• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

Assalamualaikum olz~

  1. Berikan nama tempat yang ingin anda adakan persembahan konsert itu
  2. Harga tiket ?
  3. Kata kata aluan untuk mereka yang datang menyaksikan konsert anda itu ..
  4. Sasaran kehadiran penonton ..
  5. Gambar anda sedang beraksi... apa apa gambar pon boleh ..
  6. Sediakan 10 buah lagu yang bakal anda dendangkan nanti.. Tajuk lagu dan penyanyi asal .. Kenapa pilih lagu tersebut ..
  7. Penyanyi dalam negara yang ingin anda jemput .. Luar negara pon.. Seorang dalam negara ,seorang luar negara ..
  8. Lagu penutup ... Kenapa lagu itu menjadi pilihan anda ..
  9. Kata kata penutup buat mereka ( penonton )
  10. Apakah yang ingin anda lakukan dengan duit kutipan konsert itu ?

 1-nanti kat malaysia ni ada macam tempat untuk blogger dan bukan blogger pun masuk gak..kira macam tempat tu memang femes..datuk2 semua masuk ..datin2 ..dari luar negara pun ada...nama tempat tu DALIADELIA


2-harga tiket sebab ramai dah masuk kira macam murah je lah..nak bagi semua boleh join lah konsert tu nanti..budak2 RM50 orang dewasa lak RM100


3-kata2 aluan kepada yang melangkah ke tempat DALIADELIA ni..welcome to the club..feel free to enjoy urself dan degar lah konsert pertama dr QDA ..hope u olz like it..dengarlah dan rasai lah kedalam hati ..jangan tido tau ! haha


4-sasaran kehadiran berjuta2 lemon so darab lah dengan RM100 walaupun tiket murah tp kehadiran mantop...lumayan woooo leh beli negara dah

tempat tu ada lampu lip lap lip lap ..so jadi cenggini mase mula2 nak wat concert tu...
haaa lip lap lip lap lagi...haha

- lagu isabella dari kumpulan search..
sebab minat amy search ..so intro tu bagi gempak dulu ..dengan lagu yang penuh syahdu neh...alih2 mak bapak yg tertidur 

-lagu percayalah siti nurhaliza 
sebab minat gak dato siti ni sejak dalam perut mak agy...lagu percayalah sebab nak suruh org yg dtg konsert tu percaya yang qaseh pun boleh ! haha

-lagu bila cinta ost lagenda budak setan 
sebab lagu ni bez .. time nyanyi lagu ni suare tak pecah sgt coz lagu ni rentak slow2 je..hek2

-lagu koimilgaya ~ shah rukh khan 
sekali sekale nyanyi lagu nustan ..bagi joget2 sikit ..kena ramah dengan pendengar2 semua..1juta tu datang ! haha

-lagu ketika cinta bertasbih...macam muzik dalam blog ni ha..
tak tahu lak sape yg nyanyi ..

- lagu merindu tanpa kata by kapilla
bagi jiwa2 yang tengah sedih tu ..tambah luka di hati mereka2

- lagu nobody-wonder girl
yang ni pinjam abg ben..naz ..ujang..syafiq tukang joget kat belakang haha

-lagu sanggupkah kau bersabar syg ..
sentimental otak sikit

-lagu scan-sekelip mata kau berubah ..

- lagu salam terakhir - sudirman 
lagu last sbb mane lah tahu kene baling botol minuman ke tong gas ke ..tak ke k.o terus haha..sbb sedap sgt cek nyanyi

7-penyanyi dalam negara dato'siti luar negara maher zain

8-lagu penutup..
dengar lah sedikit lagu haha..silap tutup sound muzik dulu kat blog ni hahaha ..pengsan tidak di jamin


9-kata2 penutup..terima kasih yg mendengar ..sangat2  terharu tanpa kamu semua siapalah sye..mcm terima awrd pulak haha

10-duit tu nak derma kan pada org2 yg mampu n then tlg org2 yg dok kat mesir tu....ade lebih2 sikit tu boleh lah buat2 makan untuk hidup..bagi kat mak n ayah..pastu mane2 yang tak beli lagi tu ..byk agy duit makan tak habes pun hehe

Assalamualaikum ...
selamat pagi sume2..
yeyy hari khamis cuti ..leh lah sambung cuti terus smpai hari jumaat ..
tak berupdate lah blog qu ini n bersawang lah ~
uhuuu tp tak kisah lah ...janji leh cuti yippi2 !
korang yakin ke korang tu sihat ?
nak sihat cara Rasulullah tak ?jom2 baca lagi dan lagi dan lagi ...stop..!
sodapnyoooo !
selalu bangun sebelum subuh
 Rasulullah s.a.w selalu mengajak umatnya untuk bangun sebelum subuh, melaksanakan solat sunah dan solat Fardhu, solat subuh berjamaah. Hal ini memberi hikmah yg mendalam antara lain :

- Berlimpah pahala dari Allah
- Kesegaran udara subuh yg baik utk kesihatan / terapi penyakit TB
- Memperkuat fikiran dan menyihatkan perasaan 


aktif menjaga kebersihan
 Rasulullah s.aw  sentiasa rapi & bersih, tiap² hari Khamis atau Jumaat, beliau mencuci rambut² halus di pipi, selalu memotong kuku,bersisir dan berminyak wangi.

"Mandi pada hari Jumaat adalah wajib bagi setiap orang² dewasa Demikian pula menggosok gigi dan memakai harum-haruman" (HR Muslim) 

Firman ALLAH dalam Surah Al A'raaf, ayat 31; 
"Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu Yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat Ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; Sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas."
tidak makan banyak 
 Sabda Rasulullah s.a.w :

"Kami adalah sebuah kaum yang tidak makan sebelum lapar dan bila kami makan tidak terlalu banyak ( tidak sampai kekenyangan ) "(Muttafaq Alaih)

Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk 3 benda :
Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan. Bahkan ada satu tarbiyyah khusus bagi umat Islam dgn adanya Puasa Ramadhan untuk menyeimbangkan kesihatan. 
 gemar berjalan kaki
 Rasulullah s.a.w selalu berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad, mengunjungi rumah sahabat dan sebagainya. Dengan berjalan kaki, peluh akan mengalir, pori² terbuka dan peredaran darah akan berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung.
 tidak pemarah 
 Nasihat Rasulullah s.a.w: "Jangan Marah" diulangi sampai 3 kali. 

Ini menunujukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasadiyah belaka, tetapi lebih jauh iaitu dilandasi oleh kebersihan dan kesihatan jiwa.

Firman ALLAH dalam Surah Ali Imran, ayat 133 dan 134; 

"dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas Segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa; Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang Yang berbuat perkara-perkara yang baik"

Ada terapi yang tepat untuk menahan marah :
- Mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka duduk dan bila duduk maka berbaring
- Membaca Ta 'awwudz, kerana marah itu dari syaitan
- Segeralah berwudhu
- Solat 2 rakaat untuk meraih ketenangan dan menghilangkan kegundahan hati
 optimis dan tak pernah putus asa 
 Sikap optimis akan memberikan kesan psikologis yang mendalam bagi kelapangan jiwa sehingga tetap sabar, istiqamah dan bekerja keras, serta tawakal kepada Allah S.W.T. 



Firman ALLAH dalam Surah Yusof, ayat 87; 
"dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir". 
 tak pernah iri hati 
 Untuk menjaga kestabilan hati & kesihatan jiwa, mentaliti maka menjauhi iri hati merupakan tindakan preventif yang sangat tepat.


hati berbicara :

semoga semua mendapat kesihatan yang baik..
dan amalkan lah cara Rasulullah insyaAllah penyakit menjauhi kesihatan yg mendatang :)


Assalamualaikum semua..
selamat pagi ...
hurm kelmarin tak buat entry pun..just juin segmen abg ben..
hari ni nak tulis pasal wanita dan hadas. lelaki xleh bace haahahaha.


wanita dan hadas..
tak kira lah hadas besar atau hadas kecil..dipanggil hadas jugak kan..n rukun nya just 
niat + ratakan air ke seluruh badan ...semua pun dah tahu kan..kalau tak ratakan kesemua tak sah lah mandi wajib kita...ada dua hadas ..hadas kecil dan hadas besar 



wadi (keputihan)
mazi (rangsangan syahwat)
mani(syahwat)



hadas kecil 
tak melibatkan semua anggota badan ..
dan hadas kecil ni tak perlu mandi wajib ..
hanya berwuduk ..dan ia sah kalau xmandi wajib..cuma mandi biasa2 je lah ..


hadas besar 
melibatkan semua anggota tubuh badan ..
perlu meratakan air keseluruh dan mandi wajib beserta niat ..
sahaja aku mandi wajib hadas besar kerana Allah ta'ala pun dah cukup..
dalam bahasa arab pun boleh tapi tak pun tak apa..
belek pulak kitab ..kalau sahaja dalam bahasa arab nawaitu ..kalau tak pndai dok nawaitu tang tu je lah smpai esok ,..haha so dah niat dalam malay pun xpe..


tapi gurl ni ada yang mengalami keputihan yang teruk ...sometimes ada yang tak berhenti2 ...
wuduk dia batal tak anak2?
ustazah kata batal..pastu nak buat macamana ni asek keluar je kan?
so time nak solat tu mandi bersih2 ...selalu beristihadah kalau tak silap..sentiasa berhadas ...bila dah masuk waktu tu ..amek wuduk dan pakai pad or panti liner n then solat lah ..
tapi satu wuduk tu untuk satu fardhu je...
mesti tak selesa kan?keputihan ni sometimes bahaya jugakk 


batuk dan menyebabkan kencing tak terkawal
ok fine yang ni pun susah jugak kalau sentiasa batuk n then kencing tak terkawal..
batuk sikit je terkencing so nak solat pun susah ..mana tahu dalam solat tu n then batuk pastu terkencing ..
batal pulak solat kita..kalau 40 kali ..so 40 kali lah batal..
yang ni pun sama jugak macam keputihan tu ...sentiasa berhadas..
dan kalau tak boleh ..better sembahyang sambil duduk..sebab pundi kencing tu tak lah lemah sangat bila duduk kan..
satu wuduk satu fardhu sahaja


berjunub 
berjunub ni bila bersama suami dan isteri ..ehem2 paham kan...
so kalau bersama semestinya kena mandi wajib lah ..
kalau buat ringan2 pulak ?
ok kalau ringan2 menyebabkan
1-air mazi 
membatalkan wuduk (tak perlu mandi wajib)
tapi kena memperbaharui wuduk tu..
dalam kategori najis..
so kalau kena pakaian solat tu batal 
2-air mani
memang sah2 batal wuduk ..
perlu mandi wajib ..
tapi mani tidak najis..
kalau kena pakaian still boleh solat tapi tak malu ke?
hahaha


pastu mandi wajib dalam bath tab dan kolam renang boleh tak?
ok kalau dalam kolam renang tu ..
sah mandi wajib tu sebab air banyak kan ..tentunya dapat meratakan air keseluruh badan 
sebelum terjun ke kolam tu ..niat lah dulu n then terjun lah ..
tapi dalam kolam tu gosok2 mana yang patut bagi menghilangkan segala kekotoran


kalau dalam bath tab tu ..kecik sangat kot ..
boleh tapi pastikan semua kena air.
n better lepas berendam keluar dari bath tab siram pulak badan kita bagi ia lebih sempurna 


kalau nak tahu lebih lanjut lagi...sila email
t_ustazah@tv9.com
Assalamualaikum...

http://www.benashaari.com/2011/01/suai-kenal-blogger-baru-edisi-februari.html

  1. Sila letak header BEN ASHAARI BLOG
  2. Tajuk : ikut yang atas tu dan linkkan ke entri ini ...
  3. Beri pendapat anda mengenai laman web ini : WWW.1TUBE.MY
  4. Berikan pendapat anda : DUNIA BLOG DI MALAYSIA SEMAKIN MENARIK KERANA .... tidak kurang dari 100 patah perkataan ..
 pendapat tentang www.1tube.com
dalia tak tahu sangat benda alah ni ... kira macam utube jugak lah ..coz baru je tengok2...tapi bagus lah coz dia support gathering blogger hari tu kan?ke salah maklumat ni ...

dunia blog malaysia ni dah makin menarik kerana..teeeeeeetttttttttttttttttt
dalia baru lagi dalam dunia blog ni...masih mentah dan banyak yang perlu dibaiki...dalia tak pernah lah tengok blog luar malaysia ..sebab tak bape nak paham kalu base orang putih...tapi tak kata orang malysia ni hitam ..haha..
berdasarkan pemerhatian dan uji kaji dalia..menarik sebab orang malaysia ni kan peramah ...n tengok sekarang dah makin ramai juin blog... ramai2 blogger2 baru ..budak2 sekolah pun banyak buat blog dah skang ..bagus lah dari dok melepak kan..n dalam blog banyak pengetahuan2 yang boleh diambil...info2 yang kita langsung tak tahu..n then leh nasihat menasihati ...kalau kawan2 sedeyh ape ke kan..
pastu menarik lagi buat gathering ..jumpa2 dan beramah mesra...
n lastly bez lah sangat kalau otai2 saling membantu ..turun padang tu taklah sebab xde padang ..so membantu bagi motivated ke hape ke kan...macam abg ben buat tu ..segmen2 yang menarik n contest2 dr blogger2 lain..kat situ kita boleh bermusyawarah dan berkenal2 antara satu sama lain..walaupun kenal dalam dunia maya..itu kan pertemuan yang dicipta oleh Allah untuk kita,..so manfaatkan dan hepy berblogging ..:)


hati berbicara :

yang tak bez nye bila ada org sesama islam sesama bangsa mengutuk dan menjatuhkan orang lain walaupun same2 duduk dibawah satu bumbung...
ape kehel der ??
mendoakan kesenangan orang lain tu kan cara yang terbaik..hati pun senang mana tahu someday kita pulak..
so ikhlas lah dan jadi diri sendiri..kalau dia naik kita tumpang hepy kalau dia jatuh kita naikkan semangat dia..dan jangan pernah untuk berhenti berharap sbb Allah tu ada ..harapan tu ada dimana2 walaupun sesat di dalam hutan ..yang penting berdoa byk2 ..n tawakaltualallah 
Assalamualaikum..
dah2 lah merajuk tu qaseh hahaha...minggu depan nak jumpa hubby kan..
yeyeyeyeye...
qaseh nak share doa ni...terjumpa kat laman web tadi..
so kepada isteri2 ..kepada2 bakal2 isteri cuba baca ..sayu je kan hati ...
hurmmmm ..igt senang ke nak jadi isteri n ibu?susahhh wooooo ...perlu ade kemahiran hehehe..bukan kemahiran bersilat ye...kemahiran masak kot hihihi ~


Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan 

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu diArash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku
dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala
perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya 


Tetapi Ya Allah
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala
dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena 

Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu 

Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu 

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah

Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu 

Ya Allah Ya Tuhanku…
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati 
Amin, amin Ya Rabbal Allamin..




hati berbicara :


andainya someday dalia jadi seorang isteri...
dalia tak tahu dalia mampu atau tidak menghadapi semua cabaran ...
tapi 
dalia mengharapkan si dia bantu bersama2 menghapi apa2 pun situasi ..
dan bimbingan yang sebaiknya....:)
andainya dalia xsempat untuk berkahwin ... dalia mahu berkahwin di sana kelak..
insyaAllah seandainya tercipta seorang adam di sana kelak..
pasti itu sangat membahgiakan tapi ..mampu kah untuk melangkah ke pintu syurga ..
hurmmmm ... :(
Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates