• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

Assalamualaikum
Buffet Ramadan Ancasa Residences Port Dickson | Qaseh sebenarnya eksited dan tak sabar sangat nak berbuka puasa di Ancasa Residences Port Dickson ni dengan tema Warna Warni Ramadan, nak tau tak sebab apa ? Haaa qaseh dah lama mengidam nak makan masakan nogori, orang cakap masakan nogori ni memang sedap-sedap ! 
 

Dan akhirnya qaseh dapat jugak merasa, yaAllah memang sedap tau korang, tak rugi buka puasa kat sini, memang berbaloi dengan harga, rasanya dah cukup murah dah nak di bandingkan dengan kesedapan hidangan buffet ramadan kat sini, tak tipu tau, boleh dikatakan semua sedap. Terbaik air tangan chef-chef kat sini.
 
Jadi korang, suami-suami bolehlah belanja isteri dan keluarga datang buffet ramadan kat sini, dah penat lelah isteri memasak, kadang-kadang reward macam ni memang sepuluh tahun para isteri akan ingat tau :p so meh qaseh kongsikan apa yang menarik dan akan memikat selera korang semua haaa 
 
Di buffet ramadan Ancasa Residence ni terdapat 18 station yang korang boleh nikmati, banyak tu ! Dan yang bestnya terdapat live station juga tau, so korang boleh order dan chef akan masakkan depan mata gitu, makan panas-panas baru syok kan ~ 


Uniknya disini, Chef Yohanis dan pasukan akan menyediakan 4 hidangan menu yang akan bertukar setiap hari, haa so kalau korang stay sini 3 hari 2 malam boleh ber buffet ramadan 2 hari kat sini dan dalam 2 hari tu korang akan rasa menu yang berlainan, aaa jadi takde la bosan makan hidangan yang sama, tambahan pula korang boleh cuba pelbagai hidangan menarik.
 

Bagi orang kampung macam qaseh yang selalu mendambakan ulam-ulaman aaa tak perlu risau, masakan kampung sentiasa ada, banyak ulam-ulaman, ikan masin dan pelbagai jenis hidangan kerabu

Sedap juga : Sayur Masak Lemak {alertInfo}
 



Haritu kan, qaseh ulang banyak kali kambing kawah hahaha sedap weh, rasa macam kenyang dengan kambing kawah je, kambing kawah ni kambing panggang/bakar dalam kawah haaa gitu, lepas tu korang wajib cuba masakan special nogori, Tempoyak Daun Kayu, yaAllah sumpah sedap, qaseh tak pernah rasa tau sebelum ni, btw takut juga nak rasa sebab risau pedas sangat tapi tak pedas pun dan kesedapannya itu tak dapat digambarkan haha eh cuba tau ! 
 

Menu Utama di Buffet Warna Warni Ramadan 
 
So, menu utama kat sini adalah 
Nasi Briyani Taj Mahal
Daging Gulai Kawah Berkentang
Ayam Rendang Minang Daun Maman
Ikan Tenggiri
Nyonya Kari Terung
Seafood Brastagi
Tempoyak Daun Kayu
Telur Goreng Masak dan Kicap
Sambal Tauhu Ikan Bilis
Ikan Asam Rebus dan Dalcha Sayur. 












Live Station Yang Wajib Dicuba ! 
 
Antara live station yang ada adalah 
Rojak Mamak Padang Kota
Sup Doraisamy
Yong Tau Foo
Noodle Soup
Seafood BBQ
Satay Ayam
Roti John
Roti Jala
Murtabak
Kambing Kawah dengan pelbagai hidangan sos
Char Kuey Teaw
Pasta, Waffle dan Ice Cream
Ais Kacang, Apam Balik
dan buah-buahan. 











Segarkan pula dengan variasi minuman seperti Ais Batu Campur, Nescafe Ais, Sirap Selasih, Bandung Cincau, dan Teh Tarik. 
 
Aneka Pencuci Mulut 
 

Tak sah lah kalau takde pencuci mulut kan, memang banyak sangat pencuci mulut yang dihidangkan hingga juling biji mata nak pilih yang mana eh boleh je pilih semua sebab segala hidangan ni memang dipersembahkan untuk pelanggan aaa gitu. 
 
















Pencuci mulut pun sedap dan cair dalam mulut, siap ada kuih raya , kuih-kuih tradisional, Assorted Jelly, Dodol, Bubur Manis, French Pastries, dan pelbagai hidangan Puding. 
 
Buffet Sahur Pun Ada ! 














Oh ye, bukan hanya ada berbuka puasa secara buffet tapi sahur pun korang boleh ber buffet juga, buffet sahur bermula pada pukul 4, so korang boleh lah set jam siap-siap tau! Jangan tak bangun pula almaklumlah staycation di Ancasa Residences Port Dickson ni memang mengkhayalkan haha so jangan terlepas sahur. 
 
Harga Warna Warni Buffet Ramadan di Ancasa Residences Port Dickson
 
Buffet Ramadan di Ancasa Residences Port Dickson bermula dari 5 April hingga 1 May 20200
 
Harga : 
RM68 nett per adult
RM38 nett per child dari umur 6 - 12 tahun dan warga emas berumur 60 keatas
Kanak-kanak berumur bawah 6 tahun adalah percuma. 

More Info :

Website : www.ancasahotels.com
 
Ancasa Residences Port Dickson
Batu 81/2,
Jalan Pantai,
Teluk Kemang,
71050 Port Dickson,
Negeri Sembilan.
Tel : 06-6627288
Fax: 06-6627900



 

 

 
 
 Assalamualaikum,
 
Alhamdulillah hari ni dah hari ke 16 kita berpuasa, dalam bulan Ramadan ni lah kita boleh ambil sebanyak-banyak pahala dan berbuat banyak kebaikan, inshaAllah semoga Allah redha, harap Ramadan tahun ini lebih baik dari tahun sebelum-sebelumnya dan jangan lupa pada mereka-mereka yang tidak berkemampuan
 

15 April, qaseh berkesempatan meraikan Majlis Berbuka Puasa Bersama Yayasan Anak-Anak Yatim Piatu Islam Daerah Port Dickson di Ancasa Residences Port Dickson. Sempena bulan Ramadan, bulan yang baik ni bolehla kita ambil kesempatan untuk meraikan mereka yang tidak bernasib baik, sharing is caring kan.
 
Alhamdulillah majlis dimulakan dengan doa selamat, turut hadir pada Majlis tersebut adalah Encik Azrudyn Rashid, Naib Presiden Eksekutif/ Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Pengurusan Aset Kumpulan, UDA Holdings Berhad, Encik Shah Azam Khan, Naib Presiden Kanan, Ketua Hospitaliti, Ancasa Hotels & Resorts, Encik Baharin Baharuddin, Pengurus Besar Ancasa Residences Port Dickson dan Encik Mohd Rajib, Pengurus Operasi Ancasa Residences Port Dickson.
 

Lebih kurang 35 orang anak-anak yatim piatu dan ditemani oleh 10 orang penjaga telah dijemput di Majlis Berbuka Puasa tersebut dan dijamu dengan pelbagai hidangan kegemaran tradisional yang sedap dan menarik di buffet ramadan yang bertemakan Warna - Warni Ramadan, tak lupa pencuci mulut yang sangat sedap disajikan oleh Chef Eksekutif Yohanis dan pasukan.
 





Happy tengok muka anak-anak suci ni makan dengan gembira ditambah hidangan yang memang sedap. Terbaik pihak Ancasa Residences Port Dickson, majlis memang meriah dan berjalan lancar
 
Majlis diteruskan dengan sesi penyampaian duit raya berjumlah RM50 serta baju raya yang bernilai RM250 diberikan kepada setiap seorang dan juga goodies bag cenderahati setiap seorang. Semoga sedikit sebanyak dapat menggembirakan mereka dan raya kali ni lebih bermakna, inshaAllah walaupun tiada mak / ayah, mereka dikelilingi oleh orang-orang yang baik dan semoga sentiasa dilindungi. 
 




Akhir majlis disudahi dengan aktiviti bergambar bersama, tahniah sekali lagi buat pihak Ancasa Residences Port Dickson kerana telah menjayakan majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim piatu, dalam kegembiraan tidak dilupakan pada mereka yang kurang berkemampuan, at least memberi seribu satu rasa buat anak-anak ini. 
 

Terima kasih juga beri peluang kepada qaseh dan team blogger yang lain untuk sama-sama meraikan mereka.
 
More Info :


Website : www.ancasahotels.com
 
Ancasa Residences Port Dickson
Batu 81/2,
Jalan Pantai,
Teluk Kemang,
71050 Port Dickson,
Negeri Sembilan.
Tel : 06-6627288
Fax: 06-6627900
 
Assalamualaikum,

Alhamdulillah, hari ni nak share untuk kenang-kenangan, biasalah pertama kali anak sekolah,mak mana yang tak eksited aaa gitu, so hari ni nak share hari pertama Rayyan masuk PRA Sekolah, btw Rayyan dan 6 tahun, qaseh takde bagi dia masuk tadika pun sebelum ni, bukan saje tak bagi, sebenarnya dah daftar pun tadika dah siap bayar deposit dah tapi tahun lepas tu memang kes mencanak naik, sekolah pun sekejap bersemuka sekejap pdpr kan, so last-last qaseh tak hantar, deposit pun burn

Takpelah, jauh lagi perjalanan, so 5 tahun ni memang waktu dia banyak main-main, oh ye waktu 5 tahun ada jugak isi pra-sekolah tapi tak dapat, sekolah area ni memang ramai yang mohon, so kita cuba untuk 6 tahun, alhamdulillah dapat PRA Sekolah, qaseh hantar PRA sebab nak biasakan dia dengan sekolah kebangsaan ni, nanti inshaALLAH darjah satu pun sekolah sini je, suka sekolah ni cantik dan baru lagi
Sehari sebelum, buat test dulu,pastikan anak-anak sihat supaya tak mengjangkiti orang lain, even selsema biasa pun better jangan pergi sekolah ye

So ya, qaseh tak risau bab dia nak sekolah sebab memang lama dah Rayyan eksited nak pergi sekolah, orang kata memang takdelah bab drama air mata tu, kejut pagi pun senang, maklumlah tak sabo-sabo nak pergi sekolah, alhamdulilah senang kerja Umi

First day, blur-blur lagi, nasib baik sekolah dekat rumah je so senang Umi memang jalan kaki je lah hantar dia, tapi minggu ni abah dia banyak hantar sebab abahnya cuti, ahh lega Umi, ahaks. Mula-mula hantar sekolah kan, masuk je pintu pagar eh menonon je dia pi ikut budak darjah 1, mula-mula tak perasan, lepastu laki cakap, nape Rayyan pergi ke bangunan lain, padahal semua budak PRA ke bangunan lain, haaa sudah ! Pastu laki pergi bagitahu cikgu yang ada di pintu pagar tu, then cikgu kata okay jangan risau.
 


Ermmm aku memang tak boleh lah, terus risau mana tahu sesat tah mana-mana pergi, balik rumah terus mesej tanya cikgu kelas dia, Rayyan ada ke tak sebab tadi dia pergi ke arah lain, then cikgu dia cakap, ada, dah sampai.. huh lega Umi, adohaaa sabo je lah budak bertuah ni. Alhamdulillah, semua di permudahkan 
So hari ni dah hari ke 5, semua setakat ni takde masalah, hari-hari eksited nak pergi sekolah, balik macam-macam bercerita, buat apa kat kelas, makan apa, blablabla ~ tapi hari-hari kena pesan, jangan gaduh-gaduh, jangan ikut orang tak kenal, dengar cakap cikgu~   

Yang  bestnya Umi tak perlu lagi  buat bekal kat dia, sebab makanan semua free je, waktu pagi masuk kelas memang akan breakfast dulu sebelum belajar, bekal air semua pun tak perlu bawa sebab semua disediakan, okay terbaiklah, semoga Rayyan diterangkan hati untuk terima segala ilmu, mudah ingat, mudah belajar, senangkan kerja cikgu dan dijauhi dari Covid-19.
So ni fail untuk di bawak ke sekolah, pensil warna, alat tulis dan 1 persalinan untuk disimpan kat sekolah, mana tahu terkucil kan, so tu je, aku tengok memang semua budak bawak fail sama je haha sebab ni yang cikgu suggest, tak bagi bawak beg sekolah, takdela beg-beg smingle bagai tu ek :p 

So ya hari pertama tu, tak sempat balik rumah dia dah cerita, besttttt sekolah, ada nyanyi-nyanyi, koyak-koyak kertas, makan blablabla sewaktu dengannya haha semoga terus gembira pergi sekolah ye, panjang lagi perjalanan awak, semoga dilindungi Allah selalu dan diberikan kesabaran buat cikgu-cikgu Rayyan. Ameen :) 

Perasaan Umi of course la mula-mula risau sangat sebab dia selama ni duk rumah je, hari-hari gaduh dengan Umi, kadang sangat sensitif dan manja, tak boleh dibawak bergurau kadang-kadang haha tapi syukur dapat bawak diri, biasalah mak-mak first time happy, gelisah je tunggu dia balik rumah, bila dah balik tu lega sangat hehe, so yaaa tu je lah kenangan pertama kali Rayyan sekolah. Tq yang membaca, ehek :) Now, faham perasaan mak-mak yang mula hantar anak ke sekolah. 

Napelah cepat sangat besar ek, Umi rasa awak ni macam baby lagi haha gitulah emm nanti Rania pulak ~ aaa anak perempuan lagi risau ;p

                                                                                                  


Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates