• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

Dinner di The Munch Ames Hotel Melaka, Cuba Masakan Peranakan & Bbq Buffet | Assalamualaikum & holla gais, sambung cerita percutian qaseh di Melaka, bila stay di Ames Hotel Melaka ni mana nak cari tempat makan malam ? Tak payah susah-susah keluar, korang boleh makan malam / dinner di The Munch. Berbaloi tau sebab buffet so korang boleh makan dengan kenyang.

Kebetulan qaseh stay hari minggu, setiap hari Jumaat dan Sabtu, pukul 6.30 petang hingga 10.00 malam ada promosi buffet Peranakan & Bbq Dinner tapi sehingga 22 Oktober sahaja tau, so kalau korang nak rasa dan mengembara keenakan makanan Peranakan, boleh datang sebelum promosi ni tamat okie ! 

Lambat-lambat habis la der ~ 


Qaseh sebenarnya pertama kali juga merasai sendiri masakan Peranakan Baba Nyonya ni, gabungan rasa yang unik dari Cina dan Melayu, sebenarnya bila qaseh fikir Melaka je, qaseh fikir masakan diorang agak pedas ~ tapi rupanya tak pun, yang pedas tu maybe asam pedas hihi, apa yang menariknya buffet Peranakan & Bbq Dinner disini ?

Chef eksekutif hotel Ramu Suppiah dan pasukan chefnya telah mencipta menu yang terdiri dari sup, pembuka selera, hidangan panas dan pencuci mulut yang pasti akan menggoda nafsu makan korang, meh qaseh share hidangan-hidangan yang korang wajib cuba


Untuk hidangan utama, wajib lah cuba Nasi Goreng Nyonya, Udang Masak Lemak Nenas, Ayam Pongteh,  Daging Rendang Nyonya, Acar Awak, Kupang Goreng Cili Bawang, Ikan Siakap Cili Garam, Kailan dan bawang putih dan Chicken Lasagna. 









Aanak-anak qaseh susah sikit nak makan nasi, so diorang suka gila makan Lasagna Chicken tu, yaAllah sedap korang, qaseh pun suka jugak selain nasi, memang asyik repeat je hehe sorry saya yang menghabiskan semua :p 


Kat sini juga boleh menyaksikan chef-chef beraksi secara langsung, live station yang korang perlu cuba adalah Nyonya Laksa dengan Udang Galah, pheww terliur tengok udang galah fresh yang di tayang-tayang itu, selain itu boleh lihat chef buat Pizza handmade lain dari yang lain, Pizza Rendang Ayam Nyonya, Ayam Lobak dan Otak-otak Roll. 



Di seafood bar korang boleh menjamu selera with chilled prawns and mussels, fresh dari ladang ~ dan seterusnya di Grill Bbq station, jangan lepaskan pandangan korang dari Ayam Perap Portugis, Ikan Bakar Portugis dan Sotong. 







Jangan lupa mulakan makan malam korang dengan hidangan panas, makanan laut panas dan pedas atau Sup Ayam ABC yang dilengkapi dengan pelbagai roti. 


Salad-salad takde ke ? Eh mestilah ada, singgah di salad station untuk merasa Pie Tie kegemaran ramai, Nyonya Kerabu Pamelo dan Rojak Buah, sedapla kerabu Pamelo tu korang, wajib cuba tau ~ jangan ketinggalan satu pun makanan yang ada di sini heheh.



Akhir sekali, pencuci mulut yang meriah dengan pelbagai dessert dan buah-buahan, ini lah syurga makanan yang paling sedap, banyak sangat gais dessert yang ada, qaseh pun pening nak makan mana satu hihi tapi anak-anak memang suka la kek-kek yang memang menarik perhatian depa


Maniskan mulut korang dengan Tart Nenas Nyonya, Bubur Cha-Cha, Cendol, Sagu Bunga Telang dan Puding Coklat Panas dan minuman kopi,teh dan sirap bandung 








Take note ya, untuk Peranakan & Bbq Buffet Dinner ni bermula dari 30 September - 22 Oktober sahaja dan ianya hanya pada hari Jumaat dan Sabtu sahaja, so jangan terlepas peluang ini, next maybe akan di tukar dengan makanan lain pulak. Rugi la tak cuba masakan Peranakan Baba Nyonya ni, ye dak ~ 

Harga Peranakan & Bbq Buffet Dinner ( Terbuka kepada semua)

Rm98 untuk dewasa 
RM60 untuk kanak-kanak dari 6 hingga 11 tahun dan warga emas berumur 60 ke-atas 

Untuk booking boleh contact 60126982957 atau email: dine@ames-hotel.com

Untuk ketahui lebih lanjut berkenaan AMES Hotel atau tempahan boleh contact 06-318 3999 atau layari 
Website: https://www.ames-hotel.com
Facebook : https://www.facebook.com/ameshotel




Ames Hotel Melaka Review , Hotel Best di Ayer Keroh Melaka
| Assalamualaikum & holla gais, entry kali ni qaseh nak share percutian qaseh ke Melaka dan pengalaman menginap di Ames Hotel Melaka selama 3 hari 2 malam, jadi mungkin entry ni agak panjang sebab qaseh nak share segenap ruang yang ada di Ames Hotel ni supaya korang turut terpegun dan tak sabar nak stay di sini.


Mungkin ada yang dah tahu, dan mungkin juga yang belum tahu tentang Ames Hotel ni, sebab Ames Hotel lokasinya bukan di kawasan bandar tau, ia terletak hanya 5 minit dari tol Ayer Keroh di luar Lebuhraya Selatan 

Kali pertama juga qaseh bercuti luar kawasan bandar tapi best juga sebab jauh dari hiruk pikuk bandar, so kali ni nak tenang-tenang je di hotel, sebab semua dah ada, makanan pun sedap gila dan sebenarnya walaupun jauh sikit dari bandar tapi Ames Hotel Melaka ni berdekatan dengan beberapa lokasi pelancongan yang menarik di Melaka, nak tau apa ? Tunggu ! Penghujung cerita qaseh akan share 

Jom Check In di AMES Hotel Melaka

Lobby Ames Hotel, nampak mewah dan modern

Qaseh gerak dari rumah dalam pukul 9 kot, awal tak kalut orang kata kan, sempat jugak singgah sana sini, then qaseh sampai hotel dah dekat pukul 3 jugakla, senang boleh terus check in je, dan proses untuk check in sangat lah cepat, hanya bagi IC dan no plat kereta, then dapat nombor bilik dan kad, staff receptionist pun peramah dan tak lokek dengan senyuman, kita boleh rasa diri ni dialu-alukan walaupun pakai selekeh-selekeh je haha tiber kan, tapi itu yang paling penting. Mat salleh kata first impression ~ 

Baca juga : ada kisah Menjelang Maghrib {alertInfo}


Dah, jom qaseh tunjuk bilik kami sekeluarga untuk 3 hari 2 malam, di sebabkan anak dah dua, kami stay di connecting room, Deluxe King Room dan Deluxe Twin Room, tapi kalau korang taknak stay connecting room, Deluxe King Room memang sesuai untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak sebab katil dia memang besar dan bilik luas 


Bila anak-anak dah dewasa lagi best stay di connecting room kan, boleh lah berdua-duaan gituu, qaseh tengok setiap bilik di Ames Hotel Melaka ni memang dilengkapi dengan kemudahan yang lengkap dan ada bathtub, wow satu kegembiraan buat anak-anak, diorang memang suka lah berendam dalam bathtub 

Bab parking korang jangan risau tau, boleh parking area depan hotel atau pun basement, kami parking area depan hotel je, senang nak keluar masuk, padahal takde pergi mana pun.

Deluxe King Room - Untuk 2 dewasa 2 kanak-kanak

Katil king ni memang lebar, muat 2 dewasa, 2 kanak-kanak

Gambar kenang-kenangan walaupun Rania tak bagi kerjasama 

Masuk-masuk je bilik, wow memang nampak eklusif dan mewah, katil king memang besar, agak tinggi dan empuk, i think 3 4 orang pun muat ~ terus landing jap melepaskan lelah aaaa selesa sangat, qaseh suka dekorasi bilik ni tak over dengan hiasan, sebab qaseh ada anak kecik tengah melasak jadi risau if terpecahkan barang like pasu ke apa kan, but no worries nothing yang boleh mereka capai, tv led pun tinggi dan built in di dinding 

Ruang santai-santai minum kopi update status

Writing desk, disediakan buah-buahan, ada menu juga untuk korang order makan jika tak mahu keluar bilik

Walaupun bilik ni beralaskan karpet tapi tiada bau-bau yang kurang enak, aircond function well dan sejuk sangat, lampu pula suram dan romantik gitu, apa lagi, terus rasa mengantuk hehe. Jika korang nak tahu tentang view, qaseh dapat bilik yang mengadap pokok-pokok, i think about view not really wow, biasa-biasa je, alah tengok je la muka laki, lagi hensem haha 

Pemandangan langit membiru dan pokok-pokok

 Oh taknak kalah , nak jugak ootd kat sini macam umi haha 
Kemudahan semua cukup lengkap, ada iron & iron board, mini bar, safety box, pertama kali juga qaseh stay hotel yang ada penimbang berat badan, qaseh rasa korang mesti akan makan banyak di hotel so bawak-bawak sedar diri untuk timbang lalu pergi ke GYM haha, also ada torchlight, flat screen tv with satelite, hair dryer, toiletries, tea & coffee, free 2 botol air mineral, closet, writing desk dan semua basic kemudahan yang ada. Oh ye, WIFI laju sangat, save je data korang, guna wifi hotel heheh

Ruang masuk ke bilik, tepi kanan ada cermin closet, so dalam tu ada iron dan iron board dan bathrobe sepasang 

Penting ni ada nescafe and tea di ruang ni, dan free 2 botol mineral water

Idd telefon at side table 

Deluxe Twin Room Untuk Anak-anak 

Datang hotel pun layan kartun jugak haa 

Katil agak tinggi, if anak korang tidur lasak, sediakan apa-apa kat bawah takut jatuh katil pulak, letak je bantal keliling tau


Bilik deluxe ni sama je keluasan 31 SQM dengan Deluxe King, overal semua sama yang membezakan adalah katil, Deluxe Twin Room ada 2 single bed, kemudahan juga semua cukup dan lengkap dan ada bathtub juga.


Bathroom Bersih dan Selesa

Bathroom bersih je, so 10 bintang di sini, qaseh tak suka bathroom berbau dan tak bersih hehe


Design bilik air memang nampak mewah, simple tapi ekslusif lengkap dengan AMES toiletries yang ekslusif  dan tuala, cantik kan bilik air dia, cermin besar dengan cahaya lampu led, memang auto cantik tau bila tengok muka sendiri di cermin ni

Bilik air ni dihiasi dengan kemewahan marmar Carrara , yang bestnya ada cermin kaca tembus antara bilik dan bilik air, tapi korang jangan risau, ada tirai yang boleh ditutup.





Qaseh suka konsep macam ni, senang nak pantau anak-anak berendam dalam bathtub, takdelah tercongok nak tunggu depa duk main air kan ! Sangat sesuai lah juga untuk bff trip, bukan fokus untuk couple atau pun family sahaja. Jangan lupa bawak bath bomb ya ! Boleh blup blup dalam bathtub hiks



Breakfast, Lunch & Dinner di The Munch All Day Dining




Bila stay sini rugilah tak include breakfast gais, anak-anak dah ajak mandi kolam tapi kita breakfast dulu di The Munch , so lunch dan dinner pun kat sini juga, ada pelbagai hidangan buffet breakfast, lunch dan dinner. Haritu sempat qaseh merasa Peranakan & Bbq Buffet Dinner dan TUNCH, haa apakah itu ? Next entry qaseh share ye. 



Rindu pulak dolce latte di Ames Hotel Melaka ni, jangan lupa tau menikmati kopi aromatic, teh Dilmah, kek dan juga pastri di ruang istirehat 

Jangan lupa try puding roti tu, sedap !

Scenic Pool 

Kedalaman air untuk dewasa ni memang paras tengkuk qaseh (tinggiku 158 je)
Dah kenyang breakfast marilah menggembirakan anak-anak, rasa macam dah lama jugak tak mandi kolam, kolam renang kat sini terbahagi kepada dewasa dan kanak-kanak tapi swimming pool kat sini takde la besar sangat, just nice. Ini salah satu kegembiraan anak-anak so layankan aje lah ~ ada locker, kerusi dan towel disediakan di swimming pool



Katanya swimming pool sini tak de klorin tau, mereka menggunakan garam, thats why qaseh rasa macam kurang pedih mata bila berendam hari tu, lepas dah mandi korang boleh salin pakaian disini tapi if tak nak bawa pakaian pastikan keringkan diri dulu sebelum masuk hotel 

Pilih Gym atau Ternak Lemak ?


Bagi yang terbiasa dengan rutin pergi gym jangan risau kat sini pun ada gym untuk korang men sado kan diri, so sambil-sambil bercuti korang tetap boleh bersenam, i tak suka sangat pergi gym, lebih suka menternak lemak ahahah

Jom ke Bulan ~ The Moonbar at Rooftop 


Di tingkat paling atas ada rooftop dan disitu terletak Moonbar, boleh la kalau korang yang muslim nak lepak-lepak je, borak-borak dengan kawan-kawan meluahkan perasaan aa tiber, ada bar untuk non muslim, but no worries korang boleh lepak atas ni sebab ada open space untuk chill-chill , gosip-gosip gitu, tapi makan di The Munch Halal Restaurant

Layan perasaan di bulan ~ 

Harap luahan perasaan aku bersama atie dan nad tempoh hari kekal rahsia, part sirap tu jangan kecoh-kecoh k, malu iols hahaha

Jenis Bilik Yang Ada di Ames Hotel Melaka

 

Hotel ni mempunyai 298 bilik tetamu dan juga Presidential Suite dengan tawaran Merchant Lounge yang memberi faedah ekslusif seperti sarapan percuma dan minuman sepanjang hari untuk guest suite, bila qaseh masuk bilik Merchant Lounge rasa macam wow sangat tapi bila masuk Presidential Suite lagi WOW 10 kali ganda, mana taknya memang luas gila dan ada macam-macam, dah macam ada hotel di dalam hotel gitu 
  • Deluxe King 
  • Deluxe Twin 
  • Deluxe Garden King
  • Deluxe Garden Twin 
  • Merchant Suit
  • Presidential Suit 


Nanti next entry qaseh share bilik-bilik yang ada tau ~ sebab dah panjang sangat dah ni, bosan pulak korang nak scroll hihihi, tapi seriously memang lawa sangat presidential suit ni korang ~ bak kata Nad, kalau stay bilik ni kena jalan mengensot, manfaat kan semua ahahahaha 

Check Out Time ~ 



Hari ketiga sebelum checkout qaseh breakfast dulu untuk kali terakhir, alhamdulillah overall qaseh ada pengalaman yang best kat sini, everything smooth and okay, layanan staff sangat bagus, makanan semua sedap, i love their coffee walaupun qaseh ni bukan la coffee lover sangat but i enjoy sangat weekend staycation kat sini, memang terbaik 

Repeat ? Of course ada rezeki ada peluang, panjang umur ke Melaka, will repeat again, tq Ames Hotel Melaka. 

For info : Hotel ini merupakan ahli LSL Hotel Group yang merupakan cabang hospitaliti Sheng Tai International Sdn Bhd, sebuah pembangunan hartanah terpelbagai, Ames Hotel diuruskan oleh Alorie Hospitality, pakar pengurusan hotel yang berpengalaman dengan portfolio hartanah bertaraf dunia di seluruh negara.

Tempat Menarik berdekatan Ames Hotel Melaka 
  1. Melaka Zoo
  2. Night Safari
  3. Taman Burung Melaka 
  4. Ladang Buaya dan Reptilia
  5. Muzium Lebah
  6. Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka

AMES Hotel
Jalan Pkak 2, Pusat Komersial Ayer Keroh, 75450 Malacca
Phone: +606 318 3999
sales@ames-hotel.com

Untuk maklumat lanjut mengenai Hotel Ames dan tempahan, sila hubungi 06-318 3999, atau layari  Website : https://www.ames-hotel.com
Facebook : https://web.facebook.com/ameshotel
Instagram : https://www.instagram.com/ameshotelmelaka



Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates