko asli. Ianya tak terlalu manis tapi lemak berkrim, lagi syiok bila minum bersama ais 

Oligo Sangat Sesuai untuk Berbuka Puasa dan juga Sahur 

Oligo Kaya dengan Nutrisi dan Mineral 

Tahukah korang antara kebaikan Oligo adalah tinggi dengan nutrisi seperti OligoFruktosa. Ia mempunyai kebaikan kalsium, oligofruktosa, vitamin B6 dan B12 yang bagus untuk tumbesaran anak-anak 

Korang bukan boleh minum macam tu sahaja tapi pelbagai menu yang boleh dibuat menggunakan Oligo, memang anak-anak akan suka dengan resepi ringkas tapi sedap ni.


Antara menu sahur yang anak-anak pasti suka :




Untuk more info :

Website: https://oligo.com.my/
Facebook: https://www.facebook.com/oligomalaysia/
Instagram:  https://www.instagram.com/oligomalaysia/
Tiktok: https://www.tiktok.com/@oligomalaysia



Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

@INSTAGRAM
Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates