Diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a, Rasulullah SAW pernah bersabda : ‘Minumlah minyak zaitun dan berminyak dengannya kerana sesungguhnya ia adalah dari pohon yang diberkahi’ (HR Al-Baihaqi & Ibnu Majah)
Sebenarnya qaseh pernah menggunakan olive oil atau minyak zaitun ni dahulu tapi mungkin qaseh salah pilih minyak dan mungkin ianya tidak berkualiti kerana banyak produk minyak zaitun di pasaran yang tidak berkualiti malah ada yang tidak asli. Pengalaman qaseh bau dan rasa dia agak ‘tengik’. Itulah kan main beli ajerrrr tanpa memastikan ianya adalah original.
Apa itu minyak zaitun
Minyak zaitun atau olive oil adalah lemak yang diperoleh hasil dari perahan buah zaitun yang banyak terdapat di rantau Mediterranean seperti di Turki, Sepanyol, Itali, Tunisia dan Morocco. Banyak kelebihannya jadi ia digunakan secara meluas untuk kesihatan, kecantikan dan masakan.
Untungnya berada dalam kalangan orang yang suka kongsi ilmu dalam bab kesihatan, dari situ qaseh tahu tentang minyak zaitun Al’Ard ni, tengok botol pun dah tahu ianya premium dan berkualiti tinggi. Pastikan untuk memilih minyak zaitun, ianya dalam botol kaca yang gelap
Minyak Zaitun Al’Ard Premium Organic Extra Virgin Limited Edition (First Harvest)
Minyak zaitun Al’Ard Premium Organic Extra Virgin (first harvest) adalah minyak zaitun premium organic yang terbaik yang pernah dihasilkan. Ia juga adalah minyak zaitun First Harvest dari Palestine yang pertama di dunia.
Ia dihasilkan daripada buah zaitun tuaian hari pertama. Buah zaitun pula adalah dari ladang-ladang terbaik di Palestine di proses pada hari yang sama bagi menghasilkan minyak zaitun yang berkualiti tinggi
Kalau korang nak cuba yang limited edition ni kena cepat sebab untuk first harvest ni, jumlah yang dihasilkan adalah bergantung pada jumlah buah yang dituai pada hari pertama musim tuaian 2022/2023, so hasilnya sebanyak 9999 botol sahaja.
By the way, kalau kita tengok di pasaran memang banyak jenis kan, ada yang untuk goreng, untuk minum, untuk rambut dan macam-macam lagi, tapi minyak zaitun Al’Ard ni korang boleh guna untuk semua dan sebenarnya minyak zaitun tidak sesuai untuk ‘deep fry’ lagi-lagi jika masak melebihi suhu 190ºC ia akan mengurangkan khasiat minyak zaitun, so nak guna better bawah dari 190ºC okay !
Kelebihan Minyak Zaitun Al’Ard Premium Organic Extra Virgin (First Harvest)
- Mengandungi 25 jenis khasiat Polyphenols, Antioksidan, Vitamin dan Mineral yang jauh lebih tinggi kerana di pengaruhi oleh pelbagai faktor :
- Hasil dari pokok zaitun asli di Palestine jenis Nabali, Roomi dan Suori
- Hasil dari ladang-ladang di kawasan tanah tinggi sekitar Nablus, tebing barat Palestine yang dimiliki oleh 2000 keluarga Palestine
- Hasil perahan pertama yang menggunakan mesin berteknologi tinggi
- Hasil dari buah zaitun hijau yang terbaik yang dipetik setiap biji dengan tangan (kajian dari pakar, buah zaitun yang dipetik dengan tangan akan mengekalkan kandungan khasiat 100% kerana ia tidak akan rosak dan teroksida)
- Buah dari pokok zaitun yang tua yang melebihi 500 tahun di Palestine ini mengandungi pelbagai khasiat akntioksidan, vitamin & mineral yang jauh lebih tinggi dari pokok zaitun muda di ladang zaitun negara lain
Pengalaman Menggunakan Minyak Zaitun Al’Ard Premium Extra Virgin
Qaseh dah seminggu amalkan minyak zaitun Al’ard ni korang, nak kata perubahan besar tu mungkin secara dalaman tak nampak tapi ramai cakap bila kita amalkan minyak zaitun ni bagus untuk kolestrol jahat.
$ads={1}
Khasiat Minyak Zaitun Al’Ard Pada Kesihatan
- Melindungi organ jantung
- Mengatasi penyakit Alzheimer dan Diabetes
- Mencegah strok
- Menurunkan berat badan
- Memiliki kadar anti radang yang tinggi
- Mencegah keradangan pankreas
- Mengurangi risiko depresi
- Bersifat antibakteria
- Tinggi antioksidan
- Mencegah penyakit radang usu besar
Kenapa perlu pilih Minyak Zaitun Al’Ard
- Syarikat pengeluar Al’ard Palestinian Agri Products di Nablus, Tebing Barat Palestine memiliki ISO-22000, FAIRTRADE & HALAL Palestine
- Produk ini telah melalui pelbagai ujian di makmal milik Kementerian Pertanian Palestine serta mempunyai 3 sijil CoA, Certificate of Analysis dari Kementerian Pertanian Palestine, Independent Laboratory dan IOC Certified Laboratory serta sijil CoO, Certificate of Origin dari Palestine Ministry of National Economy
- Mematuhi syarat standard dan piaiwaian badan-badan kerajaan di Palestine dan badan antarabangsa dunia seperti International Olive Council
- Minyak zaitun first harvest Premiun Organic Extra Virgin mengandungi kandungan Acidity Oleic Asid yang rendah, kurang dari <0.5%
- Setiap botol minyak zaitun Al’ard melalui proses pembotolan secara nitrogen injection
- Minyak zaitun First Harvest Premium Organic Extra Virgin didatangkan dalam edisi dan kuantiti yang terhada (LIMITED EDITION) hanya ada 9999 produk sahaja.
- Minyak zaitun Al’Ard First Harvest adalah dari buah zaitun yang dituai pada hari pertama musim tuaian buah zaitun. (2022/2023).
Cara Penggunaan Minyak Zaitun Al’Ard Yang Betul
- Minum satu sudu makan setiap hari sebelum sarapan pagi dan satu sudu makan sebelum tidur malam ketika perut kosong. Elakkan minum air selama 3 minit selepas minum minyak zaitun
- Minyak zaitun juga boleh dimakan atau dicicah dengan roti, ianya boleh dicampur dengan zaatar, cuka kurma atau cuka anggur untuk penambah rasa
- Campurkan 2 sudu besar minyak zaitun ke dalam semua jenis masakan panas dan sejuk seperti kari, sup, masak lemak, masak kicap, sayur, pelbagai sambal, makanan berkuah dan juga nasi goreng, sayur campur stir fry, mee, meehoon, telur, ikan, ayam dan banyak lagi
- Sapukan pada kulit untuk hilangkan kesan parut dan kekeringan kulit, masalah ekzema, radang kulit, masalah sendi dan lutut serta melebat dan menghitamkan rambut
- Minyak zaitun yang telah dibuka boleh digunakan sehingga 90 hari.
Cara Memilih Minyak Zaitun Yang Baik
- Pilih minyak zaitun dalam botol kaca yang gelap
- Pastikan Acidity Oleic Acid yang rendah, kurang dari 0.8%
- Pastikan ada tarikh pengeluaran dan expired, seeloknya tak lebih 2 tahun
- Botol yang mempunyai proses nitrogen injection
Resepi : Minyak Zaitun Sebagai Dressing Salad
Chicken Nugget Garden Salad
Produk-produk lain keluaran Al’Ard
- Palestinian Organic Extra Virgin Olive Oil (POEVOO)
- Palestinian Virgin Blackseed Oil (Minyak Habattusauda Palestin)
- Sabun Minyak Zaitun 100%
- Premium Palestinian Za’atar Blend
Mana Nak Dapatkan Minyak Zaitun Al’Ard
Website Al’ard
www.alard.my {alertSuccess}












0 Ulasan
TQ FOR COMMENT