facebook twitter tumblr instagram linkedin
  • Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Learn Blogging
  • Documentation
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Download This Template

Qaseh Dalia's Blog

Pernah tular di media social bahawa MyKid telah dimansuhkan, sebenarnya berita itu tidak benar sama sekali, MyKid masih diteruskan cuma pada ketika itu berlaku kelewatan atas sebab kekurangan bekalan mikrocip global. Jadi ibu-bapa masih lagi boleh membuat semakan status mykid dan boleh memohon dan mendaftar mykid untuk anak-anak

$ads={1}

Pendapat peribadi, sejujurnya qaseh lebih suka MyKid kerana mudah untuk dibawa kemana-mana, contohnya atas urusan kesihatan, sekolah dan sebagainya. Korang dah buat MyKid untuk anak-anak ? Kalau dah, jangan lupa buat semakan status MyKid dan pada ibu-bapa yang belum memohon, meh qaseh kongsikan cara memohon MyKid dengan mudah

Apa itu MyKid 

Mykid
$ads={1}


MyKid merupakan kad pengenalan bercip untuk kanak-kanak berumur bawah 12 tahun. Bezanya dengan MyKad adalah tiada gambar dan cop jari. Maksud My adalah ‘Malaysia’, dan Kid pula, ‘kad identiti diri’. Jadi, MyKid ni pun dah siap-siap ada nombor pengenalan diri dan ia digunakan sejak lahir dan sepanjang hayatlah.

Apa Yang Ada Pada MyKid ?

Ada 3 aplikasi penting dalam MyKid yang korang perlu tahu
  • Aplikasi JPN (data kelahiran)
  • Maklumat Kesihatan
  • Maklumat Pendidikan
$ads={1}

Cara Memohon MyKid 

MyKid boleh dipohon oleh semua kanak-kanak warganegara Malaysia berumur bawah 12 tahun, cara memohon MyKid sangat senang dan ada dokumen-dokumen penting yang ibu-bapa perlu sediakan
  1. Ibu bapa perlu hadir ke kaunter Perkhidmatan Pendaftaran Negara (JPN) yang terdekat tanpa membuat temujanji jadi boleh walk in sahaja, permohonan MyKid tidak boleh dibuat secara online
  2. Isi borang JPN.MYKID01, jika tak tahu boleh tanya pada staff, diorang akan beri penjelasan secara terperinci lah

Dokumen Yang Diperlukan Untuk Memohon MyKid

  • Sijil Kelahiran Asal/borang (W) yang asal
  • Sijil lahir anak (original)
  • Dokumen Pengenalan diri ibu-bapa 
  • Sijil Nikah pemohon 
  • Salinan IC ibu bapa
  • Salinan sijil nikah ibu bapa
  • Salinan sijil lahir anak
3. Dah siap semuanya, staff akan berikan surat notis yang menyatakan tempoh siap MyKid dan bila ibu-bapa perlu ambil, korang juga boleh semak status MyKid anak-anak secara online sahaja

Info : Permohonan untuk membuat MyKid adalah PERCUMA{alertSuccess}

Cara Buat  Semakan Status MyKid Secara Online 

  1. Buka website http://semakan.jpn.gov.my/semak_mykid/

  2. Mykid
    $ads={1}

  3. Lengkapkan maklumat yang diminta 
  4. Kemudian klik ‘semak’
  5. Status permohonan MyKid akan muncul, jika sudah siap boleh lah ibu-bapa ambil di kaunter JPN
  6. Jika diberi surat notis, sila bawa bersama kad pengenalan pemohon (ibu bapa) dan sijil lahir anak yang original
Baca juga : Review Novel Terima Kasih Allah Saat Roh Di Sempadan Barzakh {alertInfo}

Kelebihan MyKid 

  • Mudah dibawa kerana bersaiz kecil
  • Mengurangkan penggunaan borang semasa berurusan dengan agensi kerajaan atau swasta
  • Digunakan semasa berurusan dengan jabatan atau agensi-agensi seperti hospital,klinik bagi tujuan pemeriksaan dan juga persekolahan
  • Mempunyai ciri-ciri keselamatan yang tidak mudah disalah guna
  • Menggunakan teknologi cip yang membolehkan maklumat dibaca melalui cip dan juga mudah untuk dikemaskini
  • Bentuk cantik dan menarik
$ads={1}

Apa Yang Perlu dibuat Jika MyKid Hilang atau Rosak?

Dukacitanya jika MyKid anak hilang atau rosak, pihak JPN tidak akan menggantikan MyKid yang baru dan korang juga tidak akan didenda. Makanya, jika hilang dan rosak, korang perlu membawa sijil kelahiran asal untuk segala urusan. Haaaa so jaga lah MyKid tu baik-baik ya {alertSuccess} 

Cara Tukar MyKid kepada MyKad Secara Online di Portal Jpn

Bila anak sudah berinjak umur 12 tahun, maka MyKid perlu ditukar kepada MyKad. Sekarang makin mudah kerana boleh tukar secara online atau atas talian sahaja. Caranya sangat mudah :
  1. Daftar akaun dahulu di https://www.malaysia.gov.my/portal/register
  2. Permohonan boleh dilakukan dengan melayari web https://web12tahun.jpn.gov.my/ atau imbas QR kod
  3. Log masuk dengan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang telah didaftarkan
  4. Tick pada bahagian “saya setuju” setelah membaca terma dan syarat
  5. Isikan maklumat pada kad pengenalan 12 tahun
  6. Tekan butang ‘hantar’
  7. Cetak maklumat permohonan kad pengenalan 12 tahun
  8. Bawa salinan pendaftaran tersebut ke kaunter JPN untuk mengambil MyKad

Dokumen Sokongan Yang Perlu dibawa 

  • Sijil lahir original anak
  • Kad Pengenalan ibu bapa
  • Bil utiliti untuk pembuktian alamat

Bayaran Yang dikenakan Untuk Memohon MyKad 12 tahun

Mykid
$ads={1}

Penutup

Semoga perkongsian ini memudahkan dan memberi manfaat pada semua. Untuk maklumat lanjut boleh layari website http://jpn.gov.my/ 

Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

@INSTAGRAM
Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates