• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

assalamualaikum ...

qaseh nak joing satu contest ni .. bagi memeriahkan lagi contest beliau yang sememangnya meletops hot divas yang dirasmikan oleh Dr Fuh, Gempak.Org, MediaSiber
klik klik (tekan klik2 tuk melihat syarat2nya)

saya menghentam dengan mas kawennye = RM98.66 sen tunai .. sah sah sah 
haha fail lah bab teka ni .. bab ngorat boleh tahan jugak .. ok ampun

Contest Mega Raya ini dianjurkan oleh Fuh.My, Media-Siber, Gempak.Org dan ditaja oleh penaja awesome iaitu HairanBlog.Com, Yanty.My, FizaFantagiro, SecretOfShaila, BanKami.Net, Aynoranur.Com, AimaBabyComel, Longoi.Com, SilenceBlogz.Com, KacangBoy.Com, CikKiwi, BeritaKaki, Khairul Asrol, KanvasDakwat.Com, Woww.My, KopiLekat, MoneyClub2u, PencuriMovie.Com, BlogFyna.Com, Pena.My, BoniKacak.Com, FizGraphic.Com, KisahEmasPutih.Com dan BulanPurnama.Net (klik untuk ke blog penaja yang hebak belake)

Contest ini akan tamat pada 5 Ogos 2013 Jam 11.59 Malam. Selepas pada itu penyertaan akan di rijek bulat-bulat macam dr.fuh

Hadiah-hadiah yang bakal dimenangi 
Tempat pertama – Wang tunai RM500 
Tempat Kedua – Wang tunai RM300 
Tempat Ketiga – Wang Tunai RM100 
Tempat Keempat – Topup/ Wang Tunai RM50
Tempat Kelima – Topup/ Wang Tunai RM30 Tempat Keenam – Topup/ Wang Tunai RM20 
Tempat Ketujuh Hingga Ke 16 – Topup/ Wang Tunai RM10 50 Pemenang Bertuah x Topup/ Wang Tunai RM10 Jumlah Hadiah RM1,500 dimana seramai 66 orang layak memenangi hadiah berupa wang tunai atau topup 

tempat ke 10 - percutian ke korea bersama qaseh .. (ok tipu je hakhak)

tunggu mende lagi join lah belakee.. ajok orang kapong weiii .. suruh wat blog hok xdop blog.. ok semoga berjaya sumee2nye..
Assalamualaikum ..

dah 16 ramadhan , hari ni qaseh join iftar bersama geng wassap , abg beng ajak p berbuka kat matic itu hari kebetulan rabu is my offday .. so bored kat rumah so apa lagi join la , bila lagi nak merasa kan ~ yang menghadirkan diri ben ashaari , abe que ahmad ,abe qie kaki sembang , abe tinta asyraf,abe mk syahir , mawardi yunus ,abe eddy , abe ujang , yanty lee , kak sue izza , kak fiza fantagiro, kak zila , cikma n weeda ~

what is matic ? ok korang boleh search kat laman web dia http://www.matic.gov.my/ , everything there ~
Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC)
109, Jalan Ampang,
50450, Kuala Lumpur,
Malaysia... 
now we go ... kitorang kumpul kat kpt , 3 buah kereta .. gerak dr sana tunggu semua solat lengkap segala baru gerak .. biasa lah dalam perjalanan , mesti ada jammed .. tp kitorang amek peluang untuk bergambar apa lagi bila dah geng gigirls satu kepala .. takdak keja lain dah haa tu dia ~ layan..

geng merah .. abe que bakpe la asik gosok perut je hihihi
sabaq no qhaliff masa kecik je leh dukung2 leh tiom2 nanti besaq dah tak boleh dah ..hehehe , berat ya ampun budak cute ni .. hehe nasib baik la daddy dia taff ~



dengan korang ni memang senak perut la .. Allah aku syg mereka .. tq tq tq semua ..syg korang ketat2 


selepas merenangi lautan jammed .. dalam pukul 7.15 kitorang sampai , wow meriah nyee tetiba rasa malu almaklumlah blogger cikai je .. haha tapi bab makan tiba2 perasaan tu jadi hilang ~


kurma dari pihak penganjur

murtabak n kueh mueh , maaf berselerak dah dimakan oleh weeda haha 
candid ~ from kak fiza !

muka kekenyangan ~






yeyyy tadi ada bunga api .. my feberet nih selepas diorang menyalakan pelita ~ 

 sambil2 makan di temani oleh nyanyian dari kumpulan rabbani

 lastly ... pihak penganjur bersama2 anak yatim .. n pembahagian duit raya pd mereka ~
 ni di tisu .. restoren chef ismail .. kenal tak ? selebriti masakan yang glemer ,, haaa boleh lah usha restoren beliau pulak






now kami dah nak balik dah 





lagu hari raya untuk korang semua .. selamat hari raya ~ erk 
semoga anak-anak ini semua dilindungi Allah selalu ...
apa-apapun tq buat abg beng yang selalu mengajak kitorang pergi mana2 .. yang mengenalkan dunia blogging , bloggers , tq kawan2 semua yang selalu menghiburkan .. next time kita gather lagi  n tak lupa pada pihak penganjur -matic- yang sudi menjemput bloggers juga ~ 
selamat berpuasa .... 
daaa ~ 






Assalamualaikum ...


awak .. cinta tu tak sama dengan kawan , bila awak punya cinta tak semestinya awak kena tolak kawan , kawan tu penting dalam hidup , sangat penting awak .. ingat dulu kita pun pernah berkawan ... tp bila kita bercinta perasaan yang dulu dah tak sama dengan sekarang , mungkin lebih .. dan mungkin juga ada yang hilang .. tak sama awak , tetap tak sama bagi saya ...

cerita cinta kita adakala sementara , bila ia terputus .. kawan juga yang kita cari melampiaskan segala kesedihan .. -sumber-

awak .. saya suka berkawan , dengan semua orang .. cinta jangan lah halang kawan .. kawan best , ada masa bila saya hendak meluahkan sesuatu ada ketika saya lebih selesa dengan kawan .. dan ada ketika bila saya tak mampu berkata-kata saya selesa dengan cinta untuk diluahkan segala2nya .. dalam hati saya ni awak , masih ade benda yang tak dapat saya nak ceritakan pada awak ... saya lebih selesa dengan kawan.. dan kawan .. ade benda saya tak boleh ceritakan pada awak ..

tapi dalam hidup saya , saya takkan bermusuh dengan kawan untuk bersama dengan cinta , dalam cinta masih memerlukan kawan .. kawan tak bermaksud bercinta tapi ia lebih kepada mengasihi dan menyayangi , awak tahu tak .. bila saya ada masalah dengan cinta , saya luahkan pada kawan .. kawan nasihat saya .. nasihat kearah kebaikan .. kawan tak jahat , dan kawan .. bila saya ada terasa hati dengan awak , saya luahkan pada cinta .. cinta nasihat saya .. jangan pernah putus kawan walauapa pun yg terjadi .. dari situ saya fikir kawan dan cinta saling diperlukan ... 

semenjak kau kenali dia , aku tak kau pandang , mungkin sudah kau lontar jauh dari hidup mu .. jauh ~ terlalu jauh hingga aku rasa aku tak pernah di pedulikan lagi .. terpinggir , tersisih ~ oleh waktu dan keadaan .. sedih ~ sedih hingga tak terasa apa-apa .. beku ~ beku bagai angin rindu tak pernah wujud .. andai suatu hari nanti kau terjatuh .. dan terlintas di hati kau tentang aku .. datang lah cr aku sebab kau pernah jadi sebahagian dalam hati aku .. hati aku yang pernah kau robek ~ 
hati berbicara :
-sumber-
sayang semua .. dalam bercinta jangan pernah melupakan kawan , ingat dulu kita dengan siapa ? ingat dulu bila ada masalah kita luahkan pada siapa .. ingat tak dulu kita membesar di sekolah .. di luar kawalan keluarga dengan siapa .. ? kawan bukan ? adakala kita terlampau seronok dengan perhatian yang di berikan oleh seseorang yang baru hadir dalam hidup .. yelah kita dilambung dengan angan2 indah , di buai oleh angin cinta yang mengasyikkan hgga kita terleka .. terleka yg kawan kita dah lama kita tak hubungi , dah lama tak bertanya khabar .. yup setiap org pasti akan ingin kehidupan sendiri tapi kita masih samar2 dalam hubungan cinta .. jagalah hubungan dengan kawan juga .. jangan buang kawan bila ada cinta .. 
sangat tak awesome lebih2 lagi kawan yang sentiasa bersama2 kita ... (entry bodo2 sbb xde idea hiks)

Assalamualaikum .... ramadhan is coming soon , semoga ramadhan kali ni lebih baik dr sebelumnya ..


kadang-kadang apa yang kita buat ada yang di luar kawalan kita, bila bercampur dengan segala resah dan emosi .. terkadang dalam langkah yang cuba kita luruskan masih terkena duri kehidupan , sakitnya kita kan ?.. adakala apa yang kita lalui , ...sesetengahnya mungkin ada yang tak terniat di hati mereka ... sebab kita pun kadang-kadang buat benda yang sama ... tanpa niat di hati kadang-kadang apa yang kita lemparkan segala kata2 kita ada yang terguris , berdarah tanpa dihiris .. terbelah tanpa berdarah .. ~

pernah tak kita sedar ? pernah tak kita cuba rasa berada di tempat seseorang yang lebih teruk dari kita , pernah tak kita terfikir untuk lalui derita dia , tangis dia , sakit dia , luka dia ... pernah tak ? adakala kita terlalu pentingkan diri sendiri , mengikut kehendak sendiri .. tanpa sedar , tanpa niat kita ada seseorang yang menahan perasaan sambil berkata ''cuba kau berada di tempat aku buat seketika'' apa kau akan rasa .. apa mungkin kau akan bahagia ? .. luka kau begitu kecil untuk dibandingkan dengan aku .. tapi dalam senyap dalam gelap dalam derita .. hampa putus asa segala2nya satu rasa ~

jika tak pernah kita rasa semua itu , jangan sewenang2nya lemparkan kata-kata tanpa meresapi perasaan mereka .. apa mungkin kata maaf kau boleh hilangkan semua dalam sekelip mata ? cuba aku tampar kau sekuat hati lalu aku gosok selembutnya .. pedih tu masih terasa seakan ingin menerajang hingga ke dasar lautan .. sayang~ jika kau tak mampu menghilangkan kesedihan seseorang jangan kau hina ~ jangan kau tambah derita dia , rasa dia , yang makin tenggelam ... tenggelam hingga kau lihat api kemarahan dia hingga kau mungkin terkesima durjana ..

hati berbicara :
dengan niat mahupun tanpa niat adakala kita perlu korbankan sedikit perasaan kita untuk menjaga hati yang lain .. tak banyak pun tak apa , asalkan tak ada yang terluka , bila ada yang terluka pasti ia sudah trguris ,, bila terguris boleh jadi akan jadi sesuatu yg terpendam .. bila ia terpendam makin hari rasa tu sudah berubah, dari senang menjadi tak senang .. tak keruan , pasti timbul rasa sakit hati lalu jadi menyampah ... last2 benci .. dan semakin menjauhi .. hati2 bila semua rasa tu dah ada .. pujuk lah seribu bintang di langit pun , langit tu sudah tak mampu berseri lagi .. jagala kata2 dengan segala upaya =) insyaAllah tiada yang tertitis air mata .!

Assalamualaikum ,, datang buang sawang blog jap .. hihi sambungan trip pun tak hupdate lagi nanti2 lah ye , 

just nak story about something yang melegakan or boleh jadi satu kepuasan pada diri sendiri and orang lain jugak , sebelum ni qaseh dah pernah tulis pasal entry maaf  tapi waktu tu hati belum masih redha , hati tengah panas dengan apa yg terjadi .. lebih2 lagi dalam hubungan persahabatan .. 
kawan .. maaf andai suatu hari nanti kita berselisih , andai suatu hari nanti kita berjumpa . aku bukan yang kau inginkan .. aku bukan yang dulu lagi .. kerana biarpun aku memafi segala silapmu .. kelukaan tu sedikit sebanyak merubah aku .. tak semua tapi sedikit , sedikit yang mmbuatkan kau tak mengenali aku , maaf aku bukan yang dulu lg .. aku yang lebih brhati2 , kerana takut ia berulang lagi utk kesekian kali .. selamat jalan ~ 

ingin memaafkan seseorang tu sebenarnya susah jugak kan , susah bila hati belum redha sepenuhnya , belum sembuh dari luka , belum pulih untuk menganggap segala yang terjadi tu satu benda yang kecil .. sangat2 susah , hurmm ia jd senang bila hati dah redha .. semalam kawan yang pernah buat fitnah kat qaseh kat tempat kerja dah last day , dah berhenti kerja .. ok fine alhamdulillah tak payah nak tengok muka dia lagi , sebab setiap kali tengok perasaan benci tu makin meluap .. 

semalam dia minta maaf , dia col banyak2 kali .. sebelum ni qaseh dah ikhlas maafkan dia , tapi bila dia buat lagi something yg melibatkan maruah kita .. qaseh tak mampu , qaseh bukan seorang yang baik hati , bukan malaikat yang terlalu mudah menganggap benda tu sekecil kuman .. dia col qaseh biar je , dia meseg bagi la peluang untuk dia cakap dengan qaseh sekali pun jadi lah .. time tu semua amarah bangkit , rasa nak lempar atas muka dia .. tapi sbr , time tu kerja xnak balas meseg dia .. takut nanti termenangis kat tempat kerja ..

n then  mintak pendapat kawan ..memang dah nekad taknak maafkan dia sampai mati .. mmg dah nekad sangat taknak maafkan dia smpai bila2 , tapi terusik dengan nasihat kawan .. dia ckp 'manusia tak pernah terlepas dr melakukan kesilapan , kalau kita maafkan kesilapan org lain insyaAllah nnt kesalahan kita jugak akan mudah di maafkan , kita tak tahu  salah kita nanti mungkin lebih besar ' Allahurabbi rasa teruk sgt .. 

then sempena malam nisfu syaaban qaseh dah maafkan dia , qaseh nasihat dia panjang lebar dah macam esei dah , qaseh tak harap pape pun qaseh cuma harap dia mampu ubah cara dia .. mampu berubah ke arah yg lebih baik .. qaseh pun tak sebaik yang lain tp qaseh cuba untuk jd yang lebih baik .. alhamdulillah sekrang jiwa ni , hati ni dah rasa tenang sangat2 ..betullah orang cakap kemaafan tu dendam yang terindah ,, antara nak dengan tak nak je .. sudahla kawan kita buka buku baru , lupakan segala yang telah terjadi ..

sebab hidup ni sangat singkat .. Allahurabbi tq bukak hati ni dari kebencian , bebaskan hati ni dr segala dendam .. aku maafkan dia bukan sebab aku baik tapi aku hanya ingin mencari keredhaanMu Allah .. selebihnya hanya Kau yang Maha berkuasa atas sekalian makhlukMU .. 

hati berbicara :
takpelah dunia ni akan ada pahit , kita kena menangis ,sometimes menderita and so on, so that kita boleh merasa kebahagiaan pada masa hadapan , kebahagiaan dan kegembiraan tu kadang-kadang kita kena bayar dengan air mata kan , takkan dapat segalanya percuma , walaupun manusia nampak kita ok diorang tak tahu sebenarnya kita pernah hebat menderita , dan Allah jualah yg mengetahui dari A hingga Z , dari hujung rambut sampai hujung kaki,setiap penjuru masalah yang datang , setiap inci isi hati ,semua Allah tahu .. 
-cebisan ayat dr dr.cinta punya belog-






Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates