• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

Assalamualaikum , alhamdulillah 26 April tempoh hari segala yang di rancang KelabBloggerBenAshaari berjalan lancae dengan meriahnya , qaseh pun turut rasa happy tengok kegembiraan di wajah masing-masing , penuh dengan gelak ketawa je , sebabnya lawak betul bila blogger main game , haha rupa-rupanya pandai jugak main game eh ingat kan pandai menaip je , hihihi mestilah pandai , blogger bukan sekadar blogger kan .. so qaseh nak cerita sedikit sebanyak aktiviti2 sepanjang berada di Tasik Komuniti Taman Tasik Cyberjaya yang penuh dengan kemudahan-kemudahan yang orang kata memang terbaik la , tempat pun bersih dan tenang je ..

7.00-8.00 pagi 
Sesi pendaftaran dan sarapan pagi 

8.00-9.00 pagi 
Taklimat dan bacaan doa oleh blogger abg huszaini , dan sedikit taklimat oleh blogger abg lan careno dan selepas itu barulah aktiviti - aktiviti bermula jeng jeng jeng 


SENAM AEROBIK 
sebelum kita lakukan aktiviti berat haruslah panas kan badan dulu , senam aerobik di ketuai oleh blogger Fatin Bella , dan dayang - dayang blogger Boni Kacak dan blogger Encik ST , betapa bestnya senam aerobik hinggakan boni jatuh kat celah-celah pentas tetiba , haha nak buat havoc pun agak2 la boni , jangan sampai sakitkan diri anda sendiri ok 



GOLF 
Aktiviti kedua pula , bermain game orang kaya , tu diaaa nampak senang je main game ni kan , tapi rupanya susah baq ang , kena tonggek punggung sikit opssss , pastu hayun la sekuat hati bagi bola golf tu kena pada sasaran , tapi part main golf ni memang lawak gila la , confident je hayun kayu golf tapi bola tetap di tempat yang sama , haha takpe takpe confident tu kan penting , hahaha ... papepun nasib baik gua tak pukul angin , skurangnya bergerak la jugak bola tu , kuwang-kuwang ..

jangan tertipu ini semua dusta ~ 

ini tak dusta , hebat jugak pukulan gue .. sampai tak beralih mata melihat bola itu pergi entah ke mana ~ 

BADMINTON
Aktiviti ketiga pulak badminton , alahhh game senang camni je pun semua orang boleh main kan , tapi bosan jugak kalau main sungguh-sungguh ni , so game badminton kali ni rare sikit , haaa ni idea sape la ni , tak lain tak bukan idea ahmad maselan eh eh , haha gurau je , idea kepala pengat Ben Ashaari la , so game kali ni hanya menggunakan 1 raket sahaja ye dalam satu team ye anak2 , dan satu team ada 6 orang ... so passing la raket tu sampai terjatuh ke ape ke , asalkan dapat smash bulu tangkis tu haha , enjoy je tengok diorang main sampai tergolek 



GO KART 
Aktiviti seterusnya ialah go kart , ni game yang ditunggu - tunggu oelh blogger sekalian barangkali , qaseh tak main pun sebab takut la plak tetiba walaupun teringin nak main haha , ishh nyesal gue ... papepun memang syok main go kart ni , kalau tak syok takdenya blogger-blogger laki yang kacak lg macho sanggup amek turn bini nak bergo kart lagi sekali , haha dah naik angin kata orang .... terbaikla Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya ni , macam-macam ado . 




lepas ber go kart semua , tibala masa untuk makan , rehat kan diri dan solat sebentar .. sesi mengenyangkan perut memang thorbaik di BAYOU CAFE yang terdapat di Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya ni .. haaa nanti qaseh review tentang cafe ni ok , nah belanja dlu 2 keping gambar di Bayou Cafe ,, makanan memang fulamak sedak sengoti 




PAINTBALL
Aktiviti last selepas mengenyangkan perut  , paintball .. game ni pun memang lasak dan ganas , tapi takdela sakit sangat pun kalau kena tembak , lebam sikit je .. haha gue pernah kena shoot kat kepala ok .. tu yang makin biol sikit hehehe takdela xsakit pun , ermm tak sakit .. :p , 

sedap buah ni , jumpa atas pokok .. 

semua muka gembira sebelum kena tembak , lepas kena tembak sume muka macam ada dendam tersembunyi , jaga-jaga penembak dalam diam , mungkin anda sudah di dendami ... hi hi hi hi hi 

Akhirnya semua berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah , terbaikla kelabbloggerbenashaari , inshaaAllah satu hari nanti ada lagi aktiviti-aktiviti yang lagi menarik , dan inshaaAllah akan di buka kepada umum supaya lagi meriah , yahooooo ... thanx a lot buat abg Ben Ashaari , Ajk yang terlibat , blogger2 kelabbloggerbenashaari yang sporting dan happening , keep it up ! dan of course buat penaja - penaja terutama orang kuat Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya , Cosmoderm ,



nad , orang kuat Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya 
lepas ni dia pun akan bukak blog , inshaaALLAH , blog typosampaimati.com haha

thanx a lot buat penaja-penaja kelabbloggerbenashaari , semua penaja hebat-hebat , rasa terharu sangat di bawah kelabbloggerbenashaari 

www.yeos.com
www.cosmoderm.com.my
www.crazycrunchy.com/pengedar
www.natalia.my
www.stampnprint.blogspot.com
www.cyberview.com
facebook.com/kelabkomuniticyberjaya
https://www.facebook.com/azwarkamaruzaman94
















Assalamualaikum
Tempoh hari ada laaa kaksue izza mak tiri ku meng share satu video ni , kalau kaksue yang share mestila pasal masak - masak , jadi di sebabkan video tu comel sangat , try la buat hari ni , sebab bahan dia memang sangat mudah dan simple sgt .. 


Bahan - bahannya 
Roti sandwich - potong segi empat sama
Sos cili untuk bagi rasa 
Daging cincang / sosej 
Telur - masak separuh
Cheese 
Daun bawang 

Cara-cara 
Masuk kan roti dalam bekas comel2 tu lepastu bentukkan jadi bunga atau skreatif korang , masukkan daging cincang , masukkan telur separuh masak ke atas daging tu , lepastu tabur cheese , dan last sekali masukkan daun bawang ..





Haaa begini lah rupanya selepas di masukkan semua bahan tadi , tangan xde seni so nampak buruk je khennnsss , haha lantaklaaa ~ lepastu masukkan le dalam oven 150° selama 15 min , tunggu la iaaa masak dan naik dengan berserinyaaaaaaa ..


Tadaaaa beginilah hasilnya , boleh makan dengan sos , or black pepper , semestinya ni breakfast sihat punyeeee .. Amacam omeiii dan nampak sedap kan , yukkkkk try !
Assalamualaikum , semalam saje lepak damansara empire teman membe ade hal , so teman la dia , motif nya sebab qaseh lapar haha so dah keluar mestila cari makan , tapi empire damansara ni memang smart la tempat dia , qaseh suka betul tempat yg penuh dgn design dan art yg smart - smart 

Jadi disebabkan lapar , qaseh pilih restoran Metal Box , jenuh jugak mencari restoran sebab qaseh suka tengok design dulu baru tgk makanan , hahaha sebabnya of course laa nak masuk gambar dalam instagram okey 





Sape yang sukakan pasta , boleh la datang makan di sini , sedap jugak masakan dia , memang sedap la .. Perghhh meleleh qaseh oder ape ntah dah lupa la pulak nama nya , tengok je la gambar kat bawah ni yee

 Pasta Oglio Olio 


Qaseh oder beef ape la , alaaa lupa nama tapi sedap , betul2 rasa beef tu .. 

Deco di atas meja makan , haa air tu air masakk ye , comel dan cute je botol tu 



Ada jual cupcake yg comel2 jugak di kaunter pembayaran , smart je decoration nya , ai loike , suasana pun aman damai hehe papepun decoration setiap restoren penting jugak sebab itu akan menarik setiap pelanggan , tapi yang lagi penting masakan , dan servise harusla terbaik .. Haaaa datang la kat sini peminat2 pasta .. 

 Adios byeee
Assalamualaikum
Lagi beberapa hari , Kbba akan membuat aktiviti blogger's day di Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya pada 26 April 2015 , tak sabar rasanya sebab dah lama tak berkumpul ramai - ramai macam ni , tapi kenapa di Tasik Cyberjaya ? Haaa kat sini memang banyak kemudahan dan aktiviti yang ada ..


Qaseh tahu kewujudan KKTC ni masa main game paintball tempoh hari , haa rasanya ramai jugak tak tahu tempat ni padahal KKTC ni banyak aktiviti menarik yg korang boleh join , 



KKTTC telah wujud sejak 2006 lagi dan mempunyai banyak fasiliti atau kemudahan untuk bersukan seperti driving range , gelanggang tennis , paintball , sirkit go kart , kolam mandi , gelanggang futsal , gymansium , studio menari , gelanggang badminton , squash , dan basketball. Disini juga anda boleh membuat tempahan untuk mengadakan majlis majlis tertentu seperti perkahwinan dan mesyuarat perniagaan.
Bagi mereka yg ingin menempah atau mengadakan perkahwinan di sini , amatlah bersesuaian sangat sangat. Keluasan serta ruang parking kereta yang mampu menampung hingga 500-700 pengunjung pada satu satu masa..  Catering juga boleh terus ditempah disini. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut , boleh hubungi  03-8318 0008atau tengok sendiri di instagram KKTTC , @kelabkomuniticyberjaya.
Tentang BLOGGER’S DAY OUT  ( KBDO) ni .. Seramai 100 blogger akan sertai aktiviti yang telah dirancang seperti golf , badminton dan paintball. Tapi game-game ni telah diubah konsepnye , haaaa mesti lagi menarik eee tak sabar plak , apa-apa pun ini aktiviti pertama dan trbesar bg KBBA jadi tidak di buka kpd umum , inshaaAllah next event akan trbukan kpd semua tapi sesiapa yg sudi datang untuk berkenalan dan bergather-gather , sangat2 di alu alukan ... 
Antara penaja rasmi KBDO 2015 ini ialah :
Cyberview cyberjaya www.cyberview.com.my 
Cosmoderm www.cosmoderm.com.my 
Yeos Malaysia www.yeos.com.my 
Stamp N Print Enterprise www.stampnprint.blogspot.com 
Natalia www.natalia.my

Thanx semoga berjalan lancar dan anda semua dijemput hadir bg memeriahkan suasana.
Assalamualaikum , peminat steambot sila sediakan buku atau apa2 utk catit alamat maharaja steambot ni sebab rugi kalau tak pergi , sebab apaaa rugi tu ermmm ermm baca la sampai habis ok .. meletop letop gitu ..




Qaseh sememangnya penggemar steambot sangat-sangat, qaseh ni bukan la seorg yang kuat makan sangat pun , tapi kalau dengar je pasal steambot memang laju betul terbang ke sana .. kali ni qaseh try di Restoran Maharaja Steambot yang terletak di Selayang bersama geng #KELABBLOGGERBENASHAARI, btw restoran ni bukan hanya menekankan masakan steambot shj tetapi makanan ala carte yang sangat sedap , seperti Nasi Lemak , Roti Bakar yg menggiurkan , sup terangkat perghh meletop-letop , bihun sup, mee goreng , kambing panggang , perut pun hadoo dan banyak lagi lah .. meh tgk gmbr dulu , baru boleh membuktikan segala2nya ok

Dari segi harga haaa kat sini ada pakej untuk sarapan pagi , tengahari dan juga malam .. untuk pagi Rm9.90 satu kepala , tengahari Rm11.90 dan malam rm23.90 .. apa yg ada dlm pakej2 ni haaa tu kena datang sendiri okeh.


Antara nya ada nasi kuning bersama dengan Asam Pedas ikan Kembung , dan juga Gulai Ikan sembilang .. 

Ada nasi lemak comel-comel ni haaa ..

Ini sangat rekemenkan kepada anda semua , wajib try .. sup di restoran maharaja steambot ni sangat sedap , haaa makan je sampai buncit ok..


 Menu wajib lagi harus lah roti bakar ni , eh camne buat sampai rasa dia jd sedap cenggini .. eh eh bak resipi hehe .. thorbaik roti bakar nya haaa ..


Tuan punya kedai ni , hensem dok uishh perut tu hensemm sangat hehe .. sape suka perut boleh dtg sini , jarang ok nak jumpa perut ni haaaa kat mana2 .. 


Kemudian kita beralih ke pakej steambot kegemaran daku .. yummy2 , kalau korang tak tahan sangat mengidam steambot di petang hari .. boleh datang ke sini .. tapi waktu siang hanya ada bebola2 comel .. meee macam tu aje .. sebab tu harga nya berlainan di sblh malam ...



Waktu malam baru ada di sediakan makanan laut seperti ketam , lala , ayam , daging dan banyakk lagi ... satu kepala Rm23.90 






Ini lah owner restoran maharaja steambot .. aip2 artis pun datang ke sini ok .. so memang harus try ... rugi tak cuba .. 

Dan thanx all yang memeriahkan suasana bersama geng2 kelabbloggerbenashaari , apa2 pun makan la sampai lebam .. mana lagi nak dapatkan steambot murah macam ni ?? Haaaa datang jangan tak datang .. datang jangan tak datang !! 


Info harga steambot 
Kanak-kanak 7-12 tahun rm12
Dewasa single rm23.90
Set couple 2 orang rm22 , special ada seafood rm27
Set couple 4 orang rm37 special ada seafood rm47
Set big group 10 orang rm72 special ada seafood rm92 

Alamat: 
Lagenda Maharaja Steamboat , Lot 6 Jalan 2/10 , Dataran Templer , Bandar Baru Selayang , 68100 Batu Caves , Selangot 

Call : 0361386664 , 0107765089 , 0172796131 atau whatsapp 0182073973

Instagram @maharajasteamboat  
Facebook : maharajasteamboat

Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates