• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog


JOIN SINI
Assalamualaikum , tu diaaa segmen di subuh hari , biasalah bila Ben Ashaari mula bersegmen , jangan terkejut apa yang bakal di buat .. haha

1.Terangkan secara ringkas peranan anda sebagai seorang blogger kepada orang sekeliling anda , masyarakat dan negara .. Apakah isu yang ingin tekankan terutama sekarang ini !
Soalan dah macam nak jawab pengajian Am form 6 ni haa , adehhh peranan qaseh sbgai blogger kpd semua , menyebarkan sesuatu yang bagi manfaat kepada org2 sekeliling , dan isu yang ingin di tekankan ..BLOGGER BUKAN SEKADAR BLOGGER , kena tak haaa susah jugak soalan haha 

2. Jika anda mampu dapat pendapatan dari blog sehingga ribuan ringgit , apakah anda akan berhenti bekerja dan menjadi blogger sepenuh masa. Apakah bisnis yang akan anda lakukan sebagai Backup Plan masa depan ?
Ok jika aku kayaaaaa hari-hari hari rayaaaa , ameen , semestinya qaseh akan berhenti kerja dan tumpukan sepenuhnya pada blogging , dari duit2 hasil blogging , qaseh akan simpan dan kumpul untuk buka 1 butik bernama butik Qaseh Dalia Dot Com , dah di kenali dalam dunia blogging , bukak lagi 1 web khas untuk Butik nanti ..
3. Ceritakan sedikit mengenai harapan anda sebagai seorang blogger terhadap dunia blog ini ?

Harapan qaseh  , blogger-blogger takde sikap hasad dengki dalam diri bila tengok orang lain berjaya dan bila berjaya jangan mudah lupa diri dan angkuh .. kerana kadang2 keglemeran dan pujian buatkan kita bongkak .. jangan rasa gitu kawan .. bersatu kan best :') 



JOIN SINI

Assalamualaikum , Ben Ashaari buat segmen ? Sumpah rindu gila dengan segmen aben , rindu jugak budak2 segmen yang suka cari pasal dengan aku dulu .. haha diorang kalah katakan :p so apa yang aben nak hari ni .. lets go

Ceritakan serba sedikit latar belakang korang , secara ringkas.

Ok aku qaseh dalia , asal Terengganu ,, berumur 26 tahun , belum berkahwin lagi , anak ke 5 dr 6 org adik beradik , one of team #kelabbloggerbenashaari .. haaa tu je la ye


Ceritakan juga kelebihan blog korang ! Kenapa blog korang patut jadi pilihan rakan pembaca ! Ahaaa… Jangan panjang panjang yer..

Kelebihan blog ? Aduhhh kadang-kadang aku pun tak tahu apa kelebihan blog qaseh dalia dot com ni , cumanya dulu blog ni di label dengan blog jiwang .. madah berhelah sangat , dan kadang2 tetiba 'ter' jadi motivater blogger yang singgah .. dah lama aku tak menulis macam tu , kenapa blog ni patut jd pilihan ? Haha .. kenapa ye .. ermm in shaa Allah aku akan berkobgsi benda2 baik . Dan takkan bagi trafiq dosa buat blogger lain ..

Bagitau pada rakan pembaca , apa impian korang bila jadi blogger ni.. Kot la nak dapat handphone percuma ke.. Gi melancong percuma ke.. Jadi retis ke.. Haaa.. cer citer , cer citer…

Sejujurnya impian aku bila jadi blogger , of course dulu aku teringin nak jumpa Ben Ashaari , so 1 dah tercapai . Alhamdulillah .. yang ke dua .. sejujurnya aku tak suka orang yang kenal rapat baca tulisan2 aku hehe haaa jgn salah faham .. sebab aku nak orang kenal tulisan aku bukan semata tuan blog .. ibarat bila baca something orang akan cakap 'eh ni macam tulisan Qaseh Dalia' haaaa gitu .. bangga la konon . Ahakss nak kenal boleh , tapi kenal tulisan aku dulu macam mana ..

Nak join segmen ni ? Klik banner atas ye . Tq aben
Assalamualaikum ,

Cabaran 30 hari Kelabbloggeebenashaari untuk task yang ke 10 .. apa yang ada dalam beg anda ?? Perghhh haha jom kite tengok apa yang ada .. okeyh 





Beg haruslah besar gedabak ok ! Boleh muat kucing atau arnab sekor ni haa



1. Kalau ada pergi event atau mana2 tempat , haruslah ada Sony A37 , my sonia sayang
2.Minyak Wangi .. ermmmmm wangiiii
3.Rayban .. malaysia is hot katakan
4. Haruslah beg duit
5. Beg Mekap
6. Charger
7. Power Bank
8. Segala kunci mak nenek
9. Handfon plg penting

Ini pulak beg di dalam beg
1. Krim Safi wajib ada
2. Eyeliner wajib ada
3. Lip balm wajib ada
4. Blusher
5. Minyak wangi kecik
6. Lip tint . Merah kau makngah
7 Losyen
8. Tisu
9. Sepit kaki
10. Name card .. baru je letak sbb selalu lupa ..

Haaaa korang ? Mesti ada batu kan sebab tu berat semacam kahkah

Assalamualaikum , Cabaran 30 Hari , KelabBloggerBenAshaari hari yang ke 9 : 5 Lelaki Yang Menarik Perhatian Anda ... perghhh tak boleh blaaaa nii .. kena hati - hati dalam menulis ni , eh kenapa semua canaran ni memang untuk di stalker je .. hehe ok jom baca .. hurmmmm lelaki oh lelaki 


1. Lelaki Yang Ade Janggut 



2. Lelaki yang penyabar
Lelaki mana je ye boleh bersabar dengan perangai aku , hehe dengan suka melawan nya , dengan perangai degil lagi , haaa so lelaki yang penyabar ni memang dalam list aku

3.Lelaki yang bukan panas baran
Dalam hidup aku , aku paling tak suka orang marah2 aku dengan tengking-tengking , marah sampai keluarkan kata2 kesat , sebab aku akan jadi pemberontak dalam diam .. bila orang marah aku dengan cara macam tu . Sehari ke sehari aku akan hidup dalam dunia aku .. means mendiamkan diri dan perasaan yang ada akan hilang tiba2 ..

4.Lelaki Yang Bertanggungjawab
Yang ni sebenarnya paling penting , bagi aku bila dia ada sifat tanggungjawab dalam diri , pada diri dia sendiri , pada keluarga , tanggungjawab dia pada Tuhan . In shaa Allah dia takkan mengabaikan orang2 yang dia sayang ..

5.Lelaki yang gentleman/ romantik
Setiap perempuan pasti tertarik dengan sikap lelaki yang gentleman .. romantik tapi tak melampau , sekurangnya ada satu saat bila kita duk melayan perasaan .. ada satu benda buat kan kita tersenyum dengan sikap dia .. wah macam angau gitu haa.. mcm tgh angau sungguh je ni haha

Jadi 5 lelaki kat atas ni yang menarik perhatian qaseh dan saat menulis ni semua ciri2 yang ada pada seorang lelaki ni :')
Assalamualaikum

Aku selalu gagal dalam menulis mukadimmah yang sempurna dalam entry aku , dan selalunya aku stuck dari perenggan pertama lagi , yang akhirnya masuk dalam draf , dan akhirnya lagi aku akan delete segala entry-entry dalam draf .. dan sekarang aku fikir , ini mungkin mukadimmah yang terbaik sepanjang berblog .

Cakap pasal ego , tak payah tipu lah , masing-masing ada ego , tapi yang membezakan ego tu , tahap ketinggian mahupun rendah , kalau nak tahu tahap keegoan kita ni tinggi ke rendah , senang je .. cuba suruh orang kritik tentang diri kita ? Cuba fikir dalam-dalam bila mana orang sekeliling nasihat kita .. kita ambil pusing atau terus kita memberontak .. kat situ dah nampak macamana ego kita ..

Kadang-kadang dalam diri kita ni penuh dengan cela , tapi bila di cela tahu pulak marah .. sedangkan cela kita tu boleh kita ubah ke arah kebaikan , senang je sebenarnya , macamana kau nak tangani cela yang ada dalam diri ? Contoh bila buat salah , just admit . Mengaku , senang kan ??? Tapi tu lah manusia suka ambil jalan jauh dan bersimpang siur yang akhirnya memakan diri sendiri ..

Hati Berbicara : 

Jangan lupa , kita sememangnya lahir bukan sempurna , ada cela itu , ada cela ini .. tapi kita boleh ubah cela - cela yang ada ..bukan bermakna bila kita ubah segala cela tu kita jadi sempurna ? Bukann.. cuma hidup kita pasti nampak berubah . Dan draf keegoan kita makin lama makin menurun .. dan 1 benda yang membuat kita lagi nampak tidak sempurna .. EGO ~

Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates